assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Monday, May 28, 2012

apakah ciri-cirinya??

bismillah..

kali ni, terasa nak catat sesuatu supaya setiap kali buka blog ni nanti, dapat sentiasa tengok, sentiasa baca, supaya lekat dalam hati dan betul-betul jadi kenyataan in sya Allah.. ^__^

----------------------

ustaz Hakim Mohd Nor sewaktu mudanya pernah merancang dan mengimpikan untuk memiliki kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol, dan berkahwin pada 16 September (banyak lagi sebenarnya, tapi x ingat.. hehe). Baiklah, agak-agak beliau dapat tak semua tu?

Alhamdulillah, berkat doa + amal baiknya + usaha + izin Allah, beliau berjaya mendapatkan segala yang diinginkannya tersebut. dan apa yang lagi menarik mengenai perjalanan hidupnya tersebut, setiap apa yang diimpikannya tersebut diperoleh bukan dengan duitnya sendiri, bahkan semuanya ditanggung dan dihadiahkan kepadanya. Kereta BMW diberikan oleh seseorang kepadanya (tak ingat sape), pakej bulan madu di Sepanyol diuruskan sepenuhnya oleh sahabatnya, dan untuk berkahwin pada 16 September itu, Allah bukan setakat mengabulkannya, tetapi juga mengizinkannya untuk melangsungkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkannya, iaitu pada 2 Jun ini. Alhamdulillah.

Anda tahu tak salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan semua itu? Sangat senang untuk melakukannya sebenarnya, dan saya percaya akan usaha tersebut. Nak tahu apa dia?? Itulah dia senarai impian. Beliau telah menyenaraikan setiap impiannya tersebut di tempat yang biasa beliau pandang, yang beliau akan sentiasa pandang setiap hari.

Baiklah, itu kisah ustaz Hakim. Ada satu lagi kisah, iaitu mengenai seorang sahabat Encik Firdaus Arshad (motivator untuk program UPSI Strive for Excellence tadi). Beliau menceritakan bahawa, seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seperti Siti Nurhaliza (bukan Siti Nurhaliza, tetapi seakan-akan, baik dari segi rupa, suara dan kurus).

Agak-agak beliau dapat tak? Alhamdulillah, beliau juga mendapatkannya. Isteri beliau benar-benar seperti Siti Nurhaliza. Nak tahu apa antara usaha yang beliau buat? Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri isteri idamannya tersebut di atas sehelai kertas, dan meletakkan kertas tersebut di dalam dompet beliau, di mana beliau akan sentiasa memandangnya setiap kali membuka dompet (sebab, setiap hari kita akan buka dompet).

Samada percaya atau tidak, itu benar-benar memberikan kesan sebenarnya. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung, kita telah membuat 'mind set' mengenai apa yang diharapkan tersebut, seterusnya membawa kita kepada usaha untuk mendapatkannya, di samping restu dan izin Allah semestinya. ^_^

Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turut merekodkannya di dalam blog ini. Di samping turut meletakkannya di tempat lain. ^_^

---------------------------

Baiklah, orang selalu tanya apakah ciri-ciri bakal imam yang saya inginkan nanti? Walaupun macam lambat lagi dan macam tak layak je.. tapi sebagai seorang yang berwawasan, setiap orang berhak untuk mempunyai targetnya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Maka, berikut merupakan ciri-ciri yang hati ini inginkan ya Allah.. ^_^

1) solat 5 waktu di masjid

2) taat dan hormat ibu bapa (sebab kalau dia hormat ibu dan bapanya, in sya Allah dia pun akan melakukan hal yang sama kat isteri dia dan keluarga isterinya in sya Allah)

3) tidak merokok

4) berkaca mata (bukan mendoakan mata dia tak elok, cuma suka tengok yang berkaca mata.. sebab kan penting juga ciri sedap mata memandang tu.. dan kalau ada janggut sejemput pun ok jugak tu.. ^_^)

5) peribadi dia kacak (kacak muka x menjamin, tapi kalau kacak peribadi in syaAllah kita ke syurga sama-sama.. ^_^)

6) tidaklah mengharapkan yang daripada golongan ustaz-ustaz, tapi cukuplah sekadar, apabila dia berkata-kata seolah-olah ustaz.

7) bacaan AQ-nya lebih baik berbanding saya, agar kelak saya boleh belajar daripadanya, terutamanya bahagian tajwid.

8) jenis senyum sokmo. (awet muda gitu)

9) pandai bergaul dengan orang di sekeliling, lebih-lebih lagi apabila balik kampung (taklah sampai orang kata dia sombong a.k.a pendiam sangat)

10) ilmu kira-kira (matematik) dia lagi hebat daripada saya, sebab kepala saya macam dah tak boleh nak masuk lagi dah segala yang berkaitan dengan kira-kira ni. sebab lain lagi? nanti dah ada anak-anak, dia boleh ajar anak-anak dan saya sekali (hehe) ilmu matematik, saya pulak ajar bahasa. haaaa... kan adil tu.. lagi satu, ilmu faraidh pun perlukan otak kira-kira yang mantap jugak.. huhu

11) dia lebih tinggi daripada saya (ataupun sama tinggi)

Sekian ciri-ciri yang diharapkan ya Allah. Saya yakin Engkau Maha Mendengar ya Rabb.
^__^




Thursday, May 10, 2012

My Future _ _ _ & _ _ _ _ _ _ _ _

assalamualaikum, kali ni aku nak catat beberapa nama yang aku rasa, aku nak letak untuk anak-anak aku nanti.
^_^
apa?? gatal?? biarlah orang nak kata apa pun.. yang penting ini perancangan aku, kita hanya mampu merancang kan?? lagipun penting apa nama anak ni. bukan sembarangan nama boleh letak, silap hari bulan lari maksudnya.. x semena-mena effect kat anak (macam dah ada anak pulak aku cakap macamni.. haha). sebab kata-kata tu kan doa. tak gitu??  

aku akan update dari semasa ke semasa nama ni. sebab idea ni 'dia' datang tak bagitahu. tiba-tiba je muncul. so, tak payah nak pelik la kalau tetibe bertambah plak isinya entri ni. ;p

sebelum tu, aku nak bagitahu.. kalau yang perempuan aku lebih suka permulaan namanya tu dengan 'Nurul'   sebab macam nama aku maksudnya sangat baik, iaitu 'cahaya'. Semoga kalian menjadi cahaya buat 'kami' (erkk..) di alam sana dan juga buat semua orang di sekelilingmu kelak. 

kalau yang lelaki pulak, aku lebih suka permulaannya dengan nama 'Muhammad' (mesti eja macam ni tau, bukan Mohd, Mohammad dll) sebabnya itu nama nabi kesayangan kita. nama kekasih kita. semoga dengan berkat nama yang sama dengan Baginda tersebut, kalian beroleh syafaatnya kelak.

-----------------------------

1) Nurul Zinnirah

2) Nurul Iman (aku paling suka nama ni.. ^_^)

3) Nurul Islam

4) Nurul Qani'ah Widad

5) Muhammad Iqbal (tak tahu la kenapa aku suka sangat nama ni.. ;p)

6) Muhammad Naseh Ulwan

7) Muhammad Uwais al-Qarni

8) Muhammad Hilal Ashraf

Monday, April 9, 2012

bubur nasi express!!

assalamualaikum semua..

haaa.. arini, bersempena berseorangannya aku di rumah "banglo" 5 tingkat ni..
terlahirlah idea nak masak bubur (actually lepas dengar shitah cakap semalam.. haha)

so, aku pun mulalah basuh beras untuk masak bubur nasi ni
then, letak la garam secukup rasa.. 

disebabkan macam lama lagi je bubur ni nak masak, so aku pun masak la maggi kari dulu.. haha
lepas tu, bajet-bajetnya nak la goreng ikan bilis dulu untuk makan ngan bubur nasi tu nanti..

tapi, alih-alih bila siap tekan suis + letak garam bagai tu.. bila aku cek stok, mak aihhhh... 
ikan bilis dah habis rupanya.. adoiii....

xpe2, so aku geledah la stok lain.. tengok-tengok, aku dapat bawang putih seulas, 
so, campakkan je la dalam periuk nasi tu.. ;p

dalam pada menunggu bubur nasi tu masak, aku terfikir macamane la rasanya bubur yang julung-julung kalinya aku buat tanpa pengawasan mak aku tu.. haha dah la kosong semacam je.. bayangkan, bawang putih ngan garam je.. xpenah2 aku buat.. haha

so, tengok-tengok sekeliling, ternampakla serbuk lada putih kat tepi tu haa.. apa tunggu lagi??
letak la jugak dalam tu secukup rasa.. hehe

last2nya, terhasillah yang dibawah ni..

check it out!!!

suci kan?? haha

ok, tiba masa nak makan. tapi.... macam kosong sangat je.. cuba lagi tengok sekeliling,
haa!! aku nampak kicap.. hehe.. maka, berlakulah proses mengadunkan bubur nasi yang suci tu dengan kicap.. haha

kan jauh beza warnanya tu.. ;p

ok, lepas tu cuba la rasa.. (bedebo jugak nak rasa sebenanrnya ni.. haha)
tapi, kuatkan hati.. cuba makan.

ok, guest what??

sedap what!!  macam rasa bubur rumpai laut yang ready made tu haa..
(even, bahan-bahannya sangat simple..haha..)

BERJAYA!!

siap menambah lagi.. =)

disebabkan aku dah x sabar nak rasa, aku stop la dulu tambah airnya.. walaupun rupa beras tu masih lagi kelihatan.. (bukannya nak jual pun kan?? ;p) 

kesimpulannya, malam ni kalau agak2 macam nak lagi + rajin + ada masa, bolehlah buat lagi... ;p

p/s: betul la orang cakap, masak kalau main campak2 je ni memang sedap kebanyakannya.. haha.. 






Thursday, April 5, 2012

dilema seorang hamba Allah

"TAHNIAH!! anda telah terpilih untuk menghadiri taman syurga Allah!"

Allahuakbar! alhamdulillah.. hati tergerak untuk menghadirinya..

namun begitu, dalam masa yang sama..

tuntutan dan komitmen lain berderet-deret beratur menunggu giliran untuk dilunaskan dan dilangsaikan..

apa yang aku harus lakukan ya Allah??

manakah yang harus aku utamakan?

sungguh aku buntu menghadapi semua ini..

di satu saat, hati terasa ingin menangis apabila memikirkan ini semua..

kini, aku mula mengerti bagaimana rasanya seorang yang bergelar mahasiswa

agaknya inilah yang dikatakan kehidupan mahasiswa..

bantu aku untuk membuat keputusan ya Rabb..


Tuesday, March 13, 2012

Assignments!

1) PSIKOLINGUISTIK
- kaji hamster (kumpulan)
- projek akhir (dinner)

2) MORFOLOGI
- kata penguat (individu)
- perbandingan kata majmuk dalam Tatabahasa Dewan dengan buku tatabahasa lain (kumpulan)
- edit teks indonesia ke dalam bahasa Melayu

3) KENEGARAAN
- kepentingan perlembagaan Malaysia (individu)

4) DASAR DAN FALSAFAH
- kod etika perguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia (kumpulan)
- kuiz (setiap dua minggu)

5) WACANA AKADEMIK BM
- kedai 1 Malaysia: impak ke atas ekonomi (individu)
- forum: homoseksual (kumpulan)

6) KEMAHIRAN KOMUNIKASI
- kemahiran berfikir secara logika (kumpulan)
- komunikasi dan pemujukan (individu)

7) BAHASA INGGERIS 2
- progressive tense: future progressive, auxialiary verbs & question forms (kumpulan)
- speaking test (kumpulan)
- teater (PDI)
- kuiz
- soalan dalam buku latihan (bab 1-4)

8) PENGURUSAN KOKURIKULUM
- persatuan: bahasa Melayu (kumpulan 4)
- projek akhir: kembara bahasa/dinner Arabic's theme

_____________________________________________________________________

* takut lupa.. haha
**sahabat2 tolong ingatkan saya kalau nampak macam lagho (lalai) sangat tu.. =.=

Saturday, March 3, 2012

Perindu Cinta Abadi

..............

"Bagaimana pula kami mahu menjadi sepertimu?"

"Maksud kalian?"

"Kehebatan kamu dalam ibadat, ilmu dan amalan adalah luar biasa. Bicarakan rahsianya kepada kami. Walaupun kami ini bergelar ulama dan menjadi rujukan umat, namun hubungan kami dengan Allah adalah terhad, tidak seperti kamu yang begitu dekat dengan Allah hingga merindukan Allah sentiasa".

Dengan rendah diri, Rabiah menjawab persoalan para ulama hadirin yang hadir itu.

"Jaga adab kalian dengan Allah. Ilmu kalian tidak menjamin akhlak dan adab kalian dengan Allah. Bahkan ilmu itu juga sekiranya digunakan bukan pada tempatnya, hanya menyebabkan kalian terhumban dengan hina ke dalam neraka".

Para ulama yang hadir terkejut, bahkan ada yang menggeletar kerana gerun, tergoncang jiwa mereka dengan kenyataan  Rabiah sebentar tadi.

"Tunjukkan kami cara yang terbaik bagi beradab dan berakhlak kepada Allah?" Semakin rancak perbincangan mereka, hingga kebanyakan mereka tidak sedar pedang masa terus memotong ruang waktu mereka.

Rabiah juga terus menjawab dengan sabar dan ikhlas, tanpa berselindung mahupun terbit perasaan riak dengan kurniaan Allah pada dirinya.

"Khusyuk dan tawaduk yang terbaik adalah semasa solat". Rabiah memulakan.

"Ya, benar".

"Jadikan diri kalian tawaduk dan khusyuk seperti dalam solat sepanjang hari, setiap detik dan saat".

"Maksudnya seolah-olah kami semua dalam keadaan solat sentiasa?"

"Benar, itulah sebaik-baik adab dan akhlak kepada Allah".

Semua hadirin dan para ulama terpana. Ada yang menggeleng-geleng kepala kerana kagum. Ada yang hanya menunduk, berasa sungguh kerdil di hadapan seorang wanita yang bernama Rabiah.

Itulah dia Sang Perindu Cinta Abadi,
Rabiatul Adawiyah.
.............

Itulah serba sedikit bingkisan yang dapat dikongsikan daripada sebuah  buku yang sangat dicari-cari sejak tingkatan dua dulu, dan alhamdulillah dengan terjejaknya kaki ini ke ekspo buku Islam baru-baru ini bersama-sama sahabat KISAS, kini.. buku itu sudah berada dalam genggamanku. Terima kasih ya Allah.. ^_^

inilah bukunya.. ^^ tapi, lain sedikitlah dengan buku yang ana cari tu sebenarnya, tapi xpelah... ada yang ini pun dah cukup sebagai pengubat... =)

Tuesday, February 21, 2012

Hari menyibukkan kembali lagi!

Bismillah..

Pukul 12.16 a.m.. maksudnya, dah masuk tarikh baru hari ni, iaitu hari Selasa. OK. nak rekod sikitlah pasal apa yang dah aku lalui tadi yang bersamaan hari pertama kuliahku..oh... sangat-sangat...................

Hari Isnin merupakan hari paling kelam-kabut agaknya bagi aku untuk sem 2 ni.. mana taknya, kelas dari pukul 8 pagi sampailah pukul 7 malam. haa...kira sendirilah berapa jam otak aku bertarung tadi dan hari-hari seterusnya untuk sem ni. Tambah lagi dengan bilik kuliah yang jaraknya 'sangat-sangatlah dekat' kan... memang hidup aku naik turun bas je la hari ni. Bayangkan, kelas pukul 8 pagi tu di kampus baru, kelas seterusnya di kampus lama, kelas lepas tu pulak kampus baru balik.. dan akhir sekali, dua kelas yang terakhir di kampus lama balik. OK. cool je kan? memang sihatlah aku macam ni.

Tapi, takpe.. orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? jadi, inilah yang aku alami untuk sem ni. bersusah-susah dahulu untuk hari isnin, kemudian bersenang-senang sikit untuk hari-hari seterusnya... lagi syok, hari rabu kelas aku ada sejam je. ^_^ lagi satu, sem ni.. kuantiti hari untuk aku habis kelas sampai pukul 7 malam (ke petang eh? haha.. aku pun dah kompius) ada sehari je, iaitu tadilah.. hari Isnin je, selebihnya paling lewat pun sampai pukul 4 je...oh.. mungkin itulah yang dimaksudkan peribahasa tadi... ;p

Tapi! ermmm... berita kurang baiknya.. kelas aku untuk sem ni ada 6 hari kot..huhu... nampak gayanya makin kuranglah hari aku untuk enjoy..haha.. (hang nak blajo ke hape najihah??)

Dan berita yang sangat bestnya lagi.. hari pertama kuliah dah dapat 3 esaimen... wohoo... saya ulang, TIGA!! saya suka! saya suka! (kata mei-mei dalam citer upin ipin tu..tapi, betul ke nama dia mei-mei?? haha...aku ingat2 lupa la)

OK. cukuplah untuk hari pertama kuliah kot. tapi papepon... sebenarnya best jugak hari ni... haha.. dah rasa macam hari pertama sekolah dulu-dulu pun ada.. ;p