assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Sunday, April 7, 2013

maafkan aku wahai diri.. =(

Bismillah..


Satu persatu gambar mahupun video di muat naik di laman muka buku oleh mereka di sana. Hati mula tidak senang duduk. Makin lama, gambar makin bertambah bilangannya untuk menceritakan perkembangan terkini. Hati aku bagaikan diketuk-ketuk. Terasa bersalah dan berdosa dan sangat cemburu dengan mereka yang turun berjuang. Sungguh, aku juga menginginkannya. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Terkini, mereka di Tanjung Keling, Melaka.. dan khabarnya esok bakal bergerak ke Skudai, Johor. Allah... hati ni betul-betul meronta nak join skali. 

Setiap kali melihat perkembangan terbaru mereka, hati bagaikan dijentik, air mata menitis dengan sendirinya. Aku bagaikan ditertawakan oleh diri sendiri. Sungguh, aku malu pada mereka. Malu kerana aku tidak dapat ikut serta berjuang bersama mereka. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku mengambil tiket untuk ikut mereka ke sana. Tapi, mak aku dah belikan tiket 10hb ini. Untuk aku 'burn'kan tiket itu, rasa macam tidak sanggup.. sudahlah bukan duit aku.. Allah... lemahnya iman.. Maafkan aku wahai diri..

Lagi pula, aku sudah memberikan kata putus kepada wakil di bahagian tempat aku untuk membantu mereka, untuk membatalkannya, rasa macam tidak patut. Allah.. tapi, hati ni naaakkkkkkkk sangat-sangat ikut serta dengan mereka. Maafkan aku wahai adik-beradik seperjuanganku. =( Maafkan aku wahai diri.

Melihat status-status mereka di laman muka buku dari semasa ke semasa, aku jadi malu untuk komen. Hanya mampu 'like' dan doa tanda sokongan. Untuk aku sendiri menaikkan status di laman muka buku mengenai ini juga aku malu. Malu sebab aku bukan dalam kalangan mereka yang turun membantu. Apatah lagi untuk aku naikkan status-status yang menyatakan aku kini sedang di kampung bersama keluarga tercinta. Aku malu! Malu dengan mereka yang sanggup berkorban masa cuti mereka yang sepatutnya diisi dengan keluarga tercinta. Tapi aku? Allah...

Setiap detik aku di kampung, aku teringat akan mereka. Hati aku betul-betul merana kali ini. Benar, jasad aku memang di kampung, tapi hati aku benar-benar bersama dengan mereka. Pengalaman beberapa kali sebelum ini bersama dengan mereka benar-benar telah mengikat hati ini untuk terus bersama mereka. Tapi, kenapa kali ini kau tewas Najihah? Kenapa? Ya Allah.. maafkan aku.. Maafkan aku wahai diri... :'(




*Sungguh, kali ini aku tidak sabar-sabar (first time ada perasaan tak sabar nak balik TM) untuk menunggu tarikh 10 April bagi pulang ke Tanjung Malim untuk bersama-sama dengan mereka. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat.. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Allah.. =(

Thursday, April 4, 2013

Universiti Pentarbiahan Syuhada Islam kini di hatiku.. ^_^

Bismillah..


Alhamdulillah, alhamdulillah wa thummalhamdulillah!!



Dulu,

Hati aku pernah untuk berat melangkah masuk ke dalamnya,
Hati aku pernah bersangka buruk terhadapnya.. astaghfirullah..
Hati aku pernah membanding-bandingkannya dengan universiti lain,
Hati aku pernah sukar untuk mengaku berasal darinya..


Allah... teruknya rasa diri..


Tapi kini,

Alhamdulillah, aku mula dapat merasakan bahagia berada di dalamnya,
Alhamdulillah, aku mula dapat merasakan hati aku mula sayang untuk meninggalkannya,
Alhamdulillah, aku mula berani untuk mengatakan aku mendapat tarbiah di sini,
Alhamdulillah, aku mula menjumpai berlian-berlian yang berharga di sini.


------------------


Alhamdulillah.. banyak perkara yang aku mula sedar di sini, walaupun secara teorinya, ada yang aku sudah ketahuinya di tempat lain, tapi Allah izin aku praktikkan apa yang aku tahu itu di sini. Di sini juga, aku temui adik-beradik yang sangat osem! Mereka sangat-sangat mengingatkan aku tentang Bumi Waqafan yang terchenta! Mereka mengajarkan aku tentang banyak perkara, mereka juga yang menarik aku untuk aku sama-sama merasai apa itu perjuangan Islam, yakni apa yang aku sangat-sangat inginkan dahulu. Moga kita terus thabat untuk itu.. ^_^

Dan paling penting, kini aku baru ketahui yang bahawasanya, bi'ah yang dahulunya aku dapat di Bumi Waqafan, sebenarnya Bumi Murobbi ini sedikit sebanyak sebenarnya telah menyumbang untuknya. Allah.. Rupa-rupanya, Allah hantar aku ke salah satu punca kepada apa yang aku sangat-sangat sayang dan kagumi selama ini. Allah.. sungguh indah perancangan-Mu ya Rabb.. Terharu pun ada dengan takdir Allah ni.. T_T

Alhamdulillah, walaupun major aku di sini bukanlah bidang agama, tapi Allah permudahkan aku untuk menuntut ilmu agama. Terlalu banyak taman-taman ilmu yang disediakan di sini. Hampir tiada hari minggu yang kosong di sini melainkan diisi dengan ilmu-Mu ya Allah.. Hanya tinggal aku yang menginginkannya mahupun sebaliknya. Maka, benarlah firman-Mu ya Allah:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: ayat 216)





Terima kasih kerana menghantar aku ke sini ya Allah! ^_^



p/s: dua malam yang kosong tanpa pengisian daripada kalian membuatkan hati ini benar-benar rindu wahai adik-beradikku. serius! walaupun baru hanya 2 malam. kuasa apakah ini ya Allah? Allah.. T_T

There was an error in this gadget