assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Friday, August 26, 2011

Akhirnya terjawab sudah persoalan kami.. ^_^

Assalamualaikum.. (saya nak guna kata ganti nama saya kali ni)

First of all, i wanna say ALHAMDULILLAH...^_^
Entri kali ni khas saya buat untuk sorang sahabat muslimin saya, iaitu Wan Mohd Murshid bin Wan Mohd Yusoff. Beliau yang merupakan bekas presiden BADAR KISAS 09/10 akan menamatkan zaman bujangnya bermula 10 september 2011 ini bersama pasangannya Khairunnisa binti Ibrahim. (tetibe ayat skema..hehe)

OK, terkejut tak kalau anda duk tempat saya?? kompem terkejut kan?? seriouslly, first2 dengar tadi..perasaanku, sangat2 terkejut + teruja + xleh percaya + tumpang gembira + alhamdulillah..hehe

Akhirnya...terjawab jugak segala persoalan kami batch form 6 KISAS 09/10..hehe...kalau dulu, asyik duk tertanya-tanya je: "sape la ye yang kawen dulu antara kita??" ;p dan alhamdulillah hari ni, saudara Murshid telah merungkaikan segala persoalan tersebut.. >_< 

Sebenarnya xde niat pun nak tulis panjang2 untuk entri ni..so, saya akhiri dengan serangkap doa buat bakal pasangan mempelai..(seyes janggal sebut word ni untuk sahabat yang sama umur..hehe)

"Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baina kuma fi khoir.."


p/s: dah 2 tahun berturut2 sahabat STAM mendahului, sahabat2 STPM sape nak mulakan ye?? ^_^

x sabo nak dapat anak buah..;p

Saturday, August 6, 2011

Membawa Kanak-kanak ke Masjid

Diriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa' bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu menjauhkan kanak-kanak daripada masjid, begitu juga orang-orang gila, urusan berjual-beli, pertengkaran  dan permusuhan, meninggikan suara, melaksanakan hudud, menghunus pedang dan jadikanlah pintu-pintunya suci dan hendaklah kamu menahannya (halang) dalam perhimpunan."
(Riwayat Ibnu Majah, Thabrani Ibnu Darda')
Keterangan

Masjid yang merupakan rumah Allah SWT adalah menjadi hak seluruh umat Islam. Tiada siapa yang dapat menghalang daripada dikunjungi. Begitu juga tidak ada had masa untuk umat Islam mendampinginya. Hak keistimewaan ini akan dibatasi sekiranya disalahgunakan atau akan mencemarkan kesucian masjid.
Mengikut prinsip ini juga, orang gila dan kanak-kanak harus mengunjungi masjid, seandainya mereka tidak mencemarkan masjid atau bermain-main. Haram membawa mereka masuk ke masjid jika mencemarkan masjid dan bermain-main di dalamnya.

*******************************

Perbuatan membawa anak-anak kecil ke masjid sememangnya merupakan satu perkara yang baik. Hal ini bertujuan melatih dan membiasakan diri anak-anak kecil tersebut dengan bi'ah (persekitaran) yang suka beribadah. Lebih-lebih lagi, pada bulan yang penuh berkah ini, iaitu bulan Ramadhan.

Rasanya situasi ini sangat sinonim pada bulan Ramadhan ini. Hal ini pada dasarnya sangat bagus dan baik. Namun begitu, impak ini telah bertukar menjadi negatif apabila ada sebilangan atau segilintir ibu bapa yang membawa anak kecil tersebut bersikap melepaskan tangan. 

Melepaskan tangan di sini membawa maksud, setelah dibawanya anak kecil tersebut ke masjid dan dibawa masuk ke tempat orang ramai beribadah (yela, takkan nak tinggal dalam kereta sorang-sorang pulak kn?), anak kecil tersebut dibiarkan melakukan apa sahaja yang diingininya atau dalam erti kata lain, bermain-main.

OK, sudahlah anak kecil tersebut bermain-main dalam kawasan masjid dengan bisingnya, tidak cukup dengan itu..jika ada yang terlebih nakal sikit, ada yang sampai merempuh jemaah yang sedang beribadah, landing di tempat sujud para jemaah (haishh). Tidakkah ini satu perbuatan yang agak kurang beradab (xnak la sebut biadap kn..) dan mengganggu para jemaah yang sedang beribadah menghadap Sang Pencipta?? Seriously, ini sangat-sangat mengganggu!

Sudahlah nak mendapatkan khusyuk dalam solat itu susah (bagi aku la), ditambah lagi dengan anasir-anasir kecik ni..hrmm...betul-betul menguji keimanan.

Dalam hal ini, aku rasa ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kecil tersebut (dah memang tanggungjawab depa pn..tapi, rasanya masyarakat sekeliling pun boleh amek peranan  jugak). Sebelum bertindak membawa anak kecil tersebut ke masjid atau ke mana-mana sahaja, ibu bapa seharusnya mendidik dan menasihatkan anak-anak mereka terlebih dahulu. Adab dan tatatertib sewaktu di tempat awam haruslah diberi penekanan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Aku rasa hal ini tidak menjadi satu masalah yang besar buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar lebih beradab. Hal ini demikian kerana, aku pernah je tengok ada yang bawak anak kecil ke masjid dan budak tu elok je duduk kat tepi mak/ayah die walaupun x sama-sama menunaikan solat..dah la kiut! (tetibe..haha) ada yang lagi baik, sama-sama solat walaupun mungkin sekadar mengikut perbuatan imam dan orang sekelilingnya. (wajarlah kn..kecik lagi..) haaa...sejuk je mata tengok..


Namun begitu, bagi yang mempunyai anak kecil yang agak-agak susah nak kawal tu, rasanya solat di rumah lebih elok kott(ni bagi para ibu la..). Lagipun, memang bagi para wanita, solat di rumah itu lebih afdhal. kan?? Memangla kalau nak ikutkan, sebolehnya nak solat di masjid atau surau..lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, nak solat tarawih kan?? hrmm.. tapi, cuba fikir balik, mana yang lebih baik, sama ada nak kejar solat berjemaah di masjid @ surau atau tidak membiarkan anak kita mengganggu jemaah lain beribadah?? Fikir-fikirkanlah..

Lagipun, kalau nak solat berjemaah, di rumah pun boleh..tidak semestinya di masjid atau di surau sahaja. Ajaklah ahli keluarga lain yang ada di rumah atau mungkin jiran sebelah rumah yang mungkin terlupa nak ke masjid atau surau solat sama-sama?? Boleh aje kan.. Tapi, bagi pasangan yang mungkin baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai sorang anak sahaja, maksudnya tiada ahli keluarga lain yang boleh diajak berjemaah (yela, suami dah ke masjid kn..), tiada salahnya solat sorang-sorang di rumah. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. 

Konklusinya, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah di bulan yang dilipatgandakan segala amalan ini.
p/s: maaflah, ayat aku sekejap-sekejap skema, sekejap-sekejap tak kan?? hehe..








Tuesday, August 2, 2011

Peminangan Pendahuluan Perkahwinan

bismillah.. 
lagi skali topik berkaitan remaja...maklumlah, den remaja lagi..=)

mood: suka baca hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha 


Ramai remaja hari ini berpandangan: "Sekarang zaman moden, remaja boleh bertunang sesama sendiri tanpa perlu melibatkan orang tua. Lagipun, wali hanya diperlukan dalam majlis akad nikah bukannya dalam pertunangan."

Seorang remaja bertanya: "Apakah sudah dikira bertunang apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadi suami dan bernikah dengan seorang perempuan melalui teknologi sekarang seperti telefon bimbit ataupun internet? Saya musykil tentang perkara ini kerana ramai sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau SMS."

Jawapan saya yang sederhana: "Apabila seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan."

Adakah mereka sudah dikira bertunang? Belum lagi kerana perlu melihat persetujuan pihak yang satu lagi pula. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun masih berbelah bahagi? Jika dia sebulat hati menyatakan persetujuan, barulah kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan ini dikira telah berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

Ya, barangkali mereka dikira bertunang, namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga. Bukan itu sahaja, bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan. Ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan golongan salafussoleh. Hasrat boleh dinyatakan melalui apa-apa medium sekalipun.

Perlu diingatkan juga, keindahan Islam ini bukan sekadar pada hukum-hakamnya atau syariah, malah terzahir juga melalui aqidah dan akhlaknya. Aqidah Islam meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh terbaik dalam setiap tindakan dan amalan.

Akhlak Islam pula memuliakan ibu bapa dan menghormati keluarga. Tidak kira sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita tetap perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia adalah perintah Allah.

Peminangan yang Mengikut Sunnah

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali. Apabila Rasulullah s.a.w. ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah; Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda, Rasulullah s.a.w. banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun, pinangan Baginda itu ditolak.

Dasar dan Hukum Peminangan

Daripada al-Mughirah r.a., sesungguhnya dia pernah meminang seorang perempuan, lalu Nabi s.a.w. bersabda kepadanya (yang bermaksud): "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)

Wali tidak boleh memaksa tetapi dia boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shu'aib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, sama ada puterinya itu gadis ataupun janda.

Pernah terjadi suatu kisah seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis. Daripada Abdullah bin Buraidah daripada Aisyah bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya: "Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak menyukainya." Maka Sayidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah s.a.w. datang."

Setelah Rasulullah s.a.w datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak bagi wanita untuk membuat ketetapan?"

Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." (Riwayat al-Nasa'i)

Nasihat Buat Remaja

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. Raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

 Sumber: 
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin
SOLUSI edisi khas isu 34
m/s 83-84

Kebiasaan yang sering kali diambil mudah??

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.'"
(Riwayat al-Bukhari dan  Muslim)

hehe...saja je selitkan hadis tu sket, nak amek mood Ramadhan la katakan.. ^_^

Actually, kali ni (setelah sekian lama blog aku ni bersawang, arini aku cube la cuci skit2 mane yang mampu) aku nak share satu benda yang aku kira sangat penting bagi seorang muslim dan mukmin. 

Bagaimanakah al-Fatihah di belakang imam??

OK, itulah fakta yang akan aku cuba bawakan pagi ni.

Baiklah, ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut:

"Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam ialah bacaannya." 
(Riwayat al-Dar Qutni)

Hal ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:

Rasulullah s.a.w. menunaikan solat subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: 

"Aku dapati kamu membaca (al-Qur'an) di belakang imam kamu." Sahabat menjawab: "Ya mengapa, wahai Rasulullah?"
Baginda berkata: "Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Qur'an (al-Fatihah) kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah."' 
(Riawayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Qur'an tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Qur'an.
(Riawayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: 

"Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam)." 
(Nay al-Awtar, jil. 2, hlm.511)
Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah:

1) Membaca tanpa wakaf.
2) Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
3) Bertukar makhraj huruf-huruf.
4) Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut "Amin" di Akhir al-Fatihah

Lafaz "amin" bererti "perkenankanlah" disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama-sama imam. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud:

"Apabila imam mengucapkan lafaz "amin", para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut "amin", para makmum boleh menguatkan "amin" bagi mengingatkan imam kerana hal tersebut adalah termasuk dalam perkara sunat.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Hal ini ialah ijtihad mazhab Syafi'e dan Hanbali.
(Al-Mughni, jil.2, hlm. 40)



sumber: 
solusi edisi khas isu 34, m/s 13