assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Monday, May 27, 2013

Sayangi mereka ya Rabb..

Bismillahi wal hamdulillah..


: : 25 Mei 2013 : :

Alhamdulillah, semalam telah selamat program yang terakhir mungkin untuk sem empat ni di UPSI yang aku handle. Alhamdulillah thumalhamdulillah! Semester 4 yang penuh dengan kenangan dan pengalaman.  Banyak perkara yang aku belajar. Baik jadi AJK pengisian, penerbitan dan informasi, keselamatan dan penginapan, makanan, pendaftaran, protokol, pemantau mahupun setiausaha. Variasi tugas, sudah tentu variasi cara pelaksanannya. Alhamdulillah, Allah izin aku belajar banyak perkara sem ni daripada senior-senior dan sahabat-sahabat yang sangat baik dan memahami.

Berbalik kepada event semalam, aku tidaklah bercadang untuk mengambil gambar sebagaimana yang lain, meskipun yang datangnya ialah Farah Asyikin yang OIAM tu. Sebab aku bukanlah orang yang suka bergambar dan diambil gambar. Tapi, apabila melihatkan dan memikirkan ramai yang mengambil gambar untuk kenang-kenangan, bahkan hampir setiap orang berbuat demikian, hati aku mula berubah arah. Aku mula terfikir bahawa itu mungkin program terakhir yang aku dapat bersama-sama dengan mereka, terutamanya dengan akak-akak sem 6 yang akan berpraktikum dan sem 8 yang akan menamatkan pengajian mereka di UPSI ni.

Sebaik sahaja program berakhir dan semua orang mula mengambil gambar dengan Farah dan sahabat-sahabat, hati aku tiba-tiba jadi sayu dan touching. huhu.. Lantas aku membawa diri ke belakang pentas seketika. Tiba-tiba kelopak mata terasa hangat lalu menjatuhkan air yang sangat berharga. huhu.. Aku pun tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Aku tengok orang lain semuanya seronok dan bahagia. Tapi, aku tiba-tiba sedih. Aku sedih mengenangkan yang aku bakal ditinggalkan oleh senior-senior yang sangat-sangat baik hati dan penyayang. Mereka antara yang menjadi penguat aku sepanjang keberadaan aku di UPSI. =( Sungguh aku tidak dapat membayangkan kehidupan aku di UPSI ni sem depan tanpa mereka.. Sedangkan sem depan aku sangat, sangat dan sangat perlu sokongan dan dokongan yang sangat-sangat kuat. :'( tapi, aku tahu dan yakin, aku masih ada Allah.. cuma, agak sedih dengan ketiadaan mereka di hadapan mata. huhu

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku sangat-sangat menyayangi mereka meskipun mulut ni jarang, malah mungkin ada yang tidak pernah aku nyatakan kepada mereka. Mereka sentiasa mengingatkan dan mengajak aku ke arah kebaikan. Aku sendiri tidak pasti macamana aku boleh begitu dekat dengan mereka, padahal aku bukanlah satu batch mahupun satu kos dengan mereka. Mungkin kuasa ukhuwah fillah? in sya Allah..


Aku masih ingat dan akan selalu ingat kebaikan-kebaikan mereka. Aku ingat lagi yang....

Kak Asma selalu ajak aku untuk buat baik sama-sama. Kalau beliau nak buat sesuatu kebaikan, beliau tak lupa untuk ajak aku. Baik nak pergi ke mana-mana program agama, mahupun untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. Setiap hari khamis pulak kami in sya Allah akan selalu ada 'date' pukul 6.30 di tempat biasa. kan kak Asma? hehe.. (lepas ni mesti rindu dan teringat.. huhu) Pernah jugak satu hari tu kak Asma tanya aku sama ada ada pape yang beliau boleh tolong aku dalam bab siapkan esaimen. Allah, padahal aku rasa dia sendiri pun ada keje lagi.. Memang buat aku tersentuh.. Banyak perkara aku belajar daripada beliau secara tidak langsung. Disebabkan beliau seorang yang suka bercerita, maka banyak jugak perkara yang aku dapat daripada beliau secara langsung baik dari hal yang sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besarnya. =) Dengan beliau, terutamanya sejak dua menjak ni.. Aku mudah bebeno rasa rindu bila lama tak jumpa, meskipun baru dua tiga hari tak jumpa. Hati dan mata asyik tercari-cari kelibat beliau. huhu..

Kak Ika (sebenarnya umur kami sama, tapi disebabkan beliau senior sem, maka aku panggil beliau akak.. =) juga merupakan antara orang yang rapat dengan kak Asma tadi. Daripada beliau, aku banyak belajar skop-skop kerja kelab. Beliau seorang yang tidak lokek ilmu. Kalau tak tahu tanya je beliau. in sya Allah ada jawapannya.. =) Kak Ika pun sama macam kak Asma. Beliaupun ada tanya sama ada aku nak mintak tolong beliau untuk siapkan esaimen aku ke tak. Sedangkan waktu tu, beliau sendiri pun tengah struggle untuk siapkan esaimen beliau. Allah.. mulia sungguh hati mereka ya Allah.. :')

Kak Mira Radzi pula seorang yang sangat memahami juga mendebarkan tapi ceria. haha.. Bukan apa, beliau suka bagi kata-kata yang buat aku bedebo. Juga seorang yang suka 'senget'kan orang.. hehe.. jangan marah naa.. :P

Kak Nik Amirah (pun sama umur dengan eden jugak sebenarnya.. hehe) a.k.a ummi pula seorang yang tidak suka menyusahkan orang, bahkan sanggup diri sendiri susah asalkan orang lain bahagia. Allah.. mulia sungguh hati ummi.

Kak Mira Subhi pulak seorang yang... Aku pun tak tahu nak describe macamane. Dengan beliau, aku mudah bebeno tacing. Tacing di sini bukan maksud terasa hati, tapi lebih kepada chemistry. Kalau lama tak jumpa mesti tercari-cari dan bila dah jumpa mulalah air mata gatal nak menitis. huhu.. Aku ingat lagi aritu, baru dalam seminggu kot tak jumpa, last-last jumpa lepas balik kelas dalam perjalanan nak balik kolej, terus peluk kuat-kuat. huhu..

Kak Siti a.k.a mok Siti. Beliau yang pada awalnya aku lihat sebagai seorang yang garang telah bertukar kepada seorang yang sangat best! hehe.. Semuanya bermula apabila aku jadi setiausaha untuk program "Gala Night" yang bertarikh 25 Mei tu dan beliau bertindak sebagai timbalan pengarah program. Banyak perkara yang kami lakukan bersama-sama dan aku pun banyak belajar daripada beliau. Aritu pernah hampir seharian aku duk ulang-alik dengan beliau naik motor dan of course beliau lah yang bawak kan.. nak harapkan aku memang tak sampai-sampailah.. hehe.. Dari situ, persepsi aku tentang beliau mula berubah. Pada asalnya aku bedebo jugak bila beliau ajak aku teman beliau. hehe.. Beliau yang aku kenal seorang yang  baik hati, caring dan berhati-hati selain tegas. hihi.. Dan daripada ta'aruf secara tidak langsung sepanjang mengendalikan program tu jugakla aku dapat tau yang beliau ni rupa-rupanya dah jadi tunangan orang. Sungguh aku tidak sangka.. in sya Allah bakal bertukar status kepada "married" pada 29 Jun ini.. Barakallah kak Siti.. Moga kekal dan bahagia hingga ke Firdaus-Nya.. =)

Baiklah, sebenarnya ramai lagi kalau nak disenaraikan.. Apa yang penting, mereka sangat dekat di hati aku. Dan ketahuilah kalian, bahawa Nurul Najihah binti Ramli sangat-sangat menyayangi kalian. Sangat sedih mengenangkan waktu yang berbaki untuk bersama-sama kalian di Bumi Murobbi ini tinggal lagi sedikit. huhu.. Rasa macam tak nak naik sem depan. Sedih + bimbang + takut + bedebo = tak nak naik sem depan. huhu..



Ya Allah,
Engkau sayangi, lindungi, berkati dan pandulah mereka dalam setiap langkahan mahupun lintasan hati. Pegang eratlah hati-hati kami agar tetap teguh di jalan-Mu
Jangan pernah Engkau lepaskan urusan kami kepada kami walau dalam kadar sekelip mata dan
Engkau jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami hanyalah kerana-Mu ya Allah..
Aamiin, aamiin ya Rabbal 'alamiin..


Sunday, April 7, 2013

maafkan aku wahai diri.. =(

Bismillah..


Satu persatu gambar mahupun video di muat naik di laman muka buku oleh mereka di sana. Hati mula tidak senang duduk. Makin lama, gambar makin bertambah bilangannya untuk menceritakan perkembangan terkini. Hati aku bagaikan diketuk-ketuk. Terasa bersalah dan berdosa dan sangat cemburu dengan mereka yang turun berjuang. Sungguh, aku juga menginginkannya. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Terkini, mereka di Tanjung Keling, Melaka.. dan khabarnya esok bakal bergerak ke Skudai, Johor. Allah... hati ni betul-betul meronta nak join skali. 

Setiap kali melihat perkembangan terbaru mereka, hati bagaikan dijentik, air mata menitis dengan sendirinya. Aku bagaikan ditertawakan oleh diri sendiri. Sungguh, aku malu pada mereka. Malu kerana aku tidak dapat ikut serta berjuang bersama mereka. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku mengambil tiket untuk ikut mereka ke sana. Tapi, mak aku dah belikan tiket 10hb ini. Untuk aku 'burn'kan tiket itu, rasa macam tidak sanggup.. sudahlah bukan duit aku.. Allah... lemahnya iman.. Maafkan aku wahai diri..

Lagi pula, aku sudah memberikan kata putus kepada wakil di bahagian tempat aku untuk membantu mereka, untuk membatalkannya, rasa macam tidak patut. Allah.. tapi, hati ni naaakkkkkkkk sangat-sangat ikut serta dengan mereka. Maafkan aku wahai adik-beradik seperjuanganku. =( Maafkan aku wahai diri.

Melihat status-status mereka di laman muka buku dari semasa ke semasa, aku jadi malu untuk komen. Hanya mampu 'like' dan doa tanda sokongan. Untuk aku sendiri menaikkan status di laman muka buku mengenai ini juga aku malu. Malu sebab aku bukan dalam kalangan mereka yang turun membantu. Apatah lagi untuk aku naikkan status-status yang menyatakan aku kini sedang di kampung bersama keluarga tercinta. Aku malu! Malu dengan mereka yang sanggup berkorban masa cuti mereka yang sepatutnya diisi dengan keluarga tercinta. Tapi aku? Allah...

Setiap detik aku di kampung, aku teringat akan mereka. Hati aku betul-betul merana kali ini. Benar, jasad aku memang di kampung, tapi hati aku benar-benar bersama dengan mereka. Pengalaman beberapa kali sebelum ini bersama dengan mereka benar-benar telah mengikat hati ini untuk terus bersama mereka. Tapi, kenapa kali ini kau tewas Najihah? Kenapa? Ya Allah.. maafkan aku.. Maafkan aku wahai diri... :'(




*Sungguh, kali ini aku tidak sabar-sabar (first time ada perasaan tak sabar nak balik TM) untuk menunggu tarikh 10 April bagi pulang ke Tanjung Malim untuk bersama-sama dengan mereka. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat.. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.. =(

Thursday, April 4, 2013

Universiti Pentarbiahan Syuhada Islam kini di hatiku.. ^_^

Bismillah..


Alhamdulillah, alhamdulillah wa thummalhamdulillah!!



Dulu,

Hati aku pernah untuk berat melangkah masuk ke dalamnya,
Hati aku pernah bersangka buruk terhadapnya.. astaghfirullah..
Hati aku pernah membanding-bandingkannya dengan universiti lain,
Hati aku pernah sukar untuk mengaku berasal darinya..


Allah... teruknya rasa diri..


Tapi kini,

Alhamdulillah, aku mula dapat merasakan bahagia berada di dalamnya,
Alhamdulillah, aku mula dapat merasakan hati aku mula sayang untuk meninggalkannya,
Alhamdulillah, aku mula berani untuk mengatakan aku mendapat tarbiah di sini,
Alhamdulillah, aku mula menjumpai berlian-berlian yang berharga di sini.


------------------


Alhamdulillah.. banyak perkara yang aku mula sedar di sini, walaupun secara teorinya, ada yang aku sudah ketahuinya di tempat lain, tapi Allah izin aku praktikkan apa yang aku tahu itu di sini. Di sini juga, aku temui adik-beradik yang sangat osem! Mereka sangat-sangat mengingatkan aku tentang Bumi Waqafan yang terchenta! Mereka mengajarkan aku tentang banyak perkara, mereka juga yang menarik aku untuk aku sama-sama merasai apa itu perjuangan Islam, yakni apa yang aku sangat-sangat inginkan dahulu. Moga kita terus thabat untuk itu.. ^_^

Dan paling penting, kini aku baru ketahui yang bahawasanya, bi'ah yang dahulunya aku dapat di Bumi Waqafan, sebenarnya Bumi Murobbi ini sedikit sebanyak sebenarnya telah menyumbang untuknya. Allah.. Rupa-rupanya, Allah hantar aku ke salah satu punca kepada apa yang aku sangat-sangat sayang dan kagumi selama ini. Allah.. sungguh indah perancangan-Mu ya Rabb.. Terharu pun ada dengan takdir Allah ni.. T_T

Alhamdulillah, walaupun major aku di sini bukanlah bidang agama, tapi Allah permudahkan aku untuk menuntut ilmu agama. Terlalu banyak taman-taman ilmu yang disediakan di sini. Hampir tiada hari minggu yang kosong di sini melainkan diisi dengan ilmu-Mu ya Allah.. Hanya tinggal aku yang menginginkannya mahupun sebaliknya. Maka, benarlah firman-Mu ya Allah:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: ayat 216)





Terima kasih kerana menghantar aku ke sini ya Allah! ^_^



p/s: dua malam yang kosong tanpa pengisian daripada kalian membuatkan hati ini benar-benar rindu wahai adik-beradikku. serius! walaupun baru hanya 2 malam. kuasa apakah ini ya Allah? Allah.. T_T

Tuesday, March 26, 2013

entri express

Bismillah..

in sya Allah, kali ni.. setelah sekian lama blog ni menyepi dengan entri-entri daripada taipanku. hehe.. kali ni, aku akan sajikan dengan satu entri yang.. maaf.. bukan daripada hasil taipanku lagi.. tapi, aku sertakan je linknya di sini.. Aku terpanggil nak kongsikan entri hamba Allah ni lepas aku baca entri die ni. in sya Allah bermanfaat.. maaflah, sekarang aku bizi skit.. esaimen masih banyak yang belum bersentuh. hehe.. jadi, selamat menghayati! ^__^




p/s: Terpulang kepada antum untuk menilai isi entri tersebut sama ada fakta ataupun auta. =)

Saturday, February 16, 2013

speechless~

Bismillah..

Secara jujurnya, aku betul-betul speechless sekarang. Aku tak tau nak cakap macamana. Aku tak tau nak buat macamana. Aku tak tau apa yang patut aku lakukan. Aku rasa, inilah kot kali pertama dalam hidup aku.. terjadinya perkara sebegini.. dan aku memang tidak pernah menyangka dan membayangkan aku akan menghadapi perkara ini pada usia seawal ini. Mungkin pada orang lain, benda ni biasa-biasa je.. tapi, pada aku, sangat kompleks. Aku ulang, SANGAT KOMPLEKS.

Jika selama ni, aku suka baca kisah-kisah kehidupan yang pada aku macam best je kalau jadi pada aku (even, pada awal jalan ceritanya pahit.. tapi, akhirnya sangat sweet! haha), namun begitu.. hakikatnya bila kisah yang aku baca selama ni tu, berlaku pada aku. Barulah aku sedar, rupanya bukan senang untuk menghadapinya, apatah lagi membuat keputusan. Keputusan yang mana akan berkait rapat dengan masa depan aku, malah terlalu rapat. Huhu..

Tambah-tambah lagi, bila sahabat-sahabat aku buat aku terharu dengan cara dia nak tolong aku. huhu.. Serius aku terharu. Dan kerana perkara ini jugalah aku mengetahui hal yang sebenarnya. Rupa-rupanya, ada benda yang Allah nak aku tahu. Dan sekali lagi, itu buat aku terharu.. ^_^

Aku kongsi dengan mereka bukan sebab aku nak menagih simpati atau bajet kudus ke apa.. Cuma, bilamana aku berhadapan dengan situasi macam ni, aku perlukan seseorang untuk aku luahkan dan dengar pendapat mereka, sebab boleh jadi rasional aku kurang kalau aku sorang-sorang. Aku akui, Allah lah tempat utama pengaduan dan pergantungan. Itu sudah pasti. Tidak pernah aku nafikan. Tapi, adakalanya dengan meluahkan kepada seseorang, hati sedikit sebanyak akan lebih terbuka. Sebabnya, mungkin ada pandangan mereka yang kita sendiri tidak pernah terfikir. Disitulah pentingnya musyawwarah. =)

In sya Allah, aku rasa semester ni walaupun nampak dan aku dapat rasa sangat mencabar dan menguji iman.. Tapi, aku rasa.. ada sesuatu yang Allah nak ajar aku. Dan mungkin juga aku akan dapat sesuatu yang tak pernah aku sangkakan? Siapa tahu kan? ^_^

Akhir kalam, aku mohon doa sahabat-sahabat agar ujian kali ni berjaya aku atasi dengan jayanya sebagaimana maksud nama aku, Cahaya Yang Berjaya. ^_^

masihkah mereka di hati kita? dalam menjalani kehidupan seharian, jangan dilupan mereka di sana.. in sya Allah.. ada ganjarannya.. ^_^



*susah untuk ambil sesuatu keputusan, bilamana masing-masing ada kelebihannya dan baik. =.=

Thursday, January 10, 2013

bukan senang jadi seorang Najihah.

Bismillah..

Serius aku cakap, bukan senang jadi seorang Najihah. Najihah tu sape? Aku la.. aiyyaaa.... Aku bukanlah nak mengeluh ke apa.. (tapi, macam mengeluh je kan?) tapi, serius aku cakap (kan dah ulang lagi sekali), bukan senang untuk jadi seorang Najihah. Banyak dugaan yang dia hadapi. Banyak benda yang dia nak kena tempuhi. Dugaan hati datang silih berganti. Baru satu nak menjauh, satu malah lebih daripada satu lagi yang datang mengambil alih tempat (orang lain lagi banyak yang susah Najihah.. =.= ).

Namun, walau beribu dugaan yang datang.. berbekalkan Allah di sisi, aku yakin dan aku akan cuba yang terbaik. Pernah ada sahabat yang tanya aku, katanya : "Jiha ni takde perasaan pape ke kat kaum adam? macamane la Jiha dapat kawal hati dan perasaan Jiha dengan baik tanpa rasa nak mencuba sesuatu yang bertentangan dengan hidup Jiha?" 

Macam tu la lebih kurang ayatnya.. Aku pun tak ingat sangat skemanya, tapi isinya yang tu la.. Allah.. Aku baca je ayat tu.. terus aku rasa macam... Allah! Sape la aku untuk dapat persepsi yang sebegitu? Rasa macam langit dengan bumi pun ada jaraknya. huhu.. Sesungguhnya, hanya Allah (dan mungkin beberapa orang insan.. tu pun tak semua) yang tahu betapa banyaknya dugaan hati yang aku hadapi saban waktu. Hanya Allah yang tahu betapa aku berperang dengan perasaan sendiri untuk elakkan diri daripada buat sesuatu yang nafsu kata best.

Aku bukanlah malaikat sampai takde perasaan dan takde masalah hati. Iman aku pun ada naik dan turunnya. Contoh paling senang: ada masa aku rasa tak susah pun untuk tak layan mesej daripada kaum adam ni.. tapi, ada masa aku rasa serba salah kalau tak balas, sebab depa bagi mesej, contoh macam nak ucap selamat berjaya ke untuk peperiksaan (tak ke macam kurang adab sket kalau tak berterima kasih orang buat baik macam tu?), yang tanya pasal pelajaran ke, yang tanya pasal program di sekeliling aku.. (kalau yang ni dua perkara, aku consider sket la nak jawab, sebab penting dan macam perlu jawab, kalau tak jawab macam menyusahkan orang lain dan diri sendiri di kemudian hari).

Tapi, kalau yang ajak sembang tu.. sedaya upaya mungkin aku cuba elakkan la walaupun kadangkala terbabas jugak.. huhu.. in sya Allah.. aku tengah cuba nak upgrade diri ke arah yang lebih baik. in sya Allah.. doakan aku untuk kuat dan terus istiqomah.

Aku ingat lagi satu hari tu. Sem lepas kot tak silap.. kalau tak pun, sem satu. Antara dua tu la. Ada sorang daripada kaum adam ni, dia telefon aku banyak kali. Aku dah la jenis yang tak suka angkat call kalau lelaki yang call, walaupun daripada mereka yang orang panggil ustaz (yang ni macam bertambah segan je aku nak angkat). Jadi, memang aku tak angkat la kan.. haha.. I'm sorry.. Hati aku memang berat sket nak angkat kalau budak laki yang call. Aku pun tak tau kenapa. Akhirnya, dia hantar mesej.. katanya: "Kalau orang telefon tu angkat la.. mana tau ada benda penting yang nak diberitahu." haha.. Serius, aku nak tergelak masa baca mesej tu. Maaf sekali lagi. hehe..

Lepas tu, dia call lagi sekali. Dengan jangkaan yang memang ada benda betul-betul penting dan dalam keadaan terpaksa, aku pun angkat. huhu.. Tapi! Aku tak rasa pun perkara yang dia cakapkan tu penting! haihh... Memang membuatkan aku makin malas nak angkat telefon daripada lelaki lepas tu. Sabo je la..

Lagi satu, aku jugak memang jenis yang tak terkeluar nak sebut perkataan 'abang' tu bagi mana-mana lelaki kecuali mereka yang terkecuali yang dah aku nyatakan di laman muka buku aku serta di blog ni jugak dalam entri ni --> aasif! ana tak biasa! Jadi, bila nak berkomunikasi dengan mana-mana lelaki yang mana aku yang terpaksa memulakan perbualan tu terlebih dahulu. Aku akan ambil inisiatif untuk panggil dia dengan gelaran ustaz ataupun cikgu. Tak kisahla dia tu ustaz betul ataupun tak, masalahnya itu je yang terkeluar daripada mulut ni haa.. 

Dah berape orang dah, bila aku panggil je dia dengan gelaran ustaz.. Dibalasnya balik, katanya dia bukan ustaz. Adoii.. masalahnya, mulut ni tak terkeluar la nak panggil dengan nama lain kalau dengan mereka yang lebih tua daripada aku. Nak panggil nama kang, macam kurang ajaq pulak. Nak panggil 'abang' tak keluar pulak. Lagipun, biarlah panggilan tu eksklusif untuk yang halal je nanti. eh? haha..

Pernah sekali aritu, bila aku panggil nama je sorang senior ni depan kawan-kawan perempuan aku, aku ditegur. Perbualan seperti di bawah: (haha.. macam skema je ayat ni) 

--------------------------

Kawan : Kau panggil dia nama je?
Aku : Yela, kenapa? 
Kawan : Aku report kat abang bla.. bla.. bla..
Aku : Report la.. (sambil buat muka tak bersalah)

--------------------------

Haha.. Adoiii... Masalah betul bila bercakap dengan orang yang tak rasa macam apa yang aku rasa ni. =.=

Satu perkara yang aku tak boleh lupa lagi sem ni, bila ada sorang muslimin ni dia cakap ngan aku.. tapi, dia tak mengadap aku (benda ni biasa je sebenarnya kalau kat KISAS dulu). Kebetulan masa tu aku siap solat awal, jadi aku pun sambung la keje potong-memotong bawang yang terhenti sebab nak solat kejap tadi. Kebetulan jugak aku tengah dok buat keje sorang-sorang masa tu. Yang lain tengah kemas telekung.

Tiba-tiba dia tanya soalan apa ntah yang berkaitan dengan program hari tu. Aku pun kompius nak jawab sebab aku tertanya-tanya, "dia ni cakap dengan aku ke sape?" sebab, aku tengok depan dia takde orang pun. Aku je yang terdekat kat situ. Dia cakap pun takdelah guna suara tinggi. Biasa-biasa je. Jadi, macam tak logik la kalau dia cakap dengan orang lain. Maka, aku pun balaslah apa yang dia tanya tu, dan dia balas balik. Dalam hati aku, "nasib baik betul.. ingatkan aku yang perasan tadi." haha.

Aku bukan apa, sebelum tu aku nampak dia ok je cakap depan-depan dengan muslimat lain. Takde pun nak kena mengadap tempat lain. (masa tu jugak la terlintas skrip cerita yang aku baca selama ni, "buruk sangat ke muka aku ni sampai tak sanggup nak pandang? haha) Tapi, gurauan je tu semua. Hakikatnya, aku rasa bersyukur sangat sebab dia faham aku pun tak selesa nak pandang. hoho. dan secara automatiknya aku teringat adegan di KISAS. haha. Dan di sini aku isytiharkan bahawa aku takkan kecik hati atau amek hati pun lepas ni kalau sape-sape nak buat macam tu lagi kat aku (cakap tak tengok muka). Malah, sangat dialu-alukan. =)

Mungkin ada yang berpandangan, "Alaa.. tak payah la nak syadid sangat. Buat macam biasa je.. Orang lain panggil abang pun bukannya ada perasaan pape. Orang lain pun mesej jugak dengan lelaki, cakap depan-depan, makan duk meja skali. Berbalas-balas senyum. Ok je.. boleh je kawal." Ya, saya memang respek dengan awak sebab iman awak kuat. Awak boleh lawan semua dugaan hati tu. Masalahnya, iman saya ni tak sekuat awak faham tak? Jadi, biarlah saya amek jalan ni, dan yang penting hati saya tenang dengan jalan ni.

Konklusinya, aku tak rasa dan memang pun jadi seorang Najihah tu bukan senang (aku rasa, orang lain pun rasa bukan senang jadi diri depa Najihah. heh). Aku harap aku akan berjaya hadapi semua ni sebagaimana maksud nama aku, Cahaya yang Berjaya.

bukanlah sesenang tekan butang je..

*tadi baru je lepas 5 kertas untuk peperiksaan akhir sem 3 ni, tinggal lagi satu (English Language 3) pada 12 Jan ni. Harapnya segala yang aku luahkan atas kertas jawapan tu beroleh hasil yang setimpal la (tapi, kalau dah usaha tu sikit Najihah?) Doakan juga segala yang aku rancang hujung minggu ni sama dengan perancangan DIA.. ^_^
There was an error in this gadget