assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Saturday, March 3, 2012

Perindu Cinta Abadi

..............

"Bagaimana pula kami mahu menjadi sepertimu?"

"Maksud kalian?"

"Kehebatan kamu dalam ibadat, ilmu dan amalan adalah luar biasa. Bicarakan rahsianya kepada kami. Walaupun kami ini bergelar ulama dan menjadi rujukan umat, namun hubungan kami dengan Allah adalah terhad, tidak seperti kamu yang begitu dekat dengan Allah hingga merindukan Allah sentiasa".

Dengan rendah diri, Rabiah menjawab persoalan para ulama hadirin yang hadir itu.

"Jaga adab kalian dengan Allah. Ilmu kalian tidak menjamin akhlak dan adab kalian dengan Allah. Bahkan ilmu itu juga sekiranya digunakan bukan pada tempatnya, hanya menyebabkan kalian terhumban dengan hina ke dalam neraka".

Para ulama yang hadir terkejut, bahkan ada yang menggeletar kerana gerun, tergoncang jiwa mereka dengan kenyataan  Rabiah sebentar tadi.

"Tunjukkan kami cara yang terbaik bagi beradab dan berakhlak kepada Allah?" Semakin rancak perbincangan mereka, hingga kebanyakan mereka tidak sedar pedang masa terus memotong ruang waktu mereka.

Rabiah juga terus menjawab dengan sabar dan ikhlas, tanpa berselindung mahupun terbit perasaan riak dengan kurniaan Allah pada dirinya.

"Khusyuk dan tawaduk yang terbaik adalah semasa solat". Rabiah memulakan.

"Ya, benar".

"Jadikan diri kalian tawaduk dan khusyuk seperti dalam solat sepanjang hari, setiap detik dan saat".

"Maksudnya seolah-olah kami semua dalam keadaan solat sentiasa?"

"Benar, itulah sebaik-baik adab dan akhlak kepada Allah".

Semua hadirin dan para ulama terpana. Ada yang menggeleng-geleng kepala kerana kagum. Ada yang hanya menunduk, berasa sungguh kerdil di hadapan seorang wanita yang bernama Rabiah.

Itulah dia Sang Perindu Cinta Abadi,
Rabiatul Adawiyah.
.............

Itulah serba sedikit bingkisan yang dapat dikongsikan daripada sebuah  buku yang sangat dicari-cari sejak tingkatan dua dulu, dan alhamdulillah dengan terjejaknya kaki ini ke ekspo buku Islam baru-baru ini bersama-sama sahabat KISAS, kini.. buku itu sudah berada dalam genggamanku. Terima kasih ya Allah.. ^_^

inilah bukunya.. ^^ tapi, lain sedikitlah dengan buku yang ana cari tu sebenarnya, tapi xpelah... ada yang ini pun dah cukup sebagai pengubat... =)

2 comments: