assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Tuesday, May 24, 2011

Kuatkah aku????

bismillahirrohmanirrohiim..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh...

See the title first.

hrmm...
Seriously n personally, i'm very2 afraid right now.

I DON'T KNOW WHETHER I AM STRONG TO FACE THAT SITUATION!


Baiklah, straight to the point.

Tadi, aku ada log in FB, then aku ada usha FB sorang senior aku..(pompuan ok!) die ni sekarang belajar dekat satu IPTA yang kalau aku sebut, kompem semua kenal la..n die ni jugak amek kos yang memang aku pun apply kos 2 n di IPTA yang sama!


OK, x kesahla kan..biasalah 2... TAPI!! apa yang membuatkan aku secara tak sengaja timbul perasaan cuak ni.... bila aku tengok gamba die..fuh! seriouslly, aku TAKUT!!!! 

Aku takut sebab....sebab aku bimbang laa!! aku bimbang kalau aku x kuat untuk menghadapi dunia luar, dunia IPT.

Dulu, senior yang aku kenal ni merupakan senior yang orang kata, menjagalah dari segi penampilannya (i mean, pakaian), tapi bukanlah bermaksud sekarang ni die dah x jaga. Cumanya, pada pandangan aku dah agak berubah skit dari dulu.

Even die xdelah pakai tudung labuh dulu (die pakai tudung segi tiga yang bidang 60 tu), OK la 2 kan?? Lebih kurang je pun dengan yang tudung labuh 2...cuma berbeza dari sudut kain dan gayanya sahaja.

Tapi, apa yang membuatkan aku takut, bila aku tengok sekarang ni..tudung die dah makin x menjadi bidang 60...AKU TAKUT!!! aku takut kalau... kalau aku pun jadi macam 2 jugak nanti...! huhu... (nauzubillah)

Lagi satu yang membuatkan aku sangat2 bimbang, bila tengok ada baju2 khusus untuk kos 2. (biasalah 2 kn?? zaman sekolah dulu pun macam 2 jugak.. tapi!!! yang 2 lain..=( yang 2, still lagi menepati ciri2 baju yang biasa aku pakai sekarang ni..)

Aku takut kalau bila aku disuruh pakai baju 2, n gaya aku akan berubah..Aku takut kalau iman aku x boleh nak jaga aku time 2.. (kalau keadaan membuatkan aku terpaksa berpindah sementara daripada tudung labuh kepada tudung segi tiga yang bidang 60 tu, maybe aku boleh terima lagi sebab it's still menepati ciri2 tudung labuh 2..tapi!! macamane kalau aku....??? ish, nauzubillah...)

And 1 more thing about this, program or aktiviti yang terpaksa dilalui oleh mahasiswa/siswi yang amek kos ni. Sejujurnya, benda 2 sangat2 bertentangan dengan diri aku! huhu..aku takut!!!

Memang 'wajib' ke kena buat 2???? whoaa...i can't imagine that..!


Namun begitu, aku bersyukur sebab attitude akak 2 still lagi macam yang aku kenal dulu.n i hope it will continue n getting better from now...
insyaALLAH...

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Ya Rabbi, 
Jika benar kos ini adalah yang terbaik buatku, 
maka, Engkau pinjamkanlah aku sedikit kekuatan-Mu 
untuk aku berhadapan dengannya.
Engkau kirimkanlah sahabat2 yang dapat membimbing aku di kala aku memerlukannya kelak.

Namun ya ALLAH,
jika sebaliknya..
Engkau permudahkanlah urusanku di kemudian hari, Engkau tunjukkanlah aku jalannya...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik buatku..

aamiin ya RABB..

MOOD : mujahadatunnafsu itu sangat sukar.

p/s:
--> macam dah kompem2 je aku dapat kos ni kan?? haha..biasalah 2, persediaan kena ada..kan?? hehe..

--> doakan aku ye sahabat2?? dan sudah semestinya, doaku jua akan sentiasa mengiringimu..=)

--> jangan ditanya siapakah seniorku itu, sebab aku takkan bagitau atas alasan yang korang sendiri pun boleh fikir rasanya..=)

 

Thursday, May 19, 2011

Betulkah ada perbezaanya???

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh... (jawab jgn x jawab!)

bismillahirrohmanirrohiim....

InsyaALLAH, kali ni aku nak share pasal satu benda. Sebelum 2, aku nak mintak maaf banyak2 andainya apa yang bakal diperkatakan nanti bakal mengguris mana2 hati yang membacanya.

suspen x?? hehe..

Before that, jom kita baca kisah ni dulu..MESTI BACA!!! =)


dah habis?? sure?? x lompat2?? hehe..

OK, kalau betul dah habis, (jujur OK!) jom kita dengar kisah aku pulak..hehe..

p/s: kisah ni bukan untuk mendabik dada @ yang sama erti dengannya, tapi hanyalah sekadar ingin berkongsi aura yang terbit daripada "LANGKAH" itu..dan moga2 dapat melalui hati2 yang membacanya..

Maka, tersebutlah kisah.......

  Dulu (sebelom masuk KISAS), kalau aku g mana2 (keluar rumah laa), aku juz pakai tudung segi tiga yang biasa 2 je a.k.a bawal (xde kaitan ngn ikan bawal k!) n buat gaya ala2 butterfly..(yang pompuan tau la kott). Bagi aku time 2, OK la 2...xde la teruk sangat, sebab aku ni bukan la jenis yang suka bergaya dan berani sangat berfesyen. Aku pernah try nk buat gaya ala2 wardina 2, tapi bile tengok cermin, aku buang balik..! sebab rase pelik..haha..

OK, tutup cerita pasal 2, kita pergi kepada point seterusnya..

Aku mula kenal (maksudnya try pakai la) sarung kaki time aku form 2 ke brape...aku pun x pasti..hehe..yang pasti time menengah rendah laa..masa di SMK(A)DG. 2 pun sebab aku duk asrama n pelajar pompuan diwajibkan pakai sarung kaki bila nak keluar asrama. Jadi, time 2..aku pun bertaqlid je la membuta tuli..maka, hasilnya pun x berapa nak konsisten la kan?? huhu..sebab x ikhlas. Pakai kat asrama je..bila kat luar, pham2 sendiri laa... 

 yang ni boleh x??hehe..

Tapi, bila masuk form 5 kott (lama btol..), aku mula dah biasa dengan sarung kaki ni. So, sejak dari 2..aku mula mendisiplinkan diri dengan cuba sedaya upaya pakai jugak even kat luar...

Seterusnya, masuk bab arm sock pulak.. 

 hah! tinggal pilih je...dlm plastik lg tuh! =)

arm sock ni aku mula kenal time form brape ntah..tapi lagi lambat dari sarung kaki la yang pastinya.. (mula2 kenal dulu, aku panggil hand sock..haha) TAPI!! even aku dah kenal ngan arm sock ni, aku still lagi x dapat nak berjinak2 dengan arm sock ni sebagaimana aku berjinak2 dengan sarung kaki 2 sampai la aku habis form 5..=(

Sebabnya...time 2 aku fikir, aku xnak pakai arm sock ni selagi aku x dapat nak konsisten dengan sarung kaki 2. Bagi aku time 2... pakai sarung kaki ni lebih besar dugaannya daripada arm sock.

Sorang junior aku pernah tanya aku, kenapa aku x pakai arm sock?? (malu kott) jawapan aku: k.jiah xkan pakai arm sock selagi k.jiah x boleh nak istiqomah pakai sarung kaki, sebab bagi akak, pakai sarung kaki lebih susah dan berat untuk dilaksanakan. Lagipun, lengan baju kan berkancing<--- yang ni aku tambah dalam hati laa..=) (jawapan ni telah di'modified'kan sebab aku dah ingt2 lupa skemanya, tapi yang pasti ni la isinya..=))

Tapi, 2 semua dulu2 laa...

Alhamdulillah, sekarang ni ALLAH dah turunkan hidayah-Nya untuk aku dalam hal ni. Dan semua itu berlaku sejak aku kenal BUMI WAQAFAN. (sebab 2 la saya sayang lebih KISAS ni shbt2! hehe..bnyk perubahan yang berlaku sejak aku masuk sana, so, i hope..shbt2 drp sekolah lama aku x amek hati ye kalau saya asyik 'mention'kan nama KISAS j..2 bkn bermakna sekolah lama dilupai terus..=))

Sejak aku mula2 dapat tawaran KISAS ni dulu drp Ustazah Sabariah Ya'acob...aku mula pasang niat untuk pakai tudung labuh. Sebabnya?? Sebab, aku memang dah lama sebenarnya ada niat nak pakai tudung labuh ni..cuma, mungkin persekitarannya a.k.a bi'ahnya kurang membantu. MAAF. bukanlah niat aku untuk memperkecil2kan @ yang sama waktu dengannya bi'ah yang ada di sekolah lama aku dan di sekelilingku waktu itu. Cuma... Sungguh, "kekuatan itu" belum muncul tika itu.

Ditambah lagi hari2 terakhir aku di SMK(A)DG dulu sebelum berhijrah ke KISAS..aku ada berjumpa buat kali terakhir guru2 di sana. Pelbagai nasihat dan pesanan yang aku dapat buat bekalan dan suntikan semangat untuk aku dan sahabat2 berjuang di sana..

 Dan, ada satu kata2 gurauan a.k.a perlian peringatan buat diriku daripada Ustazah Sabariah aku yang terchenta ni..hehe..time 2, aku pakai tudung bawal ngan baju kurung (almaklumla, dah letak jawatan kn..hehe) la pegi sekolah. Beliau cakap: lepas ni dah x pakai la tudung2 macam ni.. dan aku menyambutnya dengan senyuman serta berkata: lepas ni saya pakai macam ustazah laa..hehe (ustzh aku ni, beliau pakai tudung tiga segi 2 jugak, cumenya yang bersaiz besar 2.. yang bidang 60 tu n ada lapisan di dalamnya, so x jarang la kan??)

Alhamdulillah, kata2 itu merupakan sebahagian daripada kekuatanku untuk berubah. Terima kasih kepada Ustazah Sabariah untuk peringatan itu..dan semestinya setinggi2 kesyukuran ku panjatkan buat ALLAH Azza wa Jalla sebab memberikan aku kekuatan untuk meneruskan niatku itu.

Alhamdulillah, sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di Bumi Waqafan, aku mula istiqomah pakai tudung labuh 2.. Aku ingat lagi dulu masa mula2 pakai tudung labuh 2 dekat luar (bila balik kg la..) aku dapat rasa yang family aku agak terkejut dengan perubahan yang aku buat 2. Adik aku yang bongsu 2 siap tanya lagi, aik! kenapa aku pakai tudung sekolah?? haha..(sabo je la..) tapi, aku buat donno je...=)

gambar hiasan

Saat 2, aku dah x kesah dengan pandangan orang lain, yang aku tau..aku selesa dengan diri aku sekarang dan pandangan ALLAH itu lebih utama. (semoga ALLAH terus pinjamkan aku kekuatan itu untuk aku terus istiqomah melakukannya kerana-Nya jua)

Next, untuk bab sarung kaki. Alhamdulillah aku mula melaziminya dari masa ke masa.. Semoga aku dapat terus konsisten melakukannya.

Then, part arm sock pulak... Alhamdulillah, aku mula berjinak2 memakainya sejak aku menuntut di "bumi itu". Mungkin disebabkan bi'ahnya yang sangat membantu. Yela.. mana taknya, majoritinya aku tengok...semua ber'arm sock..secara x langsung, aku pun turut mengenakannya. Malahan terasa kekurangan bila terlupa memakainya (kadang2 TERsengaja jugak x pkai..hehe..tapi, tengok destinasi yang akan dituju laa). Seakan sukar untuk bergerak bila terlupa nak pakai, even baju sekolah 2 dah berkancing..

Masih lagi teringat di mindaku, saat singgah makan dengan keluarga di sebuah restoran baru2 ni.. Aku sengaja sebenarnya x pakai arm sock time 2, sebab sebelom 2 kiteorg pergi rumah nenek. So, ingatkan terus balik rumah la lepas 2...tetiba pegi restoran pulak..huhu..apa nak buat, terpaksa la aku meng'kontrol lengan baju kurungku. Sabo je laa...

Konklusinya, lepas ni kalau nak pegi umah nenek pun kena pakai arm sock la najihah! haha.. (kot la nak singgah makan lagi..hehe) 

Baiklah, secara keseluruhannya.. based on my experience.. memang terdapat sangat2 perbezaan bila kita dah melangkah ke arah "itu". 

Jika dulu, kalau aku jalan sorang2 di bandar (lepas kursus komputer la, klo x..xde mknenye aku nak jalan sorang2), terkadang ada suara2 sumbang yang bagi salam + ajak borak (xde mknenye aku nak layan!). Namun kini, aku bebas daripada itu semua. insyaALLAH dan alhamdulillah..

Benarlah firman ALLAH dari surah al-Ahzab ayat 59: 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Still in my memory, waktu aku naik bas lepas SPM dulu nak balik rumah lepas kursus komputer... waktu mula2 naik 2, tepi aku xde orang, that's mean xde penumpang la kan?? tmpt kosong..aku suka!! hehe.. 
TAPI!! bila dah sampai di pertengahan jalan, tetibe ada sorang hamba ALLAH ni naik...lelaki!! warga asing lagi! n... die duk sebelah aku!!! mak aihh...waktu 2, ALLAH je tahu betapa bedeba dan cuaknye aku. (sabo je laa) kebetulan time 2 aku ada beli majalah. Aku pun buat2 la baca majalah 2..hua3.. tetibe ada satu suara...(muzik seram diputarkan).
Hamba ALLAH 2 cakap!!! n die bercakap dengan aku! whoa!! takut aku...! seram kott.. die kata, nak pinjam majalah aku 2...logik ke?? dengan nada yang xleh nak blanye lagi...uisshhh...xlogik2...aku pun apa lagi, buat donno la!! haha.. lepas 2, die ad lagi cakap ngan aku, tapi aku dengar x dengar je...dah la x brape nak faham.. (i repeat, warga asing ok! sbb 2 aku krg fhm ngn dialek die) haha! 
Aku ambil keputusan untuk diam je sepanjang jalan.. biar la die cakap sorang2..haha..dan aku berharap sangat2 die turun dulu sebelom aku turun, sebab aku duk tepi tingkap kott..huhu..
TAPI!! nampaknya, aku yang turun dulu!! huhu..sabo je la.. aku dah cuak time 2.. aku ingatkan die paham la untuk bagi aku ruang nak keluar...alih2, hrmm..aku cakap jugak kat die, (TERPAKSA kott) : tumpang lalu sikit.. dan die btol2 bagi aku sikit ruang untuk lalu!! huh! menduga iman dan kesabaran sungguh..! sabo je la aku time 2.. 
Lagi menduga tahap kesabaran aku, bila dia dengan "x tersengaja" meletakkan kaki die dekat tempat aku nak lalu 2..nasib baik x jatuh je aku!! ishh..! ALLAH je tau apa yang aku rasa time 2.. n aku lagi skali buat donno dengan peristiwa 2..aku terus je pandang depan..jangan harap aku pndang belakang lagi! sebab aku fikir, aahh..dah nak turun dah pun, malas la nak layan..
hrmmm...2 semua berlaku time aku belom membuat "langkah tercipta" 2..huhu...
Tapi, setelah aku memulakan "langkah tercipta" 2... alhamdulillah, aku mula dapat merasai perbezaannya.

Kini, aku tidak lagi diganggu dengan anasir2 seperti itu, even aku naik bas sorang2 dan sebelah aku kosong! 

Buktinya, dulu aku pernah naik bas lepas balik daripada ziarah sekolah lama, dan sebelah aku kosong. Tiba2 ada sorang hamba ALLAH (lelaki laa) ni masuk.. dan die ni agak "mendebarkan" juga sebenarnya jika dilihat daripada perwatakan luarannya..huhu..

TAPI!! apa yang berlaku?? dia x duduk sebelah aku pun, even tempat lain dah penuh! n even dia dah prasan memang tempat sebelah aku je yang kosong..(sebab tempat aku 2, dekat dengan pintu masuk bas 2) =) alhamdulillah..hanya ALLAH yang tahu betapa bedebanya aku jika dia duduk sebelah aku time 2..huhu..
Daripada situasi 2, aku terfikir..sememangnya ada perbezaan yang sangat2 besar setelah aku melakukan perubahan itu.

Lagi satu bukti yang menunjukkan ada perbezaannya ialah mengenai sorang saudara aku (tentunya lelaki jugak). Dia ni memang seorang yang jenis suka bergurau. Dan setiap kali aku dan adik-beradik aku ber/terjumpa dengan dia, memang sah2 "kena" laa ngan dia..

TAPI! semenjak aku buat perubahan ni, aku prasan..die dah mula kurangkan gurauannya 2 dengan aku. Kalau dia buat lagi pun, aku prasan..seakan ada batasan gurauannya 2.. n i'm happy with that! =)
Sebelom menutup tirai, aku nak selitkan pandangan baru (xde la baru sgt) aku dan pandangan ISLAM yang sebenarnya mengenai isu ni.(tapi aku dah modified skit laa, isinya lebih kurang macam yang kat bawah ni laa)

"mana yang lebih utama; sama ada ikhlas + hidayah-Nya + sampai seru ataupun perintah dari Yang Maha Esa??"
(peringatan buat diri yang lupa terutamanya penulis)

Akhir kalam, 

betulkah ada perbezaannya "dulu" dengan "sekarang"???

personally, yes!! 

MEMANG ADA!!

renung2kan dan selamat beramal! =)

p/s:
--> doakan moga diriku tetap terus dapat bertahan dengan perubahan ini..

--> maaf, andai ada yang terguris dengan entry ni..

--> PERINGATAN!! entry ni bukanlah untuk mendabik dada mahupun membuka aib sendiri, cuma sekadar ingin berkongsi bukti dan kuasa yang terbit daripada perubahan "itu".

--> ambil yang jernih, buangkan yang keruh..

--> tegurlah diriku, andai kelak aku TERlupa dan TERleka.

--> KISAS = BUMI WAQAFAN

--> tudung labuh 2 bukan bermakna "tudung sekolah" 2 sahaja..tapi, tudung segi tiga yang bidang 60 dan yg sama waktu dengannya pun ok (bergantung kepada saiz seseorang 2 la kn??)



 
 

 

Tuesday, May 17, 2011

Bagaimanakah nasib kita kelak??

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh... 

(p/s: entry ni kata ganti nama diri "ana" akan digunakan)

InsyaALLAH di pagi yang hening + syahdu ni, ana nak share 1 info yang insyaALLAH dan alhamdulillah boleh menginsafkan kita selaku hamba-Nya..

Ana xnak cter panjang untuk entry ni, jom sama2 kita hayatinya........ 
sebelom 2, 

PASTIKAN ANDA HABISKAN AYAT2NYA NANTI HINGGA KE TITIK YANG TERAKHIR!!
(ni arahan, bukan saranan!)

 
KLIK!!!

Macamane?? terkesan x??
Rasanya, semua yang hidup akan terkesan dengan info 2...
dan memang boleh menitik liquid dalam mata ni...


Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi detik2 itu, apabila tiba masanya kelak...

Dan, waktu itu akan datang bila2 masa sahaja..even ana yang tengah menaip sekarang ni pun x mustahil untuk benda 2 berlaku.

Jadi, sama2lah kita muhasabah balik diri kita, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?? (tanya iman masing2..)

Akhir kalam, 

ya ALLAH, Engkau ampunilah segala dosa kami, terimalah segala amal ibadah kami, redhoilah segala tingkah laku kami, tempatkanlah kami di tempat orang2 yang Engkau redhoi dan kasihi..

RAHMATILAH KAMI....

mood: serius.

p/s : ana mintak maaf andai ada tutur kata, tingkah laku ana yang tidak menyenangkan hati antum sepanjang kita berukhuwah.. (manalah tahu kan, andai masa ana dah tiba..halalkan segala makan minum, ilmu dan segala2nya.)

Monday, May 16, 2011

:: 16o5 ::

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh...

:: 16o5 ::

Rasanya semua dah tahu dan faham kott bila tengok tarikh dekat atas 2....kan?? 
Dan inilah jawapannya..! 
SELAMAT HARI GURU + USTAZAH + USTAZ + TEACHER!!!


Dan inilah tahun pertamaku tidak dapat menyambutnya bersama-sama para guru tersayang di sekolah..huhu.. (ni x termasuk sebelom umur 7 tahun laa..)

Masih lagi terbayang di ruangan mata sambutan Hari Guru tahun lepas dan lepas2..hehe.. dan setiap tahun menampilkan strategi yang berbeza-beza untuk guru2 yang terchenta..

Inilah hari di mana para pelajar nak bergurau a.k.a 'mengenakan" cg (senda2 je laa...=)), nak dengar cg nyanyi,berlakon, main bola sama2, tengok cg anyam ketupat, main boling kelapa, cat walk, dan macam2 lagi.. 

Semua 2 akan jadi momen yang terindah untuk semua, baik kepada guru itu sendiri, mahupun para pelajar... 

Latest, kenangan Hari Guru 2010 di KISAS, alhamdulillah...itulah Hari Guru terindah, terbaik, terunik dan segala TER lagi laa...hehe..
X pernah aku bayangkan idea yang sebegitu untuk menyambut hari spesial 2.. terima kasih kepada adik2 dan sahabat2 yang meng'suggest idea tersebut...dengan gaya ala2 aladdin... alhamdulillah..it's look nice..! ditambah lagi dengan red carpet atas pentas cat walk 2.. hiasan dewan yang ala2 tanah arab 2...(boleh laa...) well...it's wonderful!!

Still lagi terbayang gaya cg2 nyanyi..sir anuar dgn sir zamri yang sportingnya...cg saupi yang bersajak, cg2 perempuan yang nasyid....pak cik sahlan yang nyanyi dgn staff sekolah...really miss that!!
pengetua pun x ketinggalan menyanyi! 
happening!!

begitu juga Hari Guru di SMK(A)DG..
Hari inilah yang membolehkan para pelajar dan guru bergurau senda..
guru menjadikan pelajar "mumia"..hehe, tgk cg anyam ketupat, cg2 lelaki yang handal bermain futsall, cg perempuan dgn bola jaringnya, nyanyian Hari Guru yang paling ditunggu2...n everything!

Jika di peringkat sekolah rendah pula..SK Kampong Bukit, SK Padang Midin n SK Paya Resak..(time ni tuka sekolah bnyk kali sket disebabkan sebab2 yg x dpt dielakkan)
Ingat lagi dulu2...bila tiba Hari Guru je..mulala sebok nak bagi hadiah dekat cg..dan antara hadiah yang bertuah untuk diberikan kepada cg ialah......

1) sabun buku
2) bunga
3) epal
4) mug
5) kad

(haha) itulah yang biasa para pelajar berikan kepada para guru...(termasok aku!) haha..kenangan2..bila ingat balik skarang ni..rasa macam klaka la pulak..huhu..

Tapi, guru2 tetap menerimanya dengan senyuman di bibir.. itulah guru.. sebab, 2 semua xde tandingannya sebenarnya dengan jasa2 yang telah mereka curahkan untuk kita selaku pelajarnya..

Bila dah besar2 ni... (besar ke??) barulah ku mengerti bahawa, bukan hadiah yang menjadi ukuran tahap seseorang pelajar 2 hormat, sayang, kasih dan menghargai para guru mereka.. Sebaliknya, pelajar yang baik, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan guru2 mereka even di mana pun mereka berada..

Bagi seorang guru, kejayaan anak muridnya yang cemerlang, sahsiah yang unggul jua doa yang berterusan yang menjadi simbolik bahawa anak muridnya 2 masih lagi mengingati dan menghargai mereka. (even x penah jadi guru secara langsung, tapi aku rasa itulah yang diharapkan oleh seseorang yang bergelar GURU)

Pendek kata,

SELAMAT HARI GURU !!!

buat semua guru yang telah berpenat lelah mengajarku bermacam2 benda...sama ada dari aspek akademik, koko, rohani, erti hidup dan bermacam2 lagi.. 
jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya..

Semoga kalian dianugerahi ALLAH usia yang berkat, panjang, kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi, dirahmati, diberkati, disayangi oleh-Nya..

Di kesempatan ini jua, saya NURUL NAJIHAH BINTI RAMLI...ingin MEMOHON BERIBU KEMAAFAN daripada kalian andainya ada tutur kataku, tingkah lakuku yang tidak enak di mata kalian..

Sebelom menutup kata, jutaan terima kasih jua kutujukan KHAS buat ibunda dan ayahanda (even ayh x keje cg, tp parents is still our teacher actually, bahkan merekalah guru utk segala2nya buat kita..aja kte be'jln, berlari...bla3...) tercinta.....

SARIPAH BINTI HARUN
&
RAMLI BIN TAIB

kalianlah guru terbaikk.. SELAMAT HARI GURU!! 
even xde hadiah nak bagi, (maklumla x keje kn..huhu)
tapi, najihah akan selalu mendoakan kesejahteraan, kesihatan, dan segala2nya untukmu cg a.k.a mok n ayoh!!!!! hehe..luv u 4ever n ever!!

ni baru akhir kalam...
  
NURUL NAJIHAH BINTI RAMLI MENYAYANGI ANDA SEMUA GURUKU!! DOAKU AKAN SENTIASA MENGIRINGI KALIAN...^_^

sekadar gambar hiasan..


Sunday, May 15, 2011

FACEBOOK???

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh..

Apa khabar iman kalian?? masih menyala dan terus menyala?? YA?? alhamdulillah.. jika sebaliknya, sama2lah kita top up balik kekurangan 2...=)

Baiklah, topik for today...


Rasanya semua dah kenal sape Mr/Mrs F 2 kan?? X perlulah den nak terangkan dengan lebih lanjut lagi kan?? Bagos!! Senang keje den..hehe..

Ok, den bagitau la jugak nama penuh die, setakat amek syarat..=p

nama die...

FACEBOOK. 

Kenal kan?? 2 yg cek malas nk cakap banyak 2...sebab korang lebih tahu..huhu..

So, kali ni ak nak elaborate skit tentang Mr/Mrs F ni.. Aku akan cuba huraikan Mr/Mrs F ni daripada kaca mata aku..(even x pkai spek..=))

pkai spek kt jari pon boleh la...

Aku rasa hampir semua orang dah ada akaun FB ni sekarang..jarang sangat la dengar xde...nak2 lagi kalau budak2 form 6 KISAS..sah2 ada..sebab itu adalah salah satu wadah untuk para guru berhubung + bg information terbaru + bg homework (especially MUET..hehe..) untuk para pelajarnya..

So, dari situ kita dah dapat tengok skit kn kelebihan FB ni??

Memang ada yang berpendapat FB ni x bagos a.k.a melalaikan..(masing2 ada pendapat n pendapat 2 kte xblh nk judge sama ada btol @ sbaliknya, dah namanye pun pndpt kn??jd, itu masing2 punye persepsi, cme pndpt 2 perlula seiring dgn syara' =)) n aku sendiri pun x menyanggah pendapat 2 sama sekali. Sebab?? Sebab aku sendiri pun ada pengalamannya, memang..memang kadangkala FB ni membuatkan aku terleka.itu memang x dinafikan..

Namun begitu, terus terang aku cakap..aku seakan sukar untuk berenggang dengan Mr/Mrs F ni..hehe...sahabat2 aku selalu tegur, aku ni kuat 0n9..siap ada yang bagi gelaran ratu FB lagi...haisyyhh!! sabo je la...=) 

Tapi, sukarnya untuk aku berenggang dengan FB ni adalah disebabkan para isinya..baik sahabat2, apatah lagi ilmu di dalamnya.. 

Bagi aku, sahabat2 aku di alam maya ni adalah sebahagian daripada penguat semangat aku dikala aku tersadung, bosan..=), terlalai dan banyak TER lagi laa..merekalah jua teman untuk aku bergaduh..hehe.. (gaduh2 manja je pun..) merekalah yang membantu aku untuk terus bertahan.. almaklumla, zaman sekolah dah habis, jadi nak jumpa FACE 2 FACE pun susah la..so, jumpa di FACEbook pun kira ok la..daripada x jumpa langsung kn??

Merekalah yang selalu menjadi pendengar setia aku bila aku ada probs terutamanya FAMIDA NAIMI. Thanks sahabat!! (n 2 semua dah tentu2la sebab ALLAH bukakkan pintu hati dieorg utk dgr probs aku 2 kn??) 

Terima kasih ya ALLAH sebab menghadirkan sahabat2 yang menjadi wasilah antara aku dengan Mu dalam menghadapi setiap dugaan yang Engkau bawakan, n dugaan 2 tak lain dan x bukan..melainkan sebagai penguat untuk aku terus bertahan di jalan Mu. Aku tahu dan aku yakin, Engkau tidak akan mendatangkan cubaan itu andai aku tidak berdaya untuk menghadapinya..

Selain itu, FB ni jugak merupakan penyambung usrahku waktu zaman sekolah dulu. Inilah wadah alam maya yang paling berkesan aku rasa. Di sini, kami boleh menyambung usrah kami yang tersekat dek jarak 2 dengan tiada sempadannya..=)

Sehubungan dengan itu, daripada FB ni la jugak...aku melestarikan medium dakwah (dakwah 2 kn ada bnyk cre..so,marilah kita mempelbagaikan uslub dakwah 2!! ^_^)
kalau nak diikutkan, aku ni bukanlah sape2 nk dakwah orang..tapi kita kena sedar yang kita hidup di dunia ni sebagai da'ie ilallah. So, masing2 ada tanggungjawab 2. 

Adakalanya, seseorang 2 x kuat untuk berdakwah bila face 2 face..bila berdepan dengan mad'u, lidah jadi kelu...apa nak buat?? huhu..(personally, aku sebahagian daripadanya). Jadi, dengan adanya FB ni, insyaALLAH boleh digunakan dengan sebaik mungkin.=) at least, tanggunjawab 2 still dijalankan. Semoga mereka yang berada dalam golongan yang sama dengan den ni, diberikan kekuatan untuk face 2 face dgn mad'u2 nya 1 hari nanti..=)

Lagi 1, FB ni jugak yang telah menghidangkan aku sajian2 

macam2 ada kan??

yang sentiasa nuraniku dahagakan n laparkan..(mcm pelik j ble gne word laparkan 2..). Sahabat2 alam maya ni x jemu2 (terkadang sampai x TERbaca..hehe) nak post note2 yang...alhamdulillah, sentiasa aku tunggu2.. status2 yang adakalanya membuatkan diriku tersedar daripada lamunan yang panjang. Terima kasih sahabat..sekali lagi, terima kasih ya ALLAH..!

Terlupa pulak! part group yang sudah berlambak dekat FB 2..hehe..alhamdulillah, group2 tu la sedikit sebanyak membantu aku untuk menjawab sebahagian soalan yang aku tertanya2 selama ni. TAPI!! ingt.. nak join group 2 pun, kena tengok dulu apa isinya..sebab, almaklumla..dunia tanpa sempadan ni macam2 ada.. sebab 2 la jugak, aku xkan approve sembarangan orang yang aku x kenal, apatah lagi add..so, di kesempatan ni, den mintak maaf banyak2 dekat peoples yang sampai sekarang aku x approve 2..hehe..


Akhir kata, FB ni jika dinilai dari sudut yang positif, maka positiflah ia dan begitulah sebaliknya.. Jadi, semua itu berbalik kepada diri kita sendiri semula untuk memilihnya.

mana satu pilihan anda?? segalanya di tangan anda.. andalah penentunya!

sekian, wassalam..

p/s:
--> mohon diperbetulkan jika pandanganku ini bertentangan dengan syari'at yang kita junjung.