assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Tuesday, July 31, 2012

Rintihan Ramadhan


Ya Allah,

Telah sering ku terdengar
Tentang kebesaran bulan Ramadhan
Di dalam al-Qur’an dan sabda junjungan
Hanya aku yang sering melupakannya

Di bulan yang mulia ini
Laut pengampunan-Mu tiada bertepi
Rahmat dan nikmat mu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan,

Ku sedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadat
Ramadhan berlalu
Ibadah pun berkuranmgan
Begitulah diriku yang sering kelalaian

Semoga di Ramadhan kali ini
Dapat ku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap-Mu

Lailatul qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalan-Mu
Tingkatkan iman dan ketakwaanku
Agar baktiku tetap pada-Mu
Biarpun Ramadhan telah berlalu



Tanyalah kepada yang ahlinya


Bismillah..


Alhamdulillah, dah masuk hari yang ke-sembilan umat Islam berpuasa pada hari entri ini ditulis in sya Allah.. masih berbaki lagi sehari untuk fasa rahmat sebelum beralih kepada fasa maghfirah yakni keampunan dan akhirnya fasa itqan minannar, iaitu dibebaskan daripada api neraka. In sya Allah..

Baiklah, kali ni nak berkongsi sebagaimana tajuk yang tertera di atas.  Tanyalah kepada yang ahlinya. Apakah maksudnya ya? ^_^


"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
(Surah An-Nahl: ayat 43)


Jadi, bermula dari saat dan detik ini.. bolehlah agaknya kita sama-sama beramal dengan ilmu ini ya? Jikalau ada apa-apa pertanyaan mahupun kemusykilan, tanyalah kepada yang ahlinya ataupun yang dalam  bidang juga kepakarannya. Andainya tidak berkemampuan dalam erti kata tiada kenalan mahupun sumber dalam bidang yang ingin ditanya, maka bolehlah meminta pendapat mereka yang dirasakan layak dan mampu untuk memberikan pandangan yang sebaiknya, selari dengan tuntutan Islam.

Sehubungan dengan itu, anda juga haruslah bersedia untuk menerima mungkin kekurangannya kerana yang anda bertanya itu bukanlah ahlinya. Walau bagaimanapun, boleh jadi sahaja orang yang memberikan pendapat itu pandangannya lebih baik daripada orang yang ahlinya. Mungkin disebabkan dia ada menuntut ilmu di luar ruang rasminya. Mungkin disebabkan dia ada ilmu psikologi yang lebih berbanding orang yang ahlinya, maka dia mampu untuk menyentuh hati anda walau dia hanya menggunakan kata-kata yang biasa. Pendek kata, dia bercakap dengan menggunakan hati yang ikhlas. Ditambah lagi dengan hati anda yang hidup, maka itu semua tidak mustahil.

Namun begitu, utamakanlah orang yang ahlinya terutamanya yang melibatkan hukum-hukum agama, yakni usul fiqh. Hal ini demikian kerana, hanya yang belajar mengenainya, iaitu ahlinya sahaja yang mampu dan layak untuk membahaskannya. Sebagai contoh, para ‘alim ulama. Berbeza dengan hal-hal yang selainnya, contohnya hal-hal yang berkaitan motivasi, masakan, hati juga perasaan, hal itu mungkin boleh disuakan kepada sesiapa yang anda percayai dan mempunyai kelayakan ikhtisas. Boleh jadi, ibu bapa, sahabat, guru, kaunselor, bahkan orang yang tidak pernah anda kenal jika selesa dan yakin.

Untuk itu, saya rasa diri ini cukup bertuah kerana dikurniakan keluarga, sahabat-sahabat juga saudara-mara yang boleh dikatakan setiap bidang ada wakilnya. Saya akan cuba senaraikan seberapa yang saya ingat dan tahu untuk dibuat rujukan kelak dan nama yang disenaraikan juga merupakan nama yang saya rasa boleh dihubungi bila timbulnya persoalan nanti, sebab kalau nak senaraikan semua mahunya tak habis-habis entri ni. Selain itu, ada juga yang tak pasti anda dalam bidang mana, jadi lebih baik rasanya KIV dulu.. =) (nama anda dirujuk dalam majalah sekolah demi mengelakkan salah ejaan). Maka, bersedialah untuk ditanya kelak sahabat! Apalah sangat soalan daripada orang yang serba tidak tahu ini berbanding soalan daripada Yang Serba Tahu di padang mahsyar kelak.. ^_^



Fiqh dan Usul Fiqh
Abdul Rahman Mahadi
Asrul Hadi Abdul Rani
Nur Aimi Jamaluddin

Syariah
Muhammad Sufi Shamsuri
Mohd Ajrul Azhim Zaimi
Aufa Mohamed Saballah
Amirul Amin Mohamad Kasim
Muhammad Ma’ruf Mustafa
Nor Nabilah Mohd Noh
Fatinah Azami Mahadzir
Siti Nazirah Mohamed Haris
Noor Suhada Awang
Siti Nurfarahanim Saidin
Nurul Solehah Mahamud

Usuluddin
Suriyani Jamil
Hazirah Abd Latiff
Nuur Ashilah Kahar
Nur Farah Dilla Haji Janal
Che Engku Nurul Afifah Che Engku Abdullah
Hairun Nazirah Che Hassan

Syariah dan Undang-undang
Muhammad Munzir Md Radzi
Najwa Shakirah Mohd Shafie
Norhidayah Abdul Aziz

Muamalat
Muhammad Ashraf Mohamad Shahida
Abdul Rashid Mohamed Mokhtar
Siti Nor Arqilah Talib

Ekonomi
Mohamad Fikri Shaharuddin
Fatin Farhana Sohaini

Kaunseling
Nurul Hanis Md Selamat

Dakwah dan Kepimpinan
Muhd Izham Che Johar
Famida Naimi Hasbolah
Siti Norhawa Abdullah

Astronomi
Radhiah Mohd Shukri

Al-Qur’an dan Sunnah
Husna Mohamad Sakawi

Pendidikan Islam
Mohamad Fakaroruzi Mohd Shamsuddin
Siti Wahida Abdul Ghani
Che Nur Ruwaidah Amnah Che Mat Sidek
Nur Iffa Musa

Pendidikan Bahasa Arab
Khairul Faezi Kastor
Rohani Abdul Hamid
Siti Aisah Hamdan
Norshazwani Atan

Pendidikan Bahasa Melayu
Wan Su Aida Wan Mohamad
Nurul Naemah A. Wahab

Pengajian Melayu
Izatil Huda Abdul Razak

Bahasa Arab dan Ketamadunan
Mohamad Nu’man Mohd Rozali
Nur Izzati Mohd Khori

Bahasa Arab
Nur Farhana Abdul Aziz
Anis Dzofirah Masduki

Pendidikan Sejarah
Mohd Norhamdan Rosli
Wan Mohd Shafwan Wan Azam
Nurul Ezzaty

Pendidikan Awal Kanak-kanak
Siti Maisarah Thaqifah Mohd Idris

Jururawat
Siti Zulaikha Mohamad Jarkasi
Nurul Husna Ramli (ni kakak den.. :P)

Perpustakaan
Khairul Subri Tahril

Pendidikan Jasmani
Mohd Nasruddin Wahab
Yahya Mat Yasin
Fatin Jamadi

Doktor
Mohd Hasnol Hafiz Hanafi
Shahrunizam Hidayat Hishamuddin

Doktor Gigi
Fatin Najwa Hanani Hanafi

Kontraktor
Ramli Taib (guess who?)

Pedagogi
Saripah Harun (guess who?)

Arkitek
Sola Quenqon (ni nama fb, maaflah x tahu nama penuh hg apa)

Seni Bina
Normaizatul Akma Md. Ghani
Che Engku Noor Fadhiliana Che Engku Jusoh

Jurutera
Aizuddin Sulong
Hafizuddin Sulong
Nurul Filzah Sulong
Nurul Farhana Sulong
(jangan pelik kalau semuanya berayahkan ayah yang sama, sebab depa ni adik beradik, iaitu merangkap sepupu den)

Pendidikan Seni Visual
Rumaisa Mohamad Ashari

TESL
Mohd Dzulfatah Saari
Erna Malia Isa
Hazrina Mohd Yahaya




p/s:
dah juzuk ke berapa bersama jantung hati kita (al-Qur’an)?



Sunday, July 22, 2012

dilema digelar 'ustaz' dan 'ustazah'?

Bismillah..

Sudah menjadi kebiasaan (saya tak kata semua), seorang yang bukan daripada bidang agama apabila dia berpenampilan menutup aurat, maka dia dicop sebagai golongan yang arif tentang agama. Alim katanya. Ilmu agama mesti penuh di dada. Gelaran 'ustaz' dan 'ustazah' diberikan. Walhal, mereka juga sebenarnya masih dalam proses meningkatkan kualiti diri. Adakalanya, mereka juga terkapai-kapai. Adakalanya mereka juga tercari-cari.


Bagi diri yang dipanggil dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu, terasa bagai ada satu beban yang terpikul. Terasa diri semacam tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian. Terasa diri terlalu banyak kekurangan. Terasa diri diselaputi dosa. Ditambah lagi dengan bidang yang diambil bukanlah dari cabang-cabang agama yang dijulang, lantas gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu terasa sememangnya tidak layak untuk diri. Pernah rasa macam tu?

Saya yakin, mesti ada yang pernah mengalaminya sebab diri ini juga merupakan salah seorang daripadanya. Terasa diri sangat-sangat tidak layak. Ya, mungkin ada yang berpendapat.. "Alaa.. setakat gelaran, apalah sangat.. maksudnya sama jugak macam cikgu ke teacher ke..". Tapi, majoriti mentaliti masyarakat kini tidak mengizinkan pendapat yang mengatakan ianya hanyalah satu gelaran yang sama maksudnya dengan cikgu mahupun teacher.

Sebaliknya, gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' itu membawa bersama-sama maksud bahawa seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik. Seorang yang alim. Bahkan, ada yang berpendapat golongan yang bertudung labuh, berjubah, dan berserban ini merupakan mereka yang mengetahui ilmu bahasa Arab, hafiz mahupun hafizah yakni penghafaz al-Qur'an. Sampaikan pensyarah yang dihormati turut memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Sehinggakan, sekiranya ada apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Arab dan agama di bilik kuliah, pendapat kita diraikan dengan bertanya pendapat kita. Namun begitu, hakikatnya begitukah? 

Percayalah, bukan semua mereka begitu. Bahkan, ada daripada golongan ini yang tidak pernah sekalipun bersekolah di sekolah agama. Ada yang masih bertatih. Ada yang masih dalam proses membiasakan diri. Pendek kata, masih dalam usia setahun jagung mengenal Allah. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka dengan yang lain? Penampilan mereka. Ya. Mereka cuba sedaya upaya untuk mentaati suruhan-Nya. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab menutup aurat.

Seterusnya, suruhan-suruhan-Nya yang lain pula cuba dipraktikkan dari semasa ke semasa. Mereka cuba menjaga tutur kata. Mereka cuba menjaga muamalat, iaitu cara bergaul antara bukan mahram dengan sebaik mungkin. Mereka cuba sedaya upaya menjaga habluminannas dan habluminallah. Namun begitu, sebagaimana lazimnya seorang manusia, fitrah mereka tetap ada, yakni imannya bersifat menaik dan menurun. Maka, sekiranya ada kekhilafan dan kealpaan mereka, tegurlah dengan berhikmah sebagaimana yang dituntut agama.

Sehubungan dengan itu, dalam masa yang sama, bagi saya.. mereka yang mendapat gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' ini perlu sebenarnya berterima kasih kepada golongan yang memanggilnya sedemikian rupa. Mengapa? Hal ini demikian kerana, melalui gelaran tersebutlah sebenarnya, sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih menjaga diri, untuk lebih mengawal adab sopan anda, untuk lebih mengawal perlakuan anda. Secara tidak langsung juga sebenarnya, anda telah berdakwah kepada orang-orang di sekeliling anda. Tahniah! Anda telah berjaya melakukan dan menyambung kesinambungan dakwah Rasulullah S.A.W. "Tapi bagaimana? Aku tak buat apa-apa pun?".

Siapa kata anda tidak melakukan apa-apa? Anda sebenarnya telah berdakwah kepada mereka. Secara tidak langsung, anda telah mendidik mereka menyemai satu sifat yang sangat dituntut, iaitu bersangka baik. Uslub dakwah itukan pelbagai!. Buktinya, tanpa perlu anda mengeluarkan sepatah kata sekalipun.. mereka tanpa sedar telah bersangka baik bahawa anda itu baik akhlaknya, baik imannya (kerana ustaz mahupun ustazah itu sangat sinonim dengan akhlak dan hati/iman yang baik, walaupun mungkin bukan semua). Sangkaan yang baik itu akhirnya diluahkan dan diterjemahkan dengan cara memanggil anda dengan gelaran ustaz mahupun ustazah.

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang berpendapat gelaran tersebut dipanggil hanyalah kerana ingin memerli individu tersebut. Ya, mungkin sebahagiannya ada yang berfikiran sebegitu. Tapi, percayalah bahawa mereka yang berfikiran sedemikian juga pada asalnya memiliki rasa kagum dan hormat kepada anda. Namun begitu, dek perasaan itu telah diselaputi oleh satu perasaan yang dinamakan 'ego', maka mereka telah bertindak menutup segala rasa tadi. Jadilah mereka golongan yang sukar untuk menerima rasa hati sendiri.

Selain itu, melalui gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini juga sebenarnya mampu menjaga diri kita. Buktinya? Jika ditanya kepada majoriti mereka yang berada dalam situasi ini mengenai gangguan yang diterima, saya yakin bahawa jawapan mereka seakan-akan sama. Jawapan yang bagaimana? Jawapannya, mereka seakan-akan dilindungi, seakan-akan dijaga, seakan-akan dikawal dalam erti kata menjaga tingkah lakunya serta dihormati. Semuanya diperolehi dengan jasa gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' tersebut dengan izin Allah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah al-Ahzaab : 59)

Lihatlah! Allah juga telah memberikan jaminan keselamatan bahawa mereka yang mengikuti suruhan-Nya ini tidak diganggu, dan saya yakin hampir semua orang yang berada dalam golongan ini juga memiliki kisah-kisahnya yang tersendiri yang menjadi bukti kata-kata Allah ini. Saya yakin kerana saya juga memilikinya. Antara yang boleh dikongsi adalah sebagaimana yang boleh dibaca DI SINI.

Sehubungan dengan itu, melalui gelaran ini juga secara tidak langsung mampu untuk mendidik diri yang digelar itu juga. Bagaimana? Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan gelaran tersebut mampu untuk menjadi guru kita. Masakan tidak, apabila diri dipanggil dengan panggilan yang sedemikian, masihkah kita sanggup membiarkan diri dihiasi dengan akhlak yang tidak sewajarnya? Akhlak yang tidak melambangkan akhlak Islam? Bagi nurani yang bersih, saya kira tidak sanggup untuk berakhlak sedemikian lagi. Maka, detik demi detik akhlak diri sedaya upaya cuba ditingkatkan, walaupun adakalanya sering tersungkur jatuh. Hal itu bukanlah suatu yang boleh menjadi batu penghalang untuk diri melakukan perubahan paradigma. Masa demi masa, ilmu agama makin ditingkatkan. Bukankah itu satu perkara yang baik?

Maka, saya rasa sangat-sangat wajar sebenarnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat mereka yang memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Terima kasih! ^_^





Wednesday, July 18, 2012

keliru aku.

bismillah..

Sehari dua ni, aku rasa macam-macam dalam hati ni. Apa kena ntah.. apa maksud pun aku tak tahu, tapi serius perasaannya bercampur-baur. Ada gumbira, ada bedebo, ada............. ntah, aku pun tak tahu nak describe macamane. Tak tahu nak kategorikan perasaan tu jenis apa. Aku bukan amek kaunseling, aku amek  BM. haha.. ok, pendahuluan yang berterabur.

Alhamdulillah, 14 Julai yang lalu aku ada dipanggil untuk mengendalikan satu slot bahasa Melayu di sekolah lama aku, iaitu SMK(A) Durian Guling, Terengganu. Pendek kata, jadi fasilitator la. Mad'u-mad'u aku tu adik-adik tingkatan 6 atas. Depa beria ucap terima kasih, padahal aku pun bekas pelajar tu jugak walaupun tingkatan 6 aku di KISAS. Takde apa la kawan. Apalah sangat setakat bantu sikit-sikit tu kalau nak bandingkan jasa warga sekolah tu kat aku sepanjang aku 5 tahun kat situ. Lagipun, aku sempat apa tingkatan 6 sekejap kat situ, dalam seminggu ke dua minggu macam tu la kot. Aku pun tak ingat. hehe.. 

Slot yang aku 'handle' tu bermula pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Ustazah pesan, mintak tekankan bahagian kata kerja, ayat pasif dan ayat songsang, sebab adik-adik tu lemah bahagian tu katanya. Aku pun buat la ulangkaji skit pasal tu kat rumah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu aku untuk sem depan dan mengekalkan ingatanlah kan. :D Aku jugak ada sediakan serba sedikit formula yang aku dan kawan-kawan sekelas dulu guna sepanjang kami belajar kat KISAS dulu. Tapi, formula tu mengenai sejarah bahasa Melayu dan fonologi. Takpelah, aku amek keputusan untuk terangkan formula tu di akhir-akhir slot.

Alhamdulillah, sepanjang aku mengendalikan slot tu dengan dibantu oleh beberapa lagi orang kawan, aku dapat lihat kesungguhan adik-adik tu untuk belajar dan faham sampai bertubi-tubi soalan depa tanya aku, walaupun pada awalnya aku tengok depa ni macam senyap je, macam takde nak tanya apa-apa. Akhirnya, tak menyempat nak menjawab soalan yang ni, yang tu pulak tanya. Pas tu jap lagi, yang tu pulak tanya.  Agaknya itulah perasaan seorang guru. haha.. Nasib baik berjaya melepasinya dengan bantuan buku, ingatan, kawan dan yang paling aku hargai skali, Su Aida yang berada jauh nun di KISAS. Terima kasih banyak sahabat. hehe.. Walaupun beliau sibuk dengan program di KISAS masa tu, tapi masih lagi sudi membantu aku. (Beliau ni memang antara yang menjadi tempat rujukan aku untuk BM ni.. ^^ pendek kata, antara sifu aku la).

Akhirnya, setelah bertubi-tubi soalan dilepaskan dan aku bagi penerangan setakat yang termampu, menjelmalah waktu slot berakhir. Dalam pukul 10.30 jugak habis sebab banyak sangat soalan. Dalam pukul 10.15 macam tu baru aku mula bagi penerangan pasal formula yang aku cakap tadi tu. Alhamdulillah, mereka dapat menerimanya dengan baik dan nampak ke'excited'an masing-masing. Aku pun seronok. Hilang segala sakit kepala sebelum datang. Serius! Tapi, disebabkan dewan tu ada budak tingkatan 3 nak guna pukul 10.30, maka aku pun terpaksalah skip beberapa formula. Aku terangkan yang mana terpenting je. Yang lain bukan tak penting, cuma mungkin depa boleh faham kot berdasarkan lampiran yang aku sediakan tu. Yang aku terangkan tu, yang agak-agak macam tak faham kalau tak bagi penerangan. Lagipun, aku dah pesan.. kalau tak faham boleh hubungi aku balik, dan nombor aku boleh amek dengan kak Syarifah (salah seorang fasi).

Jadi, setelah selesai semuanya.. aku pun bersalam-salamanlah dengan adik-adik tu (yang perempuan je la). Dalam pada tu, sempat lagi aku bagi penerangan pasal formula yang tak sempat nak cakap tadi masa bersalaman. haha.. Bukan apa, aku rasa rugi sangat kalau depa tak boleh kuasai soalan-soalan yang berkaitan dengan formula tu. Sebab sepanjang pengalaman aku jawab soalan STPM untuk subjek BM, dari tahun 1996 tak silap yang paling lama sampai la tahun 2010, soalan tu memang akan keluar. Confirm! Boleh tahan banyaknya jugak, walaupun tak sebanyak kata kerja. Sebab tu, aku terangkan jugak kat depa. Harap-harap berguna la. Aritu masa program di KISAS pun, masuk-masuk je kelas BM, aku terus terang pasal formula tu. haha.. Adik-adik tu pun esaited. 

Sebenarnya, lepas slot BM tu ada slot terakhir, iaitu slot Syariah dan depa ajak aku join skali, tapi aku cakap aku tak boleh sebab pukul 12 nanti, sepupu belakang rumah aku nak bertunang. Aku tak nak la tertinggal momen indah tu kan. hehe.. Lagipun, aku tak amek pun subjek Syariah dulu masa tingkatan 6. Sempat masa tingkatan 6 bawah je sekejap, 6 atas aku amek Usuluddin je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku tak nak lah nanti tersalah ajar ke apa. Tak gitu?

Maka, aku pun pulanglah ke rumah balik. Sampai-sampai rumah, lepas simpan beg terus pergi rumah sepupu aku. Tengok mana-mana yang boleh dibantu, tapi nampaknya Allah izin aku berehat dulu kejap sebab semua kerja dah siap. Tunggu rombongan dari Selangor je. Selamat aku. haha.. takdelah. Jadi, aku pun duduk lah bersembang dengan sedare-mare aku kat depan tu.

Sembang punya sembang, ntah macamane ntah tiba-tiba terkeluar pasal lesen pulak. Sampai dengan aku-aku kena skali. Tapi, takpe.. aku rilek je. Bila ada yang tanya aku bila nak buat lesen, aku cakap.. "dok wase nok agi" (haaa.. pandai-pandai la kome translate sendiri.. :P). haha.. Dah aku memang takde perasaan lagi nak buat lesen tu. Lagipun, aku dah cakap dah dengan ayah aku, nanti cuti sem 4 ok la buat, dan ayah aku dah bersetuju pun. So what? Ada aku kesah? haha..

Tapi, tiba-tiba dialog ni terkeluar (yang ni aku dah translate siap-siap) :


-------------


mak : tapi, lesen nak kena ada jugak.. senang nak bergerak.

aku : takpela, sem 3 atau 4 nanti orang buat la (nampak tak makin awal tu? haha)

mak : tahun akhir pun boleh buat..

aku : aishh.. lewat sangat tu. sem 3 @ 4 ok la tu.. kang nak praktikal lagi..

mak sedare : kang nak g mana-mana senang. 

mak : senang je, kalau tak nak amek lesen pun takpe.. kawen je.. ada orang hantar.. :P

aku : =.-  (dalam hati : aritu gaya macam nak suruh habis blajo dulu. kompius aku.. haha)


-------------


Ok, nampak tak betapa banyaknya situasi baru boleh sampai kepada maksud tajuk yang tertera kat atas tu? haha.. Tapi, aku rasa mak aku tak brape nak serius pun tu. Terpengaruh tengok orang nak dapat menantu la tu.. :P (walaupun, adakalanya aku rasa macam serius jugak atas beberapa faktor). Lagipun, aku rasa aku nak habiskan belajar dulu. Kalau boleh kerja dulu pun ok jugak tu. Maksudnya dalam 3 @ 4 tahun lagi la kan? Dan masa tu, umur aku 24 @ 25 macam tu. Alaa.. takpe, semua tu urusan Allah. Aku tinggal usaha (jangan ingat soal jodoh cukup sekadar berdoa je.. kalau nak cakap pasal usaha ni, nampaknya aku kena buat entri lain la kot), berdoa, dan tawakkal je lagi. 

Aku perasan, yang mak aku sekarang ni dah pandai nak cucuk-cucuk aku tanya aku ni dah berpunya ke belum. Aku cakap je la jujur-jujur yang aku takde sape-sape. Sampai yang kakak dan adik aku pun, mak aku ada tanya aku directly aritu. haha. Aku jawab je la setakat yang aku tahu. Nasib la kome..  :P

Pendek kata (walaupun macam dah terlebih kata dah entri aku ni), hidup ni best kalau 'memberi'. Ada kaitan ke?? haha..

Monday, July 9, 2012

Saya Sayang dan Hormat Mereka

bismillah..

Aku cuba disiplinkan diri dengan menghantar dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada setiap pensyarah setiap kali keputusan keluar (tapi, yang ada nombor je la.. yang takde, nak hantar macamane kan..) Bukan untuk membodek. Bukan untuk ambil perhatian mereka. Bukan, bukan. Tapi, aku lakukan itu semua sebagai tanda penghargaan aku untuk mereka atas setiap bimbingan dan tunjuk ajar mereka. Aku percaya dan yakin dengan apa yang dinamakan 'berkat' itu. Namun begitu, bukanlah bermakna hanya dengan mengucapkan ucapan terima kasih sahaja, sudah memadai untuk mendapatkan keberkatan itu. Tidak. Aku tidak pernah mengatakan hal yang sedemikian. Masih banyak lagi yang perlu dijaga dan dilakukan untuk memperolehinya.

Fitrah manusia, suka diberi penghargaan. Jadi, aku rasa tiada salahnya untuk aku melakukannya buat orang yang telah banyak mengajar aku pelbagai perkara, khususnya ilmu akademik, walaupun hanya dengan sekeping mesej. Sebab aku tahu, apabila kita dihargai, kita akan lebih bersemangat dan bahagia. Sebab, aku pun macam tu. :P Fitrah lah kan..

Alhamdulillah, satu demi satu mesej aku kirimkan, dan aku sangat gembira dan bahagia dan tenang apabila mereka juga bahagia. ^_^


----------------

Aku : Assalamualaikum tuan haji, alhamdulillah saya dapat A untuk kursus morfologi. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan tuan haji. Semoga dikurniakan haji yang mabrur.. =)
~najihah, kumpulan C~

Tuan Haji : Terima kasih. Awak memang layak atas pencapaian awak. Teruskan kecemerlangan tu.

Aku : In sya Allah..

----------------

Aku : Assalamualaikum puan, alhamdulillah saya dapat A untuk kursus wacana.. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan.. Hanya Allah yang mampu membalasnya.. Rindu pulak nak masuk kelas puan.. hehe.. =)
~najihah kumpulan O~

Puan Saliza : Waalaikumussalam.. syukur alhamdulillah.. paper lain macamana? saya harap sama bagusnya ya.. :-)

Aku : Alhamdulillah.. Majoriti A dan A-, 1 je kecewa skit.. Dapat B untuk kursus Kemahiran Komunikasi.. Tapi, memang saya yang silap rasanya.. hehe

Puan Saliza : Takpe bila kita sendiri mengakui kesilapan supaya ianya tidak berulang lagi.. kan? :-) apa pun tahniah dari saya untuk usaha terbaik awak.. jaga diri.. semester depan jumpa saya jangan tak tegur tau.. tegur-tegurlah selalu.. :-)

Aku : A'ah.. Terima kasih puan.. Sem depan saya akan usaha lebih lagi.. In sya Allah.. Saya mesti tegur punya.. Puan jangan buat-buat tak kenal pulak.. hehe

Puan Saliza : Ehhh.. jangan gitu. In Sya Allah.. mana guru yang tak kenal anak didiknyer kan.. hehehe :-)

Aku : Hehe.. Alhamdulillah.. Dari jauh pun saya tegur nanti.. hehe.. Puan sihat?

Puan Saliza : Hush.. jangan gitu.. erm.. saya tak berapa sihat, tengah migrain, migrain saya makin teruk sekarang ni.. makan ubat pun tak ok.. aish entahlah.. banyak memikir agaknya..

Aku : Yeke puan.. Shafakillah.. Moga disembuhkan-Nya.. Banyak berfikir sangat tu puan.. Rilek je puan.. Jangan stress-stress sangat puan.. hehe

Puan Saliza : Terima kasih.. biasalah dah tua-tua ni macam ni.. hehehe

Aku : Hehe.. Ke puan migrain sebab puan rindu kami.. :P

Puan Saliza : Hehehe.. Rindu sangat pada telatah student-student saya. Macam-macam perangai.. Nasib baiklah saya ni tak reti nak marah.. Kalau terasa nak marah pun.. bila tengok muka terus tak jadi.. hehe.. lagipun takde apa nak marah.. Cuti-cuti ni saya mengajar diploma.. Lagi lah banyak nakalnya.. hehe.. Teringat awak semua.. :-)

Aku : Hehe.. Tapi, aritu menjadi jugak skit puan marah.. Masa yang puan cakap mood puan kurang elok tu.. hehe.. Terharu pulak puan cakap macam ni.. Saya yakin, student-student puan pun mesti rindu jugak nak masuk kelas puan.. Nasib baik ada student-student diploma, kalau tak mesti puan sunyi.. hehe

Puan Saliza : Hehe.. cian awak ye.. Tapi tulah.. Nak marah pun bagitahu dulu.. hehe.. bukan sifat saya marah agaknya.. Jaga diri ye. Cuti-cuti ni jangan buat yang bukan-bukan pulak.. ;-)

Aku : Hehe.. Tu la.. Jarang orang nak marah bagitahu dulu.. hehe.. In Sya Allah puan.. Saya jadi bibik je kat umah ni.. Nak keje parent tak bagi.. hehe.. Puan pun jaga diri jugak.. Jangan stress-stress sangat.. Ok la puan, macam dah lewat je ni.. Maaf kalau terganggu masa rehat puan.. hehe

-------------

Aku : Hello sir! Thank God i've got A- for BI 2, thanks for all your guidance and support.. I'll miss ur class sir.. =)

Mr. Sasi : Tq to you too. You guys are such a wonderful students too. Btw may I know who is this? Sorry I x save yr no. Tq

Aku :You too sir.. You are also a wonderful teacher.. Eh, sorry sir.. Forgot to mention it.. hehe.. I'm Najihah from Ketumbar Production.

Mr. Sasi : Tq Najihah. Do enjoy ur holiday. C u next sem. God bless.

Aku : Most welcome sir.. U too..

-------------

Itu je la yang termampu. Selebihnya naik sem depan jumpa ucap balik.. =) Sungguh saya amat sayang dan hormat mereka. Rasa sangat-sangat sayang nak tinggal sem dua ni. Banyak benda yang aku belajar, baik dari segi pengurusan, akademik, jadi usher, jadi ajk makanan, jadi orang yang jaga bahagian muzik untuk persembahan teater, dan bermacam-macam benda lagi.. dan orang yang aku jumpa sepanjang sem dua ni juga sangat-sangat baik. Pelbagai perkara aku belajar daripada mereka. Terima kasih ya Allah!




p/s:
sebenarnya nak menghargai, tapi diri sendiri pulak rasa dihargai. Benarlah Allah itu Maha Adil.

Terima kasih atas kiriman ini ya Allah..

bismillah..

Alhamdulillah.
Ungkapan apa lagi yang layak diungkapkan apabila dikirimkan sahabat-sahabat yang baik. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana telah mengirimkan mereka di sisiku. Alhamdulillah, rasanya doa aku sebelum masuk UPSI dulu dah dimakbulkan dan aku harap semua ni istiqomah. ^_^

----------------------

beep..

beep..

beep..


one message received.

-----------------------


From: Filzah (ifa)

20/06/12
3:44 pm

Ya Allah.. jagalah sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai padanya, sayangi dia kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya.. kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku, di dunia dan harap berkekalan sehingga ke syurga.. aamiin..


From: Kak Iza Usrah (naqibat)

04/07/12
6:06 pm

Ku pohon pada-Mu ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya, kerana dia saudaraku.. kerana pada jalan-Mu kami bertemu.. Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirah-Mu, agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu.. agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan, agar tidak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan.. Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu Penciptanya.. Kuat dan tabah menempuh ujian yang kau kirimkan.. redhai dirinya dunia akhirat..
~Salam rindu~ :-)


From: K. Asma Exco LPS UPSI

06/07/12
6:53 pm

Jika sebelum ini, saya dikelilingi teman-teman soleh yang sama-sama berjanji untuk tegakkan syiar Islam.. tapi kini, saya terasa kehilangan kalian pemberi peringatan untuk saya melangkah ke syurga bersama. Benarlah kata Saidina Umar Al-Khattab, "jika kamu dapat sahabat soleh, maka peganglah ia". Saya rindu awak-awak semua. Luv u fillah ya ukhti.


From: Farahiyah UPSI

07/07/12
11:39 am

Buat si cantik yang ku sayangi.. Nikmat paling manis adalah apabila ALLAH mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhuwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. "Ya ALLAH! Peliharalah insan ini dan peliharalah ukhuwah kami.. aammin.."
JAGA DIRI
JAGA AMAL
JAGA IMAN
Andai diri ini alpa, INGATkanlah.. andai diri silap TEGURkanlah.. andai diri ini lemah KUATkanlah.. ana uhibbuki FILLAH...

-------------------------

Allah!
Perasaan terharu memang tidak dapat disangkal lagi saat mata menatap skrin telefon menghayati setiap patah butir bicara mereka lewat sistem pesanan ringkas. Terima kasih kerana Engkau telah mengirimkan kata-kata ini melalui mereka ya Allah. Terima kasih sekali lagi kerana telah mengirimkan mereka. Aku mohon moga-moga Engkau perkenankan kami berjiran di syurga-Mu kelak ya Allah.

Setiap kata-kata yang dikirimkan seakan-akan tepat pada masanya dihantar. Seakan-akan Allah menjawab segala yang bermain di hati. Seakan-akan Allah berkata-kata denganku. Allah! Terima kasih ya Allah. ^_^

Mungkin ada yang berpendapat, "alaa.. setakat hantar mesej macam tu, dah kata sahabat sejati.. aku pun boleh.." Ya. Mungkin itu hanyalah sekadar ayat, tapi percayalah.. Ayat yang dikirimkan dengan niat yang baik itu dapat dirasai dengan hati.. dan aku yakin akan hal itu, sebab aku kenal mereka.

Terima kasih kerana sudi menempatkan saya dalam hati kalian!

^____^



p/s:
ni yang melalui hp (tu pun ada lagi yang tak ter'mention'), yang dalam fb belum masuk lagi.

terima kasih atas teguran ini ya Allah!

bismillah..

Alhamdulillah, pada 6 Julai yang lepas pihak UPSI telah mengeluarkan keputusan peperiksaan untuk sem 2 sesi 2011/2012 yang berlangsung sebelum cuti baru-baru ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan peringatan untuk aku melalui keputusan tersebut. Alhamdulillah, walau bagaimana sekalipun keputusannya, aku tetap bersyukur. Hanya Engkau yang mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Pada 6 Julai tersebut, aku berada di Johor untuk melawat kakakku di sana. Alhamdulillah, boleh jugak aku bersua muka dengannya setelah sekian lama tidak bersua muka (eceh, terskema pulak ayat). Dalam masa yang sama, bila aku menjejakkan kaki ke rumahnya, automatik aku rasa nak kerja waktu tu jugak! serius! tak tipu.. huhu.. rasa termotivasi gitu nak keje.. (boleh percaya ke?? haha) tapi, seriuslah.. aku rasa nak posting waktu tu jugak. macam best je keje ni.. betulla manusia ni, bila dah ada yang ni, nak yang tu. bila dah ada yang tu, nak yang tu pulak.. tak pernah puas. haihh.. (aku la tu orangnya, astaghfirullah) tapi, benda baik takpe kan? hehe.. ok, panjang pulak aku cakap pasal ni.. takde kena mengena dengan tajuk pun padahal.

Ok, kembali kepada tajuk asal. Sebenarnya, aku tak tahu menahu pun keputusan keluar hari tu, tapi sebenarnya sehari dua sebelum hari tu, aku ada bukak Mysis (sistem untuk tengok keputusan UPSI), kot-kot la keputusan dah keluar walaupun takde dengar ura-ura lagi. dan memang takde pun lagi keputusannya. Aku pun tutup la balik. Sambung bermuka buku.

Nak dijadikan cerita, masa kat masjid di Johor tu tiba-tiba Naemah (kawan seUPSI dan seKISAS) bagi mesej cakap keputusan dah keluar dan tanya aku samada dah cek ke belum. Fuh, bedebo den. Nak terus cek, takde tenet la pulak masa tu. Rasa nak balik rumah waktu tu jugak. Tapi, bimbang pun ada sebenarnya nak cek. huhu.. Akhirnya, sampai la jugak kat rumah kakak aku tu. Tapi, tenet tak berapa nak membantu la pulak. Dia main chipsmore2 pulak. Sabo je la. Aku pun buat rilek je la dulu, padahal hati dah menggelabah. Aku tak bagitahu pun mak ayah aku keputusan dah keluar. hehe.. Tapi, dipendekkan cerita, aku TERberitahu jugak yang keputusan dah keluar hari tu sebab asyik dok tanya kat adik yang tenet dah ok ke belum. haha..

Dipendekkan cerita lagi, lepas siap makan dan solat semua, baru lah boleh cek keputusan tu. dan........... Alhamdulillah, keputusannya masih dalam lingkungan yang selamat. Cuma aku sedikit kecewa sebab tak capai target dan keputusan aku sedikit menurun sebenarnya. Atau mungkin agak banyak kot? huhu..

Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab masih boleh berada dalam kategori 'itu'. Cuma, macam yang aku cakap tadi, aku agak kecewa dengan diri sendiri sebab gagal capai target yang diri sendiri tetapkan. Nak menangis pun ada masa tengok keputusan tu. huhu.. Tapi, bila aku fikir-fikir balik, aku rasa semua tu berpunca daripada diri aku sendiri. Aku yang lalai. Aku yang gagal jaga hati. Aku yang kurang berdisiplin dengan hati dan diri. Aku yang tak cukup persediaan. Semua salah aku.

Bila fikir-fikir lagi, aku rasa inilah teguran langsung daripada Allah untuk aku. Allah tegur aku supaya aku lebih tegas dengan diri sendiri, supaya aku lipat gandakan usaha, supaya aku jangan terikut-ikut sangat dengan kehendak nafsu, dan aku tahu dan sedar.. Allah tidak akan pernah membuat sesuatu tu sia-sia, mesti ada hikmahnya. Samalah halnya dengan apa yang sedang aku alami ni. Mesti ada sesuatu yang Allah nak tegur aku.. dan aku rasa aku dah dapat jawapannya. ^_^


Segala kepahitan,
Segala keperitan,
Terima bagai penghapus dosa,
Malang yang menimpa,
Duka yang melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia,
Jangan-jangan berputus asa,
Dari rahmat-Nya yang Maha Esa,
Jangan-jangan kita lupa,
Ujian lumrahnya dunia.

^_______^

Itu lirik lagu yang kebetulan aku dengar masa tulis ni. macam kena je dengan situasi aku ni kan? Terima kasih sekali lagi atas pujukan itu ya Allah. Sweet kan Allah tu? =)



"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, sebaliknya kitalah yang perlu muhasabah balik sekiranya ada yang tidak selari dengan kehendak kita. Mungkin hati kita dah banyak titik hitam. Mungkin. Maka, sucikanlah Najihah!".


There was an error in this gadget