bismillah..
kali ni, terasa nak catat sesuatu supaya setiap kali buka blog ni nanti, dapat sentiasa tengok, sentiasa baca, supaya lekat dalam hati dan betul-betul jadi kenyataan in sya Allah.. ^__^
----------------------
ustaz Hakim Mohd Nor sewaktu mudanya pernah merancang dan mengimpikan untuk memiliki kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol, dan berkahwin pada 16 September (banyak lagi sebenarnya, tapi x ingat.. hehe). Baiklah, agak-agak beliau dapat tak semua tu?
Alhamdulillah, berkat doa + amal baiknya + usaha + izin Allah, beliau berjaya mendapatkan segala yang diinginkannya tersebut. dan apa yang lagi menarik mengenai perjalanan hidupnya tersebut, setiap apa yang diimpikannya tersebut diperoleh bukan dengan duitnya sendiri, bahkan semuanya ditanggung dan dihadiahkan kepadanya. Kereta BMW diberikan oleh seseorang kepadanya (tak ingat sape), pakej bulan madu di Sepanyol diuruskan sepenuhnya oleh sahabatnya, dan untuk berkahwin pada 16 September itu, Allah bukan setakat mengabulkannya, tetapi juga mengizinkannya untuk melangsungkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkannya, iaitu pada 2 Jun ini. Alhamdulillah.
Anda tahu tak salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan semua itu? Sangat senang untuk melakukannya sebenarnya, dan saya percaya akan usaha tersebut. Nak tahu apa dia?? Itulah dia senarai impian. Beliau telah menyenaraikan setiap impiannya tersebut di tempat yang biasa beliau pandang, yang beliau akan sentiasa pandang setiap hari.
Baiklah, itu kisah ustaz Hakim. Ada satu lagi kisah, iaitu mengenai seorang sahabat Encik Firdaus Arshad (motivator untuk program UPSI Strive for Excellence tadi). Beliau menceritakan bahawa, seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seperti Siti Nurhaliza (bukan Siti Nurhaliza, tetapi seakan-akan, baik dari segi rupa, suara dan kurus).
Agak-agak beliau dapat tak? Alhamdulillah, beliau juga mendapatkannya. Isteri beliau benar-benar seperti Siti Nurhaliza. Nak tahu apa antara usaha yang beliau buat? Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri isteri idamannya tersebut di atas sehelai kertas, dan meletakkan kertas tersebut di dalam dompet beliau, di mana beliau akan sentiasa memandangnya setiap kali membuka dompet (sebab, setiap hari kita akan buka dompet).
Samada percaya atau tidak, itu benar-benar memberikan kesan sebenarnya. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung, kita telah membuat 'mind set' mengenai apa yang diharapkan tersebut, seterusnya membawa kita kepada usaha untuk mendapatkannya, di samping restu dan izin Allah semestinya. ^_^
Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turut merekodkannya di dalam blog ini. Di samping turut meletakkannya di tempat lain. ^_^
---------------------------
Baiklah, orang selalu tanya apakah ciri-ciri bakal imam yang saya inginkan nanti? Walaupun macam lambat lagi dan macam tak layak je.. tapi sebagai seorang yang berwawasan, setiap orang berhak untuk mempunyai targetnya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Maka, berikut merupakan ciri-ciri yang hati ini inginkan ya Allah.. ^_^
1) solat 5 waktu di masjid
2) taat dan hormat ibu bapa (sebab kalau dia hormat ibu dan bapanya, in sya Allah dia pun akan melakukan hal yang sama kat isteri dia dan keluarga isterinya in sya Allah)
3) tidak merokok
4) berkaca mata (bukan mendoakan mata dia tak elok, cuma suka tengok yang berkaca mata.. sebab kan penting juga ciri sedap mata memandang tu.. dan kalau ada janggut sejemput pun ok jugak tu.. ^_^)
5) peribadi dia kacak (kacak muka x menjamin, tapi kalau kacak peribadi in syaAllah kita ke syurga sama-sama.. ^_^)
6) tidaklah mengharapkan yang daripada golongan ustaz-ustaz, tapi cukuplah sekadar, apabila dia berkata-kata seolah-olah ustaz.
7) bacaan AQ-nya lebih baik berbanding saya, agar kelak saya boleh belajar daripadanya, terutamanya bahagian tajwid.
8) jenis senyum sokmo. (awet muda gitu)
9) pandai bergaul dengan orang di sekeliling, lebih-lebih lagi apabila balik kampung (taklah sampai orang kata dia sombong a.k.a pendiam sangat)
10) ilmu kira-kira (matematik) dia lagi hebat daripada saya, sebab kepala saya macam dah tak boleh nak masuk lagi dah segala yang berkaitan dengan kira-kira ni. sebab lain lagi? nanti dah ada anak-anak, dia boleh ajar anak-anak dan saya sekali (hehe) ilmu matematik, saya pulak ajar bahasa. haaaa... kan adil tu.. lagi satu, ilmu faraidh pun perlukan otak kira-kira yang mantap jugak.. huhu
11) dia lebih tinggi daripada saya (ataupun sama tinggi)
Sekian ciri-ciri yang diharapkan ya Allah. Saya yakin Engkau Maha Mendengar ya Rabb.
^__^
yup..ciri-ciri kau sama seperti ciri-ciri yang aku nak..dan In sha Allah,doakan semoga dipermudahkan..sama2 doakan..^_^
ReplyDeleteaku nak ulaskan entri kau nie dalam blog aku..
ReplyDeleteTunggu je la eh! ^_^
in sya Allah.. sama2 kita solehahkan diri terlebih dulu bell.. ak tunggu! ^_^
Deletewah jihah! 2016 target.
ReplyDeleteaku dah target sekarang..nak melaksanakannya in sha Allah lepas abis tahun 3 = 2014 jika kami ada jodoh. Doakan lah yer ^_^
aamiin... semoga dipermudahkan.. ^_^
Delete----------------
ak mmg dah rancang ngan akak ak dlu, dalam umur 24 @ 25 ok la.. that's mean, 2015 @ 2016. (ak grad 2015, x macam ko.. huhu)
ala ji'ah,,aku lupa ko 4 tahun laaaaaaaaaaaaaaaa.....
ReplyDeletehuhui..asal same ni >berkaca mata<..insyaAllah jiah..doakan yg terbaik dan same2 usaha..
ReplyDeletep/s:dh lame x tgk ko update..sekali update..amek kaw..debabomm..hehehe
haihh.. ada lagi orang nak tiru.. ;P
DeleteHAHA.. ni yg tanpa dirancang namanya.. idea datang mencurah2 lepas g satu program motivasi baru ni.. haha