assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Monday, May 27, 2013

Sayangi mereka ya Rabb..

Bismillahi wal hamdulillah..


: : 25 Mei 2013 : :

Alhamdulillah, semalam telah selamat program yang terakhir mungkin untuk sem empat ni di UPSI yang aku handle. Alhamdulillah thumalhamdulillah! Semester 4 yang penuh dengan kenangan dan pengalaman.  Banyak perkara yang aku belajar. Baik jadi AJK pengisian, penerbitan dan informasi, keselamatan dan penginapan, makanan, pendaftaran, protokol, pemantau mahupun setiausaha. Variasi tugas, sudah tentu variasi cara pelaksanannya. Alhamdulillah, Allah izin aku belajar banyak perkara sem ni daripada senior-senior dan sahabat-sahabat yang sangat baik dan memahami.

Berbalik kepada event semalam, aku tidaklah bercadang untuk mengambil gambar sebagaimana yang lain, meskipun yang datangnya ialah Farah Asyikin yang OIAM tu. Sebab aku bukanlah orang yang suka bergambar dan diambil gambar. Tapi, apabila melihatkan dan memikirkan ramai yang mengambil gambar untuk kenang-kenangan, bahkan hampir setiap orang berbuat demikian, hati aku mula berubah arah. Aku mula terfikir bahawa itu mungkin program terakhir yang aku dapat bersama-sama dengan mereka, terutamanya dengan akak-akak sem 6 yang akan berpraktikum dan sem 8 yang akan menamatkan pengajian mereka di UPSI ni.

Sebaik sahaja program berakhir dan semua orang mula mengambil gambar dengan Farah dan sahabat-sahabat, hati aku tiba-tiba jadi sayu dan touching. huhu.. Lantas aku membawa diri ke belakang pentas seketika. Tiba-tiba kelopak mata terasa hangat lalu menjatuhkan air yang sangat berharga. huhu.. Aku pun tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Aku tengok orang lain semuanya seronok dan bahagia. Tapi, aku tiba-tiba sedih. Aku sedih mengenangkan yang aku bakal ditinggalkan oleh senior-senior yang sangat-sangat baik hati dan penyayang. Mereka antara yang menjadi penguat aku sepanjang keberadaan aku di UPSI. =( Sungguh aku tidak dapat membayangkan kehidupan aku di UPSI ni sem depan tanpa mereka.. Sedangkan sem depan aku sangat, sangat dan sangat perlu sokongan dan dokongan yang sangat-sangat kuat. :'( tapi, aku tahu dan yakin, aku masih ada Allah.. cuma, agak sedih dengan ketiadaan mereka di hadapan mata. huhu

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku sangat-sangat menyayangi mereka meskipun mulut ni jarang, malah mungkin ada yang tidak pernah aku nyatakan kepada mereka. Mereka sentiasa mengingatkan dan mengajak aku ke arah kebaikan. Aku sendiri tidak pasti macamana aku boleh begitu dekat dengan mereka, padahal aku bukanlah satu batch mahupun satu kos dengan mereka. Mungkin kuasa ukhuwah fillah? in sya Allah..


Aku masih ingat dan akan selalu ingat kebaikan-kebaikan mereka. Aku ingat lagi yang....

Kak Asma selalu ajak aku untuk buat baik sama-sama. Kalau beliau nak buat sesuatu kebaikan, beliau tak lupa untuk ajak aku. Baik nak pergi ke mana-mana program agama, mahupun untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. Setiap hari khamis pulak kami in sya Allah akan selalu ada 'date' pukul 6.30 di tempat biasa. kan kak Asma? hehe.. (lepas ni mesti rindu dan teringat.. huhu) Pernah jugak satu hari tu kak Asma tanya aku sama ada ada pape yang beliau boleh tolong aku dalam bab siapkan esaimen. Allah, padahal aku rasa dia sendiri pun ada keje lagi.. Memang buat aku tersentuh.. Banyak perkara aku belajar daripada beliau secara tidak langsung. Disebabkan beliau seorang yang suka bercerita, maka banyak jugak perkara yang aku dapat daripada beliau secara langsung baik dari hal yang sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besarnya. =) Dengan beliau, terutamanya sejak dua menjak ni.. Aku mudah bebeno rasa rindu bila lama tak jumpa, meskipun baru dua tiga hari tak jumpa. Hati dan mata asyik tercari-cari kelibat beliau. huhu..

Kak Ika (sebenarnya umur kami sama, tapi disebabkan beliau senior sem, maka aku panggil beliau akak.. =) juga merupakan antara orang yang rapat dengan kak Asma tadi. Daripada beliau, aku banyak belajar skop-skop kerja kelab. Beliau seorang yang tidak lokek ilmu. Kalau tak tahu tanya je beliau. in sya Allah ada jawapannya.. =) Kak Ika pun sama macam kak Asma. Beliaupun ada tanya sama ada aku nak mintak tolong beliau untuk siapkan esaimen aku ke tak. Sedangkan waktu tu, beliau sendiri pun tengah struggle untuk siapkan esaimen beliau. Allah.. mulia sungguh hati mereka ya Allah.. :')

Kak Mira Radzi pula seorang yang sangat memahami juga mendebarkan tapi ceria. haha.. Bukan apa, beliau suka bagi kata-kata yang buat aku bedebo. Juga seorang yang suka 'senget'kan orang.. hehe.. jangan marah naa.. :P

Kak Nik Amirah (pun sama umur dengan eden jugak sebenarnya.. hehe) a.k.a ummi pula seorang yang tidak suka menyusahkan orang, bahkan sanggup diri sendiri susah asalkan orang lain bahagia. Allah.. mulia sungguh hati ummi.

Kak Mira Subhi pulak seorang yang... Aku pun tak tahu nak describe macamane. Dengan beliau, aku mudah bebeno tacing. Tacing di sini bukan maksud terasa hati, tapi lebih kepada chemistry. Kalau lama tak jumpa mesti tercari-cari dan bila dah jumpa mulalah air mata gatal nak menitis. huhu.. Aku ingat lagi aritu, baru dalam seminggu kot tak jumpa, last-last jumpa lepas balik kelas dalam perjalanan nak balik kolej, terus peluk kuat-kuat. huhu..

Kak Siti a.k.a mok Siti. Beliau yang pada awalnya aku lihat sebagai seorang yang garang telah bertukar kepada seorang yang sangat best! hehe.. Semuanya bermula apabila aku jadi setiausaha untuk program "Gala Night" yang bertarikh 25 Mei tu dan beliau bertindak sebagai timbalan pengarah program. Banyak perkara yang kami lakukan bersama-sama dan aku pun banyak belajar daripada beliau. Aritu pernah hampir seharian aku duk ulang-alik dengan beliau naik motor dan of course beliau lah yang bawak kan.. nak harapkan aku memang tak sampai-sampailah.. hehe.. Dari situ, persepsi aku tentang beliau mula berubah. Pada asalnya aku bedebo jugak bila beliau ajak aku teman beliau. hehe.. Beliau yang aku kenal seorang yang  baik hati, caring dan berhati-hati selain tegas. hihi.. Dan daripada ta'aruf secara tidak langsung sepanjang mengendalikan program tu jugakla aku dapat tau yang beliau ni rupa-rupanya dah jadi tunangan orang. Sungguh aku tidak sangka.. in sya Allah bakal bertukar status kepada "married" pada 29 Jun ini.. Barakallah kak Siti.. Moga kekal dan bahagia hingga ke Firdaus-Nya.. =)

Baiklah, sebenarnya ramai lagi kalau nak disenaraikan.. Apa yang penting, mereka sangat dekat di hati aku. Dan ketahuilah kalian, bahawa Nurul Najihah binti Ramli sangat-sangat menyayangi kalian. Sangat sedih mengenangkan waktu yang berbaki untuk bersama-sama kalian di Bumi Murobbi ini tinggal lagi sedikit. huhu.. Rasa macam tak nak naik sem depan. Sedih + bimbang + takut + bedebo = tak nak naik sem depan. huhu..



Ya Allah,
Engkau sayangi, lindungi, berkati dan pandulah mereka dalam setiap langkahan mahupun lintasan hati. Pegang eratlah hati-hati kami agar tetap teguh di jalan-Mu
Jangan pernah Engkau lepaskan urusan kami kepada kami walau dalam kadar sekelip mata dan
Engkau jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami hanyalah kerana-Mu ya Allah..
Aamiin, aamiin ya Rabbal 'alamiin..


6 comments:

  1. ukhwah fillah..
    inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  2. bestnye...rugi sy tk dpt join..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. sedih molek..jihah..U touching my heart..sayang Nurul Najihah Ramli keran Allah..moga Allah memberkatimu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..ana follow blog ukhti.. klau sudi follow la balik.syukran:)

    ReplyDelete
  5. salam alaik..tudung bawal labuh up to date here^_^
    http://ordinarymuslimstyle.blogspot.com

    ReplyDelete