bismillah..
Selama hidup sepanjang 21 tahun ni, aku dapat melihat sesuatu. Lantaran itu, hatiku mula membuat kesimpulan dan aku rasa itu memang perlu pun (tak kisah kalau orang nak kata aku perasan ke apa, tapi.. sepanjang pemerhatian aku, hal tersebut sangat perlu). Apakah ia?
Itulah ia apa yang perlu dikhatamkan oleh seorang yang bergelar lelaki. Bukan bermakna perempuan tidak perlu, cuma dalam hal ini kaum adam lebih perlu menguasainya, lebih perlu fasih, lebih perlu menjadikannya amalan. Bukan niatku hendak memilih bulu mahupun cuba menafikan keperluan kaum hawa dalam hal ini. Tapi, bersesuaianlah dengan firman Allah yang berbunyi:
"Ar-rijalu qowwamuna 'ala nissa'.. "
mafhumnya:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri)..
(Surah An-Nisa': ayat 34)
aku tidak ingin dan tidak rela kes Amnah Wadud berulang kembali. Takkan kaum hawa yang nak mengetuai bacaan yaasiin, mengimami solat semua tu kan? OK, memang boleh kaum hawa melakukannya. Tiada salahnya dan tiada dosanya andai makmum dan mad'unya sesama wanita. Namun begitu, andai datang hatta seorang sekalipun daripada kaum adam, maka sewajarnya dan seharusnyalah kaum adam tersebut yang mengambil alih peranan tersebut.
Walau bagaimanapun, masih boleh untuk seorang muslimah mengimami dan mengetuai amalan-amalan tersebut, namun semua itu ada syaratnya. Syaratnya, makmum atau mad'unya itu mestilah anak lelaki kecilnya atau adik lelaki kecilnya, pendek kata lelaki yang masih belum baligh (nanti dah jadi ummi bolehlah praktikkan.. ^_^)
Baiklah, kita masuk pada isi utama entri ni.. jauh pulak melencong.. hehe..
Antara perkara atau amalan-amalan yang sangat perlu dititikberatkan dan perlu dilazimi oleh kaum adam baik yang belum berkahwin apatah lagi yang sudah berumah tangga bagiku adalah:
1) menjadi imam solat.
2) bacaan doa selepas solat (tak kisahlah dalam bahasa Melayu sekalipun, asalkan ikhlas dan faham)
3) bacaan yaasiin secara berjemaah.
4) doa selepas bacaan yaasiin.
5) tahlil
5) tahlil
6) solat jenazah (kerana seeloknya anak lelakilah yang mengimami jenazah ibu bapa kelak)
7) solat sunat sebaik sahaja akad nikah berlangsung (xpun, lepas tetamu semua balik la.. tapi yang ni mungkin tak boleh dilazimi selalu la, sebab kawen habis banyak bagi seorang lelaki pun empat kali je kan? lain la kalau dia kawen, cerai, kawen, cerai.. ;p)
8) bacaan doa yang dibacakan untuk isteri usai sahaja akad nikah (ganti aksi cium dahi yang biasanya dilakukan masyarakat kini, yang mana si suami meletakkan tangan di bahagian ubun-ubun isteri seraya membaca doa tersebut).
9) bacaan doa sebelum 'bersama' dengan isteri.
-------------------------
sebenarnya ada banyak lagi amalan-amalan yang sewajarnya dilazimi oleh kaum adam, tapi cukuplah sekadar ini yang disenaraikan setakat ini.
Jadi, semoga lelaki di luar sana mampu dan berusahalah seboleh serta seikhlasnya untuk melancarkan dan melazimi amalan-amalan tersebut. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.. ^_^
p/s: sebenarnya ada nak buat satu lagi entri. tapi nanti dululah.. exam dulu.. hoho
No comments:
Post a Comment