assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, April 27, 2011

PANTANG LARANG UNTUK BAKAL PENGANTIN



Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.



1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul (sebelum tu pun x boleh kott..)

Untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

 
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu (ni dikira su'u zann x?? hehe..)


Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.


3. Jgn makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin (mak aihh...klau gulai ayam ngn gulai daging pun x boleh ke?? naseb baik tom yam x termasok dlm golongan gulai..=) )


Bagi mengelakkan perut buncit.


4. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. (naseb baik yg ni eden x suka..=))


5. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas (pernah dengar la yg ni..)


Mengelak diri daripada perkara sihir.


6. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai dan kolah. (erk... ada lagi ke org buat zaman sekarang??)


Boleh melemahkan organ seks.


7. Elakkan minum air bergas (no komen..=))


Kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.


8. Kurangkan makan makanan yang manis


Kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.


9. Elakkan mandi malam (kalau x sebab pantang larang ni pun, memang x elok mandi malam..)


Kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


10. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap


Kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.


11. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


12. Jangan minum minuman keras dan merokok. (uishh!! HARAM kott..)

   

13. Elakkan minum air soya 

Kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.


14. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


15. Jgn berembun atau keluar malam


Bagi mengelakkan unsur jahat.


16. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


17. Jangan buat kerja yang berat. (yang ni pun..pernah dengar la..)


Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.


18. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk


Contohnya seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


19. Jangan cukur kening (berdosa3.. ish2..)
 
  
Ditakuti akan menghilangkan seri muka dan yang paling penting perbuatan mencukur kening ini diharamkan dalam Islam kerana menggubah ciptaan Allah.


20. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


21. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain (x pernah dengar pun..)


Bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


22. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam  (kenapa selalu aku tengok, dieorg tengok je..)


Kerana dikhuatiri hilang seri.


23. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding


Kerana kurang manis dipandang tetamu.




24. Jangan makan bersulam air (uish...yg ni time besa2 pn x elok..)


Dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.




Sebenarnya terdapat banyak lagi pantang larang orang-orang tua. Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Orang tua-tua begitu mementingkan pantang larang seperti ini demi kebaikan bakal pengantin.  Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya dalam masyarakat Melayu.  Walaupun bakal pengantin sekarang ini tidak lagi memandang pada pantang larang tetapi adalah tidaklah merugikan mereka dan mana-mana yang difikirkan sesuai bolehlah diikuti.


Tips Untuk Bakal Pengantin:


1) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


2) Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (erkk...)




3) Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (kalau ENO halia?? hehe..)


4) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


5) Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


6) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (yang ni memang patot buat la, even x nak kawen pun..)




InsyaAllah, semua urusan berjalan lancar. Selamat Pengantin Baru WanitaSihat & ~biNGkiSan RinDu~
ucapkan!

**p/s:
banyak betol pantang larang nak kawen ni ek..? huhu...sabo je la.. TAPI!! aku post entry ni, bukanlah bermakna aku dah "sampai seru"!! hehe...saje je share...dh terbace, post je la..=)
 

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA BAKAL PENGANTIN (Perlu Tahu!!!)

Sumber : http://wanitasihat.com/

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Ali Peliharalah Wasiatku Ini Sebagaimana Aku telah Memeliharanya Dari Jibril A.S.”

Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : 

 “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh dia tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan suruh dia membasuh kedua-dua kakinya."


Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefaqiran dari rumah kamu! Dan Allah s.w.t. Menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
  1. Susu
  2. Cuka
  3. Coriander (Ketumbar)
  4. Buah epal masam
Saidina Ali r.a bertanya:

“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang? ”

Baginda menjawab:

“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."


Saidina Ali r.a bertanya: 

“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan?”

Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna"

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.


Tentang buah epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

Kepada bakal-bakal pengantin, WanitaSihat berharap agar tips ini dijadikan panduan untuk anda menempuhi gerbang perkahwinan. Selamat pengantin baru!

Monday, April 18, 2011

aasif..!! ana x biasa..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.... 

** entry kali ni, kata ganti nama diri ANA akan digunakan...why?? up 2 me la...hehe..**

OK, let us see the title of my entry 4 this time! AASIF..!! ANA X BIASA... apa kena ngan ana plak ni kan?? kesalahan apa yang telah ana lakukan sehingga entry ini diwujudkan?? apa yang  enti dah buat ni najihah...???? ah sudah... 

OK, ana terus terang je la.. actually, ana x pasti la plak 'mangsa' ana ni terasa ke x dengan apa yang ana dah buat.. huhu... apa yang ana buat??

OK, cter die camni...ana kan ada sahabat lelaki wa saudara lelaki...(yang bukan mahram la, kalo mahram xde masalah la plak..=) ) 

Sehubungan dengan itu, apabila ana berkomunikasi 
gambar hiasan
 
dengan mereka, ana akan secara automatiknya menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' n memanggil mereka mu(ni khusus untuk sahabat pantai timur la..) a.k.a ko(ni plak untuk sahabat2 yang ana baru jumpa dekat selangor 2...huhu) a.k.a hang (yang ni plak dengan mana2 sahabat je yang ana rasa nak guna..hehe).

Nampak kasar kan?? hrmm...ana tau 2.. tapi, seperti tajuk yang diutarakan di atas... AASIF..!! ANA X BIASA.. memang dari dulu lagi, maksudnya dari zaman sekolah rendah lagi ana dah terbiasa guna kalimah macam 2 apabila berkomunikasi dengan kaum adam ni. kenapa?? mungkin sebab ana ni xde abang kott..yeke?? ye la kot..=) adik laki plak beza umurnya agak jauh dengan ana...5 tahun, jauh la jugak kan?? hehe..

Ana mintak maaf sangat2 dengan saudara2 sekalian sebab ana x mampu untuk memanggil kalian dengan gelaran anta a.k.a awak a.k.a kamu a.k.a akh (bagi yang older than me la!)... sebab...ANA MEMANG X BIASA!! *sebenanye malas untuk mencubenya..hehe..n malas 2 pun ada sebabnya..* kalau ada pun, kadang2 je bak kata P. Ramlee..=) 2 pun, jenoh ana duk pk, betol ke nak guna panggilan ni untuk die ni?? huhu..

Berkait dengan isu ni jugak, ana nak kaitkan tentang sahabat yang umurnya older than me. That's mean 21 n above la kan?? ok. Ana mintak maaf sangat2 dengan kalian sebab x boleh nak panggil kalian dengan panggilan abang?? erk.. akh... hrmmm..sebab?? sebab ANA X BIASA la...!! 

Seingat ana, dalam hidup ana ni ada beberapa orang tertentu je yang dapat panggilan 2 daripada ana..(berlagak penting plak..hehe) sape?? hrmm.. mereka ialah sepupu (bukan semua jugak, n mereka yang terpilih ni pun sebab dah daripada kecik panggil cam2, 2 yang terbawak2 sampai skrg) n ahli keluarga tertentu (yang ni pun x ramai...sorang dua je..).

Jadi, buat kalian yang memiliki umur yang lebih banyak daripada ana (x termasok cg + sedara mara), ana harap kalian x makan dalam a.k.a amek hati dengan ana. Sebab ANA X BIASA..!! hehe..
1 ag, ana jugak nak mintak maaf sekiranya perwatakan ana x seiring dengan penampilan + tempat ana blaja (ada kaitan ke?? ad la!! =)) ana. insyaALLAH, ana akan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa.. dan untuk itu, mohon jasa baik sahabat2 muslimin n muslimat untuk menegur mana2 yang pincang n meng'support' usaha ana ini.. sesungguhnya mujahadatunnafsu itu sangat sukar dan beruntungla barangsiapa yang berjaya mengawal n mengatasinya..

Konklusinya, dalam kadar waktu ketika ini... ana akan terus menggunakan kata ganti nama 'aku' itu dengan ikhwan2 skalian..dan kepada sesiapa yang x menyetujuinya, bolehla menegur ana bilhikmah..=)

p/s : sbenanye ana pun kompius nak post entry ni, sebab ana bimbang, ana x dapat melaksanakannya...huhu

Sunday, April 17, 2011

Pimpinlah aku ya Rabb...

Tanggal 4 April 2011 sudah pun dilewati dengan jayanya. Namun begitu, apakah istimewanya tarikh itu sehingga aku highlightkan ke dalam blog ini?? Hrmm..ok, straight to da point, tarikh tersebut merupakan tarikh last untuk aku dan sahabat2 STPM, STAM serta SPM yg lain bagi menghantar mahupun megubah a.k.a mengemaskinikan borang UPU kami. Selepas berlalunya detik 12 malam 4 April tersebut, bererti berakhirlah sudah peluang kami untuk melakukan sebarang tindakan terhadap borang tersebut. Jadi, apa yang termampu kami lakukan hanyalah berdoa dan bertawakal kepada-Nya semoga diberikan yang terbaik..


Sehubungan dengan itu, aku pun dalam keadaan yang separuh yakin sebenarnya telah meng'apply' kos pendidikan pengajaran BM sebagai bahasa pertama di UPM bagi pilihan pertama aku (setelah jenoh aku mengubah dan berfikir mengenainya).


Actually, aku amek kos ni berdasarkan beberapa sebab: 


Pertama; memang minat aku since aku kenal subjek BM ni time lower 6 dulu.( sebelum 2 juz blaja besa2 je..hehe..) TAPI!!! sebenanye, major minat aku ialah LINGUISTIK!! Hrmm...tapi, setelah aku dengar daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai tentang kos ni (linguistik), yang mengatakan bahawa graduate kos ni susah nak dapat kerja, jadi TERPAKSAla aku ubah fikiran. Naseb baik kos yang aku pilih ni ada kena mengena gak dengan linguistik tu..huhu.. (bolehla..)


Sebab kedua; my parents and beberapa orang di sekitarku yang menyarankan agar aku amek kos ni (ada gak yang x!! huhu..) Parents aku suruh aku amek kos ni pn ada sebabnye gak, sebabnya?? peluang kerja la!


Sebab ketiga; sama cam reason parents aku yang cadangkan aku amek kos ni iaitu peluang kerja of course! 
 hrmm.. reason ni merupakan antara major reason ak gak la.. Menurut cg aku n my mom (mak aku ni cg gak, so dua2 tu merupakan pendapat cg la kn??), skang ni negara tengah kekurangan cg BM, sejarah n J-Qaf. So, aku pun apa lagi! Peluang keje dah depan mata kalo aku amek kos ni kan?? InsyaALLAH...Jadi, aku pun apply la kos ni sebagai pilihan pertama aku. Lagipun, zaman sekarang ni paham2 je la kan, nak cari keje sikit punya susah..tambah2 agi, aku ni pompuan...lagi la..kan?? So, sebagai langkah berjaga2, dengan agak berat hati aku pun ec la...TAPI!! asal plak berat hati?? (xpe2, jap agi aku citer..)


Sebab keempat; dah result aku mengizinkan untuk aku apply kos ni. So, aku apply la...=)


OK. Settle la kot part reasons aku pilih kos ni as my first choice.


Next! Second choice aku pun lebih kurang yang first choice la jugak. Cumenye, dekat UPSI. Kiranya BM la jugak kan?? huhu.. Yang ni, 'reasons'nye pun samela macam yang first choice tadi 2..


OK. Now I want to story about my third and fourth corse. Pilihan ketiga aku ialah kos Usuluddin n Falsafah and yang keempat ialah Dakwah n Kepimpinan. Kedua2 kos 2 dekat UKM.


Now, why I choose that course?? OK, cam besa...aku akan 'elaborate'kan reasonsnye kat bawah ni..=)


First reason; ni pun minat aku gak, cumanye minor la..huhu.. kalau time form 6 dulu, result aku bagi subjek Usuluddin ni xdela segempak n sehebat orang lain..besa2 je.. macam ombak la lebih kurang result aku dulu2..hehe.. kejap kat atas, kejap kat bawah. cam roda pun ada gak kan?? besa la 2. adat blaja.. kalo x rasa kegagalan, x berapa nak nikmat manala kejayaan yang bakal diperoleh nanti. x gtu?? (2 pendapat aku la, x paksa pun sapa2 nak trime..) Tapi, alhamdulillah..x sia2 usaha aku yang agak last minute dulu..hehe.. dapat la A. Terasa nikmatnya..=) So, itu membuatkan aku bertambah2 minat terhadap subjek ni. hehe.. (bukan sebab result STPM aku k aku minat subjek ni! tapi, ilmu yang ada dalam tu...insyaALLAH..)


Second reason; ilmu Usuluddin 2 sendiri. Sebagaimana umum mengetahui, Usuluddin ni merupakan salah satu cabang ilmu agama kita, yakni Islam, Jadi, as a muslim, aku rasa sangat2la perlu n wajar untuk aku menyambung bidang ni, sebab banyak perkara lagi yang aku jahil..huhu.. Kata orang, makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita x tau..kan??


Third reason; fikrah dan bi'ah
yang insyaALLAH boleh tolong aku untuk terus istiqomah and be better than right now dalam hidup aku ni. Maksud aku, aku boleh terus aplikasikan apa yang aku buat sekarang ni tanpa apa2 rasa yang boleh membuatkan aku mengubah fikiran serta penampilan aku terhadap apa yang dah aku laksanakan sekarang ni. (paham x apa yang aku cuba sampaikan ni?? sori la ayat kalut skit, sebab aku pun tengah kalut..hehe..) Namun begitu, aku x nafikan yang x semestinya dengan cara aku sambung kos ni, maka dah terjamin penampilan n perwatakan aku yang sekarang ni (bukan bermakna who am I right now is the best) x berubah.. kan?? Tapi 2 la.. peratusannya insyaALLAH lebih tinggi kalau aku sambung kos ni. yeke?? hehe.. sebenanye, this reason is a my major reason yang menyebabkan aku apply kos ni.


OK. Cukupla 3 reasons aku untuk bidang ni kott..=)


Sekarang, aku akan cuba terangkan kenapa aku agak berat hati untuk apply kos bahasa tadi 2 as my first and second choices. (tapi, aku ec jugak!! =) )


Actually, sebelum aku apply kos 2, aku ada tanya sorang senior aku yang amek jurusan 2 n di universiti yang sama. Senior aku ni perempuan la.. OK, why I berat hati?? WHY?? 
straight to da point.. akak ni ada gtau kat aku, kalau amek kos ni..kena banyak buat pementasan a.k.a lakonan
yang dah sah2 campur laki n pompuan (ingat KISAS agi ke nak asing2??) n buat depan orang ramai kan?? huhu..malu kott...!! (tapi, kalo nak blaja, mana boleh malu kan??) Sebenanye, dari kecik2 dulu ag, aku memang pantang skit kalo berlakon2 ni..tengok orang berlakon boleh n bestla!! =) tapi!!!!! bila kena jadi pelakon ni...adoiii....haru sket la...dah la x pandai + malu + campur laki pompuan + berlakon depan orang ramai (xkan berlakon sorang2 kot najihah??) + pakaian yang x tentu macamane lagi...adoiii...pening2.. aku takut iman aku x mampu nak jaga aku bila sampai saat 2! macam2 boleh jadi dengan penampilan  + perwatakan + ikhtilat aku..huhu..aku x sanggup kalau dengan sebab aku sambung bidang ni, apa yang aku ada sekarang ni hilang macam tu je..xsanggup3 (versi upin ipin) berhubung dengan perkara ni jugak, aku bukannya nak berburuk sangka dengan kos ni, apatah lagi dengan kuasa ALLAH...nauzubillah... tapi, juz sebagai langkah berhati2 n persiapan rohani n mental. x salahkan??


Konklusinya, semua 2 memerlukan iman yang betol2 mantap n tahap kebergantungan yang tinggi dengan ALLAH. 


"Ya Rabb, pimpinlah aku setiap saat dan ketika, 
jangan pernah Engkau tinggalkan aku walau dalam kadar sekelip mata..
Sesungguhnya hanya kepada-Mu lah aku berharap dan memohon pertolongan..."

"Ya Rabb, sekiranya bidang bahasa ini adalah yang terbaik buatku, maka Engkau perkenankanlah ya ALLAH, Engkau bantulah aku untuk menghadapi cabarannya, Engkau kirimkanlah sahabat2 yang dapat menuntuniku agar tidak tersasar dari landasan-Mu. Namun ya ALLAH, jika bidang agama adalah yang terbaik untukku, Engkau bantulah aku untuk terus berbakti di jalan-Mu. Permudahkanlah segala urusanku. Sesungguhnya, aku hanyalah merancang dan Engkau jua merancang, dan sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang. Maka, bantulah aku ya Rabb..."

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 126)


Pimpinlah aku ya RABB...



Monday, April 11, 2011

K.A.G.U.M dengan MEREKA..

Assalamualaikum....
apa khabar iman kalian semua??
harapnya, semuanya dalam keadaan yang masih terkawal n baik sje2..

OK, tengok tajuk kat atas tu...
mungkin agak tergantung skit...kn?? xpe2...i'll explain it..=)

Sebenarnya, aku terpanggil untuk post entry ni setelah aku beberapa kali meng"usha" FB satu family saudara aku ni...1 family k! bukan salah seorang, tapi 1 FAMILY!! n family ni jgak mempunyai ahli keluarga yang berkuantiti sebanyak 9 orang, campur ngan mak ayah dieorg lagi, that's mean 11 la kan?? hoho...sangat2 rajin aku ni..hehe.. 

TAPI!! kenapa aku kagum dengan dieorg ek?? hrmmm.... straight to the point. OK, aku memang kagum dengan mereka apabila melihatkan ukhuwah antara keluarga dieorg yang sangat2 mantap! insyaALLAH...even ahli keluarga mereka ad yang blaja kt oversea (btol la org ckp, adakalanya duk jauh2 ni blh mengeratkan silaturrahim), tp mereka still rapat n yang pasti, aku sangat2 suka cara dieorg berkomunikasi antara satu sama lain...SEMPOI n ISLAMIK!! even, gado2 manja n gurau2 g2...still ada unsur2 mengingati n menasihati yang diselitkan.

Sebab lain aku kagum ngan dieorg..salah seorang daripada siblings dieorg yg bersembilan 2...ad antaranya yang pernah join Akademi AQ! n aku rase bukan calang2 orang berani n boleh masuk mnde2 camtu...yang betol2 ada keyakinan n ilmu j yang berani amek risiko 2...n salah seorang daripadanya did it!! even x dapat jadi juara, but he is a part of the member of AQ (btol ke ayat aku ni??). n aku rasa parents n siblings die pun dah cukup bangga dengan apa yang die dapat 2..ingat senang ke nak terpilih daripada yang beribu2 orang yang hadir uji bakat 2?? kn??

Then, keluarga sedara aku ni jugak ialah keluarga yang mencintai nasyid! 1 fikrah la dengan ak..=) (dah namanya pun sedara kn??) OK, bab nasyid2 ni...actually...one of them jugak ialah member salah satu kumpulan nasyid dekat Malaysia ni. x percaya?? btol la... tapi, mungkin x se'femes kumpulan in-team, deevotees 2 sume la kan?? it's ok, orang kata sikit2 lame2 jadi bukit..kn?? kumpulan ni pun dah banyak rasanye buat show kt mana2 events kt Malaysia ni...x lame ag femes la 2 kn?? lgpn, yg penting...dakwahnye 2 sampai..x gitu??

Lagi satu, pasal adik2 dieorg yg kecik2 ag ni...adoiiii....x larat aku nak gelak tengok dieorg punya gaya n telatah...huhu...memang mencuit hati...(bagi ak la) actually, aku ni bukan la jenis yg mudah sangat nak terpikat ngan mane2 budak...TAPI!! bila tengok je pic budak 2 org ni...tambah lagi ngn keletah dieorg 2 (gaya budak berdua ni cakap dh macam org dewasa lorh)...adoiii....seyes! memang boleh buat aku gelak...tengok berkali2 pun, still nak gelak...lucu seyh...dah la cute!

Terbaru, adik pompuan dieorg yang second last kot.. umo die baru 11 tahun..TAPI!! dh pandai berblog!! memang advance btol budak2 zaman sekarang ni...edit2 gamba lagi...mantop btol!! aku dulu sebaya dieorg...nak pegang komputer pun ssah...=(

Lupe plak nak citer...keluarga dieorg ni jugak sangat aktif berdakwah. insyaALLAH... kalau tazkirah antara maghrib isya' dekat surau2 or masjid2 tu rasanya dah biasa sangat kot dengan dieorg..daripada nenek, ayah, mak..hinggalah kepada anak2nya sekali...(yg dh besa2 la). bukan semua orang jugak boleh buat 2 semua kn?? ye...cakap memang senang, tapi nak praktisnye 2 perlu kekuatan dalaman n ilmu yang sewajarnya.. 

I'm still remember aritu, aku ada la pergi ziarah nenek kiteorg ni...(masa 2 nenek kiteorg ni krg sht). TAPI!! dalam ketidaksihatannya itu.. beliau masih lagi boleh bagi kuliah free dkt aku ngn mak aku time 2 (time 2 aku datang bertiga je..me, my mom, n my dad. ayah aku plak pegi solat dkt masjid time 2)...psal alam kubur x silap...sebab beliau tengah baca buku 2 time 2...ala2 usrah gak la time 2...hehe..see!! even sakit sekalipun, beliau masih mampu melaksanakan amalan mulia itu...seriouslly, i'm proud of it!!

hrmmm...banyak ag sebab sbenanye aku kagum ngn dieorg ni...TAPI!! macam dah lewat sangat je ni..hehe... off la dulu...yg lain2, biar aku simpan je la buat diri aku sendiri...=)

Konklusinya, kalau aku usha2 dieorg punya FB or video ke blog ke...secara automatiknya, aku akan tersenyum n berfikir  lantas perasaan KAGUM muncul!! =) tengok dieorg ni jugak boleh buat ak berfikir tentang keindahan Islam..pendek kata, x lagho sangat la usha FB dieorg ni...even, xde la selalu sangat dieorg bagi tazkirah ke apa dekat FB 2 kn..tapi, ckupla sekadar bi'ah yang mewarnai FB dieorg 2... (this is only my opinion) sesungguhnya, dakwah itu bukanlah sekadar omongan...malahan, lebih daripada itu.. cukup sekadar tingkah laku yang indah utk kita jadikan teladan..

Akhirul kalam...

ilalliqo' wa ma'assalaamah!!!!

K.A.G.U.M~~





Sunday, April 10, 2011

KEBERKATAN PERKAHWINAN

PADA SUATU KETIKA, ada seorang soleh yang seringkali menolak apabila ditawarkan kepadanya seorang wanita agar dikahwininya. Namun begitu, pada suatu hari, selepas ia tersedar daripada tidurnya, tiba-tiba dengan mendadak dia berkata: "Kahwinkanlah aku! Kahwinkanlah aku!" Tidak lama kemudian dia pun dikahwinkan. Orang ramai merasa pelik dengan perubahan pada diri orang soleh tersebut, lantas mereka bertanya padanya: "Mengapakah dengan tiba-tiba sahaja engkau ingin berkahwin, sedangkan sebelum ini engkau selalu sahaja menolak setiap kali disuruh berkahwin?"


Maka, orang soleh itu pun menceritakan bahawa sebenarnya dia telah bermimpi bahawa seolah-olah hari telah kiamat. Dia bersama dengan seluruh manusia yang ada di muka bumi berbaris bersama-sama di Padang Mahsyar. Dalam keadaan matahari yang sejengkal daripada ubun-ubun, mereka merasa tersangat dahaga sehingga hampir mematahkan leher-leher mereka kerana terlalu kekeringan.

Sekonyong-konyong dia terlihat sekumpulan anak kecil yang membawa gelas-gelas perak yang bertutup dengan sapu tangan daripada cahaya. Anak-anak itu berjalan beriring-iringan dan masuk di celah-celah kelompok manusia yang kehausan. Sambil itu mereka menghulurkan gelas-gelas tersebut dan memberi minum kepada orang yang menghulurkan tangan kepada mereka.

Maka, orang soleh itu pun menghulurkan tangannya kepada anak-anak kecil itu sambil merayu: "Berilah padaku seteguk air, kerana aku juga tersangat dahaga."


Tiba-tiba mereka menjawab: "Anda tidak mempunyai anak di antara kami. Kami hanya memberi minum kepada kedua-dua ibu bapa kami sahaja."


Lalu orang soleh itu bertanya lagi: "Siapakah kamu ini semua?"


Jawab mereka: "Kami ialah anak-anak kaum muslimin yang mati sewaktu kami masih kecil lagi."


Kemudian, terjagalah dia daripada mimpinya. Lantas terus sahaja dia terasa betapa besarnya hikmah mempunyai anak-anak, yang bakal menjadi pembela daripada penderitaan di Padang Mahsyar kelak. Dia pun, terasalah betapa ruginya dia tidak berkahwin selama ini.

Dewasa ini, sudah menjadi trend suka hidup membujang hingga ke hari tua, Istilah andartu atau pun bujang terlajak, bukan lagi suatu istilah yang asing dalam masyarakat Melayu kini. Malah, ada yang bangga dengan gelaran itu sehinggakan mereka dapat mewujudkan satu persatuan bagi andartu-andartu dan bujang-bujang yang sudah terlalu ramai bilangannya.


Bukannya kerana tiada pasangan, tetapi mereka sengaja tidak mahu terikat dengan perkahwinan kerana kononnya akan menghalang karier mereka. Itulah falsafah mereka. Bagi mereka, apabila sudah memiliki kereta, rumah dan segala keselesaan yang diperlukan, tidak perlu lagi mereka berkahwin kerana ianya bukan sahaja mendatangkan banyak masalah, malah akan menyekat kebebasan mereka selama ini.

Namun, sejauhmanakah seseorang itu boleh menahan fitrah semulajadi seorang manusia iaitu ingin berkahwin?? Allah SWT yang menciptakan kita tentu lebih tahu tentang keinginan fitrah semulajadi kita. Allah SWT menyuruh berkahwin kepada mereka yang layak dan memiliki syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syariat, seperti berkemampuan menanggung nafkah anak isteri dan sebagainya.

Mereka yang sengaja tidak manu berkahwin, walaupun sudah cukup syarat-syaratnya, ialah mereka yang menolak ganjaran pahala yang terlalu banyak yang Allah kurniakan melalui perkahwinan dan berkeluarga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat, mencuci pakaian anak dan keluarganya, membersihkan badan anak-anaknya, maka Allah akan membalas perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan dia berseri-seri di akhirat di mata orang yang melihatnya."
(Riwayat Abu Hurairah)


Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:


"Apakah tidak rela salah seorang daripada kamu jika sedang mengandung dan suaminya redha padanya, maka baginya pahala yang sama dengan orang yang puasa dan jihad fisabilillah. Kemudian apabila dia melahirkan anaknya, maka gugur bersih segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa dosa sepertimana sewaktu dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (sewaktu masih bayi)."
(Riwayat At-Tabrani)


Banyak lagi ganjaran-ganjaran pahala yang Allah SWT kurniakan kepada isteri-isteri yang berkhidmat kepada suaminya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya daripada bakaran api neraka."


Bukan sahaja orang yang tidak berkahwin ini rugi kerana kekurangan pahala berbanding mereka yang sudah berumah tangga, malah mereka juga akan merasa menyesal kerana mereka tidak mempunyai anak yang akan mendoakan kebahagiaan dan keselamatan mereka di akhirat kelak. Bukankah doa daripada anak-anak yang soleh di dunia dapat mengurangkan penyeksaan yang kita tanggung di alam barzakh??

Bahkan menurut kisah yang dipaparkan di atas tadi, jika anak-anak kecil daripada kaum muslimin yang mati sedangkan kedua-dua ibu bapanya redha terhadap kematian itu, maka anak-anak kecil inilah yang akan mencari serta menolong kedua-dua ibu bapa mereka di Padang Mahsyar kelak.

Begitulah rahmat Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya. Memanglah kematian anak merupakan satu ujian yang berat kepada kedua-dua ibu bapa, tetapi Allah yang Maha Mengetahui akan mengurniakan kelebihan-kelebihan kepada mereka yang dapat bersabar dengan ujian tersebut.

Hadis riwayat At-Tabrani, maksudnya:


"Tiada dua orang Muslim yang kematian tiga orang daripada anak-anak mereka yang belum baligh, melainkan akan dibawakan anak-anak itu pada hari kiamat sehingga sampai ke pintu syurga."

Maka dikatakan kepada mereka, "Masuklah kamu ke dalam syurga itu!"

Lalu mereka berkata: "Kami tidak akan masuk sehingga ibu bapa kami masuk bersama."

Maka dikatakan kepada mereka: "Masuklah ke dalam syurga itu bersama-sama ibu bapa kamu."


Demikiankah di antara kelebihan pahala untuk orang yang berkahwin. Maka, berkahwinlah sesiapa yang sudah cukup syaratnya. Orang-orang yang benci kepada kahwin ini termasuk juga orang yang membenci sunnah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW mengingatkan lagi, maksud sabda baginda:


"Sesiapa yang tidak berkahwin kerana takut miskin, maka dia bukanlah daripada umatku."
(Riwayat Ad-Dailamy dan Abu Daud).







lagu yang dekat bawah ni maybe x brape nak ada kaitan ngan entry kali ni kott, tp xpe...layan je.....=)

Thursday, April 7, 2011

Mengangkat NON-MUSLIM sebagai Wakil Rakyat

Dalam sistem demokrasi, setiap warga yang cukup syarat layak mengundi. Tanpa mengira agama, rakyat mengundi calon yang mereka fikir sesuai dan layak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP).

Suatu ketika dahulu, kedengaran 'fatwa' menyatakan haram bagi Muslim mengundi calon non-Muslim. Hal ini demikian kerana, haram bagi Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali.

Namun begitu, sekarang 'fatwa' tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin 'fatwa' tersebut wujud atau mungkin sekadar cakap-cakap sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan ini sudah dibahaskan zaman silam lagi iaitu zaman khalifah Islam. Antaranya apa yang disebut oleh Imam Mawardi dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyah. Beliau menyebut tentang pelantikan non-Muslim sebagai menteri.

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu meminta cahaya dengan api golongan musyrikin."
(Rujuk Tafsir Ibn Kathir, ayat 118 surah Ali Imran)

Dalam mentafsirkan sabda ini, Hassan al-Basri r.h. menyatakan hal tersebut ialah seruan agar tidak bermesyuarat dengan golongan musyrik dalam urusan umat Islam. Tafsiran ini ada kebenarannya, namun realiti zaman sudah berubah. Maka, perubahan zaman ada kalanya menuntut perubahan hukum.

Sistem kini tidaklah sama dengan sistem silam. Dalam demokrasi, kemenangan berdasarkan undi rakyat. Sesuatu rang undang-undang di Parlimen dibahaskan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri juga perlu berbincang. Hal ini bermakna, ada perbincangan.

Oleh itu, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi Muslim untuk mengundi calon non-Muslim sebagai wakil dengan beberapa pertimbangan.

PERTIMBANGAN YANG RELEVAN BAGI MUSLIM MENGUNDI CALON NON-MUSLIM SEBAGAI WAKIL

1) Non-Muslim tersebut bukanlah warga yang memusuhi Islam atau umat Islam secara terang-terangan.

2) Beliau bertindak profesional dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat yang lain.

3) Beliau tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral dari sudut majoriti rakyat dan undang-undang negara.

4) Beliau seorang yang adil dan menentang kezaliman kepada rakyat dan masyarakat.