Bismillah..
Secara jujurnya, aku betul-betul speechless sekarang. Aku tak tau nak cakap macamana. Aku tak tau nak buat macamana. Aku tak tau apa yang patut aku lakukan. Aku rasa, inilah kot kali pertama dalam hidup aku.. terjadinya perkara sebegini.. dan aku memang tidak pernah menyangka dan membayangkan aku akan menghadapi perkara ini pada usia seawal ini. Mungkin pada orang lain, benda ni biasa-biasa je.. tapi, pada aku, sangat kompleks. Aku ulang, SANGAT KOMPLEKS.
Jika selama ni, aku suka baca kisah-kisah kehidupan yang pada aku macam best je kalau jadi pada aku (even, pada awal jalan ceritanya pahit.. tapi, akhirnya sangat sweet! haha), namun begitu.. hakikatnya bila kisah yang aku baca selama ni tu, berlaku pada aku. Barulah aku sedar, rupanya bukan senang untuk menghadapinya, apatah lagi membuat keputusan. Keputusan yang mana akan berkait rapat dengan masa depan aku, malah terlalu rapat. Huhu..
Tambah-tambah lagi, bila sahabat-sahabat aku buat aku terharu dengan cara dia nak tolong aku. huhu.. Serius aku terharu. Dan kerana perkara ini jugalah aku mengetahui hal yang sebenarnya. Rupa-rupanya, ada benda yang Allah nak aku tahu. Dan sekali lagi, itu buat aku terharu.. ^_^
Aku kongsi dengan mereka bukan sebab aku nak menagih simpati atau bajet kudus ke apa.. Cuma, bilamana aku berhadapan dengan situasi macam ni, aku perlukan seseorang untuk aku luahkan dan dengar pendapat mereka, sebab boleh jadi rasional aku kurang kalau aku sorang-sorang. Aku akui, Allah lah tempat utama pengaduan dan pergantungan. Itu sudah pasti. Tidak pernah aku nafikan. Tapi, adakalanya dengan meluahkan kepada seseorang, hati sedikit sebanyak akan lebih terbuka. Sebabnya, mungkin ada pandangan mereka yang kita sendiri tidak pernah terfikir. Disitulah pentingnya musyawwarah. =)
In sya Allah, aku rasa semester ni walaupun nampak dan aku dapat rasa sangat mencabar dan menguji iman.. Tapi, aku rasa.. ada sesuatu yang Allah nak ajar aku. Dan mungkin juga aku akan dapat sesuatu yang tak pernah aku sangkakan? Siapa tahu kan? ^_^
Akhir kalam, aku mohon doa sahabat-sahabat agar ujian kali ni berjaya aku atasi dengan jayanya sebagaimana maksud nama aku, Cahaya Yang Berjaya. ^_^
masihkah mereka di hati kita? dalam menjalani kehidupan seharian, jangan dilupan mereka di sana.. in sya Allah.. ada ganjarannya.. ^_^
*susah untuk ambil sesuatu keputusan, bilamana masing-masing ada kelebihannya dan baik. =.=
semoga kau diberi petunjuk dan jalan terbaik dalam melakukan sebarang keputusan.. Aku tahu..kau tahu membeza mana yang baik dan buruk utk diri kau.. Kami sebagai sahabat..hanya mendengar dan meluahkan pendapat agar dpt meringankan masalah dan beban sahabat kami, selebihnya terletak pada diri ko sendiri... ;)
ReplyDeleteaku tak tahu ae mslh ko..sorry tak follow cerita2 ko..kenapa?and ape yg berlaku?huhuhu
ReplyDelete