assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Tuesday, August 2, 2011

Kebiasaan yang sering kali diambil mudah??

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.'"
(Riwayat al-Bukhari dan  Muslim)

hehe...saja je selitkan hadis tu sket, nak amek mood Ramadhan la katakan.. ^_^

Actually, kali ni (setelah sekian lama blog aku ni bersawang, arini aku cube la cuci skit2 mane yang mampu) aku nak share satu benda yang aku kira sangat penting bagi seorang muslim dan mukmin. 

Bagaimanakah al-Fatihah di belakang imam??

OK, itulah fakta yang akan aku cuba bawakan pagi ni.

Baiklah, ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut:

"Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam ialah bacaannya." 
(Riwayat al-Dar Qutni)

Hal ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:

Rasulullah s.a.w. menunaikan solat subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: 

"Aku dapati kamu membaca (al-Qur'an) di belakang imam kamu." Sahabat menjawab: "Ya mengapa, wahai Rasulullah?"
Baginda berkata: "Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Qur'an (al-Fatihah) kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah."' 
(Riawayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Qur'an tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Qur'an.
(Riawayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: 

"Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam)." 
(Nay al-Awtar, jil. 2, hlm.511)
Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah:

1) Membaca tanpa wakaf.
2) Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
3) Bertukar makhraj huruf-huruf.
4) Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut "Amin" di Akhir al-Fatihah

Lafaz "amin" bererti "perkenankanlah" disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama-sama imam. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud:

"Apabila imam mengucapkan lafaz "amin", para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut "amin", para makmum boleh menguatkan "amin" bagi mengingatkan imam kerana hal tersebut adalah termasuk dalam perkara sunat.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Hal ini ialah ijtihad mazhab Syafi'e dan Hanbali.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 40)



sumber: 
solusi edisi khas isu 34, m/s 13

1 comment: