assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Friday, February 10, 2012

Beruntungnya menjadi seorang yang bergelar muslimah!

Bismillah..

Macam panjang je kan tajuk kat atas tu?? tapi, ada den kisah?? ;p

Sebenarnya aku terfikir nak buat entri ni bila ada terbaca satu ruangan kat surat khabar tadi. (lambat skit baca surat khabar hari ni), dan entri ni sebenarnya ada kaitan dengan entri INI. Kalau tengok balik apa yang Rasulullah S.A.W. pesan tu kan, Allahuakbar!! terasa beruntungnya dilahirkan sebagai seorang perempuan. (jadi lelaki pun beruntung, tapi disebabkan entri ni pasal perempuan, maka tutup kejap bahagian tu...;p)

Sebab apa den cakap macam tu?? OK, kita tengok satu-persatu.

1 Dengan hanya membuat tepung, seorang wanita sudah memperoleh pahala, malahan bukan itu sahaja, darjatnya turut diangkat oleh Allah S.W.T. Subhanallah, pemurahnya Engkau ya Rabb! tapi, zaman sekarang ni rasanya macam dah susah skit la nak cari isteri yang buat sendiri tepung tu sebab.. ye la.. zaman benda dah siap sedia semua kan? dah siap packing sekali. tinggal nak keluarkan duit je lagi..dan lagi, kebanyakan perempuan zaman sekarang ni berkerjaya.. maka, itu mungkin merupakan salah satu alasan penyebabnya. dan juga, rasanya tak semua jugak yang pandai buat tepung ni rasanya. (aku pun mungkin termasuk sekali la kot). DAH RUGI SATU PAHALA! hrmmm..

2 Haa...yang ni kalau tak buat yang pertama tadi, macamana nak lepas yang ni kan??  ye la..kalau dah tak buat tepung, macamana nak keluar keringat tu.. betul tak?? LAGI SATU RUGI...

3 OK, yang ni ada peluang lagi ni.. bayangkan, dengan hanya meminyaki, menyisir rambut, dan mencuci pakaian anak-anak, kita ada peluang dapat pahala yang sangat besar, iaitu umpama memberi makan kepada seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian. Allah, peluang tu!

4 Yang ni, mintak dijauhkan la..

5 OK, banyak-banyak perkara.. bahagian inilah yang paling penting apabila seorang wanita itu sudah bergelar isteri, yakni keredhaan suami ke atas kita. Ingat, keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan suami apabila kita sudah berkahwin. (Semoga diriku dapat melakukan yang terbaik apabila tiba saatnya kelak.. ;p)

6 Baiklah, ini juga sangat menarik perhatianku. Betapa beruntungnya dilahirkan seorang perempuan. Bayangkan, sepanjang 9 bulan anda mengandung, para malaikat mendoakan keampunan, setiap hari diberikan seribu kebaikan serta dihapuskan seribu kejahatan pula, dan aku jugak pernah dengar dan baca yang mengatakan bahawa solat seorang ibu yang mengandung itu jauh lebih besar pahalanya dibandingkan dengan yang sebaliknya (ye la kan, kalau solat orang yang berkahwin dengan orang bujang pun dah berbeza, apatah lagi seorang perempuan yang mengandung).

Tak cukup dengan itu, ketika wanita merasakan sakit saat hendak melahirkan, Allah menetapkan pahalanya bersamaan dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Allahuakbar, Maha Pemurahnya Engkau! Seperti yang kita sedia maklum, zaman ini bukanlah zaman sepertimana zaman Rasulullah dan para sahabat yang sentiasa ada peluang untuk sama-sama menyertai ke medan peperangan (ya.. memang ada lagi, tapi tidak sebanyak dan bukan semua tempat, terutamanya di Malaysia ini). Jadi, boleh bayang tak betapa beruntungnya kita wahai muslimah yang disayangi?? Di saat para lelaki sukar untuk turun berjuang di jalan-Nya, namun kita?? dengan berbekalkan sakit saat melahirkan.. kita sudah mampu untuk beroleh ganjaran yang sama dengan mereka yang berjuang di jalan-Nya. Seharusnya seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Seterusnya. dosa-dosa seorang yang melahirkan juga akan dibersihkan sebagaimana anak yang dilahirkan. Allah.. tidak terkata betapa pemurahnya Engkau ya Allah!! Dan apabila seorang wanita itu meninggal saat melahirkan pula, Rasulullah menjelaskan bahawa dia tidak akan membawa sedikitpun dosanya, bahkan di dalam kubur kelak dia akan mendapat taman yang sangat indah serta diberikan kepadanya pahala sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah. Cuba hayati balik, pahala seribu orang ok, bukan seorang! Allah.. Para malaikat pula mendoakan keampunannya sehingga hari kiamat.

7 OK, yang ni pulak.. Baiklah, sebagaimana sedia maklum, antara tujuan sesuatu perkahwinan itu adalah untuk memenuhi tuntutan fitrah semula jadi setiap manusia yang memerlukan  pasangan hidup dan zuriat yang bersih dan soleh serta untuk menyalurkan tuntutan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syara'. Jadi, sebagaimana sabda Nabi S.A.W., barangsiapa yang melayani suaminya sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, maka tidaklah ada padanya melainkan diampunkan dosa-dosanya (ok, aku sedar ayat aku macam kuno skit kan?) serta akan dipakaikan pakaian padanya di hari kiamat kelak dengan pakaian yang serba hijau (jadi, fikir-fikirkanlah balik sape yang anti hijau sangat tu..;p). Tak cukup dengan itu, setiap rambut di tubuhnya akan diberikan seribu kebaikan. Boleh kira sendirilah kan betapa banyaknya rambut anda. Wanita itu juga akan diberikan pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah. Bayangkan sendiri la, kalau sekali pun banyak mana dah pahalanya..ni kan pulak seratus!

8 Haaa.. tengok, betapa bertuahnya kita! =) dengan hanya tersenyum di hadapan suami, Allah yang sentiasa dekat dengan kita ni, akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih. Allah! kalau Allah dah pandang kita dengan pandangan yang sedemikian, apa lagi yang nak diharapkan??

9 Rasanya tak susah mana untuk melakukan hal ni.. kan?? Jadi, jangan lepaskann peluang! Hanya bentangkan alas tidur untuk suami dengan senang hati sahaja, para malaikat akan menyeru dari langit agar menyaksikan pahala amalannya serta dosa-dosanya yang lalu dan akan datang juga akan diampunkan oleh Allah. Allah, besar sungguh ganjarannya!

10 Konklusinya, marilah kita sama-sama merebutnya demi mencapai mardhatillah.. Ingat, semua ni mesti dilakukan dengan ikhlas! ^_^


**haihh...beruntungnya sape yang dah kahwin kan??
    rasa macam nak tukar cita-cita jadi suri rumah la pulak... ;p

6 comments:

  1. nais..byk hikmah jdi pompuan yg dh kawen ni..
    anda bile lagi??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah sampai masanya, Allah akan bukakan pintu hati diri ini dan dirinya untuk ke arah itu.. doakan.. (even, den sendiri pun xtahu sape "dirinya" itu.. haha)

      Delete
  2. aminn..moga2 dipercepatkan..hehehe..

    ReplyDelete