assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, December 28, 2011

Tolong jangan lakukan!!

Assalamualaikum..
mungkin sedikit luahan hati di sini yang ditujukan khas buat kaum adam di luar sana yang bukan mahram kami.

Tolong, tolong dan tolong!!

Tolong sangat-sangat jangan mengambil kesempatan di atas kelembutan kami kaum hawa
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda
Tolong jangan cuba menguji kami
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "buat apa tu??"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya: "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah.."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya

Kerana kami juga insan yang sangat lemah
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai adam.. kerana itu fitrah.
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian
Kerana kami dah cuba sedaya upaya untuk menahan pandangan (mungkin tak semua)
Kerana kami juga kadang-kadang lalai 

Sebaliknya,

Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut??
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insyaAllah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau mungkin nak diluahkan kepada manusia juga?? mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda?? atau nak lagi best?? luahkan kepada isteri anda kelak. itu yang terbaik.

Bantulah kami..kami takut akan azab-Nya
Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu
Tapi, berusahalah!!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melawannya
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu..
Maka, mengertilah kami.. (insyaAllah)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya
Tegaskanlah suaramu!
InsyaAllah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara.


LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!!



**tolong jangan disalahgunakan kemudahan untuk mendapatkan nombor telefon yang saya kira sangat senang untuk diperolehi di IPT sekarang ini.

Friday, September 2, 2011

Terlambatkah saya??

bismillahirrohmaanirrohiim..




assalamualaikum buat para pembaca yang sudi membaca di blog yang agak lama terbiar ini..=)

InsyaAllah 5 hari yang bakal menjelmakan diri akan membawa aku untuk berpijak di bumi a.k.a dunia baru yang pada kiraanku agak asing.Bumi apa??

insyaAllah bumi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). hrmmm.. tak dapat ditafsirkan bagaimanakah perasaan aku tika ini.

GEMBIRA??

SEDIH??

BIMBANG??

CUAK??

TERUJA??

GABRA??

huhu...semuanya bergabung menjadi satu. (ntah sape suruh kome bersatu hati ye??)

hehe..terlewatkah diri ini membuat entri mengenai berita ini?? yang aku kira blogger lain yang seangkatan denganku sudah pun berkurun lama meng'update' pasal ni?? better late than never, am I right?? ^_^

alhamdulillah, waktu orang lain duk sibuk check dapat U mana, aku pun turut melakukan hal yang sama. (xde la aku buat dekkk jee) dan alhamdulillah aku telah diterima masuk ke UPSI kos pendidikan Bahasa Malaysia yang akan mengambil masa 4 tahun bersamaan 8 semester. (amacam, lama x??)

OK. dari situ rasanya semua orang dah boleh nampak siapa aku pada masa 4 tahun mendatang. =) moga2 hasrat itu terkabul.

Sebenarnya, agak berat perasaanku untuk menerima takdir bahawa aku akan menyambung bidang ini di peringkat yang seterusnya ini. (actually, sebab nilah aku baru update pasal ni..hehe). Namun begitu, alhamdulillah DIA telah membuka pintu hatiku untuk mengikhlaskannya. InsyaAllah..

Rasa-rasanya kalau ada sesiapa yang perasaan dekat FB awok, baru je pun lagi awok letak maklumat pasal UPSI dekat info tu kan?? hehe..awok x letak masa mula2 dapat tau berita ni dulu sebab time tu perasaan tengah berkecamuk lagi..hehe..

Hrmm...tapi kini, hanya perasaan x sabo yang ada (ada la jugak bedebo + sedihnye sket2) nak jejakkan kaki di bumi itu. (terima kasih ya Allah).

Akhir kata, diharapkan agar sahabat2 dapat mendoakan kelancaran urusanku untuk menuntut ilmu di sana. Doakan jua agar diri ini TIDAK termasuk dalam golongan orang yang digelar "culture shock".

****************************************

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan sahabat2 di sana juga di tempat2 lain, bimbinglah kami di setiap saat dan ketika, titipkanlah kami orang2 yang mencintai-Mu agar kami dapat terus mencintai-Mu, lembutkanlah hati pensyarah2 dan sahabat2 yang bakal aku temui, satukanlah hati kami agar kami dapat menjalankan ajaran-ajaran-Mu dengan baik dan lancar, kirimkanlah hamba-Mu untuk menegurku di kala aku terleka, pelihara dan jagalah bi'ah tempat yang bakal aku jejakkan kaki itu dan kuatkanlah hati dan imanku untuk aku terus berjuang di bumi pinjaman-Mu ini..

p/s: mohon sahabat2 mendoakan kelancaran urusanku dan sahabat2 yang senasib denganku untuk menukar sedikit jadual pembelajaran kami di sana dek hal2 yang2 tak dapat dielakkan.

 inilah tempat aku dan sahabat2 bakal berorientasi selama seminggu nanti.


Friday, August 26, 2011

Akhirnya terjawab sudah persoalan kami.. ^_^

Assalamualaikum.. (saya nak guna kata ganti nama saya kali ni)

First of all, i wanna say ALHAMDULILLAH...^_^
Entri kali ni khas saya buat untuk sorang sahabat muslimin saya, iaitu Wan Mohd Murshid bin Wan Mohd Yusoff. Beliau yang merupakan bekas presiden BADAR KISAS 09/10 akan menamatkan zaman bujangnya bermula 10 september 2011 ini bersama pasangannya Khairunnisa binti Ibrahim. (tetibe ayat skema..hehe)

OK, terkejut tak kalau anda duk tempat saya?? kompem terkejut kan?? seriouslly, first2 dengar tadi..perasaanku, sangat2 terkejut + teruja + xleh percaya + tumpang gembira + alhamdulillah..hehe

Akhirnya...terjawab jugak segala persoalan kami batch form 6 KISAS 09/10..hehe...kalau dulu, asyik duk tertanya-tanya je: "sape la ye yang kawen dulu antara kita??" ;p dan alhamdulillah hari ni, saudara Murshid telah merungkaikan segala persoalan tersebut.. >_< 

Sebenarnya xde niat pun nak tulis panjang2 untuk entri ni..so, saya akhiri dengan serangkap doa buat bakal pasangan mempelai..(seyes janggal sebut word ni untuk sahabat yang sama umur..hehe)

"Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baina kuma fi khoir.."


p/s: dah 2 tahun berturut2 sahabat STAM mendahului, sahabat2 STPM sape nak mulakan ye?? ^_^

x sabo nak dapat anak buah..;p

Saturday, August 6, 2011

Membawa Kanak-kanak ke Masjid

Diriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa' bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu menjauhkan kanak-kanak daripada masjid, begitu juga orang-orang gila, urusan berjual-beli, pertengkaran  dan permusuhan, meninggikan suara, melaksanakan hudud, menghunus pedang dan jadikanlah pintu-pintunya suci dan hendaklah kamu menahannya (halang) dalam perhimpunan."
(Riwayat Ibnu Majah, Thabrani Ibnu Darda')
Keterangan

Masjid yang merupakan rumah Allah SWT adalah menjadi hak seluruh umat Islam. Tiada siapa yang dapat menghalang daripada dikunjungi. Begitu juga tidak ada had masa untuk umat Islam mendampinginya. Hak keistimewaan ini akan dibatasi sekiranya disalahgunakan atau akan mencemarkan kesucian masjid.
Mengikut prinsip ini juga, orang gila dan kanak-kanak harus mengunjungi masjid, seandainya mereka tidak mencemarkan masjid atau bermain-main. Haram membawa mereka masuk ke masjid jika mencemarkan masjid dan bermain-main di dalamnya.

*******************************

Perbuatan membawa anak-anak kecil ke masjid sememangnya merupakan satu perkara yang baik. Hal ini bertujuan melatih dan membiasakan diri anak-anak kecil tersebut dengan bi'ah (persekitaran) yang suka beribadah. Lebih-lebih lagi, pada bulan yang penuh berkah ini, iaitu bulan Ramadhan.

Rasanya situasi ini sangat sinonim pada bulan Ramadhan ini. Hal ini pada dasarnya sangat bagus dan baik. Namun begitu, impak ini telah bertukar menjadi negatif apabila ada sebilangan atau segilintir ibu bapa yang membawa anak kecil tersebut bersikap melepaskan tangan. 

Melepaskan tangan di sini membawa maksud, setelah dibawanya anak kecil tersebut ke masjid dan dibawa masuk ke tempat orang ramai beribadah (yela, takkan nak tinggal dalam kereta sorang-sorang pulak kn?), anak kecil tersebut dibiarkan melakukan apa sahaja yang diingininya atau dalam erti kata lain, bermain-main.

OK, sudahlah anak kecil tersebut bermain-main dalam kawasan masjid dengan bisingnya, tidak cukup dengan itu..jika ada yang terlebih nakal sikit, ada yang sampai merempuh jemaah yang sedang beribadah, landing di tempat sujud para jemaah (haishh). Tidakkah ini satu perbuatan yang agak kurang beradab (xnak la sebut biadap kn..) dan mengganggu para jemaah yang sedang beribadah menghadap Sang Pencipta?? Seriously, ini sangat-sangat mengganggu!

Sudahlah nak mendapatkan khusyuk dalam solat itu susah (bagi aku la), ditambah lagi dengan anasir-anasir kecik ni..hrmm...betul-betul menguji keimanan.

Dalam hal ini, aku rasa ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kecil tersebut (dah memang tanggungjawab depa pn..tapi, rasanya masyarakat sekeliling pun boleh amek peranan  jugak). Sebelum bertindak membawa anak kecil tersebut ke masjid atau ke mana-mana sahaja, ibu bapa seharusnya mendidik dan menasihatkan anak-anak mereka terlebih dahulu. Adab dan tatatertib sewaktu di tempat awam haruslah diberi penekanan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Aku rasa hal ini tidak menjadi satu masalah yang besar buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar lebih beradab. Hal ini demikian kerana, aku pernah je tengok ada yang bawak anak kecil ke masjid dan budak tu elok je duduk kat tepi mak/ayah die walaupun x sama-sama menunaikan solat..dah la kiut! (tetibe..haha) ada yang lagi baik, sama-sama solat walaupun mungkin sekadar mengikut perbuatan imam dan orang sekelilingnya. (wajarlah kn..kecik lagi..) haaa...sejuk je mata tengok..


Namun begitu, bagi yang mempunyai anak kecil yang agak-agak susah nak kawal tu, rasanya solat di rumah lebih elok kott(ni bagi para ibu la..). Lagipun, memang bagi para wanita, solat di rumah itu lebih afdhal. kan?? Memangla kalau nak ikutkan, sebolehnya nak solat di masjid atau surau..lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, nak solat tarawih kan?? hrmm.. tapi, cuba fikir balik, mana yang lebih baik, sama ada nak kejar solat berjemaah di masjid @ surau atau tidak membiarkan anak kita mengganggu jemaah lain beribadah?? Fikir-fikirkanlah..

Lagipun, kalau nak solat berjemaah, di rumah pun boleh..tidak semestinya di masjid atau di surau sahaja. Ajaklah ahli keluarga lain yang ada di rumah atau mungkin jiran sebelah rumah yang mungkin terlupa nak ke masjid atau surau solat sama-sama?? Boleh aje kan.. Tapi, bagi pasangan yang mungkin baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai sorang anak sahaja, maksudnya tiada ahli keluarga lain yang boleh diajak berjemaah (yela, suami dah ke masjid kn..), tiada salahnya solat sorang-sorang di rumah. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. 

Konklusinya, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah di bulan yang dilipatgandakan segala amalan ini.
p/s: maaflah, ayat aku sekejap-sekejap skema, sekejap-sekejap tak kan?? hehe..








Tuesday, August 2, 2011

Peminangan Pendahuluan Perkahwinan

bismillah.. 
lagi skali topik berkaitan remaja...maklumlah, den remaja lagi..=)

mood: suka baca hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha 


Ramai remaja hari ini berpandangan: "Sekarang zaman moden, remaja boleh bertunang sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang tua. Lagipun, wali hanya diperlukan dalam majlis akad nikah bukannya dalam pertunangan."

Seorang remaja bertanya: "Apakah sudah dikira bertunang apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadi suami dan bernikah dengan seorang perempuan melalui teknologi sekarang seperti telefon bimbit ataupun internet? Saya musykil tentang perkara ini kerana ramai sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau SMS."

Jawapan saya yang sederhana: "Apabila seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan."

Adakah mereka sudah dikira bertunang? Belum lagi kerana perlu melihat persetujuan pihak yang satu lagi pula. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun masih berbelah bahagi? Jika dia sebulat hati menyatakan persetujuan, barulah kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan ini dikira telah berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

Ya, barangkali mereka dikira bertunang, namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga. Bukan itu sahaja, bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan. Ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan golongan salafussoleh. Hasrat boleh dinyatakan melalui apa-apa medium sekalipun.

Perlu diingatkan juga, keindahan Islam ini bukan sekadar pada hukum-hakamnya atau syariah, malah terzahir juga melalui aqidah dan akhlaknya. Aqidah Islam meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh terbaik dalam setiap tindakan dan amalan.

Akhlak Islam pula memuliakan ibu bapa dan menghormati keluarga. Tidak kira sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita tetap perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia adalah perintah Allah.

Peminangan yang Mengikut Sunnah

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali. Apabila Rasulullah s.a.w. ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah; Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda, Rasulullah s.a.w. banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun, pinangan Baginda itu ditolak.

Dasar dan Hukum Peminangan

Daripada al-Mughirah r.a., sesungguhnya dia pernah meminang seorang perempuan, lalu Nabi s.a.w. bersabda kepadanya (yang bermaksud): "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)

Wali tidak boleh memaksa tetapi dia boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shu'aib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, sama ada puterinya itu gadis ataupun janda.

Pernah terjadi suatu kisah seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis. Daripada Abdullah bin Buraidah daripada Aisyah bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya: "Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak menyukainya." Maka Sayidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah s.a.w. datang."

Setelah Rasulullah s.a.w datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak bagi wanita untuk membuat ketetapan?"

Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." (Riwayat al-Nasa'i)

Nasihat Buat Remaja

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. Raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

 Sumber: 
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin
SOLUSI edisi khas isu 34
m/s 83-84

Kebiasaan yang sering kali diambil mudah??

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.'"
(Riwayat al-Bukhari dan  Muslim)

hehe...saja je selitkan hadis tu sket, nak amek mood Ramadhan la katakan.. ^_^

Actually, kali ni (setelah sekian lama blog aku ni bersawang, arini aku cube la cuci skit2 mane yang mampu) aku nak share satu benda yang aku kira sangat penting bagi seorang muslim dan mukmin. 

Bagaimanakah al-Fatihah di belakang imam??

OK, itulah fakta yang akan aku cuba bawakan pagi ni.

Baiklah, ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut:

"Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam ialah bacaannya." 
(Riwayat al-Dar Qutni)

Hal ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:

Rasulullah s.a.w. menunaikan solat subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: 

"Aku dapati kamu membaca (al-Qur'an) di belakang imam kamu." Sahabat menjawab: "Ya mengapa, wahai Rasulullah?"
Baginda berkata: "Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Qur'an (al-Fatihah) kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah."' 
(Riawayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Qur'an tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Qur'an.
(Riawayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: 

"Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam)." 
(Nay al-Awtar, jil. 2, hlm.511)
Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah:

1) Membaca tanpa wakaf.
2) Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
3) Bertukar makhraj huruf-huruf.
4) Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut "Amin" di Akhir al-Fatihah

Lafaz "amin" bererti "perkenankanlah" disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama-sama imam. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud:

"Apabila imam mengucapkan lafaz "amin", para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut "amin", para makmum boleh menguatkan "amin" bagi mengingatkan imam kerana hal tersebut adalah termasuk dalam perkara sunat.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Hal ini ialah ijtihad mazhab Syafi'e dan Hanbali.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 40)



sumber: 
solusi edisi khas isu 34, m/s 13

Wednesday, July 6, 2011

JANGAN TERPEDAYA!!

Assalamualaikum...
bismillahirrohmaanirrohiim..
InsyaAllah pagi ni, nak kongsi satu ilmu yang sangat2 menarik! (for me la..=) 

"Kemudian, dia (Dajal) memanggil seorang lelaki, lalu dia (Dajal) memerintahkannya dan membunuhnya. Kemudian, dia memotong anggota badannya. Setiap bahagian  tubuhnya  dipotong. Lalu, dia memisahkannya sehingga orang melihatnya. Kemudian, dia mengumpulkannya. Lalu, dia memukul dengan tongkatnya. Tiba-tiba, dia (laki-laki itu) berdiri. Lalu, dia (Dajal) berkata: "Saya adalah Allah (Tuhan) yang mampu menghidupkan dan mematikan seseorang. Padahal semuanya itu adalah sihir yang menipu mata manusia, dan dia tidak berbuat apa-apa dari semua itu."
Hrmm...macamana, pernah dengar x hadis 2?? Hadis 2 telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Maqnam.

Baiklah, untuk itu, aku nak kongsi apa maksud sebenar disebalik hadis 2. Adakah Dajal tu betul2 mampu menghidupkan dan mematikan seseorang manusia?? Dan adakah caranya seperti yang terdapat dalam cerita2 dongeng?? hehe..Jom kita bongkar!!!!

Sebenarnya, hadis di atas mengandungi 6 fasa yang selari dengan proses pengklonan, iaitu:
1) Memotong anggota badannya 
--> Salah satu organ dipotong sebagai sampel bagi memulakan pengklonan.

2) Setiap bahagian tubuhnya dipotong 
--> Tubuh dipotong kecil bagi mengambil sel.

3) Lalu, dia memisahkan
--> Nukleus dipisahkan daripada sel dengan tujuan mengambil kromosom sel itu. Kemudian, kromosom itu dipotong bagi mengambil DNA dengan menggunakan teknologi pemindahan nuklear.

4) Kemudian, dia mengumpulkannya
--> DNA itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sel telur wanita, sehingga kedua-duannya bersatu.

5) Lalu, dia memukul dengan tongkatnya
--> Ini merujuk kepada penyaluran tenaga eletrik bagi mendorong penyatuan antara DNA dengan sel baru. Proses ini menggunakan batang katod dan elektrod.

6) Maka tiba-tiba dia (lelaki itu) berdiri
--> Melalui pemindahan nuklear, tiba-tiba gabungan DNA dan sel telur mengalami pembelahan dan menjadi embrio hidup. Lalu dimasukkan ke dalam rahim wanita. Setahun kemudian, lahirlah bayi yang sama, yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dengan individu asal.

Hakikatnya, Dajal pernah mengklon lelaki yang dibunuhnya itu. Proses pengklonan lelaki itu dilakukan sejak lelaki itu lahir di dunia. Semasa lelaki itu masih bayi, Dajal mengarahkan saintisnya bagi mengambil sampel bayi itu. Dengan menggunakan sel bayi itu, bayi berkenaan diklonkan. Jadi, semasa bayi itu berumur setahun, maka klonnya pun dilahirkan. Selepas itu, lelaki itu dan klonnya sentiasa diawasi oleh pasukan penyelidik Dajal, dengan menggunakan Global Positioning System (Sistem Penentu Kedudukan Global). 

Apabila individu asal sudah dewasa, Dajal membuat helah di khalayak ramai, iaitu dengan membunuh lelaki itu. Dajal kemudiaannya memanggil klon itu supaya tampil. Orang yang cetek pengetahuan dan lemah iman percaya Dajal berjaya menghidupkan kembali lelaki yang sudah mati itu. 

SEE!! amat berbahaya bukan bagi orang yang tidak mengetahui hakikat sebenar di sebalik hidupnya kembali orang yang sudah mati tersebut???? dan sudah tentu IMAN merupakan PENYELAMAT UTAMA kita pada waktu itu.

Seterusnya, ini merupakan satu lagi hadis yang seerti dengan hadis di atas yang telah diriwayatkan oleh Nuwas bin Sam'an, iaitu:

"...Kemudian dia (Dajal) memanggil seorang pemuda yang gemuk. Dia melibasnya dengan pedang sehingga  terbelah menjadi dua lalu dipisahkannya antara kedua potongan itu sejauh bidikan panah. Kemudian dia memanggil lagi pemuda itu. Dia (pemuda) datang kepadanya dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa."

{petikan hadis panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab Mengingati Dajal}

Hadis ini menjelaskan pembohongan yang dilakukan oleh Dajal bagi menipu orang yang menjadi pengikutnya. Proses ini sama dengan proses pengklonan. Apabila mayat pemuda itu dibawa sejauh bidikan panah (mungkin sejauh 200 meter), orang ramai mungkin tidak tahu mayat pemuda itu sebenarnya telah dikuburkan. Sementara itu, individu yang kemudiannya tampil ialah klon pemuda asal, yang mana pemuda itu sudah diklonkan lebih awal. 

Orang yang jahil mungkin terus percaya kepada Dajal lalu menganggapnya sebagai Tuhan. Dalam hadis yang lain, ada dinyatakan dengan jelas pembohongan-pembohongan Dajal ini hanya berlaku kepada masyarakat pedalaman yang jahil agama dan cetek pengetahuannya.

Hadis panjang daripada Abi Umamah al-Bahili yang menyebut pernyataan Rasulullah SAW mengenai Dajal:

"Antara fitnah Dajal ialah, dia berkata kepada orang Arab dusun, 'Apa pendapatmu jika aku bangkitkan ayahmu dan ibumu? Adakah engkau mahu bersaksi bahawa aku ialah Tuhanmu?? Orang itu menjawab, 'YA!' Kemudian, dua syaitan yang menyerupai diri seperti ibu dan ayahnya, lalu kedua-duanya berkata, "Wahai anakku, ikutlah dia! Sesungguhnya dia ialah Tuhanmu."

{Hadis diriwayatkan Ibnu Majah, Bahagian Fitnah 2: 1359
1363 juga dalam Sahih al-Jami' ash-Shaghir 6; 273-277, hadis no. 7552}.

Hadis ini berada dalam kronologi waktu yang panjang. Sebelum kedua-dua orang tua pemuda Arab Badawi itu meninggal dunia, pasukan penyelidik Dajal sudah pun mengklon mereka. 

Selepas kedua-dua orang tua pemuda itu meninggal dunia, Dajal memanggil klon bagi menemui pemuda Arab yang jahil itu. Ini suatu sandiwara yang dianggap cukup hebat bagi orang kampung.

Mengenai perwatakan orang Badwi ini, ada dinyatakan dalam al-Qur'an:

"Orang Arab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya dan sangat patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

{Surah at-Taubah, ayat 97}

Hal ini bermakna, orang kampung berbeza dengan orang bandar. Hal ini demikian kerana, penduduk bandar mempunyai lebih banyak pengetahuan, sehingga daya pemikiran penduduk bandar lebih mantap berbanding penduduk kampung. Dalam konteks sejarah Nabi Muhammad SAW, ada orang Arab Badwi yang hanya memikirkan makan, minum, kahwin, berburu untuk mencari makanan dan tidur. Mereka enggan belajar tentang agama, lantas dibelenggu kejahilan. Fenomena ini masih wujud pada zaman sekarang dan zaman ketika Dajal keluar nanti. Orang seperti ini yang menjadi sasaran mudah bagi Dajal menyebarkan ajarannya.

hrmm...so, macamana sekarang?? dapat ilmu yang baru je anda semua baca ni?? =) Diharapkan kita tidaklah tergolong dalam kalangan orang yang mempercayai Dajal sebagai Tuhan itu. Nauzubillah.. Tapi, semuanya bergantung kepada tahap keimanan seseorang juga kan?? Renung2kan...

Baiklah, sebenarnya..ilmu ni, aku ambil daripada sebuah buku yang bertajuk ARMAGEDON 2012.

haa..ni la bukunya!

InsyaALLAH, isinya sangat2 menarik minat aku untuk terus membacanya.. (sebenarnya, aku pun belum habis lagi baca buku ni, tapi aku teringin sangat2 nak share benda ni, so taip je la! hehe.. ni buku akak aku sebenarnya..)

Rasanya, setakat ni la dulu entry kali ni, dah lewat! haha.. terlajak setengah jam dah ni..huhu..

p/s: kalau ada rezeki lebih, bolehlah beli buku ni..insyaAllah x rugi..=)





 

Sunday, July 3, 2011

Selamat Tinggal Rejab & Selamat Datang Sya'ban~

Bismillah..

alhamdulillah, tertaip jugak entry baru ni..hehe.. lama bebeno xde entry baru kan?? maaf la..ada kekangan skit..=)


Baiklah, insyaALLAH entry kali ni, aku akan kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seorang mukmin dan muslim bersempena dengan kedatangan bulan Sya'ban ni.. 

Disebabkan bulan Rejab dulu, x sempat nak highlightkan.. So, entry kali ni, akan dihimpunkan untuk kedua-dua bulan tersebut..=)


Baiklah, bulan Rejab yang juga dikenali sebagai bulan ALLAH ini, mempunyai amalan khusus yang boleh diterapkan dalam diri seorang muslim sepanjang bulan tersebut. Antaranya ialah:

i) Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar daripada ALLAH.
ii) Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan daripada ALLAH.

iii) Puasa 3 hari - diselamatkan oleh ALLAH daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan serta dajjal.

iv) Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
v) Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.

vi) Puasa 10 hari - ALLAH akan memakbulkan permintaannya.
vii) Puasa 15 hari -  ALLAH akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikan.

viii) Tambahan puasa - menambahkan pahalanya.

ix) Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.

x) Membaca al-Qur'an.
xi) Membanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti di bawah ini:

1-30 hb Rejab - 70 kali (Subuh/Asar)
--> Allahummaghfirli warhamni watub 'alayya

1-10 hb Rejab - 100 kali
--> Subhanallahil hayyil qoyyum

11-20hb Rejab - 100 kali
--> Subhanallahil ahadissomad

11-20 hb Rejab - 100 kali
--> Subhanallahirrouf

27 hb Rejab Isra' Mi'raj
--> Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

p/s: tapi pasal puasa sunat 27 hb Rejab yang diniatkan khusus utk tarikh ini, aku pun x sure kesahihannya.. ce tengok link ni --> KLIK!!

Jadi, renung2kanlah...

SELAMAT TINGGAL REJAB...=(

*****************************************************************


SELAMAT DATANG SYA'BAN!! =)

Seterusnya, untuk bulan Sya'ban..di bawah ini merupakan amalan2 sunat yang boleh diamalkan sepanjang bulan ini yang bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib tadi..:p

i) 15hb - Nisfu Sya'ban
--> Hidupkan malam dengan membaca surah Yaasin 3 kali dan berdoa supaya:

# Panjang umur serta dapat beribadah.
# Murah rezeki.
# Tetapkan iman.

--> Ibadat-ibadat lain.

--> Terdapat khilafiah pendapat ulama' terhadap amalan ini, terpulanglah kepada kita. Walaubagaimanapun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Qur'an dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yaasin 3 kali.

ii) Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30hb Sya'ban.

Itulah beberapa amalan yang boleh kita praktikkan sepanjang bulan yang penuh mulia ini, dan insyaALLAH istiqomah dilakukan sepanjang tahun..aamiin..


 Semoga kita sempat bertemu dengan bulan yang penuh dengan barakah, yakni bulan Ramadhan,insyaALLAH..

P/S: sorry la, ayat doa tu, x dapat nak arabkan, xde fon arab la..hehe

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI AYOH!!! ^_^

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

bismillahirrohmaanirrohim..

:: 190611 ::

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nafas sehingga ke detik ini. terima kasih ya ALLAH..

Okey, let's look at the date above. Agaknya apa yang menarik sangat dengan tarikh tu ye?? 

ok, aku terus terang je la..sebenarnya, tu la tarikh bagi rakyat Malaysia dan beberapa lagi negara lain yang secara rasminya menyambut Hari Bapa hari ini. 



Antara negara yang bertuah sambut Hari Bapa dengan Malaysia ni ialah:

 Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

(sumber : tarikh Hari Bapa )

Baiklah, untuk hari yang spesial ni (tiap2 hari Hari Bapa sebenarnya), aku nak tujukan ucapan yang teristimewa buat ayahandaku yang terchenta, 

RAMLI BIN TAIB

Selamat Hari Ayoh!!! (I call my dad ayoh ok! =)

Terima kasih untuk segala2nya yang telah engkau berikan buat kami adik-beradik.. 

Terima kasih untuk setiap curahan kasih sayangmu..

Terima kasih untuk setiap titipan kata2 semangatmu..

Terima kasih untuk setiap teguran dan didikanmu..

Terima kasih untuk setiap penat lelah dan titik peluhmu dalam perjalanan mencari rezeki buat kita sekeluarga..

Terima kasih untuk rumah yang alhamdulillah selesa ini..

Terima kasih untuk setiap makan pakai kami..

Terima kasih sebab telah memberikan kami adik-beradik pendidikan dunia dan akhirat..insyaALLAH..

Terima kasih untuk segala2nya..!!

Hanya ALLAH yang mampu membalas jasamu wahai ayoh.. (juga mok, Saripah binti Harun =)

Engkaulah ayoh terbaik buat kami adik-beradik. Terima kasih ya ALLAH sebab telah mengurniakan kami bapa yang baik dan terima kasih juga kerana Engkau telah memberikan aku peluang untuk hidup dalam keluarga ini..^_^

Teringat akan satu maksud hadis ni:

“Dan seorang lelaki yang mana hatinya terpaut dengan masjid.”
( H.R. Bukhari )

Hadis tersebut mengenai janji ALLAH untuk orang2 yang hatinya terpaut dan terikat dengan masjid, bahawa di akhirat kelak mereka akan mendapat naungan daripada ALLAH SWT, terutamanya lelaki. Berbanding wanita yang lebih afdhal solat di rumah, namun begitu bukan bermakna ini boleh menjadi sebab dan alasan untuk seseorang wanita itu langsung tidak menjejakkan kaki di masjid2 atau surau2. (faham2 sendiri laa..kalau nak diterangkan bab ni, kena buat entry lain la..;p )

OK, apa kaitan dengan tajuk entry ni?? hehe.. 

Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ayah yang insyaALLAH ada ciri2 tu.. Mak aku pernah cerita yang sebelum parents aku ni kawen (zaman remaja la), ayah aku ni suka tidur dan tinggal di surau yang berdekatan dengan rumahnya waktu 2. Maksudnya, kehidupannya banyak berkisar di surau 2 je la.. 

Alhamdulillah, ciri2 tu masih lagi utuh sampai sekarang ni.. Even dah berumahtangga, solat 5 waktunya akan dicuba sedaya upayanya didirikan di masjid @ surau yang berdekatan dengan rumah kami. Nak kata xde langsung solat dekat rumah, tipu la 2 kan?? =) cuma, kalau beliau solat kat rumah 2, ada la something yang menyekatnya macam sakit ke, or something yang x boleh nak dielakkan.

Dan aku sangat2 percaya dan yakin, bila seseorang lelaki 2, hatinya terikat dengan masjid2 @ surau, insyaALLAH lelaki tu ialah lelaki yang baik untuk dijadikan suami..=) tahniah buat ibuku yang insyaALLAH telah memperolehinya.. (hope to be like u mom! --> sekadar selingan..haha!) 

hrmm...xdela nak kata ayahku perfect ke apa..sebab nobody is perfect, am i right??

Ayah aku ni pun, ada jugak time barannya..cuma kena pada tempatnya la kan? hehe.. dah klo buat salah, ada la "bonus'nya kan?? ;p

Tapi, walau macamane skalipun, 

you are the best AYOH!!! ^_^

I always love u and I will always love u!!! 

p/s: nak cakap depan2 malu..hehe.. (trok btol la hg ni Najihah..huhu)

Lastly, I dedicate to U this song dad! just 4 u..



There was an error in this gadget