assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, July 18, 2012

keliru aku.

bismillah..

Sehari dua ni, aku rasa macam-macam dalam hati ni. Apa kena ntah.. apa maksud pun aku tak tahu, tapi serius perasaannya bercampur-baur. Ada gumbira, ada bedebo, ada............. ntah, aku pun tak tahu nak describe macamane. Tak tahu nak kategorikan perasaan tu jenis apa. Aku bukan amek kaunseling, aku amek  BM. haha.. ok, pendahuluan yang berterabur.

Alhamdulillah, 14 Julai yang lalu aku ada dipanggil untuk mengendalikan satu slot bahasa Melayu di sekolah lama aku, iaitu SMK(A) Durian Guling, Terengganu. Pendek kata, jadi fasilitator la. Mad'u-mad'u aku tu adik-adik tingkatan 6 atas. Depa beria ucap terima kasih, padahal aku pun bekas pelajar tu jugak walaupun tingkatan 6 aku di KISAS. Takde apa la kawan. Apalah sangat setakat bantu sikit-sikit tu kalau nak bandingkan jasa warga sekolah tu kat aku sepanjang aku 5 tahun kat situ. Lagipun, aku sempat apa tingkatan 6 sekejap kat situ, dalam seminggu ke dua minggu macam tu la kot. Aku pun tak ingat. hehe.. 

Slot yang aku 'handle' tu bermula pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Ustazah pesan, mintak tekankan bahagian kata kerja, ayat pasif dan ayat songsang, sebab adik-adik tu lemah bahagian tu katanya. Aku pun buat la ulangkaji skit pasal tu kat rumah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu aku untuk sem depan dan mengekalkan ingatanlah kan. :D Aku jugak ada sediakan serba sedikit formula yang aku dan kawan-kawan sekelas dulu guna sepanjang kami belajar kat KISAS dulu. Tapi, formula tu mengenai sejarah bahasa Melayu dan fonologi. Takpelah, aku amek keputusan untuk terangkan formula tu di akhir-akhir slot.

Alhamdulillah, sepanjang aku mengendalikan slot tu dengan dibantu oleh beberapa lagi orang kawan, aku dapat lihat kesungguhan adik-adik tu untuk belajar dan faham sampai bertubi-tubi soalan depa tanya aku, walaupun pada awalnya aku tengok depa ni macam senyap je, macam takde nak tanya apa-apa. Akhirnya, tak menyempat nak menjawab soalan yang ni, yang tu pulak tanya. Pas tu jap lagi, yang tu pulak tanya.  Agaknya itulah perasaan seorang guru. haha.. Nasib baik berjaya melepasinya dengan bantuan buku, ingatan, kawan dan yang paling aku hargai skali, Su Aida yang berada jauh nun di KISAS. Terima kasih banyak sahabat. hehe.. Walaupun beliau sibuk dengan program di KISAS masa tu, tapi masih lagi sudi membantu aku. (Beliau ni memang antara yang menjadi tempat rujukan aku untuk BM ni.. ^^ pendek kata, antara sifu aku la).

Akhirnya, setelah bertubi-tubi soalan dilepaskan dan aku bagi penerangan setakat yang termampu, menjelmalah waktu slot berakhir. Dalam pukul 10.30 jugak habis sebab banyak sangat soalan. Dalam pukul 10.15 macam tu baru aku mula bagi penerangan pasal formula yang aku cakap tadi tu. Alhamdulillah, mereka dapat menerimanya dengan baik dan nampak ke'excited'an masing-masing. Aku pun seronok. Hilang segala sakit kepala sebelum datang. Serius! Tapi, disebabkan dewan tu ada budak tingkatan 3 nak guna pukul 10.30, maka aku pun terpaksalah skip beberapa formula. Aku terangkan yang mana terpenting je. Yang lain bukan tak penting, cuma mungkin depa boleh faham kot berdasarkan lampiran yang aku sediakan tu. Yang aku terangkan tu, yang agak-agak macam tak faham kalau tak bagi penerangan. Lagipun, aku dah pesan.. kalau tak faham boleh hubungi aku balik, dan nombor aku boleh amek dengan kak Syarifah (salah seorang fasi).

Jadi, setelah selesai semuanya.. aku pun bersalam-salamanlah dengan adik-adik tu (yang perempuan je la). Dalam pada tu, sempat lagi aku bagi penerangan pasal formula yang tak sempat nak cakap tadi masa bersalaman. haha.. Bukan apa, aku rasa rugi sangat kalau depa tak boleh kuasai soalan-soalan yang berkaitan dengan formula tu. Sebab sepanjang pengalaman aku jawab soalan STPM untuk subjek BM, dari tahun 1996 tak silap yang paling lama sampai la tahun 2010, soalan tu memang akan keluar. Confirm! Boleh tahan banyaknya jugak, walaupun tak sebanyak kata kerja. Sebab tu, aku terangkan jugak kat depa. Harap-harap berguna la. Aritu masa program di KISAS pun, masuk-masuk je kelas BM, aku terus terang pasal formula tu. haha.. Adik-adik tu pun esaited. 

Sebenarnya, lepas slot BM tu ada slot terakhir, iaitu slot Syariah dan depa ajak aku join skali, tapi aku cakap aku tak boleh sebab pukul 12 nanti, sepupu belakang rumah aku nak bertunang. Aku tak nak la tertinggal momen indah tu kan. hehe.. Lagipun, aku tak amek pun subjek Syariah dulu masa tingkatan 6. Sempat masa tingkatan 6 bawah je sekejap, 6 atas aku amek Usuluddin je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku tak nak lah nanti tersalah ajar ke apa. Tak gitu?

Maka, aku pun pulanglah ke rumah balik. Sampai-sampai rumah, lepas simpan beg terus pergi rumah sepupu aku. Tengok mana-mana yang boleh dibantu, tapi nampaknya Allah izin aku berehat dulu kejap sebab semua kerja dah siap. Tunggu rombongan dari Selangor je. Selamat aku. haha.. takdelah. Jadi, aku pun duduk lah bersembang dengan sedare-mare aku kat depan tu.

Sembang punya sembang, ntah macamane ntah tiba-tiba terkeluar pasal lesen pulak. Sampai dengan aku-aku kena skali. Tapi, takpe.. aku rilek je. Bila ada yang tanya aku bila nak buat lesen, aku cakap.. "dok wase nok agi" (haaa.. pandai-pandai la kome translate sendiri.. :P). haha.. Dah aku memang takde perasaan lagi nak buat lesen tu. Lagipun, aku dah cakap dah dengan ayah aku, nanti cuti sem 4 ok la buat, dan ayah aku dah bersetuju pun. So what? Ada aku kesah? haha..

Tapi, tiba-tiba dialog ni terkeluar (yang ni aku dah translate siap-siap) :


-------------


mak : tapi, lesen nak kena ada jugak.. senang nak bergerak.

aku : takpela, sem 3 atau 4 nanti orang buat la (nampak tak makin awal tu? haha)

mak : tahun akhir pun boleh buat..

aku : aishh.. lewat sangat tu. sem 3 @ 4 ok la tu.. kang nak praktikal lagi..

mak sedare : kang nak g mana-mana senang. 

mak : senang je, kalau tak nak amek lesen pun takpe.. kawen je.. ada orang hantar.. :P

aku : =.-  (dalam hati : aritu gaya macam nak suruh habis blajo dulu. kompius aku.. haha)


-------------


Ok, nampak tak betapa banyaknya situasi baru boleh sampai kepada maksud tajuk yang tertera kat atas tu? haha.. Tapi, aku rasa mak aku tak brape nak serius pun tu. Terpengaruh tengok orang nak dapat menantu la tu.. :P (walaupun, adakalanya aku rasa macam serius jugak atas beberapa faktor). Lagipun, aku rasa aku nak habiskan belajar dulu. Kalau boleh kerja dulu pun ok jugak tu. Maksudnya dalam 3 @ 4 tahun lagi la kan? Dan masa tu, umur aku 24 @ 25 macam tu. Alaa.. takpe, semua tu urusan Allah. Aku tinggal usaha (jangan ingat soal jodoh cukup sekadar berdoa je.. kalau nak cakap pasal usaha ni, nampaknya aku kena buat entri lain la kot), berdoa, dan tawakkal je lagi. 

Aku perasan, yang mak aku sekarang ni dah pandai nak cucuk-cucuk aku tanya aku ni dah berpunya ke belum. Aku cakap je la jujur-jujur yang aku takde sape-sape. Sampai yang kakak dan adik aku pun, mak aku ada tanya aku directly aritu. haha. Aku jawab je la setakat yang aku tahu. Nasib la kome..  :P

Pendek kata (walaupun macam dah terlebih kata dah entri aku ni), hidup ni best kalau 'memberi'. Ada kaitan ke?? haha..

5 comments:

  1. Haha. 3 in 1 entri ko nie jihah!
    1st:tahniah sbb ko tlah manfaatkn ilmu yg ko blajr dgn ajr bdk2 tu. B'bkti pd skolah lama. which is good! Proud of you!

    2nd: aku pun nak gak amek lesen kete. Nk smbung. Aku plan awl ramadhan nk g tp ko doaknlah aku rajin pegi skola memandu tu. Mls gler weh nak pegi. Haha.

    3rd: ada jodoh xkemana ji'ah. Biasalah tu mak2, adik bradik sbuk tnya calon.. Dorg risaukn kita la tu.. Pdhal kita bru blajar lgi xhbis lg. Hadapi sgala soalan dgn syuman. Haha. Sbb kita sndri xtaw nk jwb pa pasai takdak ehem2 lg. Jihah! Cinta pas nikah! Gambate!! Hee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. apa nak buat.. malas nak buat entri banyak kali. maka, gabung je la semua.. haha.. (tapi, ada nampak kesinambungan tak cerita aku tu?? :P)

      laa.. aku ingatkan ko dh siap lesen tu.. hihi..

      tahu xpe weh, aku hanya mampu speecheless sambil tersenyum je dapat soalan mcm tu.. haha.. yup! moga Allah jaga hati kita.. ^^

      Delete
  2. belum siap lagi.. nak kena pergi renew lesen lagi before sambung belajar..leceh giler...malas! malas! HAHAHA..
    ko bayangkan.. dah dekat setahun kot aku tangguh.. agak2 cikgu tu mesti dah lupa gila kat aku..kui3x..

    ReplyDelete
  3. hahaha..ade makne tu sblm nk smapai ke tujuan sebenar..heheh..majaz majaz

    ReplyDelete