assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Tuesday, August 2, 2011

Peminangan Pendahuluan Perkahwinan

bismillah.. 
lagi skali topik berkaitan remaja...maklumlah, den remaja lagi..=)

mood: suka baca hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha 


Ramai remaja hari ini berpandangan: "Sekarang zaman moden, remaja boleh bertunang sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang tua. Lagipun, wali hanya diperlukan dalam majlis akad nikah bukannya dalam pertunangan."

Seorang remaja bertanya: "Apakah sudah dikira bertunang apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadi suami dan bernikah dengan seorang perempuan melalui teknologi sekarang seperti telefon bimbit ataupun internet? Saya musykil tentang perkara ini kerana ramai sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau SMS."

Jawapan saya yang sederhana: "Apabila seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan."

Adakah mereka sudah dikira bertunang? Belum lagi kerana perlu melihat persetujuan pihak yang satu lagi pula. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun masih berbelah bahagi? Jika dia sebulat hati menyatakan persetujuan, barulah kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan ini dikira telah berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

Ya, barangkali mereka dikira bertunang, namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga. Bukan itu sahaja, bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan. Ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan golongan salafussoleh. Hasrat boleh dinyatakan melalui apa-apa medium sekalipun.

Perlu diingatkan juga, keindahan Islam ini bukan sekadar pada hukum-hakamnya atau syariah, malah terzahir juga melalui aqidah dan akhlaknya. Aqidah Islam meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh terbaik dalam setiap tindakan dan amalan.

Akhlak Islam pula memuliakan ibu bapa dan menghormati keluarga. Tidak kira sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita tetap perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia adalah perintah Allah.

Peminangan yang Mengikut Sunnah

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali. Apabila Rasulullah s.a.w. ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah; Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda, Rasulullah s.a.w. banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun, pinangan Baginda itu ditolak.

Dasar dan Hukum Peminangan

Daripada al-Mughirah r.a., sesungguhnya dia pernah meminang seorang perempuan, lalu Nabi s.a.w. bersabda kepadanya (yang bermaksud): "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)

Wali tidak boleh memaksa tetapi dia boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shu'aib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, sama ada puterinya itu gadis ataupun janda.

Pernah terjadi suatu kisah seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis. Daripada Abdullah bin Buraidah daripada Aisyah bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya: "Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak menyukainya." Maka Sayidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah s.a.w. datang."

Setelah Rasulullah s.a.w datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak bagi wanita untuk membuat ketetapan?"

Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." (Riwayat al-Nasa'i)

Nasihat Buat Remaja

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. Raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

 Sumber: 
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin
SOLUSI edisi khas isu 34
m/s 83-84

4 comments:

  1. betul tu..apa2 pun kena dahulukan keluarga..

    ReplyDelete
  2. zulaikha: nseb baik den masuk KISAS...klu x, ntah bile la bru nk ta'aruf ngn SOLUSI 2..huhu

    Cik Bell: Klu dahulukan yg sebaliknye 2 yg jd lain2 hal yg x spatutnye 2..

    ReplyDelete
  3. hahaha..yup..thats rite..disitulah solusi bermula..kih3x..blh jd tagline ni..

    ReplyDelete