Assalamualaikum...
Kali ni, ak ingin berkongsi tentang cara yg sewajarnya kita berinteraksi a.k.a berhubung a.k.a berkomunikasi a.k.a bercakap dengan NON-MUSLIM. Sumber info @ ilmu ni aku perolehi daripada sebuah buku karangan Ustaz Mohammad Nidzam ABD. Kadir.
Aku petik tajuk di atas ni sbb ak rasa ramai yg biasa melakukannya. kan?? Cuma mungkin caranya sahaja yang berbeza. Jadi, mari kita sama-sama koreksi sama ada cara tersebut selaras dengan syariat Islam atau sebaliknya.
******************************
Sudah tentu apabila datangnya hari perayaan agama lain, ucapan tahniah diucapkan. Mungkin ada yang mengucapkan Selamat Hari Natal, Merry Christmas, Happy Deepavali dan sebagainya.
Tambahan pula, rakan-rakan non-Muslim ini sering mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita yang Muslim ini apabila menjelangnya Hari Lebaran itu. Situasi ini menimbulkan dilema kepada Muslim, antara keredhaan terhadap agama mereka dengan ucapan ini, ataupun tuntutan persahabatan dan kemesraan.
JENIS-JENIS UCAPAN SELAMAT YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH TERHADAP NON-MUSLIM
HARUS: Ucapan tidak mengandungi rasa reda dengan agama lain tetapi sekadar melahirkan kemesraan.
Contohnya: "Semoga sihat sejahtera, semoga mendapat kebaikan" dan sebagainya.
HARAM: Terdapat unsur keredhaan terhadap agama kufur.
Contohnya: "Semoga dimuliakan pada hari raya ini", "Hari raya ini ialah hari mulia" dan sebagainya.
**Lebih baik jika ucapan tahniah diiringi dengan doa agar mendapat hidayah. Contohnya: "Semoga mendapat hidayah, semoga beroleh cahaya iman" dan sebagainya.
Doa kepada Allah supaya orang lain mendapat hidayah amatlah digalakkan. Nabi SAW juga berdoa supaya kaumnya mendapat hidayah kerana mereka ialah golongan yang tidak mengetahui.
Nabi SAW juga berdoa supaya Allah memperkukuh Islam kepada salah seorang daripada dua Umar. Cuma dalam situasi hari ini, kita mengambil kesempatan dengan kedatangan hari raya non-Muslim ini untuk mendoakan mereka.
Asas keHARUSan ini ialah saranan al-Qur'an supaya berbuat baik dan berlaku adil kepada non-Muslim. Firman Allah yang mafhumnya:
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada golongan yang tidak memerangi agamamu dan tidak mengeluarkan kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi golongan yang berbuat adil."
(Surah al-Mumtahanah: 8)
Biasanya juga non-Muslim mengucapkan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan agama umat Islam. Maka, atas dasar membalas kebaikan mengikut kadarnya, wajar bagi seorang Muslim mengucapkan sedikit ucapan. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apabila kamu dihormati dengan penghormatan, balaslah ia dengan cara yang lebih baik atau sekadar membalasnya."
(Surah al-Nisa': 86)
*****************************
Konklusinya, ucapan tahniah sempena perayaan agama lain ini HARUS hukumnya dengan kadar-kadar yang telah ditetapkan...
p/s:
Jika Muslim ingin menghantar kad ucapan, e-mel dan sebagainya, amat elok jika ucapan tersebut berbentuk doa agar mendapat kebaikan dan hidayah.
Akhir kalam,
SELAMAT BERAMAL!!!
No comments:
Post a Comment