assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Sunday, December 23, 2012

'dia' yang ku cinta.. ^_^

Bismillah..

baiklah, mula-mula kita tengok tajuk tu dulu. biar aku ulang lagi sekali. 'dia' yang ku cinta. haaa... agak-agak sape?



jeng







jeng








jeng!





Dialah..........







Wan Su Aida binti Wan Mohamad!



^_^


Saya sayang dia sangat-sangat.. (jangan risau, aku masih lagi normal sebagai wanita. haha) Sebenarnya dah lama nak tulis entri pasal ni. Tapi, asyik bertangguh je.. Tapi disebabkan kami tengah dapat keizinan untuk "membebaskan diri" seketika ni. Maka, aku putuskan untuk ambil peluang ni bagi melaksanakan apa yang tertangguh sekian lamanya. ^_^

Aku panggil dia su / aida / wan su / wan / awok dan juga cikgu aida. Haha.. banyak tak aku punya panggilan untuk dia sorang je? Yang terlintas sekarang ni itulah dia senarai nama panggilannya, yang tak terlintas tak tahulah. haha.. Aku bukan apa.. Aku ingat je nama penuh dia, no matrik dia (ada kaitan tak? haha).. cuma, dah tabiat aku.. bila dengan dia je, macam-macam nama yang keluar.. haha.. ikut suka mulut aku je nak panggil dia apa.. hehe.. maaflah su.. tapi biasanya aku panggil dia su lah..

Aku mula kenal su ni masa di KISAS dulu. Walaupun kami satu negeri, tapi KISASlah yang menjadi asbab pertemuan kami. Di sana, kami satu kelas. Sebenarnya, masa di KISAS dulu, kami takdelah serapat macam kami di sini sekarang ni kot. Bukanlah tak rapat langsung, cuma ada yang lebih rapat. Sebab kami dulu satu kelas semua ahlinya muslimat. Maka, memang macam satu keluargalah. Sangat indah untuk dikenangkan kenangan di sana. Tapi, entri ni bukan untuk kenangan di KISAS, tapi istimewa aku dedikasikan untuk su. Jadi, kita tutup kejap pasal KISAS. hehe..

Baiklah, aku sebenarnya sangat kagum dan hormat dengan su ni. Bagi aku, dia serba boleh. Serius, sape yang jadi suami dia memang bertuah. ^_^ Dia pandai memasak, menjahit, seorang yang cinta dan sayang akan kanak-kanak, peramah, periang, pandai membawa diri, mengutamakan keluarga, rapat dengan keluarga (tiap-tiap hari dia akan call keluarga dia), pandai dalam ilmu akademik, tak kedekut ilmu, ada agama yang baik, sejuk mata memandang, sopan, pandai dalam ilmu kepimpinan, dan banyak lagi la kalau aku nak senaraikan semua. hehe

Dia ni ambil kos yang sama dengan aku di UPSI ni, iaitu Bahasa Melayu. Aku sebenarnya sangat kagum dengan penguasaan ilmu dia. Dan perkara ni diakui sendiri oleh cikgu kami di KISAS dulu. Ok, aku bagi bukti sket.. Dulu masa di KISAS, kami ada buat karangan Pengajian Am (yang penuh dengan fakta tu) dan macam biasa cikgu akan tanda jawapan kami tu. Dan tahu tak sape yang dapat markah yang paling tinggi waktu tu? Su lah orangnya! Dan bukan tu sahaja sebenarnya, cikgu siap cakap lagi.. "Cikgu dah lama tak jumpa karangan yang sebagus ini, dan hari ni cikgu dah jumpa balik.." dan orangnya ialah Su. Allah.. Nampak tak? Aku punyalah kagum waktu tu.. Dan memang biasanya dalam kelas, kalau exam BM kertas 2 yang karangan tu, Su antara pelajar yang dapat markah tertinggilah.

Antara bukti lagi.. Pensyarah sintaksis kami sendiri pun turut memuji beliau (tudiaa.. dah tukaq beliau pulak.. hehe) masa kami bentang kat depan kelas hari tu. Katanya, bagus! (untuk pengetahuan, pensyarah tu bukanlah seorang yang senang-senang je nak puji kalau pelajar dia tak betul-betul bagus dan betul, beliau sangat mementingkan kualiti.. dan Su telah membuktikannya! ^_^) Sebabnya, bahagian yang dia bentangkan tu ada ayat yang tak semua orang boleh pasifkan ayat tu. Dan dia boleh pasifkan ayat tersebut. Sebab kalau tengok ayat tu, agak mengelirukan. Kalau aku sendiri pun tak tahulah dapat buat ke tak.

Antara kelebihan Su jugak ialah dia paling suka dan minat bahagian 'kata kerja', yang mana bahagian tersebut sebenarnya merupakan antara bahagian yang tersusah dalam tatabahasa ni. Jadi, bila dah dapat kuasai bahagian yang paling susah, yang lain? fikir-fikir sendirilah kan.. ^_^

Aku pernah cerita kat roomate aku bahawa aku sangat kagum dengan Su. Dan Su sebenarnya antara yang menjadi rujukan aku dalam ilmu Bahasa Melayu ni. Dia antara guru aku. Serius, aku bukanlah niat nak mengagung-agungkan dia, cumanya aku yakin dengan dia. Masa semester 1, kami memang macam belangkas. Pergi ke mana-mana, mesti berdua. Sampaikan kalau aku sorang2.. mesti ada yang tanya, Su mana? Nampak tak betapa 'belangkas'nya kami? haha (apa punya ayat daa..)

Cuma, bila naik semester 2 dan 3, kami dah makin kurang 'belangkas'nya.. =( Sebabnya, kelas kami dah banyak yang tak sama. (in sya Allah kalau dalam ilmu Allah, kita akan jadi belangkas lagi sem depan walaupun bukan di UPSI, siapa tahu.. kan? hehe ) Dan masing-masing ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan. Kebetulan pulak, bidang komitmen kami berlainan. Su lebih kepada kolej, manakala aku lebih kepada surau. Cuma ada satu atau dua sahaja bidang komitmen kami yang sama. Tapi, alhamdulillah.. kami ada penghubung hati. Maka, itu bukanlah penghalang untuk kami saling berukhuwah..  ^_^

Aku paling suka bila saat kami mengadakan sesi luahan hati. Dan biasanya benda tu berlaku secara tidak dirancang. Spontan. Sampaikan aku pernah menangis depan dia. Oh, sesungguhnya aku bukanlah seorang yang mudah-mudah je menangis depan orang. huhu.. Tapi, dah lama kita tak buat sesi tu kan Su? =)

Hrmm... sebenarnya, aku tak boleh tulis panjang-panjang entri ni.. (sebab rasa macam dah makin hangat je mata ni.. haha). Akhir kata, saya sayang awok sangat-sangat Su, kerana-Nya in sya Allah.. Awok, tegur dan tariklah saya seandainya dirasakan ada yang pincang di pihak saya. Dan maaf juga buat seinfinitinya andainya ada hak-hakmu yang belum dan tidak diri ini tunaikan. :')

"Ya Allah,
Engkau redhai dan berkatilah ukhuwah yang terbina ini,
Semoga dengan ukhuwah ini,
Dapat membantu kami untuk saling bergandingan tangan menuju ke Firdaus-Mu,
Semoga dengan ukhuwah ini juga akan menjadi salah satu asbab untuk kami beroleh syafaat-Mu kelak..
Aamiin ya Rabb..

p/s:
kami jadi VVVIP arini!  terima kasih kepada pengarah program.. rasa macam nak lantik dia lagi je jadi pengarah program lepas ni, kan Su? haha..  =P

9 comments:

  1. Su Aida..memang..bertuah sape yg dpt die..tp syg..sy takde abg yg bujang..huhuhu :P
    kirim salam pada beliau ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? haha.. den bukan xdak abang yang bujang, abang pun xdak.. =) in sya Allah..

      Delete
  2. yup...as a roomate najiha...always hear the great thing of u su aida
    as a senior...i also proud of u

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ni jugak antara salah seorang yang menjadi tempat luahan rasaku.. =P

      Delete
  3. rindunya dengan sue.
    sangat diakui bahawa su sangat serba boleh,,

    memang bertuah siapa yang dapat menjadi suami dia.
    Kagum sangat dengan sue!
    sayang su dan semua sahabat..
    NURUL NAJIHAH pun ada juga kelebihan dan keistimewaan yg buat saya kagum pada beliau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, su mmg serba boleh.. sampaikan ramai yang cop dia untuk memimpin satu2 gerak kerja kat sini.. ^_^ sebab tu dia bizi memanjang tu..

      sayang anda juga NOR NABILAH BINTI MOHD NOH! (sesungguhnya, anda juga ada nilai yang tersendiri di mata dan hatiku..) ^_^
      sesungguhnya apalah sangat yang diri ini mampu lakukan nabilah.. haza min fadhli Rabbi.. =)

      Delete
  4. Allah... dah menitis air hujan kluar dr mata dan hidung saya baca entry ni..
    saya xde la baik sngat mcm yg awok tulis ni.. rse mcm hiperbola pon ad.. stiap manusia kn ad kkurangannya.. Lbih kurang je kite pon.. awk pon ad kelebihan dan keistimewaan hk xde pd org len..
    ap2 pon.. alfu shukran..
    saya pon SANGAT2 sayang NURUL NAJIHAH RAMLI @ najihatussolehah kerana Allah..
    Barakallahu fiq... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u make my cry.. hua3..

      mmg setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing2.. tp, sbg sahabat.. kita diajar utk mempamerkan yang terbaik sahaja.. yang kurang disembunyikan seboleh mungkin.. ^_^

      Delete
  5. siapalah Anoynymus tu ye..tertanya2..hihi

    ReplyDelete