assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Saturday, February 19, 2011

Pertunangan Yang Mengikut Syari'at



Islam memberi kita maklumat yang lengkap bagaimana menyalurkan rasa kasih kita pada insan yang bergelar kekasih. Di sini beberapa langkah yang perlu diambil bagi mereka yang yakin dengan istikharah mereka (istikharah dulu)

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama: Adakah fardhu ‘ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasullullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasullullah SAW bersabda lagi:
Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua, malah sampai ke akhir hayat membawa ke syurga hendaknya

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syari’at dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syari’at Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasullullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah.
Rasullullah SAW bersabda:
Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya ”

Rasullullah SAW bersabda lagi:

Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”


Rasullullah SAW bersabda lagi:
Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasullullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka.
Katanya:
“Tiada berkahwin Rasullullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syari’at.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasullullah SAW telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:

Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.

Rasullullah SAW bersabda lagi:
Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

~ Jadilah spt rama-rama yg cantik ~

ISumber : Posted by nuriah mujahiddah 

SubhanaAllah...indahNya ciptaan-Mu ya Allah... 

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. 

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. 

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. 

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. 

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Terujaku dgn kata2 ini…Jadilah kupu2 yg tidak perlu berkempen mengatakan rupaya cantik, sekilas manusia memandang, Islam itu terselah pada peribadi kita seperti kupu2 dengn rupanya yg cantik..SUBAHANALLAH…

'Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah'

~Nurmujahiddah Solehah~

Friday, February 18, 2011

Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat




Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

> Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

> Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan  dengan syariat Allah.

> Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Thursday, February 17, 2011

bedeba + cuak = HARUUUUUU!!! huhu..

bismillahirrohmanirrohim........(kne bce basmallah lu..nk bg hlang gugup) hehe..

hrmmm....seriouslly, ak x tau knape sejak 2 menjak ni... ak rase bedeba sgt2... tahap kelajuan jantungku berdegup len dri besa rsenye... perasaan aku plak haru-biru la kte org...huhu.. mcm2 ad...takut, bimbang, risau,(same la 2 kn? hehe..), cuak...mcm2 lagi la perasaan yg x dpt ditafsirkan,,huhu.. aku btol2 tkot dan bimbang utk berhadapan dengan ari isnin dpn ni (21 feb).. adakah itu akn menjadi tarikh keramatku??? hrmmm... ak btol2 x tau nk kte ap.... rsau sgt2... sblom ni pn, ak pernah je nk g amek result exm... tp xde la cm gini tahap kebedebarannye (ad k word ni??...huhu... jnoh ak klu cg nani bce...hehe) hrmmmm..... time ak taip ni pn x hilang2 lg bedeba ni...haru la...ntah ble nk hilang...huhu...agaknye apa mksd disebalik kebedebaran (lagi skali) aku ni ha..? hrmm... ak btol2 tkot utk memikirkan semua 2... ntah macamne la result ak kali ni...hrmmm... ya ALLAH...bantulah aku utk berjaya kali ini ya ALLAH.. hanya kepada-Mu aku memohon ya ALLAH...

hrmmm... setiap kali word ni (S.T.P.M) lalu kt otak aku ni, mmg haru la perasaan aku... aku tkot sgt2 klau result aku nanti x mampu m'buatkan org di sekeliling aku tersenyum bahagia.. lebih2 ag mak ayah aku..huhu...tkot...ari ahad dpn family aku dh plan nk g selangor.. nk g amek result ak la...huhu.. mmg cuak abes!! tambah2 ag ble pk yg mak ayah aku sanggup tinggalkan keje mereka, sanggup amek cuti semata2 nk pegi amek result aku n sememangnye mereka mengharapkan aku berjaya la kan?? walaupun mk ayh aku x kluarkn apa2 statement berkenaan 2...tp, ak pham...n sbenanye, ak pn plek gak ngn mak ayh aku kali ni... dieorg x tanye pn soalan yg besa dieorg tnye kalu time2 result dh nk kluar ni...(rase2 ak blh brape??) klo x, slame ni msti soalan 2 la yg akn kluar dlu dari mulut dieorg...huhu... mungkinkah  dieorg blh agak tahap mne aku bedeba skrg ni?? huhu.. atau mungkin.... hrmmmm....ntahla...huhu...yg pntg dan yg pasti ak bmbang utk bertemu dgn tarikh 21 februari 2011 2...huhu...

hrmmm...sbenanye, ak pn rase bersalah jgak actually ble ad prasaan ni sume...knape??? hrmmm.... sbb ak rse skali skale tahap kebimbanganku utk bertemu dgn hari yg result kuar 2 lbh kuat berbanding dgn rase bimbang utk ak bertemu dgn saat2 kematianku yakni hari yg sbena2nye hari perhitungan dan result ku yg sbena...hrmmm.... ak hanyalah seorang insan kamil ya ALLAH... ampunilah segala dosa dan keterlanjuranku ya ALLAH... hanya kepada-Mu lah aku memohon dan meminta ya ALLAH... iyyakana'budu waiyyakanasta'in...

hrmmm... prasan x semua perenggan ak utk entry ni dimulai dgn hrmmm....?? huhu... sesungguhnya itu semua adalah tidak disengajakan..hehe.. k la... papepon, doakan yg terbaek utkku!! smoga ak mampu dan dapat membahagiakan kedua2 org tuaku yg terchenta...ameennnn ya Rabb... Rabbi yassir wala tu'assir...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Wednesday, February 16, 2011

Rahsia Melalui Tulisan



Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

tulisan 

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur

· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Monday, February 14, 2011

Mereka Yang Gagal Memahami Erti 'Zina Hati' (Bahagian 1)

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

            “Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

            Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

            Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

            Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

            Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

 Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

            Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi  mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

            Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

            Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja. 

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...))

Maksudnya: ((Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…))

            Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku).  Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

            Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

 Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci.  Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231). 

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

 Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

 Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu.  Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Bersambung...


Oleh:
Ahmad Fathi Muhammad
Ahad, 9 Rabi'ul Awal 1432 bersamaan 12 Februari 2011
Marrakech, Maghribi.
Emel: fathifawwaz@yahoo.com

Valentine's Day???? say NO!!!!!

Petikan ni ak dpt dri sorang kwn kt FB..Terima kasih kpd saudari Siti Nadzirah atas info ni..

Dari apa yang ak dengar dan faham, tertubuh nya valentime day ni oleh sebab kematian seorang paderi di zaman dahulu kala. Cerita dia macam ni,raja sebuah kerajaan ni tidak bagi askar askar nya kahwin masa perang berlaku. Si paderi ni pula kesian dengan askar askar yang tidak dibenarkan kahwin ni lalu beliau benarkan askar askar ini berkahwin. Apabila raja mereka mengetahui akan perbuatan paderi itu, beliau memerintahkan paderi itu dibunuh. Dan askar askar serta pasangan yang dikahwinkan paderi itu sepakat untuk bertakafur dan mengenang tarikh paderi itu di bunuh dengan mengadakan valentime day sama tarikh yang ramai orang kita(orang islam) sambut bersama kekasih mereka. Kesimpulan nya kita juga seperti askar askar itu apabila menyambut valentin (ni ustaz yang cakap dekat perak fm)



Sumber sumber lain yang boleh dipercayai





Pendapat Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.



Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.



Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.



TAMBAHAN..Terima kasih kawan yang text



9 Rabiulawal 1432H.[MOD] - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas. Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.



"Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam.



"Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.



"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya. Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.



Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.



"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.(Mkini)

Konklusinya, tinggallah bahagian kita sendiri sama ada masih nk menyambutnya atau sebaliknya..hrmmm.. tepuk dada tanyalah iman!!

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

- Artikel iluvislam.com

Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien

Sandiwara Reostat & Termometer

Semasa duduk menaip post ini, terpandang saya buku fizik yang agak berhabuk. He he. Sudah hampir lima bulan saya tidak membukanya. Saya selak dan belek-belek balik buku ni. Saya ketawa melihat contengan saya di atas buku tersebut. Cikgu duduk ajar kat depan, saya khayal melukis pedang kristal macam dalam komik senjata misteri dan pedang istimewa dari komik "Pedang Setiawan". Apa boleh buat, dah minat saya. Tiba-tiba saya terpandang satu eksperimen dalam buku ni.

Eksperimen saya maksudkan ialah eksperimen dalam tajuk heat; to find heat capacity of object. Eksperimen ini melibatkan banyak radas. Saya terfikir sejenak apabila membaca kesimpulan eksperimen, pemanipulasian reostat itu telah menyebabkan termometer itu berubah bacaaanya. Saya bukan bermaksud nak membuat post tentang fizik, cuma saya teringat ada motivasi disebalik reostat dan termometer itu. Hah, apa bendanya motivasi tu?

Manusia itu kita boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan termometer dan golongan reostat. Golongan itu dibahagikan mengikut sifat dan ciri-ciri yang ada pada radas itu. Satu pemanipulasi dan satu lagi dimanipulasi. Itulah hakikat manusia hari ini. Ada yang menjadi pemanipulasi atau pengubah keadaan seperti reostat, dan ada yang menjadi seperti termometer yang dimanipulasikan dan berubah mengikut keadaan. Jadi apa motivasi dari hakikat ini?

Sudah menjadi fitrah manusia untuk dilahirkan dengan sifat malu, rendah diri. Ada sesetengah daripada mereka, yang sentiasa berasa sangat malu selalu. Alahai hendak mendengar suara dia punyalah susah. Macam ada emas dalam mulut dia. Ada sesetengah pula tidak tahu malu. Cakap tidak berhenti-henti, orang sudah bagi isyarat berdehem dekat 10 kali dah, tak faham-faham. Uish, memang tak faham bahasa dia ni. Tapi hakikatnya sifat malu atau rendah diri yang tidak dikawal supaya jangan terkurang atau terlebih menyebabkan adanya golongan termometer dan reostat.

Kita mulakan dengan termometer dulu, sebab saya yakin, anda semua kenal sangat benda ini. Ala, kalau kita sakit, ibu kita atau doktor suruh nganga, letak dekat mulut untuk mengukur suhu badan kita. Oh, golongan termometer ni golongan selalu sakit ke? Bukan! Termometer dalam makmal fizik ke, yang kuning panjang, yang kita buat main kadang-kadang tu? Bukan jugak! Perkara yang saya nak ketengahkan ialah sifat termometer itu. Berubah ikut keadaan semasa, atau dalam kata lain dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling.

Kalau kita perhatikan dunia hari ini, memang terdapat banyak golongan termometer ini. Disebabkan kurang keyakinan dalam diri, atau malu, atau rendah diri, mereka lebih suka ikut sahaja orang di sekeliling mereka. Mereka takut untuk membuat keputusan sendiri, kerana mereka menjangkakan apa-apa yang mereka buat akan dicemuh dan dibangkang orang. Jadi mereka takut untuk mengambil langkah permulaan, sebaliknya lebih suka mengikut apa-apa yang orang dah buat.

Tidak dinafikan, jalan yang telah dilalui oleh orang lain dan terbukti selamat, itulah jalan atau pilihan terbaik. Tapi kejayaan kita akan setakat dibawah naungan orang yang pernah berjaya itu. Tidak ada bezanya dan tidak akan maju. Jikalau misalnya kawan kita itu, memilih hendak mengambil jurusan perakaunan, dan terbukti dia berjaya. Malahan dia mendapat tawaran bekerja di Bank Negara. Wah! Kalau kita ikut apa-apa dia buat mesti kita akan berjaya juga. Kalau anda rasakan ini adalah betul, sebenarnya salah.

Ada pepatah Melayu berbunyi "rambut sama hitam, hati lain-lain" dan pepatah Inggeris yang berbunyi "it's take all sort to make the world". Pepatah ini sengaja dipetik, kerana pepatah ini memberi maksud, setiap orang adalah tidak sama. Walaupun sepasang kembar dilahirkan dengan rupa dan suara yang sama sekalipun, mereka tetap berbeza. Begitu juga, anda dengan kawan anda. Anda dengan dia adalah berbeza. Mengapa harus, anda ikut cara dia. Mungkin dia boleh berjaya dalam bidang perakaunan itu, tapi bolehkah anda? Bukan bermaksud hendak merendahkan diri sesiapa, tetapi berfikirlah sejenak, kekuatan setiap orang tidak sama. Ada orang cenderung ke arah sains, ada yang cenderung ke arah kira-kira dan lain-lain.

Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup ni, kita minat pertanian. Bila beritahu ibu bapa kita, ibu bapa kata bidang itu, tidak ada masa depan. Seraya berkata "Pernah ke dalam keluarga ni ada orang berjaya dalam bidang ini?" Justeru menyebabkan kita tidak yakin, malu dengan keputusan kita itu. Maka datanglah penyakit termometer dalam diri kita. Kita berubah ikut keadaan semasa, tanpa kerelaan hati. Kalau masa itu, trend mengambil profesion perguruan yang paling terjamin dan popular, maka kita pun terikut-ikut mengambil profesion itu. Terseksalah kita andai profesion itu tidak kena dan tidak serasi dengan kita. Hal ini berlaku kerana kita menjadi golongan termometer.

Kita mengikut keadaan di sekeliling kita. Kita dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling, sehinggalah apabila kita tersedar suatu hari nanti, kita sudah tersesat dari landasan asal. Untuk maju kehadapan dan mencipta kejayaan, seseorang itu hendaklah memacu kejayaan mengikut acuannya sendiri. Setiap orang tidak dilahirkan untuk menjadi pandai. Mungkin kepandaian itu Allah telah pindahkan kepada kemahiran yang lain. Kita lihat contoh Dato' Jimmy Choo. Kalau diteliti latar belakangnya, ternyata pencapaian akademiknya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi beliau tidak menjadi termometer. Beliau cuba menongkah arus semasa, dengan menceburi bidang pembuatan kasut. Sesuatu yang asing pada masa itu, dan lihatlah bagaimana dia berjaya.

Kenali potensi diri. Cuba duduk sejenak, kenal dengan diri anda sendiri. Lihat apa kecenderungan anda? Membuat sesuatu yang anda minati dan mahir adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja kerana terikut-ikut dengan orang lain. Perubahan paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam dan dekat dengan diri, minat anda kerana itu kekal, perubahan paling buruk ialah perubahan luaran kerana itu lakonan. Fikirkanlah, kalau anda sekadar menjadi termometer, mengikut keadaan sekeliling sahaja tanpa kerelaan, dan tanpa pengetahuan mendalam tentangnya, sudah tentu anda sedang menganbil jalan yang sukar. Di dalam Al-Quran sendiri ada ditegaskan supaya jangan mengikuti sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Allah pernah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 36: Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Lihatlah cara Islam itu sendiri disebarkan. Tiada paksaan dikenakan. Misalnya ketika Salahudin Al-Ayubi berjaya menakluki Kota Jerusalem, penduduk Kristian tidak dipaksa memeluk Islam, walaupun majoriti ketika itu beragama Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak mahu penganutnya terdiri daripada golongan termometer iaitu golongan yang memeluk Islam kerana keadaan semasa. Apabila keadaan yang sedia ada berubah, keimanan itu juga turut berubah bersama. Islam amat menekankan kesedaran dan minat yang mendalam di dalam hati, dan sebagai umat Islam kita haruslah membuang sikap atau ciri-ciri termometer itu.

Beranilah untuk membuat keputusan sendiri. Berani mengambil tanggungjawab dan membuat sesuatu perkara sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepada sesuatu melainkan Allah. Jikalau selama ini kita selalu bergantung kepada ibu bapa untuk membuat keputusan, ingatlah kematian akan menjemput mereka suatu hari nanti. Begitu juga dengan mengharapkan kawan, isteri atau guru. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Disaat kita hilang pergantungan akan hilang arahlah diri kita. Tidak tentu hala dan tenteram.

Disinilah perlunya menjadi golongan reostat, iaitu golongan yang yang mengubah keadaan dan memanipulasikan keadaan. Kita yang tentukan apa-apa kita hendak kita perlu buat. Keadaan sekeliling diambil kira juga, tapi kita berpijak diatas keputusan sendiri dan memulakan langkah pertama, bukannya mengikut orang lain.

Allah menegaskan perkara ini dalam Al Quran dalam surah Ar-Raad ayat 21 yang bermaksud: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Jelasnya dalam firman diatas Allah menyuruh kita berusaha sendiri mengubah nasib kita. Kita harus mengubah keadaan, harus berani menongkah arus. Bukannya mengikut-mengikut keadaan sekeliling dan berharap keapada orang lain. Berpegang kepada ayat inilah, umat Islam mencapai kegemilangannya sekitar abad ke-14. Jikalau umat Islam pada waktu itu, menjadi golongan termometer, golongan yang mengikut keadaan semasa, sudah tentulah dunia akan hancur. Bayangkanlah, bagaimana Eropah dilanda zaman gelap kerana tentera salib membakar buku-buku ilmu, dan perpustakaan di Iskandariah atas nama gereja. Jikalau umat Islam turut mengikut perkara itu, bagaimana agaknya kesudahannya.

Fikirkanlah. Syukur Islam berjaya menjadi reostat. Islam telah mengubah keadaan semasa, malahan telah mencetuskan zaman renaissance yang bermula di Itali. Lihatlah bagaimana berbeza reostat dan termometer itu. Jadilah orang yang mengubah keadaan. Beranilah untuk berimpian dan mempunyai wawasan.

Saya faham, sekiranya kita berasa tidak yakin dengan diri kita. Tidak apa, kerana itu adalah fitrah, tapi terpulang kepada kita untuk berusaha keras. Sudah menjadi fitrah manusia itu dilahirkan bersama-sama dengan kekurangan tetapi kita diberikan kudrat untuk menutup kekurangan itu. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga kejayaan. Tidak apa jikalau pada permulaannya anda lemah dan selalu kalah, tapi masa yang berlalu akan mematangkan anda. Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

Mari kita sama-sama berusaha dan melangkah mengorak kejayaan di dunia dan di akhirat. Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun, yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat. Setiap kejaan bermula dengan langkah yang pertama. Usahakanlah yang pertama itu sebaik dan secepat mungkin.

Sebelum tu, teringat semasa Tingkatan 3, ada peristiwa berkaitan reostat. Saya ni gatal sangat tangannya, saya bermain-main dengan reostat itu. Selepas itu cikgu marah, disuruh berlari keliling sekolah sambil membawa kerusi. Haha.

Salam Motivasi!

- Artikel iluvislam.com

sewaktu ak baca artikel ni...terfikir plak ak...slame ni, mmg x dnafikan...ak pn prnh jdi golongan termometer ni...hrmmm...

Sunday, February 13, 2011





Hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu, telah aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan aku redha Islam itu sebagai agama kamu ~ surah al-Maaidah ayat 3.

Saat turunnya ayat ini, bergenanglah air mata sahabat nabi SAW, kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Baginda SAW. Ketiadaan dan kehilangan Baginda sentiasa dirasai sehinggalah ke zaman ini. Kami merinduimu Ya Rasulullah SAW... SALAM MAULIDUR RASUL!!



Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Tindakan Penyelesaian

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.

Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Peranan Pihak Terlibat

Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.

- Artikel iluvislam.com