Bismillah..
Satu persatu gambar mahupun video di muat naik di laman muka buku oleh mereka di sana. Hati mula tidak senang duduk. Makin lama, gambar makin bertambah bilangannya untuk menceritakan perkembangan terkini. Hati aku bagaikan diketuk-ketuk. Terasa bersalah dan berdosa dan sangat cemburu dengan mereka yang turun berjuang. Sungguh, aku juga menginginkannya. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Terkini, mereka di Tanjung Keling, Melaka.. dan khabarnya esok bakal bergerak ke Skudai, Johor. Allah... hati ni betul-betul meronta nak join skali.
Setiap kali melihat perkembangan terbaru mereka, hati bagaikan dijentik, air mata menitis dengan sendirinya. Aku bagaikan ditertawakan oleh diri sendiri. Sungguh, aku malu pada mereka. Malu kerana aku tidak dapat ikut serta berjuang bersama mereka. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku mengambil tiket untuk ikut mereka ke sana. Tapi, mak aku dah belikan tiket 10hb ini. Untuk aku 'burn'kan tiket itu, rasa macam tidak sanggup.. sudahlah bukan duit aku.. Allah... lemahnya iman.. Maafkan aku wahai diri..
Lagi pula, aku sudah memberikan kata putus kepada wakil di bahagian tempat aku untuk membantu mereka, untuk membatalkannya, rasa macam tidak patut. Allah.. tapi, hati ni naaakkkkkkkk sangat-sangat ikut serta dengan mereka. Maafkan aku wahai adik-beradik seperjuanganku. =( Maafkan aku wahai diri.
Melihat status-status mereka di laman muka buku dari semasa ke semasa, aku jadi malu untuk komen. Hanya mampu 'like' dan doa tanda sokongan. Untuk aku sendiri menaikkan status di laman muka buku mengenai ini juga aku malu. Malu sebab aku bukan dalam kalangan mereka yang turun membantu. Apatah lagi untuk aku naikkan status-status yang menyatakan aku kini sedang di kampung bersama keluarga tercinta. Aku malu! Malu dengan mereka yang sanggup berkorban masa cuti mereka yang sepatutnya diisi dengan keluarga tercinta. Tapi aku? Allah...
Setiap detik aku di kampung, aku teringat akan mereka. Hati aku betul-betul merana kali ini. Benar, jasad aku memang di kampung, tapi hati aku benar-benar bersama dengan mereka. Pengalaman beberapa kali sebelum ini bersama dengan mereka benar-benar telah mengikat hati ini untuk terus bersama mereka. Tapi, kenapa kali ini kau tewas Najihah? Kenapa? Ya Allah.. maafkan aku.. Maafkan aku wahai diri... :'(
*Sungguh, kali ini aku tidak sabar-sabar (first time ada perasaan tak sabar nak balik TM) untuk menunggu tarikh 10 April bagi pulang ke Tanjung Malim untuk bersama-sama dengan mereka. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat.. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.. =(
salam. ukhti, sesungguhnya ukthi najihat bertuah kerana masih ada rasa sedih dan rasa bersalah kerana tidak dapat bersama adik beradik dalam perjuangan.
ReplyDeleteSemua yg terjadi dengan izinNya.. carilah kekuatan dalam dirimu, jika gagal mencari kekuatan, mohon Allah berikan kekuatan agar sentiasa istiqomah dalam perjuangan.
bukan mudah utk berjuang, kerana jihad itu pasti hadir bersama pengorbanan, bukan mudah utk berkorban.. mungkin kita belum mencapai tahap pengorbanan, kerana pengorbanan adalah memberi segala yang ada sehingga tiada. Mungkin ia sekadar sumbangan.. kan.
semoga ukhti sentiasa diberi kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan.
hidup adalah perjuangan yg tidak pernah henti
-QI