assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, June 6, 2012

lemahnya aku.. :'(

bismillah..

-------------------------

*di satu sudut..

Apabila tiba je minggu balik kampung, masing-masing akan bersalaman, berpeluk sayang, berlaga pipi bercium simbol ukhuwah kerana Allah, mengucapkan kata sayang, saling mengingatkan untuk menjaga diri, jaga hati, jaga iman, kalau ada yang dapat rezeki lebih daripada Allah, berkongsi rasa dengan sahabat.. saling mendoakan, disuruhnya lagi disampaikan salam Assalamualaikum buat ayahanda dan bonda di kampung masing-masing, dan saat tibanya detik nak berpisah, masing-masing berpeluk lagi dengan lagak yang seakan-akan tidak akan ketemu lagi setelah itu.. 

Allah!

Indahnya saat dan detik itu..

Setelah tibanya waktu kembali ke asrama, masing-masing pulang dengan wajah yang ceria, dan tidak kurang ada yang meletakkan jari di hidung dan mata sebab menangis sedih nak berpisah dengan keluarga. Namun yang paling seronok, apabila ada sahabat-sahabat yang menunggu dan setia menyambut di muka pintu dorm mahupun pintu pagar asrama dengan wajah yang sangat manis dan terselit kerinduan. ^_^

Saat itu, sekali lagi aksi bersalaman, berpeluk cium diulang dan terus diulang dari seorang kepada seorang yang lain sehingga habis satu dorm dipusing (ni tak masuk jumpa kat surau lagi malamnya tu.. =). Usai sahaja semua itu, masing-masing akan berkumpul di bahagian tengah dorm untuk melepaskan rindu waima cuti hanya Sabtu dan Ahad (kebiasaannya) sebab kami dibenarkan pulang ke kampung sebulan sekali. (hal yang lebih syahdu akan berlaku andainya cuti lebih lama.. ;P). Saat itu, semua kisah di kampung diceritakan dan tidak kurang juga yang membawa bekal dari kampung untuk makan bersama-sama dengan sahabat. Riuh satu dorm. hehe..

----------------------

di satu sudut lain,

Apabila tibanya waktu pulang ke kampung, masing-masing tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman (semestinya la kan??). Masing-masing bersalaman dan adakalanya berlaga pipi mengucapkan selamat jalan. Namun begitu, entah kenapa hati ini seakan ada yang tidak kena, seakan hadir satu perasaan halus yang bernama RINDU akan bi'ah/suasana di Kolej Islam dulu. Masakan tidak, kalau dulu.. masing-masing akan berpeluk dengan erat seakan-akan tidak mahu berpisah dan mengingatkan agar menjaga hati serta iman sepanjang di kampung. 

Tapi kini........ hanya sekadar bersalaman dan sekali-sekala berlaga pipi dengan rakan-rakan serumah sebelum pulang ke kampung. Sekadar itu. Aku sedar, aku harus memulakannya untuk memastikan bi'ah yang aku dapat di Kolej Islam itu tidak terkubur begitu sahaja. Namun, entah kenapa diri ini terlalu sukar untuk melakukannya saat berdepan dengan situasi itu. Ada yang dapat diteruskan, tetapi entah kenapa, terasa seakan-akan ada kekurangannya, seakan hilang rohnya. Allah! lemahnya hati... :'(

---------------------

sudut yang pertama memaparkan aku dan sahabat-sahabat di Kolej Islam Sultan Alam Shah a.k.a bumi waqafan, manakala di sudut yang kedua memaparkan aku dan rakan-rakan di tempat aku kini, iaitu UPSI a.k.a bumi murabbi/muallim. 

Setulusnya, sewaktu mula-mula aku sampai di Kolej Islam dulu, aku pelik dan agak terkejut sebenarnya dengan bi'ah di sana (fokus masa nak balik kampung dan pulang dari kampung). Aku pelik sebab, mereka bersalam-salaman seolah-olah tidak akan bertemu lagi selepas itu, dan aku melihat situasi itu ada di mana-mana sekitar Kolej Islam. Ada yang di court, di dorm mahupun  di surau. Tertanya-tanya aku, "dieorang ni nak pindah sekolah ke lepas ni? dah tak belajar sini lagi ke??" tapi, setelah habisnya cuti sekolah, aku tengok dia masih ada lagi di situ, masih lagi menuntut di situ.

Namun begitu, setelah berulang-ulang kali aku melihat situasi sedemikian, aku mula mengerti. Rupa-rupanya itu bi'ah Kolej Islam, dan tanpa aku sedari, aku juga turut melakukannya. Allah! Sungguh, tarbiah itu senang apabila kita dikelilingi oleh fikrah yang sama.

Tapi............... 

Setelah aku keluar dari sana (Kolej Islam), aku betul-betul terasa kehilangan bi'ah itu. Segalanya harus aku mulakan sendiri. Harus aku kuatkan jati diri. Saat inilah memori aku terimbau kenangan-kenangan dan nasihat-nasihat yang sering diberikan oleh sahabat-sahabat di Kolej Islam. Kata mereka, "dunia tak selalunya KISAS". Ternyata semua itu benar.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah masih sayang akan aku. DIA tentukan aku di sini untuk kenal dengan orang-orang yang mendampingi surau. Orang-orang yang hatinya terpaut dengan gerak kerja Islam. Sungguh aku bersyukur. Walaupun tidak sama seperti di Kolej Islam, tapi aku bersyukur kerana dihadirkan mereka dalam hidup aku di sini. Mereka bersungguh-sungguh membentuk aku untuk menjadi 'seseorang'.

Bermacam-macam perkara telah aku lalui di sini sepanjang 2 semester, dan masih berbaki 6 semester untuk aku habiskan. Alhamdulillah, aku rasa semua itu mampu menolong aku untuk lebih mematangkan, untuk lebih mengenali dunia luar, iaitu realiti kini. Masih aku ingat kata-kata seorang naqibatku setelah usai berusrah secara formal, "k.Zah teringin nak tengok Najihah macamana lepas ni". Allah! terasa seakan satu batu menghempap bahuku. Besar harapannya. Setulusnya, aku juga begitu. Aku juga mengharapkan perubahan yang baik untuk diriku, tapi mampukah aku? Permudahkanlah ya Allah..

Di sini juga aku mula rapat dan lebih mengenali hati budi seorang seniorku di Kolej Islam. Dulu, sewaktu di Kolej Islam, entah kenapa, seakan ada satu perasaan yang membuatkan aku tidak berani untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Seakan ada penghadangnya. Bukan aku tidak pernah punya niat untuk bertegur sapa dengannya seperti yang lain, tapi..... aku juga tidak mengerti kenapa itu boleh terjadi. hehe.. 

Namun begitu, alhamdulillah. Rupa-rupanya, Allah mentakdirkan yang lebih indah buat kami. Kami secara automatiknya menjadi rapat setelah bersua muka di UPSI. Juga tidak diketahui pucuk pangkalnya. Alhamdulillah, kami berkongsi satu rasa yang sama mengenai Kolej Islam dan UPSI, dan in sya Allah, semester hadapan, kami akan tinggal satu bilik! ^_^

Terima kasih untuk segalanya k. Zati! =)

------------------

Ya Allah, 
terima kasih di atas segala yang Engkau telah kurniakan kepadaku.
Engkau hadirkan  sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan kata semangat di saat diri ini memerlukan, di saat diri ini terasa lemah, Engkau hadirkan insan yang dapat membimbing aku ke jalan-Mu.
Engkau perkenalkan aku dengan mereka yang cinta akan-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah aku di jalan-Mu ini,
jangan Engkau biarkan aku berseorangan terkapai-kapai mencari arah tuju,
dan jangan pernah Engkau lepaskan hati ini walau dalam kadar sekelip mata ya Allah.

------------------

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(Surah As-Saff: ayat 4)




p/s: esok dah mula final exam, doakan diri ini.. ^_^

3 comments:

  1. btol,rindu suasana dulu2 yg x sama mcm skang..
    smoga berjaya dlm gerak kerja Islam,lg bruntong klo jdi naqibat..xrmi yg berpeluang..Allah tahu kemampuan hambaNya..
    btw,gud lak for ekzem..hehe

    ReplyDelete
  2. Terharu baca entri najihah. :')
    Aku tersangat-sangat rindu.Sangat2!
    Aku bukan nak pilih bulu jugak dalam nie.
    tapi. bersyukur pada Allah, aku pernah menjejak kaki ke bumi waqafan ini. The best school ever that I had. mengajar aku bina sahsiah diri walaupun zuqq dia tu lambat nak menyerap dalam diri. tapi aku tetap bersyukur. Berukhuwah di atas jalan Allah In sha Allah takkan terputus ditengah jalan malah ia akan membawa ke syurga. In sha Allah. (love u)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes with me.. THE BEST SCHOOL EVER THAT I HAD. (aku tahu ada yang kecik hati dgn aku bila ak slalu sebut pasal kisas, tp ini kenyataannya. hanya orang yg pernah masuk ke sana mngerti perasaan ini)
      bnyak perkara besar dalam hidup aku bermula di sini. dan tidak mudah malah tidak akan sekali-kali aku melupakan jasa itu. in sya Allah kita ke syurga sama2 nabilah. aamiin.. ^^

      Delete