assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, April 27, 2011

PANTANG LARANG UNTUK BAKAL PENGANTIN



Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.



1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul (sebelum tu pun x boleh kott..)

Untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

 
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu (ni dikira su'u zann x?? hehe..)


Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.


3. Jgn makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin (mak aihh...klau gulai ayam ngn gulai daging pun x boleh ke?? naseb baik tom yam x termasok dlm golongan gulai..=) )


Bagi mengelakkan perut buncit.


4. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. (naseb baik yg ni eden x suka..=))


5. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas (pernah dengar la yg ni..)


Mengelak diri daripada perkara sihir.


6. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai dan kolah. (erk... ada lagi ke org buat zaman sekarang??)


Boleh melemahkan organ seks.


7. Elakkan minum air bergas (no komen..=))


Kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.


8. Kurangkan makan makanan yang manis


Kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.


9. Elakkan mandi malam (kalau x sebab pantang larang ni pun, memang x elok mandi malam..)


Kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


10. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap


Kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.


11. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


12. Jangan minum minuman keras dan merokok. (uishh!! HARAM kott..)

   

13. Elakkan minum air soya 

Kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.


14. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


15. Jgn berembun atau keluar malam


Bagi mengelakkan unsur jahat.


16. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


17. Jangan buat kerja yang berat. (yang ni pun..pernah dengar la..)


Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.


18. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk


Contohnya seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


19. Jangan cukur kening (berdosa3.. ish2..)
 
  
Ditakuti akan menghilangkan seri muka dan yang paling penting perbuatan mencukur kening ini diharamkan dalam Islam kerana menggubah ciptaan Allah.


20. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


21. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain (x pernah dengar pun..)


Bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


22. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam  (kenapa selalu aku tengok, dieorg tengok je..)


Kerana dikhuatiri hilang seri.


23. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding


Kerana kurang manis dipandang tetamu.




24. Jangan makan bersulam air (uish...yg ni time besa2 pn x elok..)


Dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.




Sebenarnya terdapat banyak lagi pantang larang orang-orang tua. Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Orang tua-tua begitu mementingkan pantang larang seperti ini demi kebaikan bakal pengantin.  Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya dalam masyarakat Melayu.  Walaupun bakal pengantin sekarang ini tidak lagi memandang pada pantang larang tetapi adalah tidaklah merugikan mereka dan mana-mana yang difikirkan sesuai bolehlah diikuti.


Tips Untuk Bakal Pengantin:


1) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


2) Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (erkk...)




3) Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (kalau ENO halia?? hehe..)


4) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


5) Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


6) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (yang ni memang patot buat la, even x nak kawen pun..)




InsyaAllah, semua urusan berjalan lancar. Selamat Pengantin Baru WanitaSihat & ~biNGkiSan RinDu~
ucapkan!

**p/s:
banyak betol pantang larang nak kawen ni ek..? huhu...sabo je la.. TAPI!! aku post entry ni, bukanlah bermakna aku dah "sampai seru"!! hehe...saje je share...dh terbace, post je la..=)
 

No comments:

Post a Comment