assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Wednesday, May 30, 2012

tenangkanlah ya Allah~

bismillah..

hari ini aku dapat tahu mengenai satu hal yang membuatkan aku tertanya-tanya sebelum ini. Alhamdulillah, keputusannya seperti yang aku harapkan. tapi, entah kenapa hati ni semacam ada yang tidak kena ya Allah.. seakan ada yang tidak beres. sudah aku cuba untuk melupakannya, untuk menghilangkannya, untuk melenyapkannya, jenuh aku mengatakan pada hati bahawa itu hanyalah mainan perasaan semata-mata.. tapi, kenapa ia tetap hadir ya Allah?

sejujurnya, aku rasa sangat bersalah kerana perasaan ini hadir. seakan aku tidak meredhainya, seakan aku tidak mengikhlaskannya. sungguh aku tidak kuat untuk melawan perasaan ini.

ya Allah, semoga apa yang aku fikirkan, semoga apa yang aku bayangkan ini hanyalah mainan perasaanku semata-mata.

in sya Allah dia boleh Najihah! Engkau berilah dia kekuatan untuk mengemudinya ya Allah.. semoga Islam terus tersebar di bumi murabbi ini dengan pimpinannya ya Allah. dan Engkau berilah jua aku kekuatan untuk aku bersama-sama dengannya membantu menegakkan agama-Mu ini ya Allah.

1 comment:

  1. KENAPA JIHAH??
    SEMOGA DIPERMUDAHKAN LAH YER..
    (OPSS TERCAPS LOCK..MALEH NAK BETULKAN.HEHE)

    ReplyDelete