assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Saturday, March 28, 2015

Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sepanjang latihan mengajar yang lepas, banyak bahan bantu mengajar yang telah saya sediakan. Antaranya adalah seperti berikut:










Suasana dan Iklim Bilik Darjah

Sistem sosial merupakan suatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat.  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan murid-muridnya.  Sehubungan dengan itu, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang interaksinya berlaku melalui aktiviti-aktivit yang dirancangkan berdasarkan sesuatu strategi PdP.

Mengikut kajian, keberkesanan PdP di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada cara interaksi atau komunikasi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi cara dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada kebiasaannya terbahagi kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.

Secara khususnya, faktor fizikal ini merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.  Kemudahan dan peralatan sekolah tersebut merujuk bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif merupakan faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan PdP di dalam sekolah. Faktor fizikal sekolah ini pula mencakupi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.

Seterusnya, faktor kemanusiaan pula dapat dibahagikan kepada suasana sosial dan suasana emosi. Suasana sosial merujuk perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah.  Kebanyakan murid suka memilih rakan yang sebaya taraf sosialnya untuk berada dalam sesuatu kumpulan, terutamanya jika melakukan aktiviti berkumpulan. Dari sudut pendidikan pula, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas ini sememangnya mempengaruhi keberkesanan PdP, khasnya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.  Hal ini dapat dikenal pasti melalui kajian sosiometri, iaitu suatu teknik yang digunakan untuk mengkaji perhubungan dan corak interaksi di antara individu dalam sesuatu kumpulan dan hasil kajian tersebut diterjemahkan dalam sosiogram seperti berikut:


Suasana emosi pula merujuk perasaan murid terhadap guru. Suasana ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya pengajarannya.  Mengikut kajian, suasana bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu, bertanggungjawab dan tidak memilih kasih.  Suasana ini akan meningkatkan keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, faktor teknikal merujuk teknik yang digunakan oleh guru untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar murid. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, syair, kuiz dan drama.

Kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi PdP di sekolah ialah faktor fizikal, kemanusiaan dan teknikal.  Faktor-faktor ini tidak bertentangan antara satu sama lain, malah saling melengkapi.

Friday, March 27, 2015

Peperiksaan Akhir Tahun SMKDPPK

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seminggu yang terakhir saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Panglima Perang Kiri, Tapah Road, Perak Darul Ridzuan ini, saya sempat untuk bersama-sama dengan anak didik saya menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Sehubungan dengan itu, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu mereka mengulang kaji pelajaran, khususnya dalam subjek Bahasa Melayu sebelum mereka melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan.

Jadi, antara usaha yang telah saya lakukan adalah dengan mengadakan kelas tambahan, ulangkaji pelajaran bersama-sama serta membuat praujian, iaitu ujian untuk menguji tahap kebolehan mereka sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun yang sebenar.

















Thursday, November 13, 2014

Kenapa Aku Nak Kawen?

Bismillah.. lama bebeno rasanya tak update blog ni. berkurun dah.. so sori bagi yang menunggu.. (koya.. haha)

Baiklah, tak nak melalut panjang-panjang. Terus kepada point yang sebenar. Ekceli nak kongsi pasal hubungan antara dua insan yang berlainan jantina hari ni. Yang ada niat nak ke 'step' yang seterusnya, iaitu Baitul Muslim, in sya Allah.. Pendek katanya, yang dalam proses pertunangan la. Orait? Baik.

Sebaik sahaja kita dah mengambil keputusan untuk menerima dan bersetuju untuk hidup sampai ke syurga dengan dia (in sya Allah), ada satu perkara yang sangat penting yang perlu kita fikir dan ambil berat sebenarnya yang selain daripada ekonomi dan segala macam yang lain la. Jadi, apa bendanya kalau bukan semua tu?

Itulah dia N.I.A.T. Tau kan niat tu apa? Niat ni ialah lintasan hati. Macam kita nak niat solat tu. Bukan apa yang dituturkan, sebaliknya apa yang terlintas di hati. Boleh faham kan? Alah, hampa semua dah faham pun pasai tu kan? Benda 'basic' kot. Baik, 'settle' pasai maksud.

Aku sebenarnya dah banyak kali dah dengar pasal ni, terutamanya bila bercakap dengan orang yang kita boleh respek dia lebih dalam ilmu agama ni. Perkara pertama yang akan depa tanya bila cakap pasal ni adalah, "Kenapa nak kawen?" Baik, kalau hampa, hampa jawab apa?

Sejujurnya, masa mula-mula ditanya oleh mereka yang aku hormati itu, aku sebenarnya tak tahu nak jawab apa. hoho.. Sadis kan? Padahal, kalau tengok soalan tu.. Macam tak berapa susah jawapan dia. Tapi, bila kena batang hidung sendiri.. Mak aihh.. bukan senang baq angg nak jawab..

Jadi, aku buat apa? Aku senyap je la sudahnya.. Tapi, dalam hati sebenarnya dah ada jawapan, cuma tak terkeluar. Sebab rasa macam tak real je, rasa macam.. ye ke sebab tu aku nak kawen? hrmm... Tu yang jawapan tu tersekat kat kerongkong je. huhu.. Apa jawapan aku? Biarlah rahsia. (bajet retis.. haha)

Sampailah aku pergi ke beberapa program yang berkaitan Baitul Muslim ni di samping menghadam beberapa bacaan yang berkaitan, aku in sya Allah yakin dengan jawapan aku. Tapi, sebelum aku yakin dengan satu jawapan aku sekarang, banyak sebenarnya jawapan yang tersenarai dalam otak aku ni. Antaranya:

$ Untuk dapat lebih banyak pahala, sebab seorang isteri ni (apatah lagi seorang ibu) darjatnya lebih tinggi daripada wanita yang belum berkahwin. Lagi satu, setiap apa yang kita buat bersama suami akan ada ganjarannya, hatta sekecil-kecil perkara seperti pandangan kasih sayang antara sepasang suami isteri dan lain-lain (selagi tidak bertentangan dengan syariat la).

$ Untuk menjaga diri daripada terbuat maksiat. Maksiat ni banyak bentuknya, maksiat tangan, mata mahupun hati. Maklumlah, ceq ni pun manusia biasa. Bukannya maksum daripada dosa.

$ Untuk menyempurnakan separuh daripada imanku.

Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang lainnya."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib.

Jadi, sape yang tak nak kan? Hrmm..

Tu je la yang boleh aku senaraikan setakat ni. Yang lain tu, biaq pi la.. (dah lupa sebenaqnya.. hehe..) Dan sebenarnya, entri ni terhasil pun sebenarnya apabila aku baru nak mula baca buku Ustaz Hasrizal yang bertajuk "Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu" tu. Berikut kata-kata yang membuatkan aku lagi sekali terfikir:



"...semata-mata atas cinta fillah yang menyatukan kami."

Itu ungkapan yang membuatkan aku terhenti daripada membelek halaman yang seterusnya, lantas mencapai komputer riba dan membuka blog yang sekian lama tidak terusik ini dan terus meng'klik' 'create new post'. 

Entah kenapa, bila tengok ayat tu.. Hati tiba-tiba terdetik kembali, "kenapa aku nak kawen?" Bukan nak patah balik, tapi andaikata niat di hati ni tak berape nak betoi bab ni.. amek la balik peluang kesedaran ni untuk baiki balik mana yang kurang. Itulah pasai dok terpikiaq balik ni. Bukan sebab nak undur balik.. dak aihh.. =)

Makanya, entri ini bertujuan untuk mengajak sahabat-sahabat yang in sya Allah rasanya semuanya ada keinginan untuk kawen. Kan? Kalau tak.. yang tu kena cek balik. Something wrong tu. =) Yang dah kawen pun, kalau-kalau rasa niat tu tak kena waktu kawen dulu ataupun sekarang ni ke.. in sya Allah, kita sama-sama perbetulkan balik niat tu.. Niatkan hanya kerana Allah.

Jadi, bila mana niat tu dah kerana Allah.. Maka, segala kerja buat kita, lintasan hati kita, fikiran kita mestilah mengarah kepada suruhan Allah, bukannya larangan Allah. Tapi, macamana nak tahu yang niat kita ni betul?

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu." (Hadis Hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).

Sesungguhnya, hati kita ini fitrahnya suci. Maka, seteruk manapun seseorang itu, hatinya sebenarnya mengarah kebaikan. Jujur pada diri. Duduk dengan tenang, setenang-tenangnya. Tanya pada hati. Mintalah fatwa pada hatimu. In sya Allah, engkau akan temui jawapannya. In sya Allah.. =)

Saturday, May 17, 2014

Perasaan apakah ini?

Bismillah...

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi di ruangan blog ini.. akhirnya, malam ni dibukakan hati dan dirajinkan tangan untuk update blog.. waima melalui hp je.. (nampak tak gigih di situ? :p) aku rasa ada dalam setahun jugak agaknya kebajikan blog ni terabai.. hoho.. maafkan aku wahai blog terchenta. Walau bagaimanapun, ekceli aku bukak je blog ni bila rasa rindu.. cuma update je idok.. hehe..

Baiklah, tak nak melalut dah..bukan tu point utama aku untuk entri yang sekian lama baru nak muncul ni. Pokok entri aku kali ni adalah untuk berkongsi rasa yang ntah bila muncul.. aku pun tak sedar.. hoho..

Ok, alkisahnya begini.. 

Waktu majlis konvokesyen UPSI semester lepas, senior aku ada lah tumpangkan anak buah dia kejap kat rumah aku ni haa... sebab dia dah tahu dah rumah kami ni ada orang sokmo.. dan in sya Allah boleh dipercayai.. (menyempat naik lif tekan sendiri kan? haha) maka, dia pun tumpang dan tinggalkanlah kejap anak-anak buahnya (2 orang, muslimin dan muslimat yang berumur dalam lingkungan 1-2 tahun, tak ingat dah secara tepatnya umur mereka.. hehe) tu dengan kami. 

Boleh tahan jugaklah nakalnya depa dua orang ni.. penambah cerita jadi makin sedap, alkisahnya rumah sewa kami ni tiga tingkat waktu tu.. maka, jenuhlah kami dok melayan depa duk naik turun tangga tu haa.. kalau buat dekk kang, takut jatuh pulak anak orang.. bimbang jugak.. dah la comey.. haha.. maka, follow je la rentak depa.. yang sulungnya suka bebeno tengok citer boboyboi + siap mintak aiskrim.. tak dapat siap nak mengamuk.. haha.. sabo je la.. kita layan... si adik pulak duk sibuk nak panjat tangga.. nak dukung tak nak.. nak naik sendiri.. fuhh.. memang tak payah riadhah dah la aritu.. haha

Nak dijadikan ceritanya, sampai petang jugaklah kami jaga dua beradik tu.. sempat la mandi dan tidurkan depa.. makan pulak, depa nak makan sendiri... tak nak bersuap.. bagus! cuma faham-faham sendiri la bila budak-budak makan sendiri ni.. tumpah sikit-sikit tu biasalah.. yang tak tahannya bila part aku nak mandikan si abang tu haa... boleh pulak die buat-buat tak pandai nak mandi + buang dan pakai baju sendiri + sikat dan minyakkan rambut sendiri. 

Aku pun dengan lurus bendulnya pegi la mandikan dia + sabunkan dia + buang dan pakaikan baju dia + sikat dan minyakkan rambut dia + bedakkan dia..yang tak tahan tu, dia siap mintak aku bojengkan (ni bahasa kampung aku, kalau tak faham.. cari sendiri.. haha) rambut dia.. katanya buat yang terpacak tu.. aku pun apa lagi, buat ikut suka aku la.. haha.. yang bestnya jugak, dia siap cerita macam-macam kat aku waktu aku tengah siap-siapkan dia tu.. banyak celoteh rupanya budak ni. haha.. (seronok jugak rupanya jaga budak ni, maklumlah.. adik-adik aku pun dah besar panjang semuanya.. anak buah pun xde lagi).

Akhirnya, sampai la masa mak dia nak amek balik anak-anak dia ni.. sob sob sob.. sedih pulak rasanya nak berpisah walaupun tak sampai sehari jaga.. tapi, yang buat aku nak tergelaknya.. bila mak dia cakap, si abang tu sebenarnya pandai je buat semua yang aku buat kat dia tadi tu sendiri. Haha.. ok! aku memang terkena! haha.. bijak, bijak....

Baiklah, tu cerita yang aku nak kongsikan.. panjang tak? haha.. maaflah terpaksa baca entri yang macam ntah pape ni..  sebenarnya, tu bukan point utama aku lagi buat entri ni.. hehe..

Sebenarnya, point aku nak kongsi pasal rasa yang tiba-tiba muncul tu.. rasa apa? rasa macam suka budak-budak. sejujurnya, sebelum ni aku dengan budak-budak ni biasa-biasa je.. aku bukan macam sesetengah muslimat yang majoritinya pantang tengok budak kecik.. mesti nak diambilnya, nak di peluk ciumnya.. aku bukan jenis yang esaited macam tu.. bukan sebab tak suka, tapi sebab aku ni jenis yang tak reti nak tunjukkan rasa kasih sayang tu kot.. hoho..

Yang peliknya, lepas je senior aku mintak tolong jagakan anak buah dia tu.. rasa tu macam dah bertukar sket.. macam sayang sangat kat budak-budak tu.. tapi, aku tetap lagi bukan jenis yang sangat esaited bila jumpa baby.. :) biasa-biasa je..

Aku mula perasan perasaan tu berubah bilamana aku balik rumah, rumah tu senyap dan xde suara budak-budak. Rasa sunyi. Macam kosong pun ye jugak. (Agaknya, itulah perasaan orang yang dah kawen, tapi xde anak. mungkin). Dan aku jugak terfikir, agaknya itulah jugak yang menjadi antara penyebab rumahtangga ni mawaddah wa rahmah.. iaitu dengan adanya permata yang melengkapi hidup sepasang suami isteri. Bila tengok anak-anak rasa tenang. Serius! aku boleh rasa perasaan tu. Tak tahu nak terang lagu mana.. huhu.. kena rasa sendiri la kot.. :)

tu je pun nak kongsi.. :)

terima kasih sudi baca entri yang tak tahu la ada manfaat ke tak ni.. tapi, in sya Allah ada manfaatnya bagi mereka yang merasa dan berfikir.. maaf salah silap.. :)



ok, ni anak sape.. aku pun tak pasti.. main amek je kat tenet.. sebab comey sangat. haha... tapi, kalau nak tahu bojeng tu apa.. haa.. yang macam rambut baby ni la gambaran bojeng tu.. dan macam tu la aku buat kat si abang tu.. haha..

Monday, May 27, 2013

Sayangi mereka ya Rabb..

Bismillahi wal hamdulillah..


: : 25 Mei 2013 : :

Alhamdulillah, semalam telah selamat program yang terakhir mungkin untuk sem empat ni di UPSI yang aku handle. Alhamdulillah thumalhamdulillah! Semester 4 yang penuh dengan kenangan dan pengalaman.  Banyak perkara yang aku belajar. Baik jadi AJK pengisian, penerbitan dan informasi, keselamatan dan penginapan, makanan, pendaftaran, protokol, pemantau mahupun setiausaha. Variasi tugas, sudah tentu variasi cara pelaksanannya. Alhamdulillah, Allah izin aku belajar banyak perkara sem ni daripada senior-senior dan sahabat-sahabat yang sangat baik dan memahami.

Berbalik kepada event semalam, aku tidaklah bercadang untuk mengambil gambar sebagaimana yang lain, meskipun yang datangnya ialah Farah Asyikin yang OIAM tu. Sebab aku bukanlah orang yang suka bergambar dan diambil gambar. Tapi, apabila melihatkan dan memikirkan ramai yang mengambil gambar untuk kenang-kenangan, bahkan hampir setiap orang berbuat demikian, hati aku mula berubah arah. Aku mula terfikir bahawa itu mungkin program terakhir yang aku dapat bersama-sama dengan mereka, terutamanya dengan akak-akak sem 6 yang akan berpraktikum dan sem 8 yang akan menamatkan pengajian mereka di UPSI ni.

Sebaik sahaja program berakhir dan semua orang mula mengambil gambar dengan Farah dan sahabat-sahabat, hati aku tiba-tiba jadi sayu dan touching. huhu.. Lantas aku membawa diri ke belakang pentas seketika. Tiba-tiba kelopak mata terasa hangat lalu menjatuhkan air yang sangat berharga. huhu.. Aku pun tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Aku tengok orang lain semuanya seronok dan bahagia. Tapi, aku tiba-tiba sedih. Aku sedih mengenangkan yang aku bakal ditinggalkan oleh senior-senior yang sangat-sangat baik hati dan penyayang. Mereka antara yang menjadi penguat aku sepanjang keberadaan aku di UPSI. =( Sungguh aku tidak dapat membayangkan kehidupan aku di UPSI ni sem depan tanpa mereka.. Sedangkan sem depan aku sangat, sangat dan sangat perlu sokongan dan dokongan yang sangat-sangat kuat. :'( tapi, aku tahu dan yakin, aku masih ada Allah.. cuma, agak sedih dengan ketiadaan mereka di hadapan mata. huhu

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku sangat-sangat menyayangi mereka meskipun mulut ni jarang, malah mungkin ada yang tidak pernah aku nyatakan kepada mereka. Mereka sentiasa mengingatkan dan mengajak aku ke arah kebaikan. Aku sendiri tidak pasti macamana aku boleh begitu dekat dengan mereka, padahal aku bukanlah satu batch mahupun satu kos dengan mereka. Mungkin kuasa ukhuwah fillah? in sya Allah..


Aku masih ingat dan akan selalu ingat kebaikan-kebaikan mereka. Aku ingat lagi yang....

Kak Asma selalu ajak aku untuk buat baik sama-sama. Kalau beliau nak buat sesuatu kebaikan, beliau tak lupa untuk ajak aku. Baik nak pergi ke mana-mana program agama, mahupun untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. Setiap hari khamis pulak kami in sya Allah akan selalu ada 'date' pukul 6.30 di tempat biasa. kan kak Asma? hehe.. (lepas ni mesti rindu dan teringat.. huhu) Pernah jugak satu hari tu kak Asma tanya aku sama ada ada pape yang beliau boleh tolong aku dalam bab siapkan esaimen. Allah, padahal aku rasa dia sendiri pun ada keje lagi.. Memang buat aku tersentuh.. Banyak perkara aku belajar daripada beliau secara tidak langsung. Disebabkan beliau seorang yang suka bercerita, maka banyak jugak perkara yang aku dapat daripada beliau secara langsung baik dari hal yang sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besarnya. =) Dengan beliau, terutamanya sejak dua menjak ni.. Aku mudah bebeno rasa rindu bila lama tak jumpa, meskipun baru dua tiga hari tak jumpa. Hati dan mata asyik tercari-cari kelibat beliau. huhu..

Kak Ika (sebenarnya umur kami sama, tapi disebabkan beliau senior sem, maka aku panggil beliau akak.. =) juga merupakan antara orang yang rapat dengan kak Asma tadi. Daripada beliau, aku banyak belajar skop-skop kerja kelab. Beliau seorang yang tidak lokek ilmu. Kalau tak tahu tanya je beliau. in sya Allah ada jawapannya.. =) Kak Ika pun sama macam kak Asma. Beliaupun ada tanya sama ada aku nak mintak tolong beliau untuk siapkan esaimen aku ke tak. Sedangkan waktu tu, beliau sendiri pun tengah struggle untuk siapkan esaimen beliau. Allah.. mulia sungguh hati mereka ya Allah.. :')

Kak Mira Radzi pula seorang yang sangat memahami juga mendebarkan tapi ceria. haha.. Bukan apa, beliau suka bagi kata-kata yang buat aku bedebo. Juga seorang yang suka 'senget'kan orang.. hehe.. jangan marah naa.. :P

Kak Nik Amirah (pun sama umur dengan eden jugak sebenarnya.. hehe) a.k.a ummi pula seorang yang tidak suka menyusahkan orang, bahkan sanggup diri sendiri susah asalkan orang lain bahagia. Allah.. mulia sungguh hati ummi.

Kak Mira Subhi pulak seorang yang... Aku pun tak tahu nak describe macamane. Dengan beliau, aku mudah bebeno tacing. Tacing di sini bukan maksud terasa hati, tapi lebih kepada chemistry. Kalau lama tak jumpa mesti tercari-cari dan bila dah jumpa mulalah air mata gatal nak menitis. huhu.. Aku ingat lagi aritu, baru dalam seminggu kot tak jumpa, last-last jumpa lepas balik kelas dalam perjalanan nak balik kolej, terus peluk kuat-kuat. huhu..

Kak Siti a.k.a mok Siti. Beliau yang pada awalnya aku lihat sebagai seorang yang garang telah bertukar kepada seorang yang sangat best! hehe.. Semuanya bermula apabila aku jadi setiausaha untuk program "Gala Night" yang bertarikh 25 Mei tu dan beliau bertindak sebagai timbalan pengarah program. Banyak perkara yang kami lakukan bersama-sama dan aku pun banyak belajar daripada beliau. Aritu pernah hampir seharian aku duk ulang-alik dengan beliau naik motor dan of course beliau lah yang bawak kan.. nak harapkan aku memang tak sampai-sampailah.. hehe.. Dari situ, persepsi aku tentang beliau mula berubah. Pada asalnya aku bedebo jugak bila beliau ajak aku teman beliau. hehe.. Beliau yang aku kenal seorang yang  baik hati, caring dan berhati-hati selain tegas. hihi.. Dan daripada ta'aruf secara tidak langsung sepanjang mengendalikan program tu jugakla aku dapat tau yang beliau ni rupa-rupanya dah jadi tunangan orang. Sungguh aku tidak sangka.. in sya Allah bakal bertukar status kepada "married" pada 29 Jun ini.. Barakallah kak Siti.. Moga kekal dan bahagia hingga ke Firdaus-Nya.. =)

Baiklah, sebenarnya ramai lagi kalau nak disenaraikan.. Apa yang penting, mereka sangat dekat di hati aku. Dan ketahuilah kalian, bahawa Nurul Najihah binti Ramli sangat-sangat menyayangi kalian. Sangat sedih mengenangkan waktu yang berbaki untuk bersama-sama kalian di Bumi Murobbi ini tinggal lagi sedikit. huhu.. Rasa macam tak nak naik sem depan. Sedih + bimbang + takut + bedebo = tak nak naik sem depan. huhu..



Ya Allah,
Engkau sayangi, lindungi, berkati dan pandulah mereka dalam setiap langkahan mahupun lintasan hati. Pegang eratlah hati-hati kami agar tetap teguh di jalan-Mu
Jangan pernah Engkau lepaskan urusan kami kepada kami walau dalam kadar sekelip mata dan
Engkau jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami hanyalah kerana-Mu ya Allah..
Aamiin, aamiin ya Rabbal 'alamiin..


Sunday, April 7, 2013

maafkan aku wahai diri.. =(

Bismillah..


Satu persatu gambar mahupun video di muat naik di laman muka buku oleh mereka di sana. Hati mula tidak senang duduk. Makin lama, gambar makin bertambah bilangannya untuk menceritakan perkembangan terkini. Hati aku bagaikan diketuk-ketuk. Terasa bersalah dan berdosa dan sangat cemburu dengan mereka yang turun berjuang. Sungguh, aku juga menginginkannya. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Terkini, mereka di Tanjung Keling, Melaka.. dan khabarnya esok bakal bergerak ke Skudai, Johor. Allah... hati ni betul-betul meronta nak join skali. 

Setiap kali melihat perkembangan terbaru mereka, hati bagaikan dijentik, air mata menitis dengan sendirinya. Aku bagaikan ditertawakan oleh diri sendiri. Sungguh, aku malu pada mereka. Malu kerana aku tidak dapat ikut serta berjuang bersama mereka. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku mengambil tiket untuk ikut mereka ke sana. Tapi, mak aku dah belikan tiket 10hb ini. Untuk aku 'burn'kan tiket itu, rasa macam tidak sanggup.. sudahlah bukan duit aku.. Allah... lemahnya iman.. Maafkan aku wahai diri..

Lagi pula, aku sudah memberikan kata putus kepada wakil di bahagian tempat aku untuk membantu mereka, untuk membatalkannya, rasa macam tidak patut. Allah.. tapi, hati ni naaakkkkkkkk sangat-sangat ikut serta dengan mereka. Maafkan aku wahai adik-beradik seperjuanganku. =( Maafkan aku wahai diri.

Melihat status-status mereka di laman muka buku dari semasa ke semasa, aku jadi malu untuk komen. Hanya mampu 'like' dan doa tanda sokongan. Untuk aku sendiri menaikkan status di laman muka buku mengenai ini juga aku malu. Malu sebab aku bukan dalam kalangan mereka yang turun membantu. Apatah lagi untuk aku naikkan status-status yang menyatakan aku kini sedang di kampung bersama keluarga tercinta. Aku malu! Malu dengan mereka yang sanggup berkorban masa cuti mereka yang sepatutnya diisi dengan keluarga tercinta. Tapi aku? Allah...

Setiap detik aku di kampung, aku teringat akan mereka. Hati aku betul-betul merana kali ini. Benar, jasad aku memang di kampung, tapi hati aku benar-benar bersama dengan mereka. Pengalaman beberapa kali sebelum ini bersama dengan mereka benar-benar telah mengikat hati ini untuk terus bersama mereka. Tapi, kenapa kali ini kau tewas Najihah? Kenapa? Ya Allah.. maafkan aku.. Maafkan aku wahai diri... :'(




*Sungguh, kali ini aku tidak sabar-sabar (first time ada perasaan tak sabar nak balik TM) untuk menunggu tarikh 10 April bagi pulang ke Tanjung Malim untuk bersama-sama dengan mereka. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat.. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.. =(