bismillahirrohmanirrohim.....
LAYAKKAH KITA MERAJUK???
hrmmm... kenapa entry ini di'entry'kan?? dan kenapa agaknya tajuk ini yg dipilih?? hal ini demikian kerana, aku seringkali mendengar dan menyaksikan sama ada secara langsung mahupun tengok dalam televisyen atau membaca dari mana-mana sumber mengenai sang anak yang MERAJUK dengan ibu atau bapanya. Untuk itu, aku punya pendirian dan pendapatku sendiri mengenai hal ini.
Seringkali kita dengar kisah sang anak yang MERAJUK hanya disebabkan oleh hal-hal yang pada hematku hanyalah satu hal yang tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya sama sekali sang anak MERAJUK. Sebagai contoh, sang anak MERAJUK apabila disuruh oleh ibu atau bapanya untuk melakukan sesuatu dengan alasan, hanya dia yang disuruh oleh ibu atau bapanya untuk melakukan perkara tersebut, sedangkan ada adik-beradik lain yang boleh disuruh melakukannya. Walhal, perkara yang disuruh oleh ibu mahupun ayahnya itu merupakan perkara yang tidak sesekali bertentangan dengan agama.
Contoh lain, sang anak tidak dituruti kehendaknya yang menginginkan sesuatu oleh ibu atau bapanya. Tambahan lagi, perkara yang diingini sang anak pula merupakan perkara yang tidak mustahak dan tidak berkepentingan. Yela, dah namanya pun kehendak kan? Bukannya keperluan. Misalnya telefon bimbit. Lebih-lebih lagi bagi sang anak yang masih lagi di tahap umur yang pada logik akalnya masih tidak perlu kepada telefon bimbit itu. Hanya disebabkan hal yang sedemikian, sang anak MERAJUK.
hrmmm...pandangan atau pendapat aku mengenai isu ni, rasa-rasanya sangat-sangat la tidak perlu, tidak munasabah dan tidak elok serta tidak layak bagi seorang anak MERAJUK dengan ibu bapanya. Kerana apa?? Sebab..siapa la kita, yakni seorang anak untuk MERAJUK?? tidak mungkin kita akan dapat melihat dunia yang serba indah ini jika bukan kerana mereka.
Selain itu, apa lah sangat yang mampu kita lakukan, yang mampu kita balas terhadap apa yang telah mereka lakukan untuk kita?? setelah bersusah payah ibu mengandung, berhadapan dengan morning sickness (ni tak masuk lagi, kalau sang ayah yang menghadapi morning sickness ni..kan??), melahirkan, ibu dan bapa mendidik, mengasuh, membesarkan kita sampai la di tahap kita yang sekarang ini.
Tapi kita?? setelah diberi sedikit ujian, sudah pandai mahu MERAJUK dengan ibu bapa?? rasanya tidak layak untuk kita melakukan hal yang sedemikian.
Ya...memang! Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya MERAJUK ini juga perlu dalam sesebuah hubungan. Ada ketika dan waktunya, MERAJUK dapat memperhangat sesebuah hubungan yang dingin. Hal ini demikian kerana, sebuah hubungan yang hanya dilatari suasana yang biasa dan beku, boleh menyebabkan hubungan tersebut menjadi bosan dan dingin. Sedangkan Nabi Yunus pun pernah MERAJUK... tak percaya?? KLIK!!
Jadi, MERAJUK mungkin perlu di sini. Tapi, merajuk yang dimaksudkan di sini, bukanlah MERAJUK yang keterlaluan, MERAJUK yang tidak kena pada tempatnya. Sebaliknya, perbuatan MERAJUK ini perlulah berpada-pada dan tidak membawa keburukan.
Kesimpulannya, tidak perlulah MERAJUK terhadap perkara yang tidak perlu di'MERAJUK'kan... dan yang penting sekali, fikirlah terlebih dahulu kesan dan impaknya daripada perbuatan MERAJUK yang bakal kita lakukan itu.. semuanya di tangan kita! (dengan izin ALLAH)
akhir kata, hayatilah pantun ni :
Wahai engkau bermuram durja,
Jalan ke mana minta dipapah,
Sekali pujuk rasa manja,
Berkali pujuk naik MENYAMPAH!!

No comments:
Post a Comment