assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Saturday, August 6, 2011

Membawa Kanak-kanak ke Masjid

Diriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa' bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu menjauhkan kanak-kanak daripada masjid, begitu juga orang-orang gila, urusan berjual-beli, pertengkaran  dan permusuhan, meninggikan suara, melaksanakan hudud, menghunus pedang dan jadikanlah pintu-pintunya suci dan hendaklah kamu menahannya (halang) dalam perhimpunan."
(Riwayat Ibnu Majah, Thabrani Ibnu Darda')
Keterangan

Masjid yang merupakan rumah Allah SWT adalah menjadi hak seluruh umat Islam. Tiada siapa yang dapat menghalang daripada dikunjungi. Begitu juga tidak ada had masa untuk umat Islam mendampinginya. Hak keistimewaan ini akan dibatasi sekiranya disalahgunakan atau akan mencemarkan kesucian masjid.
Mengikut prinsip ini juga, orang gila dan kanak-kanak harus mengunjungi masjid, seandainya mereka tidak mencemarkan masjid atau bermain-main. Haram membawa mereka masuk ke masjid jika mencemarkan masjid dan bermain-main di dalamnya.

*******************************

Perbuatan membawa anak-anak kecil ke masjid sememangnya merupakan satu perkara yang baik. Hal ini bertujuan melatih dan membiasakan diri anak-anak kecil tersebut dengan bi'ah (persekitaran) yang suka beribadah. Lebih-lebih lagi, pada bulan yang penuh berkah ini, iaitu bulan Ramadhan.

Rasanya situasi ini sangat sinonim pada bulan Ramadhan ini. Hal ini pada dasarnya sangat bagus dan baik. Namun begitu, impak ini telah bertukar menjadi negatif apabila ada sebilangan atau segilintir ibu bapa yang membawa anak kecil tersebut bersikap melepaskan tangan. 

Melepaskan tangan di sini membawa maksud, setelah dibawanya anak kecil tersebut ke masjid dan dibawa masuk ke tempat orang ramai beribadah (yela, takkan nak tinggal dalam kereta sorang-sorang pulak kn?), anak kecil tersebut dibiarkan melakukan apa sahaja yang diingininya atau dalam erti kata lain, bermain-main.

OK, sudahlah anak kecil tersebut bermain-main dalam kawasan masjid dengan bisingnya, tidak cukup dengan itu..jika ada yang terlebih nakal sikit, ada yang sampai merempuh jemaah yang sedang beribadah, landing di tempat sujud para jemaah (haishh). Tidakkah ini satu perbuatan yang agak kurang beradab (xnak la sebut biadap kn..) dan mengganggu para jemaah yang sedang beribadah menghadap Sang Pencipta?? Seriously, ini sangat-sangat mengganggu!

Sudahlah nak mendapatkan khusyuk dalam solat itu susah (bagi aku la), ditambah lagi dengan anasir-anasir kecik ni..hrmm...betul-betul menguji keimanan.

Dalam hal ini, aku rasa ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kecil tersebut (dah memang tanggungjawab depa pn..tapi, rasanya masyarakat sekeliling pun boleh amek peranan  jugak). Sebelum bertindak membawa anak kecil tersebut ke masjid atau ke mana-mana sahaja, ibu bapa seharusnya mendidik dan menasihatkan anak-anak mereka terlebih dahulu. Adab dan tatatertib sewaktu di tempat awam haruslah diberi penekanan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Aku rasa hal ini tidak menjadi satu masalah yang besar buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar lebih beradab. Hal ini demikian kerana, aku pernah je tengok ada yang bawak anak kecil ke masjid dan budak tu elok je duduk kat tepi mak/ayah die walaupun x sama-sama menunaikan solat..dah la kiut! (tetibe..haha) ada yang lagi baik, sama-sama solat walaupun mungkin sekadar mengikut perbuatan imam dan orang sekelilingnya. (wajarlah kn..kecik lagi..) haaa...sejuk je mata tengok..


Namun begitu, bagi yang mempunyai anak kecil yang agak-agak susah nak kawal tu, rasanya solat di rumah lebih elok kott(ni bagi para ibu la..). Lagipun, memang bagi para wanita, solat di rumah itu lebih afdhal. kan?? Memangla kalau nak ikutkan, sebolehnya nak solat di masjid atau surau..lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, nak solat tarawih kan?? hrmm.. tapi, cuba fikir balik, mana yang lebih baik, sama ada nak kejar solat berjemaah di masjid @ surau atau tidak membiarkan anak kita mengganggu jemaah lain beribadah?? Fikir-fikirkanlah..

Lagipun, kalau nak solat berjemaah, di rumah pun boleh..tidak semestinya di masjid atau di surau sahaja. Ajaklah ahli keluarga lain yang ada di rumah atau mungkin jiran sebelah rumah yang mungkin terlupa nak ke masjid atau surau solat sama-sama?? Boleh aje kan.. Tapi, bagi pasangan yang mungkin baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai sorang anak sahaja, maksudnya tiada ahli keluarga lain yang boleh diajak berjemaah (yela, suami dah ke masjid kn..), tiada salahnya solat sorang-sorang di rumah. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. 

Konklusinya, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah di bulan yang dilipatgandakan segala amalan ini.
p/s: maaflah, ayat aku sekejap-sekejap skema, sekejap-sekejap tak kan?? hehe..








4 comments:

  1. aku suka tulisan ko yg baru nie..
    betul tu jihah..
    kadang2 org tua bwk ank2 yg msih kecik g surau atau masjid..dahla depa wat hal wat bising..huhu..

    ReplyDelete
  2. tensen kott asek kene rempuh jee...
    nak tegur depan2 kang, rasa lain macam pulak
    aishhh..
    klu dah org bt gaya ala2 marah manja 2, paham2 je lah mak nye pun..huhu

    p/s: smlm tepi aku ada sorang bdk kecik ni solat sama2..haaa....sejuk sje mte ni..(even kple die melilau2 sekeliling time solat..)haha..sbenanye agak terganggu la jugak...haha

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Suka topik ni. Setuju. sangat apa yang dikata..Parents yang kena bertanggungjawab utk didik ank2 kecil mereka supaya jadi lebih beradab. Nanti insyaAllah sifat baik tu melekat dalam diri sampai besar.

    Memang klu tgk pun ada je yg baik duduk diam2 tak buat bising dan ada juga mak tu duduk belakang dan anak kecilnya solat sama. Itu lagi baik..ialah kadang budak ni men ikut je..(hahaha..lucu tgk dorg ni)..so, bila maknya duduk baraisan belakang kurang sikit ganggu orang lain nak solat..

    ReplyDelete