Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh... (jawab jgn x jawab!)
bismillahirrohmanirrohiim....
InsyaALLAH, kali ni aku nak share pasal satu benda. Sebelum 2, aku nak mintak maaf banyak2 andainya apa yang bakal diperkatakan nanti bakal mengguris mana2 hati yang membacanya.
suspen x?? hehe..
Before that, jom kita baca kisah ni dulu..MESTI BACA!!! =)
dah habis?? sure?? x lompat2?? hehe..
OK, kalau betul dah habis, (jujur OK!) jom kita dengar kisah aku pulak..hehe..
p/s: kisah ni bukan untuk mendabik dada @ yang sama erti dengannya, tapi hanyalah sekadar ingin berkongsi aura yang terbit daripada "LANGKAH" itu..dan moga2 dapat melalui hati2 yang membacanya..
Maka, tersebutlah kisah.......
Dulu (sebelom masuk KISAS), kalau aku g mana2 (keluar rumah laa), aku juz pakai tudung segi tiga yang biasa 2 je a.k.a bawal (xde kaitan ngn ikan bawal k!) n buat gaya ala2 butterfly..(yang pompuan tau la kott). Bagi aku time 2, OK la 2...xde la teruk sangat, sebab aku ni bukan la jenis yang suka bergaya dan berani sangat berfesyen. Aku pernah try nk buat gaya ala2 wardina 2, tapi bile tengok cermin, aku buang balik..! sebab rase pelik..haha..
OK, tutup cerita pasal 2, kita pergi kepada point seterusnya..
Aku mula kenal (maksudnya try pakai la) sarung kaki time aku form 2 ke brape...aku pun x pasti..hehe..yang pasti time menengah rendah laa..masa di SMK(A)DG. 2 pun sebab aku duk asrama n pelajar pompuan diwajibkan pakai sarung kaki bila nak keluar asrama. Jadi, time 2..aku pun bertaqlid je la membuta tuli..maka, hasilnya pun x berapa nak konsisten la kan?? huhu..sebab x ikhlas. Pakai kat asrama je..bila kat luar, pham2 sendiri laa...
yang ni boleh x??hehe..
Tapi, bila masuk form 5 kott (lama btol..), aku mula dah biasa dengan sarung kaki ni. So, sejak dari 2..aku mula mendisiplinkan diri dengan cuba sedaya upaya pakai jugak even kat luar...
Seterusnya, masuk bab arm sock pulak..
hah! tinggal pilih je...dlm plastik lg tuh! =)
arm sock ni aku mula kenal time form brape ntah..tapi lagi lambat dari sarung kaki la yang pastinya.. (mula2 kenal dulu, aku panggil hand sock..haha) TAPI!! even aku dah kenal ngan arm sock ni, aku still lagi x dapat nak berjinak2 dengan arm sock ni sebagaimana aku berjinak2 dengan sarung kaki 2 sampai la aku habis form 5..=(
Sebabnya...time 2 aku fikir, aku xnak pakai arm sock ni selagi aku x dapat nak konsisten dengan sarung kaki 2. Bagi aku time 2... pakai sarung kaki ni lebih besar dugaannya daripada arm sock.
Sorang junior aku pernah tanya aku, kenapa aku x pakai arm sock?? (malu kott) jawapan aku: k.jiah xkan pakai arm sock selagi k.jiah x boleh nak istiqomah pakai sarung kaki, sebab bagi akak, pakai sarung kaki lebih susah dan berat untuk dilaksanakan. Lagipun, lengan baju kan berkancing<--- yang ni aku tambah dalam hati laa..=) (jawapan ni telah di'modified'kan sebab aku dah ingt2 lupa skemanya, tapi yang pasti ni la isinya..=))
Tapi, 2 semua dulu2 laa...
Alhamdulillah, sekarang ni ALLAH dah turunkan hidayah-Nya untuk aku dalam hal ni. Dan semua itu berlaku sejak aku kenal BUMI WAQAFAN. (sebab 2 la saya sayang lebih KISAS ni shbt2! hehe..bnyk perubahan yang berlaku sejak aku masuk sana, so, i hope..shbt2 drp sekolah lama aku x amek hati ye kalau saya asyik 'mention'kan nama KISAS j..2 bkn bermakna sekolah lama dilupai terus..=))
Sejak aku mula2 dapat tawaran KISAS ni dulu drp Ustazah Sabariah Ya'acob...aku mula pasang niat untuk pakai tudung labuh. Sebabnya?? Sebab, aku memang dah lama sebenarnya ada niat nak pakai tudung labuh ni..cuma, mungkin persekitarannya a.k.a bi'ahnya kurang membantu. MAAF. bukanlah niat aku untuk memperkecil2kan @ yang sama waktu dengannya bi'ah yang ada di sekolah lama aku dan di sekelilingku waktu itu. Cuma... Sungguh, "kekuatan itu" belum muncul tika itu.
Ditambah lagi hari2 terakhir aku di SMK(A)DG dulu sebelum berhijrah ke KISAS..aku ada berjumpa buat kali terakhir guru2 di sana. Pelbagai nasihat dan pesanan yang aku dapat buat bekalan dan suntikan semangat untuk aku dan sahabat2 berjuang di sana..
Dan, ada satu kata2 gurauan a.k.a perlian peringatan buat diriku daripada Ustazah Sabariah aku yang terchenta ni..hehe..time 2, aku pakai tudung bawal ngan baju kurung (almaklumla, dah letak jawatan kn..hehe) la pegi sekolah. Beliau cakap: lepas ni dah x pakai la tudung2 macam ni.. dan aku menyambutnya dengan senyuman serta berkata: lepas ni saya pakai macam ustazah laa..hehe (ustzh aku ni, beliau pakai tudung tiga segi 2 jugak, cumenya yang bersaiz besar 2.. yang bidang 60 tu n ada lapisan di dalamnya, so x jarang la kan??)
Alhamdulillah, kata2 itu merupakan sebahagian daripada kekuatanku untuk berubah. Terima kasih kepada Ustazah Sabariah untuk peringatan itu..dan semestinya setinggi2 kesyukuran ku panjatkan buat ALLAH Azza wa Jalla sebab memberikan aku kekuatan untuk meneruskan niatku itu.
Alhamdulillah, sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di Bumi Waqafan, aku mula istiqomah pakai tudung labuh 2.. Aku ingat lagi dulu masa mula2 pakai tudung labuh 2 dekat luar (bila balik kg la..) aku dapat rasa yang family aku agak terkejut dengan perubahan yang aku buat 2. Adik aku yang bongsu 2 siap tanya lagi, aik! kenapa aku pakai tudung sekolah?? haha..(sabo je la..) tapi, aku buat donno je...=)
gambar hiasan
Saat 2, aku dah x kesah dengan pandangan orang lain, yang aku tau..aku selesa dengan diri aku sekarang dan pandangan ALLAH itu lebih utama. (semoga ALLAH terus pinjamkan aku kekuatan itu untuk aku terus istiqomah melakukannya kerana-Nya jua)
Next, untuk bab sarung kaki. Alhamdulillah aku mula melaziminya dari masa ke masa.. Semoga aku dapat terus konsisten melakukannya.
Then, part arm sock pulak... Alhamdulillah, aku mula berjinak2 memakainya sejak aku menuntut di "bumi itu". Mungkin disebabkan bi'ahnya yang sangat membantu. Yela.. mana taknya, majoritinya aku tengok...semua ber'arm sock..secara x langsung, aku pun turut mengenakannya. Malahan terasa kekurangan bila terlupa memakainya (kadang2 TERsengaja jugak x pkai..hehe..tapi, tengok destinasi yang akan dituju laa). Seakan sukar untuk bergerak bila terlupa nak pakai, even baju sekolah 2 dah berkancing..
Masih lagi teringat di mindaku, saat singgah makan dengan keluarga di sebuah restoran baru2 ni.. Aku sengaja sebenarnya x pakai arm sock time 2, sebab sebelom 2 kiteorg pergi rumah nenek. So, ingatkan terus balik rumah la lepas 2...tetiba pegi restoran pulak..huhu..apa nak buat, terpaksa la aku meng'kontrol lengan baju kurungku. Sabo je laa...
Konklusinya, lepas ni kalau nak pegi umah nenek pun kena pakai arm sock la najihah! haha.. (kot la nak singgah makan lagi..hehe)
Baiklah, secara keseluruhannya.. based on my experience.. memang terdapat sangat2 perbezaan bila kita dah melangkah ke arah "itu".
Jika dulu, kalau aku jalan sorang2 di bandar (lepas kursus komputer la, klo x..xde mknenye aku nak jalan sorang2), terkadang ada suara2 sumbang yang bagi salam + ajak borak (xde mknenye aku nak layan!). Namun kini, aku bebas daripada itu semua. insyaALLAH dan alhamdulillah..
Benarlah firman ALLAH dari surah al-Ahzab ayat 59:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Still in my memory, waktu aku naik bas lepas SPM dulu nak balik rumah lepas kursus komputer... waktu mula2 naik 2, tepi aku xde orang, that's mean xde penumpang la kan?? tmpt kosong..aku suka!! hehe..
TAPI!! bila dah sampai di pertengahan jalan, tetibe ada sorang hamba ALLAH ni naik...lelaki!! warga asing lagi! n... die duk sebelah aku!!! mak aihh...waktu 2, ALLAH je tahu betapa bedeba dan cuaknye aku. (sabo je laa) kebetulan time 2 aku ada beli majalah. Aku pun buat2 la baca majalah 2..hua3.. tetibe ada satu suara...(muzik seram diputarkan).
Hamba ALLAH 2 cakap!!! n die bercakap dengan aku! whoa!! takut aku...! seram kott.. die kata, nak pinjam majalah aku 2...logik ke?? dengan nada yang xleh nak blanye lagi...uisshhh...xlogik2...aku pun apa lagi, buat donno la!! haha.. lepas 2, die ad lagi cakap ngan aku, tapi aku dengar x dengar je...dah la x brape nak faham.. (i repeat, warga asing ok! sbb 2 aku krg fhm ngn dialek die) haha!
Aku ambil keputusan untuk diam je sepanjang jalan.. biar la die cakap sorang2..haha..dan aku berharap sangat2 die turun dulu sebelom aku turun, sebab aku duk tepi tingkap kott..huhu..
TAPI!! nampaknya, aku yang turun dulu!! huhu..sabo je la.. aku dah cuak time 2.. aku ingatkan die paham la untuk bagi aku ruang nak keluar...alih2, hrmm..aku cakap jugak kat die, (TERPAKSA kott) : tumpang lalu sikit.. dan die btol2 bagi aku sikit ruang untuk lalu!! huh! menduga iman dan kesabaran sungguh..! sabo je la aku time 2..
Lagi menduga tahap kesabaran aku, bila dia dengan "x tersengaja" meletakkan kaki die dekat tempat aku nak lalu 2..nasib baik x jatuh je aku!! ishh..! ALLAH je tau apa yang aku rasa time 2.. n aku lagi skali buat donno dengan peristiwa 2..aku terus je pandang depan..jangan harap aku pndang belakang lagi! sebab aku fikir, aahh..dah nak turun dah pun, malas la nak layan..
hrmmm...2 semua berlaku time aku belom membuat "langkah tercipta" 2..huhu...
Tapi, setelah aku memulakan "langkah tercipta" 2... alhamdulillah, aku mula dapat merasai perbezaannya.
Kini, aku tidak lagi diganggu dengan anasir2 seperti itu, even aku naik bas sorang2 dan sebelah aku kosong!
Buktinya, dulu aku pernah naik bas lepas balik daripada ziarah sekolah lama, dan sebelah aku kosong. Tiba2 ada sorang hamba ALLAH (lelaki laa) ni masuk.. dan die ni agak "mendebarkan" juga sebenarnya jika dilihat daripada perwatakan luarannya..huhu..
TAPI!! apa yang berlaku?? dia x duduk sebelah aku pun, even tempat lain dah penuh! n even dia dah prasan memang tempat sebelah aku je yang kosong..(sebab tempat aku 2, dekat dengan pintu masuk bas 2) =) alhamdulillah..hanya ALLAH yang tahu betapa bedebanya aku jika dia duduk sebelah aku time 2..huhu..
Daripada situasi 2, aku terfikir..sememangnya ada perbezaan yang sangat2 besar setelah aku melakukan perubahan itu.
Lagi satu bukti yang menunjukkan ada perbezaannya ialah mengenai sorang saudara aku (tentunya lelaki jugak). Dia ni memang seorang yang jenis suka bergurau. Dan setiap kali aku dan adik-beradik aku ber/terjumpa dengan dia, memang sah2 "kena" laa ngan dia..
TAPI! semenjak aku buat perubahan ni, aku prasan..die dah mula kurangkan gurauannya 2 dengan aku. Kalau dia buat lagi pun, aku prasan..seakan ada batasan gurauannya 2.. n i'm happy with that! =)
Sebelom menutup tirai, aku nak selitkan pandangan baru (xde la baru sgt) aku dan pandangan ISLAM yang sebenarnya mengenai isu ni.(tapi aku dah modified skit laa, isinya lebih kurang macam yang kat bawah ni laa)
"mana yang lebih utama; sama ada ikhlas + hidayah-Nya + sampai seru ataupun perintah dari Yang Maha Esa??"
(peringatan buat diri yang lupa terutamanya penulis)
Akhir kalam,
betulkah ada perbezaannya "dulu" dengan "sekarang"???
personally, yes!!
MEMANG ADA!!
renung2kan dan selamat beramal! =)
p/s:
--> doakan moga diriku tetap terus dapat bertahan dengan perubahan ini..
--> maaf, andai ada yang terguris dengan entry ni..
--> PERINGATAN!! entry ni bukanlah untuk mendabik dada mahupun membuka aib sendiri, cuma sekadar ingin berkongsi bukti dan kuasa yang terbit daripada perubahan "itu".
--> ambil yang jernih, buangkan yang keruh..
--> tegurlah diriku, andai kelak aku TERlupa dan TERleka.
--> KISAS = BUMI WAQAFAN
--> tudung labuh 2 bukan bermakna "tudung sekolah" 2 sahaja..tapi, tudung segi tiga yang bidang 60 dan yg sama waktu dengannya pun ok (bergantung kepada saiz seseorang 2 la kn??)
nais
ReplyDeleteAlhamdulillah, doakan saya juga :)
ReplyDeletein sya Allah moga semuanya dipermudahkan.. =)
Delete