assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Saturday, February 11, 2012

bubur lambuk

bismillah..

Menu kat rumah aku hari ni ialah bubur lambuk. OK, lama tak makan kan?? (soalan ni untuk aku je la kan.. sebab korang mungkin tiap-tiap hari pun makan bubur lambuk ni.. untonglaa..) saja je la kan aku buat entri pasal makanan hari ni. Lagipun, rasa-rasanya ni kot entri pertama aku pasal makanan.

Baiklah, sebelum aku tunjukkan bubur lambuk tersebut, ingin diri ini memperingati diri kalian bahawa diri ini ialah orang Terengganu. Maka, bubur lambuk kami pun berbeza la dengan bubur lambuk orang utagha ke orang pantai barat ke...kan?? nak tau apa bezanya?? takpe, jom kita layan bubur lambuk ni dulu..(gambar je la tapinya...;p )

dalam periuk lagi..almaklumlah, baru masak... =)

cane?? ada beza tak dengan korang punya bubur lambuk??

ok, tinggal nak makan je lagi ni... ;p

Baiklah, dah tengok sendiri kan rupa bubur lambuk Terengganu.. jadi, apa komen anda??

banyak sayur??

warna-warni??

terlebih sayur??

haha..ok2, dah2.. baiklah, di sini aku terangkan kenapa bubur lambuk ni lain dengan korang punya (Selangor terutamanya, sebab aku frust kot tengok bubur lambuk depa xde sayur aritu..haha.. semangat aku ingatkan ada banyak sayur masa mula-mula kenal ngan bubur lambuk dieorang.. siap tanya lagi, betul ke ni bubur lambuk?? haha..tapi, biasalah...lain tempat lain caranya...)

Baiklah, kalau tanya aku resepinya sekarang ni, aku takdelah ingat sepenuhnya lagi..sebab ni pun bukan aku yang buat.. aku tukang kacau, letak sayur dengan letak kepala santan je.. then, aku makan! haha.. tu je la jasa aku dengan bubur lambuk ni setakat ni.. Semua ni, mak aku yang buat.. aku bukan tak nak buat tadi...tapi tu la kan...balik pun jarang-jarang sekali, nak la rasa air tangan mak jugak...;p kang kalau aku buat sendiri, takut rasa dia lari pulak.. kempunan la aku nak makan air tangan mak aku... tak gitu?? ;p

Jadi, apa yang aku ingat..kat dalam bubur lambuk ni ada.....

beras 

air secukupnya untuk merebus beras tadi

santan kelapa (ada jugak orang yang x suka letak santan, tapi percayalah..letak santan lagi best! haha)

ikan yang direbus, kemudian ditumbuk halus (xpasti la pulak ikan apa..haha)

ubi keledek (yang ni tak letak pun xpe, tapi kalau letak lagi best la kan..)

pucuk midin berserta anak-beranaknya 

ni la rupanya pucuk midin tu, tapi yang ni aku google je la..x ingat nak amek gambar tadi

lada hitam yang ditumbuk

daging lembu dipotong dadu (x letak pun xpe, tapi kalau nak kuahnya lagi manis, letakla)

bawang merah dan putih

halia (sehiris je x silap)

garam dan gula secukup rasa


ok, yang tu je la yang aku ingat.. tapi aku rasa macam dah lengkap.. ntahlah..haha.. pape pun, air tangan mak memang terbaiklah!! ^_^  tak sama macam orang lain buat..seriuslah! aku pun tak pasti samada aku boleh buat ke tak kalau disuruh nanti..haha

baiklah, tu je pun yang aku nak kongsi hari ni.. 
sekian. 
^_^









No comments:

Post a Comment