Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh..
di pagi yang penuh dengan kedinginan dan kedamaian ini...
den nk uraikan 1 lagu yang sangat bermakna..
lagu ni den dah lama tahu 'dia' wujud sebenarnye, cme x terdengar je lagi...=)
BUT, since Izatil Huda bt Abd Razak postkn kt die punya FB, den rasa terpanggil untuk meng'klik die pnye button PLAY. So, after that..hampa boleh agak la kan apa yang jadi lepas 2?? dah tentu2 la den dengar lagu 2..apa lagi?? =p
Sebenarnya, den ni ada 1 penyakit skit bila tang lagu2 nasyid ni... x pernah puas! ;p bila dah dengar skali, asyik nak dengar je...sampaikan boleh tahan sampai berminggu2 n even berbulan2 dengar lagu yang sama.. dan den x kesah orang nak cakap apa pun! =) buktinya, lagu dalam hp den 2, x bertukar2 lg since mula2 dimasukkan lepas form 5 dulu...(dah 2 tahun lebih kan??) kot ada yang bertukar pun, sebab dah x muat nk masuk lagu baru, so..TERPAKSA la remove lagu yang agak2 dah lama 2..huhu.. TAPI!! malangnya...my memory card HILANG baru2 ni....so sad...sabo je la...macam2 kot dalam 2...my friends number, pictures, nasyid songs...huaa... TAPI!! yang paling sdih, surah2 familiar... huhu...naseb2...(mood : still berharap jumpa balik memory card 2..)
eh2, melalut plak den..sori2...hehe...kang dah TERemo...=) OK, back to the major point.
Sebelum tu, jom kita pakat2 dengar lagu ni dulu... (sambil2 tu boleh skaligus muhasabah diri)
p/s : lagi bagos bila dgr lagu ni seiring dgn pembacaan entry kali ni
"Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu"
Dikala sedang asyik kita mengimbau memori lalu, sama ada memori ketika kita bersama-sama keluarga, sahabat2, cg2, sanak-saudara dan yang sama waktu dengannya la kan, pasti ada terselit secebis kenangan yang boleh membuatkan kita terpaku sejenak di satu sudut paradigma yang tersendiri 'itu'... dan kerana apa agaknya kita terpaku di situ??? cuba refleksi diri balik... apa yang dah kita buat dengan kisah hidup kita yang lalu tersebut?? adakah menepati syiar2 ISLAM?? (jawab dalam hati suda~~)
"Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku"
Dalam pada kita mengenang cerita2 lalu, pasti terselit perasaan...
"ALLAH...berdosanya aku...banyaknya dosa yang telah aku lakukan.. masihkah ada secebis keampunan-Mu untukku ya ALLAH??" (yang x terasa x tahu la...nobody is perfect..)
Tapi, asalkan kita tahu bahawa maghfirah ALLAH itu Maha Luas.. ALLAH akan sentiasa membukakan pintu maghfirah-Nya untuk setiap hamba-Nya yang menginginkannya..
Jadi, sebagai seorang hamba-Nya... jangan pernah ada perasaan malu untuk memohon keampunan-Nya.
Sesungguhnya ALLAH menadahkan tangan-Nya di waktu malam, menanti hamba2-Nya melakukan dosa di waktu siang. Dan ALLAH sentiasa menadahkan tangan-Nya di waktu siang menantikan hamba-Nya yang banyak melakukan dosa di waktu malam dan begitulah sehingga hari kiamat.
Jadi, yakinlah sahabat2..tidak kira apa pun dosa yang kita lakukan, dan sebanyak mana dosa pun yang kita lakukan..yakinlah...ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Semoga ALLAH masih memberi peluang untuk kita bertaubat dan menerimanya..
Jadi, yakinlah sahabat2..tidak kira apa pun dosa yang kita lakukan, dan sebanyak mana dosa pun yang kita lakukan..yakinlah...ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Semoga ALLAH masih memberi peluang untuk kita bertaubat dan menerimanya..
"Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari"
Sesungguhnya, sepanjang kita mengharungi hidup yang penuh dengan mehnah ujian ni.. terdapat pelbagai dugaan dan halangannya yang tersendiri, dan semua itu bergantung kepada iman masing2 untuk berhadapan dengannya. Jadi, sebab tu lah.. lirik 2 cakap..'ada yang dapatku gagahi, dan ada yang gagal ku hindari'. That's mean, dikala halangan tu BERJAYA kita tempuhi, bermakna..iman kita berjaya membendung kita daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syara'. Selain itu, itu juga petanda bahawa iman kita meningkat waktu 2..(iman manusia biasa meningkat dan menurun right??)
Namun begitu, tika dugaan itu GAGAL kita lawan..di situ bermakna iman kita belum cukup kuat untuk menjaga kita di saat yang sangat2 genting seperti itu..dan paling sedih, itulah petanda iman kita menurun waktu tu...=(
Jadi, sama2lah kita upgradekan iman kita!!
"Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
bayangkan dosa kita setinggi ini...sampai dah x tertanggung dan akhirnya terpercik keluar...betapa aibnya...
Tapi taubatku tak ku tepati"
Ya ALLAH, sesungguhnya aku sedar diri ini terlalu banyak melakukan dosa. Seiring dengan itu, seringkali juga diri ini berjanji untuk tidak mengulanginya..Namun, tika masanya tiba, sekali lagi aku gagal. AKU GAGAL YA ALLAH!!! ampunkanlah aku ya RABB.. (tiba2 teringat 1 lagi lagu bila sebut pasal ni..cbe klik SINI jap..)
"Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur"
Ya ALLAH, aku sedar rahmat-Mu terlalu luas jika nak dibandingkan dengan nilai kesyukuranku. Sesungguhnya terlalu sedikit aku bersyukur pada-Mu ya RABB..
"Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku"
Namun, kini.. aku pulang ya RABB, aku pulang mengharap maghfirah-Mu!! Engkau ampunkanlah segala dosaku. Aku sedar, diri ini hanyalah hamba-Mu yang hina lagi kerdil, terimalah taubatku untuk yang kesekekian kalinya...
"Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya..."
Aku sedar, begitu banyak ujian yang datang menggoda nafsuku, apatah lagi aku ini seorang perempuan, aku punya 9 nafsu...untuk itu, Engkau kawal dan peliharalah nafsuku ya RABB..dan untuk itu juga, aku akan terus berkasih dan bercinta dengan-Mu.. kerana aku tahu, Engkau tidak akan pernah mengecewakan aku walau sekelumit.. dan yang pasti, kasih-Mu itu tiada berkesudahan... Bimbinglah aku ya RABB...
Untuk itu juga ya ALLAH, aku mohon..Engkau hadirkanlah insan2 yang mencintai-Mu di sisiku, agar aku terus dapat sama2 mencintai-Mu..aku mohon dengan sungguh2 ya ALLAH...semoga dengan hadirnya insan itu, aku akan terus berada di atas paksi kebenaran-Mu..
p/s:
--> dulu ble tgk lagu ni dekat youtube, tgk sebelah mate je... tp skrg....asek dok melekat dgn lagu ni j...hehe...credit 2 Izatil Huda 4 posting this song at FB!
--> to Siti Maisarah Thaqifah, akhirnya tercapai jua hasrat ku utk menge'post entry tonight! eh silap, pagi..hehe.. =)
--> to Siti Maisarah Thaqifah, akhirnya tercapai jua hasrat ku utk menge'post entry tonight! eh silap, pagi..hehe.. =)
--> maaf jika struktur ayat entry ni tidak menepati kehendak tatabahasa yang sebenar, adakalanya ayat yang salah struktur bahasanya lagi 'kena' dengan jiwa kita...hehe.. (suke ati aku j..)
--> entry ni khusus untuk diri yang alpa, terutamanya diri yang menulis...
--> mohon ampun segala yang terkurang dan terlebih..
--> entry ni khusus untuk diri yang alpa, terutamanya diri yang menulis...
--> mohon ampun segala yang terkurang dan terlebih..
teringat lagu ni mse wat persembahan....
ReplyDeletepersembahan??
ReplyDeletebila dan dimanakah??
ala mase skolah menengah dulu..ihtifal..hehe
ReplyDelete0o0o0ooo..
ReplyDeletehehe