assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Thursday, May 5, 2011

Cinta Bersulam Noda

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh..=)

Di pagi yang hening ni, aku terpanggil untuk menulis tentang C.I.N.T.A =)

lawakan?? =) sekadar gambar hiasan..

Sebelum 2, mari kita hayati lagu ni dulu...
p/s: den buat entry ni sambil dgr lagu ni, jadi mungkin anda juga boleh melakukan hal yang sama sepanjang membaca entry ni untuk mendapat 'zuq'nya..=)

OK, jangan sempitkan skop cinta 2, cuba luaskan seluas-luasnya.. CINTA boleh saja:

---> daripada seorang hamba kepada Sang Penciptanya 

---> daripada seorang umat kepada Rasul-Nya lillahi Ta'ala

---> daripada seorang manusia kepada agamanya lillahi Ta'ala

---> daripada seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya lillahi Ta'ala

---> daripada seorang pelajar kepada guru-gurunya lillahi Ta'ala

---> daripada seorang sahabat kepada sahabatnya lillahi Ta'ala

---> daripada seorang suami kepada isterinya lillahi Ta'ala dan begitulah sebaliknya 

---> daripada salah seorang adik-beradik kepada adik-beradiknya yang lain lillahi Ta'ala

---> daripada makhluk-Nya kepada makhluk-Nya yang lain lillahi Ta'ala

---> daripada seorang muslim kepada negeri akhirat yang kekal abadi lillahi Ta'ala


dan banyak lagi kategori C.I.N.TA yang boleh diklasifikasikan oleh akal yang sihat. Kan?? =)

Jadi, sekarang ini...mari kita refleksi diri masing2. Dalam golongan manakah kita saat ini?? Adakah anda tergolong dalam salah satu kategori CINTA yang telah di'list'kan di atas?? hrmm..tanya iman masing2.
Jika anda masih tergolong dalam kategori tersebut..SYABAS!!! =) InsyaALLAH itulah CINTA sejati, yang bakal membawa anda menyelusuri titian sirotul mustaqim dengan jayanya. InsyaALLAH..=)

Namun begitu, bagaimanakah nasib golongan yang tidak tergolong dalam golongan tersebut??? Dapatkah mereka meniti titian yang halusnya melebihi halusnya seurat rambut dan tajamnya melebihi tajamnya pedang yang tajam??? (bayangkan...!!) Jadi, marilah kita sama2 baiki hati yang telah ternoda itu (ni lah point utk entry kali ni sbenanye..hehe)

Hal ini demikian kerana, bukan semua manusia yang dapat mempraktikkan semua kategori CINTA di atas, hatta salah satu daripadanya sekalipun. Kan?? Walaubagaimanapun, beruntOnglaa bagi sesiapa yang mampu dan beroleh CINTA "itu".

Untuk itu ya RABB, Engkau terima dan dengarkanlah doa hamba-Mu yang penuh dengan calitan dosa ini..

Ya ALLAH, Engkau peliharalah hatiku, sentuhla ia dengan kasih sayang-Mu, selamatkanlah ia daripada nafsu yang tercela, lindungilah hati yang lemah ini, rahmatilah ia, peganglah ia sekukuh-kukuhnya di saat aku terjatuh, pimpinlah ia di setiap saat dan ketika, jangan pernah Engkau tinggalkannya sendirian, jangan sampai dunia yang fana ini membutakan hatiku ya RABB...

Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang penuh dengan dosa.. Seringkali aku terlalai dalam langkahku, seringkali aku tertipu dengan keasyikan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa "kemewahan" di akhirat kelak..

Untuk itu ya RABB, hamba mohon... jika pernah hati ini tertarik dengan mana2 ajnabiku, maka Engkau tariklah perasaan itu andainya perasaan itu bukan lagi pada waktunya dan bukan pula atas alasan lillahi Ta'ala.. Engkau hadirkanlah perasaan itu pada masa yang sewajarnya dan semoga dengan hadirnya perasaan itu, akan bertambah CINTAku pada-Mu ya RABB..

Namun, jika itu adalah yang terbaik buatku tika saat ini, Engkau pelihara dan jagalah ia.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik buatku. 
Janganlah Engkau palingkan hati ini dari kebenaran ya RABB... Teguhkanlah hati yang sentiasa berbolak-balik ini..Hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan dan petunjuk..

Istajib du'a ana ya ALLAH } 3x

Amin ya RABB...
 
**p/s:
entry ni tiada kaitan sama sekali dengan individu yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...=)

3 comments:

  1. doa yang sungguh menyentuh hati..boleh sy letak di blog??

    ReplyDelete
  2. syukran..
    dipersilakan...
    amek la mne2 yg baik...
    mne yg x elok 2 jdikan sbg sempadan..
    (before that, tegur diri ini dulu spya blh diperbaiki..hehe)

    ReplyDelete