assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Thursday, February 9, 2012

10 wasiat Rasulullah S.A.W. kepada anaknya

Terdapat 10 wasiat Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang baginda sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya apabila kemudiannya dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1 Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2 Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3 Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang telanjang.

4 Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5 Ya Fatimah, yang lebih utama daripada seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6 Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkam pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan daripada kandungan ibunya. Apabila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan sebahagian daripada taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, serta seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7 Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.

8 Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9 Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10 Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat mengubah dunia. Jadikanlah dirimu menjadi wanita yang solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Allahuakbar!!! Beruntungnya dirimu wahai muslimah sejati.. Lihatlah betapa Allah menyayangi dan memuliakanmu.. Sesungguhnya ini semua sudah terbentang di hadapan kita, hanya tinggal kita untuk memilih jalan mana yang ingin dipandu..

Semoga kita diberikan kekuatan untuk memilih jalan yang diredhai-Nya. Berbaktilah hanya kepada yang halal yakni, suamimu! Jangan sesekali menyerahkan kebaktian dan maruahmu kepada yang tidak halal!!!

Terima kasih ya Rabbul Izzati!!

No comments:

Post a Comment