assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Sunday, June 24, 2012

Isytihar Perang!


Bismillah..


“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain tahu mengenainya.”
(Hadis riwayat al-Imam Muslim)


Kebelakangan ini aku kerap bermonolog dengan hati. Aku kerap berhujah dengan nafsu. Jenuh aku berdebat dengan hujah-hujah syaitan yang direjam. Sampai satu ketika, aku mengambil keputusan untuk membulatkan tekad. Aku pegang fatwa hati itu.

Aku bertekad untuk mengisytiharkan perang dengan nafsu! Bagaimana caranya? Aku bermula dengan menutup pintu-pintu yang boleh membuatkan aku kembali kepada waktu itu. Walau bagaimana sekalipun hujah yang dilontarkan oleh nafsu, aku akan cuba tepis! Aku akan cuba lawan. Aku akan cuba membalas hujah itu sehabis dayaku bertemankan fatwa hati yang sudah aku bulatkan tekadnya. Tidak akan sesekali lagi aku menyerah. Tidak akan sesekali aku menurut katanya.

Aku tekad! Akan aku tutup segala ruang dan peluang yang boleh membuatkan aku kembali lalai, yang boleh membuatkan tekad aku luntur. Maaf. Ini mungkin drastik, tapi aku tidak mahu lagi menanggung risiko. Aku  tidak ingin memandang enteng terhadap sebuah kesedaran ini. Susah? Ya. Memang bukan senang untuk aku melakukannya. Tapi, aku perlu melakukannya. Aku bimbang andai nanti Allah tutup pintu hatiku ini untuk berubah. Biarlah peluang ini aku rebut sebelum segala-galanya terlambat.


Sesekali nafsu mengatakan, "tidak perlulah sampai begitu sekali, kot ye pun nak berubah.. boleh je kalau terus buat macam biasa, buat macam tak de apa-apa". Ya, mungkin boleh. Tapi itu dulu.. dan aku rasa aku tidak cukup kuat untuk melakukan hal itu. Lagipun, hal itu berisiko. Berisiko untuk aku kembali lalai. Aku juga takut. Takut kalau-kalau aku tidak menutup pintu itu saat ini, aku kembali lemah. Aku tidak mahu itu berlaku. Tidak sama sekali!


Untuk itu, aku rasa inilah penyelesaian yang paling baik dan ideal dengan masalah yang aku hadapi kini. Maaf jika ada mengguris mana-mana hati. Tapi, ini sangat-sangat perlu aku lakukan demi keselamatan dan ketenangan agamaku. Itu yang perlu aku utamakan. Aku tidak ingin lagi hati dan imanku terus-terusan bersedih. Maaf, aku sudah bertekad untuk mengisytiharkan perang!








"Wahai Allah yang berkuasa memegang dan membolak-balikkan hati, Engkau peganglah hati ini agar terus tetap teguh di atas landasannya."


Semoga Allah redha.


~ Mawar Berduri Perindu Syurga ~ 

1 comment: