assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Sunday, June 24, 2012

Isytihar Perang!


Bismillah..


“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain tahu mengenainya.”
(Hadis riwayat al-Imam Muslim)


Kebelakangan ini aku kerap bermonolog dengan hati. Aku kerap berhujah dengan nafsu. Jenuh aku berdebat dengan hujah-hujah syaitan yang direjam. Sampai satu ketika, aku mengambil keputusan untuk membulatkan tekad. Aku pegang fatwa hati itu.

Aku bertekad untuk mengisytiharkan perang dengan nafsu! Bagaimana caranya? Aku bermula dengan menutup pintu-pintu yang boleh membuatkan aku kembali kepada waktu itu. Walau bagaimana sekalipun hujah yang dilontarkan oleh nafsu, aku akan cuba tepis! Aku akan cuba lawan. Aku akan cuba membalas hujah itu sehabis dayaku bertemankan fatwa hati yang sudah aku bulatkan tekadnya. Tidak akan sesekali lagi aku menyerah. Tidak akan sesekali aku menurut katanya.

Aku tekad! Akan aku tutup segala ruang dan peluang yang boleh membuatkan aku kembali lalai, yang boleh membuatkan tekad aku luntur. Maaf. Ini mungkin drastik, tapi aku tidak mahu lagi menanggung risiko. Aku  tidak ingin memandang enteng terhadap sebuah kesedaran ini. Susah? Ya. Memang bukan senang untuk aku melakukannya. Tapi, aku perlu melakukannya. Aku bimbang andai nanti Allah tutup pintu hatiku ini untuk berubah. Biarlah peluang ini aku rebut sebelum segala-galanya terlambat.


Sesekali nafsu mengatakan, "tidak perlulah sampai begitu sekali, kot ye pun nak berubah.. boleh je kalau terus buat macam biasa, buat macam tak de apa-apa". Ya, mungkin boleh. Tapi itu dulu.. dan aku rasa aku tidak cukup kuat untuk melakukan hal itu. Lagipun, hal itu berisiko. Berisiko untuk aku kembali lalai. Aku juga takut. Takut kalau-kalau aku tidak menutup pintu itu saat ini, aku kembali lemah. Aku tidak mahu itu berlaku. Tidak sama sekali!


Untuk itu, aku rasa inilah penyelesaian yang paling baik dan ideal dengan masalah yang aku hadapi kini. Maaf jika ada mengguris mana-mana hati. Tapi, ini sangat-sangat perlu aku lakukan demi keselamatan dan ketenangan agamaku. Itu yang perlu aku utamakan. Aku tidak ingin lagi hati dan imanku terus-terusan bersedih. Maaf, aku sudah bertekad untuk mengisytiharkan perang!








"Wahai Allah yang berkuasa memegang dan membolak-balikkan hati, Engkau peganglah hati ini agar terus tetap teguh di atas landasannya."


Semoga Allah redha.


~ Mawar Berduri Perindu Syurga ~ 

Saturday, June 23, 2012

Tolong Jagakan Dia Ya Allah


Bismillah..


Hubungan antara dua jiwa yang berlainan jantina itu perlu ada batasnya,
Perlu ada jaraknya,
Perlu ada hadnya,
Perlu ada pengawasnya,
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia,
Dalam lafaz sakinah,
Yakni dengan akad nikah.

Jika belum dilafazkan akad yang mulia itu,
Bentengilah hati,
Kawallah hati,
Pandulah pergaulan,
Kekalkanlah jarak,
Minimumkanlah urusan,
Tegaskanlah peribadi,

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata ‘TIDAK’
Pada perkara yang sia-sia,
Pada perkara yang remeh-temeh,
Pada perkara yang boleh melalaikan hati,
Pada perkara yang boleh menggugah iman.

Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?

Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun,
Lagi Maha Luas Pengampunannya,
Serta Maha pengasih,
Lagi Maha penyayang.

Maka,
Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati,
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta,
Ayuh kita dekati para solehin,
Ayuh kita dampingi bacaan-bacaan motivasi penguat diri,
Ayuh kita lazimi Al-Qur’an dan hayati terjemahannya,
Ayuh kita dekati Sang Khaliq!

Agar langkah yang baru ini terasa lebih kuat,
Agar dapat istiqomah melakukannya,
Agar kelak mardhotillah dapat dicapai.


----------------


Ya Allah,

Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,

Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..

Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..


----------------



*Alhamdulillah, tertunai sudah janjiku untuk melakar sendiri entri mengenai ini sebagaimana yang dijanjikan dalam entri Aku Tinggalkan Dia Demi Allah~ .


----------------

Semoga Allah redha..

(◕‿◕)




Thursday, June 14, 2012

leraikanlah~

ya Allah,
leraikanlah dunia
yang membiak di dalam hatiku
kerana di situ tidakku mampu
mengumpul dua cinta.

hanya cinta-Mu ku harap dulu
dibajai bangkai dunia yang ku buru.

ingat Najihah!
dunia ibarat air laut,
diminum hanya menambahkan rasa haus.

maka,
letakkanlah dunia itu hanya di tanganmu,
bukan di hati
agar kelak,
dapat dipisahkan dan diasingkan dengan senang
tika bertembung kepentingan antara kedua-duanya.




---------

semoga Allah redha~

Tuesday, June 12, 2012

taklifan

*situasi di surau


sebaik sahaja aku meletakkan sejadah di atas rak yang telah dikhususkan untuk meletakkannya, tiba-tiba satu suara kedengaran.


--------------


K. A : Najihah, nak balik dah ke?

Aku : A'ah, kenapa?

K. A : Nak ikut..

Aku : Nak ikut? boleh je..

K. A : Jom, ada sesuatu akak nak cakap ni.

(ok, aku dah mula tak sedap hati dah ni, tapi bajet cool lagi depan akak tu)

Aku : Ada apa kak?

K. A : Sem depan awak jadi timbalan... 

(ok, patutla x sedap hati, dan dalam masa yang sama akal aku cepat-cepat buat konklusi sendiri. erkkk.. timbalan rakan surau ke? sebab sebelum tu akak senior aku ada bagitahu yang aku akan jadi orang penting kat surau sem depan.. katanyalah..hrmm)

K. A : Awak jadi timbalan setiausaha RPA (Rakan Penggerak Addin) pusat. K. Z mintak saya cakapkan.

Aku : Allah! K. A.. (sambil buat muka sedih, dah memang sedih pun) tipu la..

K. A : Betul.. dah mesyuarat dah semalam.

Aku : K. A.. Timbalan s/u tu.. dah la yang pusat punya.. berat tu..

K. A : Alaa.. takpe.. boleh punya.. 

Aku : Tapi timbalan s/u tu K. A.. 

K. A : Takpe.. bukannya sibuk sangat pun.. setiausaha Qani'ah (nama samaran sebab aku suka nama ni) awak kenal kan?

Aku : Qani'ah? Sape yang cadangkan saya? Qani'ah eh?

K. A : Entahlah..

Aku : huhu.. K. A..

bla.. bla.. bla...


----------------


Allah! sungguh aku tidak pernah membayangkan untuk berada di tempat itu. Sebelum ni aku tengok akak-akak dan brother-brother (nak tulis abang rasa macam lain macam.. haha) yang pegang jawatan untuk RPA pusat ni.. "hebatlah depa ni, mesti baik-baik ni, mesti bijak ni.. dan macam-macam mesti lagi la". Sekali, aku yang kena. Allah! Rasa sangat tak layak. Beratnya amanah ini ya Allah.. RPA bagi aku bukanlah calang-calang organisasi. RPA merupakan satu persatuan yang berurusan langsung dengan Pusat Islam. Apatah lagi, ini RPA pusat. Allah..

Dahlah timbalan setiausaha, walaupun depannya tu ada timbalan.. tapi tetap menjalankan tugas-tugas setiausaha jugak. Sesungguhnya setiausahalah satu-satunya jawatan yang paling aku nak elakkan kalau boleh. Berat kot. Kalau kat sekolah dulu lain la.. nama je setiausaha, tapi tak bergerak pun.. sebab takde aktiviti. kalau ada pun, cikgu jugak buat.. huhu.. (tapi, kalau kat KISAS lain, kat sana semua jawatan bergerak, pendek kata macam kat U la)


--------------


Dalam perjalanan pulang dari surau, aku tiba-tiba terfikir. "kalau dah terlibat dengan RPA macam tu, tak mustahil kalau aku tiba-tiba pulak jadi *******. 

Allah! 
Pinjamkan aku sedikit kekuatan-Mu ya Allah. 
Sungguh aku tiada daya upaya melainkan dengan izin dan bantuan-Mu. 
Maka bantulah aku ya Allah. 
Andainya dengan taklifan ini mampu membentuk aku menjadi seseorang, 
mampu membantu menegakkan agama-Mu di bumi murabbi ini,
aku redha ya Allah.
Maka bantulah aku ya Allah.


--------------


Sungguh, ini merupakan satu pengalaman baharu bagi aku.. dan, sesungguhnya juga, pusat Islam yang terletak di kampus baharu tu pun, baru sekali aku menjejakkan kaki ke dalamnya.. tu pun sebab nak jumpa sorang ustaz ni atas satu urusan Rakan Surau. hrmm.. Nampaknya Allah telah mentakdirkan satu lagi alternatif untuk aku bergerak ke arah yang lebih baik. Permudahkanlah jalan ini ya Allah.






p/s:
masih cuba untuk ikhlas selepas satu taklifan yang baru sahaja lepas dari tanggungjawab, dan akhirnya satu taklifan lain mengambil tempat. =.=

Istikharah dan Istisyarah



Istikharah. Popular di alam para muslim dan muslimah kala bercinta. Yang menggeletek jiwa saya pula adalah, istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan, istikharah ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ mana yang patut menjadi pasangan kita. Tetapi istikharah ini adalah apa yang dididik oleh Rasulullah SAW kepada kita, dalam hendak membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila ‘sesetengah pihak’ mula menganggap ianya ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya ‘tepat 100%’, maka mulalah istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Bukan lagi yang membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan kalbu kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Di lembaran ini saya berkongsi.
Istikharah, Bila Menjadi Satu Fitnah.
Fitnah. Bukanlah ‘cakap benda tidak betul fasal fulan bin fulan atau fulanah binti fulan’. Bukan. Tetapi interprestasi fitnah yang sebenar adalah ujian yang menduga kepercayaan.
Di dalam situasi pergerakan ke arah rumahtangga ini, istikharah juga boleh menjadi satu fitnah.
Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
1 – Fulan bin Fulan telah bertunang dengan fulanah binti fulan, kemudian fulan bin fulan ini pergi beristikharah lagi selepas telah bertunang, tiba-tiba dia ‘nampak’ perempuan lain dalam mimpinya. Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudiannya dia hendak memutuskan pertunangannya dengan fulanah binti fulan, kerana dirasakan bahawa Allah telah tunjukkan bahawa pertunangannya itu satu kesilapan.
2 – Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Tetapi Fulanah binti Fulan menolak, namun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut bahawa Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya. Membuatkan Fulanah binti Fulan serba salah untuk menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
3 – Fulanah binti Fulan, beristikharah, dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Tetapi Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidaklah pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain, melamarnya. Fulanah binti Fulan ini ‘hold’ dahulu untuk menerima Fulan bin Fulan yang kedua, semata-mata kerana merasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’. Walaupun dia sedar, dia tak mampu mencapai, mendekati, mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabut bukan? Hati jadi keliru, jiwa jadi serabut, kalbu rasa kontang.
Bukankah sepatutnya istikharah itu meyakinkan?
Jadi, mengapa boleh begini?

Istikharah, Dan Istisyarah.
Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain(Ibu Bapa contohnya), mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita berhadapan dengannya. Dalam konteks kita sekarang, situasi hendak memilih pasangan.
Ramai meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa Istikharah menjadi satu perkara yang kemudiannya menyerabutkan jiwa. Kerana akhirnya kita menganggap Istikharah itu MEMANG ‘alat pencari jodoh’. Kemudian, dari celah mana, kita yakin bahawa istikharah itu akan datang dalam bentu mimpi dan tanda-tanda ajaib(nampak wajah seseorang di langit, contohnya).
Di celah-celah kepercayaan seperti inilah, syaitan menyusup dan menyuntik ‘was-was’ serta keraguan dan kekeliruan.
Kerana itu, mimpi hakikatnya tidak akan boleh menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukannya dalil. Dan bukanlah sesuatu yang mesti, pada orang beristikharah, jawapannya adalah mimpi dan petanda-petanda itu.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Maka, apa pun yang kita nampak, kita ‘lihat’ apa yang kita nak. Di situ, kita keliru, dan kemudian sibuk menyatakan ‘Inilah dia petunjuk Tuhan’!
Kita lupa untuk bermesyuarat dahulu dengan keluarga. Sepatutnya, kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontranya setiap pilihan. Di situlah kita menilai dan mengimbang. Kalau dengan itu telah kita dapat nampak yang mana pilihan yang terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jika kita rasa tidak yakin, barulah istikharah. Bila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, buatlah istikharah yang kedua dan ketiga. Kemudian tetapkanlah hati, dan buatlah pilihan!
Rasulullah SAW juga, ada beberapa situasi penting, baginda tidak melakukan istikharah. Kerana baginda telah yakin, pilihan itu adalah pilihan yang tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW hendak memilih satu kawasan yang jauh dari mata air. Para sahabat pula mencadangkan agar dipilih tempat yang dekat dengan mata air. Rasulullah SAW selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem dekat dengan mata air, terus menerima cadangan sahabat itu, tanpa diriwayatkan melakukan istikharah. Kerana, cadangan itu memang relevan dan jauh lebih baik dari cadangan baginda yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan untuk menggali parit, Rasulullah SAW menerimanya tanpa beristikharah. Kerana cadangan itu memang dalam pertimbangan, adalah yang terbaik.
Hadith berkenaan Istikharah pun, tidak menunjukkan kewajipan dalam melakukannya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..” Hadith Riwayat Imam Bukhari.
Hadith ini umum. Bukannya disebutkan bahawa ‘wajib melakukan istikharah’. Ini terbukti, apabila Rasulullah SAW sendiri, dalam beberapa hal, tidak pula melakukan istikharah.
Kemudian, tidak pernah diriwayatkan apabila Rasulullah SAW telah membuat keputusan, baginda beristikharah lagi. Tidak pernah.
Justeru, sesiapa yang telah membuat keputusan, hingga telah bertunang contohnya, maka buat apa beristikharah lagi? Hiduplah dengan keputusan yang telah dilakukan itu. Berusahalah dengan apa yang telah berada di dalam tangan. Melainkan, ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, atau telah jelas kita dengan tunang kita tidak serasi, maka di situ bolehlah kita lakukan istikharah. Bukan istikharah untuk cari jodoh lain, tetapi istikharah untuk ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’. Begitu!
Dan semestinya, istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikian. Berbincanglah dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz ustazah yang kita rapati.
Daripada Rasulullah SAW sendiri kita belajar. Bukan daripada orang lain.
Rasulullah SAW, manusia yang Allah paling kasih. Tidak pula baginda meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, mempertimbangkannya. Di sini Rasulullah SAW mendidik kita. Yang kita perlukan adalah apa yang Allah telah ajarkan kita. Di situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintahNya dan ajaranNya. Bukannya kita meletakkan bulat-bulat kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru’!

Istikharah dan Saya.
Saya istikharah tiga kali.
Pertama, sebelum memberitahu abang perempuan yang saya cintai bahawa saya berhajat nak menjadikan adiknya isteri saya.
Keduanya, ketika saya berpeluang menjejakkan kaki ke tanah haram, Makkah dan Madinah. Di situ saya meminta kepada Allah SWT, agar jika perasaan yang ada di dalam jiwa saya itu hanya mainan, saya minta disisihkan. Saya minta petunjuk kepada Allah SWT, apakah pilihan saya ini benar, atau sepatutnya saya tidak membuat pilihan ini? Begitu.
Ketiganya, apabila saya mendapat panggilan daripada Sang Abang, bahawa Ibu kepada perempuan yang saya cintai ingin menghubungi saya berkenaan anaknya. Saya pantas meminta masa seminggu. Seminggu itu, saya berusaha solat istikharah saban malam, dan meminta kepada Allah SWT agar membantu saya membuat pilihan. Saya masih ingat ketika itu saya meminta:
“Ya Allah, lepas ini, kalau aku kata ‘ya’, tak ada patah balik. Maka tunjukkanlah aku. Janganlah perasaan ini main-main. Jika main-main, buanglah ia ya Allah.”
Tetapi selepas seminggu, keyakinan saya semakin menebal untuk menyatakan ‘Ya, saya ingin memperisterikan perempuan yang saya cinta’.
Maka apabila Ibu kepada perempuan yang saya cinta, menghubungi saya di Jordan, sedangkan dia di Malaysia sana, saya dengan yakin menyatakan: “Ya makcik, Hilal suka pada anak makcik. Memang benar-benar nak memperisterikan anak makcik.”
Saya masih ingat bagaimana sembang-sembang kami berlaku. Bermula dengan tanya khabar dan berbasa basi bertukar cerita, masuk kepada soalan cepu mas daripada Ibu perempuan yang saya cinta.
“Dengar kata, Hilal suka anak makcik. Benarkah?”
Saya mula rasa segan. Risau kalau Ibu kepada perempuan yang saya cinta, tidak suka dengan saya mencintai anaknya. “Makcik tak sukakah?”
“Cakaplah dulu, betul ke?”
“Ya makcik, Hilal suka pada anak makcik. Memang benar-benar nak memperisterikan anak makcik. Makcik marah ke?”
“Eh, tak adalah. Kenapa haritu masa datang rumah, tak cakap awal-awal?”
Ya. Begitulah. Selepas itu, saya tidak pernah beristikharah lagi. Kerana keputusan telah dibuat, dan Ibu kepada perempuan yang saya cinta merestui, begitu juga ayahnya. Saya memilih untuk yakin. Dan mengusahakan apa yang ada.
Perkara itu dirahsiakan kepada perempuan yang saya cintai, kerana pada ketika itu dia baru habis SPM dan baru nak memulakan pengajian di Universiti. Saya sendiri memahami keadaannya, dan meminta Si Ibu untuk merahsiakan terlebih dahulu, hingga bila saya sendiri ingin melamarnya.
Namun, apa yang menariknya dalam perjalanan cinta saya adalah, belum saya melamar, saya sudah di’reject’ oleh perempuan yang saya cinta beberapa bulan selepas sembang-sembang dengan Si Ibu.
Rupa-rupanya, Si Ibu risaukan saya, membuatkan dia bertanya kepada anaknya akan saya.
Anaknya tidak mahu bersuamikan saya.
Nah, menarik kan?
Perkara ini akan saya sambung di lembaran lain.

Penutup: Bersederhanalah.
Istikharah ini adalah untuk menjemput keyakinan dalam membuat pilihan. Tidak semestinya datang petandanya dalam bentuk mimpi dan petanda-petanda. Dan, sekiranya datang sekalipun, istikharah kita tidak boleh menjadi dalil dalam memaksa seseorang, menderitakan seseorang.
Saya bila kena reject, tidaklah pula saya menghubungi perempuan yang saya cinta, dan menceritakan dia istikharah saya. Menggugut dia dengan istikharah saya. Sebab saya jelas memahami bahawa, ada kemungkinan saya yang tidak pandai menilai sebuah istikharah. Ada kemungkinan, dia ini sekadar satu ‘checkpoint’ untuk saya sampai kepada pasangan saya yang sebenar. Begitulah saya positifkan hati saya. Bukan pergi ugut-ugut dia dengan menceritakan bahawa istikharah saya sekian dan sekian.
Sentiasalah berpijak di alam realiti. Bermesyuaratlah, berbincanglah.
Saya bila kena reject itu, Ummi Abah adalah yang saya cari.
“Ummi, Hilal kena rejectlah.”
“La, ya ke? Sabar ya.”
“Ummi bolehlah kut carikan yang lain.”
“Eh, sabar dulu. Kita bagi masa.”
Begitulah Ummi. Dan itulah dia istisyarah yang saya lakukan. Benda ini saya akan kupas lebih panjang, menceritakan hari-hari saya di’reject’. Jangan ingat saya dapat semua benda yang saya mahu. Allah, Dia sentiasa mengaturkan saya ujian demi ujian, untuk saya meningkat tahap demi tahap. Saya sentiasa yakin dengan itu.
Pokok pangkalnya, istikharah bukan ‘alat ajaib penentu jodoh dengan tepat’.
Istikharah hanyalah satu galakan, untuk kita bergantung kepada Allah, dalam membuat keputusan. Tanpa menafikan, bahawa Allah SWT dan RasulNya juga, menggalakkan bermesyuarat dan meminta pendapat manusia lain.
Pendek kata, bersederhanalah. Imbangilah dengan baik.
Jangan hingga istikharah kita menjadi fitnah!



nukilan,
Hilal Asyraf.

Wordless Tuesday~

beep.. beep.. beep...


1 message received.








--------------


"dah lama saya menunggu anda dalam kelangsungan kerja dakwah ini.."


--------------









Allah!

=.=






p/s:
mimpi tu betul-betul membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. =.=

Sunday, June 10, 2012

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah~

Bismillah..

entri ni aku takkan tulis panjang-panjang sebagaimana entri sebelum-sebelum ni, sebab aku banyak lagi tak review untuk final exam hari Isnin ni.. hehe.. maka, aku akan sertakan satu link ni untuk anda semua menghayatinya. 

Bagi aku apa yang saudari pemilik blog tu cakap sangat bermakna, sebabnya aku pun ada hajat nak buat entri pasal tu.. Tapi, disebabkan masa terlalu mencemburuiku, aku sertakan je la link tu kat sini, in sya Allah ada masa aku buat entri sendiri pasal tu.. TAPI, tak janji la.. hehe..







p/s: aku ambil keputusan untuk deactivate FB buat sementara waktu sampai aku balik kampung, demi kemaslahatan dan keutamaan masa depanku.. ^_^

Thursday, June 7, 2012

Setiap lelaki mesti dan perlu untuk...

bismillah..

Selama hidup sepanjang 21 tahun ni, aku dapat melihat sesuatu. Lantaran itu, hatiku mula membuat kesimpulan dan aku rasa itu memang perlu pun (tak kisah kalau orang nak kata aku perasan ke apa, tapi.. sepanjang pemerhatian aku, hal tersebut sangat perlu). Apakah ia?

Itulah ia apa yang perlu dikhatamkan oleh seorang yang bergelar lelaki. Bukan bermakna perempuan tidak perlu, cuma dalam hal ini kaum adam lebih perlu menguasainya, lebih perlu fasih, lebih perlu menjadikannya amalan. Bukan niatku hendak memilih bulu mahupun cuba menafikan keperluan kaum hawa dalam hal ini. Tapi, bersesuaianlah dengan firman Allah yang berbunyi:

"Ar-rijalu qowwamuna 'ala nissa'.. " 

mafhumnya:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri)..
(Surah An-Nisa': ayat 34)

aku tidak ingin dan tidak rela kes Amnah Wadud berulang kembali. Takkan kaum hawa yang nak mengetuai bacaan yaasiin, mengimami solat semua tu kan? OK, memang boleh kaum hawa melakukannya. Tiada salahnya dan tiada dosanya andai makmum dan mad'unya sesama wanita. Namun begitu, andai datang hatta seorang sekalipun daripada kaum adam, maka sewajarnya dan seharusnyalah kaum adam tersebut yang mengambil alih peranan tersebut.

Walau bagaimanapun, masih boleh untuk seorang muslimah mengimami dan mengetuai amalan-amalan tersebut, namun semua itu ada syaratnya. Syaratnya, makmum atau mad'unya itu mestilah anak lelaki kecilnya atau adik lelaki kecilnya, pendek kata lelaki yang masih belum baligh (nanti dah jadi ummi bolehlah praktikkan.. ^_^)

Baiklah, kita masuk pada isi utama entri ni.. jauh pulak melencong.. hehe..

Antara perkara atau amalan-amalan yang sangat perlu dititikberatkan dan perlu dilazimi oleh kaum adam  baik yang belum berkahwin apatah lagi yang sudah berumah tangga bagiku adalah:

1) menjadi imam solat.

2) bacaan doa selepas solat (tak kisahlah dalam bahasa Melayu sekalipun, asalkan ikhlas dan faham)

3) bacaan yaasiin secara berjemaah.

4) doa selepas bacaan yaasiin.


5) tahlil

6) solat jenazah (kerana seeloknya anak lelakilah yang mengimami jenazah ibu bapa kelak)

7) solat sunat sebaik sahaja akad nikah berlangsung (xpun, lepas tetamu semua balik la.. tapi yang ni mungkin tak boleh dilazimi selalu la, sebab kawen habis banyak bagi seorang lelaki pun empat kali je kan? lain la kalau dia kawen, cerai, kawen, cerai.. ;p)

8) bacaan doa yang dibacakan untuk isteri usai sahaja akad nikah (ganti aksi cium dahi yang biasanya dilakukan masyarakat kini, yang mana si suami meletakkan tangan di bahagian ubun-ubun isteri seraya membaca doa tersebut).

9) bacaan doa sebelum 'bersama' dengan isteri.

-------------------------

sebenarnya ada banyak lagi amalan-amalan yang sewajarnya dilazimi oleh kaum adam, tapi cukuplah sekadar ini yang disenaraikan setakat ini.



Jadi, semoga lelaki di luar sana mampu dan berusahalah seboleh serta seikhlasnya untuk melancarkan dan melazimi amalan-amalan tersebut. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.. ^_^


p/s: sebenarnya ada nak buat satu lagi entri. tapi nanti dululah.. exam dulu.. hoho

Wednesday, June 6, 2012

lemahnya aku.. :'(

bismillah..

-------------------------

*di satu sudut..

Apabila tiba je minggu balik kampung, masing-masing akan bersalaman, berpeluk sayang, berlaga pipi bercium simbol ukhuwah kerana Allah, mengucapkan kata sayang, saling mengingatkan untuk menjaga diri, jaga hati, jaga iman, kalau ada yang dapat rezeki lebih daripada Allah, berkongsi rasa dengan sahabat.. saling mendoakan, disuruhnya lagi disampaikan salam Assalamualaikum buat ayahanda dan bonda di kampung masing-masing, dan saat tibanya detik nak berpisah, masing-masing berpeluk lagi dengan lagak yang seakan-akan tidak akan ketemu lagi setelah itu.. 

Allah!

Indahnya saat dan detik itu..

Setelah tibanya waktu kembali ke asrama, masing-masing pulang dengan wajah yang ceria, dan tidak kurang ada yang meletakkan jari di hidung dan mata sebab menangis sedih nak berpisah dengan keluarga. Namun yang paling seronok, apabila ada sahabat-sahabat yang menunggu dan setia menyambut di muka pintu dorm mahupun pintu pagar asrama dengan wajah yang sangat manis dan terselit kerinduan. ^_^

Saat itu, sekali lagi aksi bersalaman, berpeluk cium diulang dan terus diulang dari seorang kepada seorang yang lain sehingga habis satu dorm dipusing (ni tak masuk jumpa kat surau lagi malamnya tu.. =). Usai sahaja semua itu, masing-masing akan berkumpul di bahagian tengah dorm untuk melepaskan rindu waima cuti hanya Sabtu dan Ahad (kebiasaannya) sebab kami dibenarkan pulang ke kampung sebulan sekali. (hal yang lebih syahdu akan berlaku andainya cuti lebih lama.. ;P). Saat itu, semua kisah di kampung diceritakan dan tidak kurang juga yang membawa bekal dari kampung untuk makan bersama-sama dengan sahabat. Riuh satu dorm. hehe..

----------------------

di satu sudut lain,

Apabila tibanya waktu pulang ke kampung, masing-masing tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman (semestinya la kan??). Masing-masing bersalaman dan adakalanya berlaga pipi mengucapkan selamat jalan. Namun begitu, entah kenapa hati ini seakan ada yang tidak kena, seakan hadir satu perasaan halus yang bernama RINDU akan bi'ah/suasana di Kolej Islam dulu. Masakan tidak, kalau dulu.. masing-masing akan berpeluk dengan erat seakan-akan tidak mahu berpisah dan mengingatkan agar menjaga hati serta iman sepanjang di kampung. 

Tapi kini........ hanya sekadar bersalaman dan sekali-sekala berlaga pipi dengan rakan-rakan serumah sebelum pulang ke kampung. Sekadar itu. Aku sedar, aku harus memulakannya untuk memastikan bi'ah yang aku dapat di Kolej Islam itu tidak terkubur begitu sahaja. Namun, entah kenapa diri ini terlalu sukar untuk melakukannya saat berdepan dengan situasi itu. Ada yang dapat diteruskan, tetapi entah kenapa, terasa seakan-akan ada kekurangannya, seakan hilang rohnya. Allah! lemahnya hati... :'(

---------------------

sudut yang pertama memaparkan aku dan sahabat-sahabat di Kolej Islam Sultan Alam Shah a.k.a bumi waqafan, manakala di sudut yang kedua memaparkan aku dan rakan-rakan di tempat aku kini, iaitu UPSI a.k.a bumi murabbi/muallim. 

Setulusnya, sewaktu mula-mula aku sampai di Kolej Islam dulu, aku pelik dan agak terkejut sebenarnya dengan bi'ah di sana (fokus masa nak balik kampung dan pulang dari kampung). Aku pelik sebab, mereka bersalam-salaman seolah-olah tidak akan bertemu lagi selepas itu, dan aku melihat situasi itu ada di mana-mana sekitar Kolej Islam. Ada yang di court, di dorm mahupun  di surau. Tertanya-tanya aku, "dieorang ni nak pindah sekolah ke lepas ni? dah tak belajar sini lagi ke??" tapi, setelah habisnya cuti sekolah, aku tengok dia masih ada lagi di situ, masih lagi menuntut di situ.

Namun begitu, setelah berulang-ulang kali aku melihat situasi sedemikian, aku mula mengerti. Rupa-rupanya itu bi'ah Kolej Islam, dan tanpa aku sedari, aku juga turut melakukannya. Allah! Sungguh, tarbiah itu senang apabila kita dikelilingi oleh fikrah yang sama.

Tapi............... 

Setelah aku keluar dari sana (Kolej Islam), aku betul-betul terasa kehilangan bi'ah itu. Segalanya harus aku mulakan sendiri. Harus aku kuatkan jati diri. Saat inilah memori aku terimbau kenangan-kenangan dan nasihat-nasihat yang sering diberikan oleh sahabat-sahabat di Kolej Islam. Kata mereka, "dunia tak selalunya KISAS". Ternyata semua itu benar.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah masih sayang akan aku. DIA tentukan aku di sini untuk kenal dengan orang-orang yang mendampingi surau. Orang-orang yang hatinya terpaut dengan gerak kerja Islam. Sungguh aku bersyukur. Walaupun tidak sama seperti di Kolej Islam, tapi aku bersyukur kerana dihadirkan mereka dalam hidup aku di sini. Mereka bersungguh-sungguh membentuk aku untuk menjadi 'seseorang'.

Bermacam-macam perkara telah aku lalui di sini sepanjang 2 semester, dan masih berbaki 6 semester untuk aku habiskan. Alhamdulillah, aku rasa semua itu mampu menolong aku untuk lebih mematangkan, untuk lebih mengenali dunia luar, iaitu realiti kini. Masih aku ingat kata-kata seorang naqibatku setelah usai berusrah secara formal, "k.Zah teringin nak tengok Najihah macamana lepas ni". Allah! terasa seakan satu batu menghempap bahuku. Besar harapannya. Setulusnya, aku juga begitu. Aku juga mengharapkan perubahan yang baik untuk diriku, tapi mampukah aku? Permudahkanlah ya Allah..

Di sini juga aku mula rapat dan lebih mengenali hati budi seorang seniorku di Kolej Islam. Dulu, sewaktu di Kolej Islam, entah kenapa, seakan ada satu perasaan yang membuatkan aku tidak berani untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Seakan ada penghadangnya. Bukan aku tidak pernah punya niat untuk bertegur sapa dengannya seperti yang lain, tapi..... aku juga tidak mengerti kenapa itu boleh terjadi. hehe.. 

Namun begitu, alhamdulillah. Rupa-rupanya, Allah mentakdirkan yang lebih indah buat kami. Kami secara automatiknya menjadi rapat setelah bersua muka di UPSI. Juga tidak diketahui pucuk pangkalnya. Alhamdulillah, kami berkongsi satu rasa yang sama mengenai Kolej Islam dan UPSI, dan in sya Allah, semester hadapan, kami akan tinggal satu bilik! ^_^

Terima kasih untuk segalanya k. Zati! =)

------------------

Ya Allah, 
terima kasih di atas segala yang Engkau telah kurniakan kepadaku.
Engkau hadirkan  sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan kata semangat di saat diri ini memerlukan, di saat diri ini terasa lemah, Engkau hadirkan insan yang dapat membimbing aku ke jalan-Mu.
Engkau perkenalkan aku dengan mereka yang cinta akan-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah aku di jalan-Mu ini,
jangan Engkau biarkan aku berseorangan terkapai-kapai mencari arah tuju,
dan jangan pernah Engkau lepaskan hati ini walau dalam kadar sekelip mata ya Allah.

------------------

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(Surah As-Saff: ayat 4)




p/s: esok dah mula final exam, doakan diri ini.. ^_^

Sunday, June 3, 2012

Lukisan Rindu~

bismillah..




sejujurnya, tak puas dengar lagu ni.. dah berapa hari dah aku dok ulang lagu ni.. nasib baik pakai head phone je, kalau tak.. housemate ak ni dah bising agaknye sebab pasang lagu sama je berhari-hari.. ^^

tapi, ni la peneman aku sepanjang aku study..

lagipun, lagu ni bukannya membawa maksud yang ntah pape, pasal Rasulullah S.A.W pun.. rasa tenang je dengar.. yang membuatkan aku rasa, skali dengar nak dengar lagi, lagi dan lagi... ^_^

tu je pun aku nak share.. ^^

p/s: arini sorang lagi junior aku kawen.. huhu.. barakallah dik.. ^_^
There was an error in this gadget