bismillah..
hari ini aku dapat tahu mengenai satu hal yang membuatkan aku tertanya-tanya sebelum ini. Alhamdulillah, keputusannya seperti yang aku harapkan. tapi, entah kenapa hati ni semacam ada yang tidak kena ya Allah.. seakan ada yang tidak beres. sudah aku cuba untuk melupakannya, untuk menghilangkannya, untuk melenyapkannya, jenuh aku mengatakan pada hati bahawa itu hanyalah mainan perasaan semata-mata.. tapi, kenapa ia tetap hadir ya Allah?
sejujurnya, aku rasa sangat bersalah kerana perasaan ini hadir. seakan aku tidak meredhainya, seakan aku tidak mengikhlaskannya. sungguh aku tidak kuat untuk melawan perasaan ini.
ya Allah, semoga apa yang aku fikirkan, semoga apa yang aku bayangkan ini hanyalah mainan perasaanku semata-mata.
in sya Allah dia boleh Najihah! Engkau berilah dia kekuatan untuk mengemudinya ya Allah.. semoga Islam terus tersebar di bumi murabbi ini dengan pimpinannya ya Allah. dan Engkau berilah jua aku kekuatan untuk aku bersama-sama dengannya membantu menegakkan agama-Mu ini ya Allah.
liku-liku hidup yang tak tentu sama ada masih panjang atau sebaliknya ni, harus aku teruskan demi mencapai MARDHOTILLAH...
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
apakah ciri-cirinya??
bismillah..
kali ni, terasa nak catat sesuatu supaya setiap kali buka blog ni nanti, dapat sentiasa tengok, sentiasa baca, supaya lekat dalam hati dan betul-betul jadi kenyataan in sya Allah.. ^__^
----------------------
ustaz Hakim Mohd Nor sewaktu mudanya pernah merancang dan mengimpikan untuk memiliki kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol, dan berkahwin pada 16 September (banyak lagi sebenarnya, tapi x ingat.. hehe). Baiklah, agak-agak beliau dapat tak semua tu?
Alhamdulillah, berkat doa + amal baiknya + usaha + izin Allah, beliau berjaya mendapatkan segala yang diinginkannya tersebut. dan apa yang lagi menarik mengenai perjalanan hidupnya tersebut, setiap apa yang diimpikannya tersebut diperoleh bukan dengan duitnya sendiri, bahkan semuanya ditanggung dan dihadiahkan kepadanya. Kereta BMW diberikan oleh seseorang kepadanya (tak ingat sape), pakej bulan madu di Sepanyol diuruskan sepenuhnya oleh sahabatnya, dan untuk berkahwin pada 16 September itu, Allah bukan setakat mengabulkannya, tetapi juga mengizinkannya untuk melangsungkannya lebih awal daripada apa yang dirancangkannya, iaitu pada 2 Jun ini. Alhamdulillah.
Anda tahu tak salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan semua itu? Sangat senang untuk melakukannya sebenarnya, dan saya percaya akan usaha tersebut. Nak tahu apa dia?? Itulah dia senarai impian. Beliau telah menyenaraikan setiap impiannya tersebut di tempat yang biasa beliau pandang, yang beliau akan sentiasa pandang setiap hari.
Baiklah, itu kisah ustaz Hakim. Ada satu lagi kisah, iaitu mengenai seorang sahabat Encik Firdaus Arshad (motivator untuk program UPSI Strive for Excellence tadi). Beliau menceritakan bahawa, seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seperti Siti Nurhaliza (bukan Siti Nurhaliza, tetapi seakan-akan, baik dari segi rupa, suara dan kurus).
Agak-agak beliau dapat tak? Alhamdulillah, beliau juga mendapatkannya. Isteri beliau benar-benar seperti Siti Nurhaliza. Nak tahu apa antara usaha yang beliau buat? Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri isteri idamannya tersebut di atas sehelai kertas, dan meletakkan kertas tersebut di dalam dompet beliau, di mana beliau akan sentiasa memandangnya setiap kali membuka dompet (sebab, setiap hari kita akan buka dompet).
Samada percaya atau tidak, itu benar-benar memberikan kesan sebenarnya. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung, kita telah membuat 'mind set' mengenai apa yang diharapkan tersebut, seterusnya membawa kita kepada usaha untuk mendapatkannya, di samping restu dan izin Allah semestinya. ^_^
Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turut merekodkannya di dalam blog ini. Di samping turut meletakkannya di tempat lain. ^_^
---------------------------
Baiklah, orang selalu tanya apakah ciri-ciri bakal imam yang saya inginkan nanti? Walaupun macam lambat lagi dan macam tak layak je.. tapi sebagai seorang yang berwawasan, setiap orang berhak untuk mempunyai targetnya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Maka, berikut merupakan ciri-ciri yang hati ini inginkan ya Allah.. ^_^
1) solat 5 waktu di masjid
2) taat dan hormat ibu bapa (sebab kalau dia hormat ibu dan bapanya, in sya Allah dia pun akan melakukan hal yang sama kat isteri dia dan keluarga isterinya in sya Allah)
3) tidak merokok
4) berkaca mata (bukan mendoakan mata dia tak elok, cuma suka tengok yang berkaca mata.. sebab kan penting juga ciri sedap mata memandang tu.. dan kalau ada janggut sejemput pun ok jugak tu.. ^_^)
5) peribadi dia kacak (kacak muka x menjamin, tapi kalau kacak peribadi in syaAllah kita ke syurga sama-sama.. ^_^)
6) tidaklah mengharapkan yang daripada golongan ustaz-ustaz, tapi cukuplah sekadar, apabila dia berkata-kata seolah-olah ustaz.
7) bacaan AQ-nya lebih baik berbanding saya, agar kelak saya boleh belajar daripadanya, terutamanya bahagian tajwid.
8) jenis senyum sokmo. (awet muda gitu)
9) pandai bergaul dengan orang di sekeliling, lebih-lebih lagi apabila balik kampung (taklah sampai orang kata dia sombong a.k.a pendiam sangat)
10) ilmu kira-kira (matematik) dia lagi hebat daripada saya, sebab kepala saya macam dah tak boleh nak masuk lagi dah segala yang berkaitan dengan kira-kira ni. sebab lain lagi? nanti dah ada anak-anak, dia boleh ajar anak-anak dan saya sekali (hehe) ilmu matematik, saya pulak ajar bahasa. haaaa... kan adil tu.. lagi satu, ilmu faraidh pun perlukan otak kira-kira yang mantap jugak.. huhu
11) dia lebih tinggi daripada saya (ataupun sama tinggi)
Sekian ciri-ciri yang diharapkan ya Allah. Saya yakin Engkau Maha Mendengar ya Rabb.
^__^

Thursday, May 10, 2012
My Future _ _ _ & _ _ _ _ _ _ _ _
assalamualaikum, kali ni aku nak catat beberapa nama yang aku rasa, aku nak letak untuk anak-anak aku nanti.
^_^
apa?? gatal?? biarlah orang nak kata apa pun.. yang penting ini perancangan aku, kita hanya mampu merancang kan?? lagipun penting apa nama anak ni. bukan sembarangan nama boleh letak, silap hari bulan lari maksudnya.. x semena-mena effect kat anak (macam dah ada anak pulak aku cakap macamni.. haha). sebab kata-kata tu kan doa. tak gitu??
aku akan update dari semasa ke semasa nama ni. sebab idea ni 'dia' datang tak bagitahu. tiba-tiba je muncul. so, tak payah nak pelik la kalau tetibe bertambah plak isinya entri ni. ;p
sebelum tu, aku nak bagitahu.. kalau yang perempuan aku lebih suka permulaan namanya tu dengan 'Nurul' sebab macam nama aku maksudnya sangat baik, iaitu 'cahaya'. Semoga kalian menjadi cahaya buat 'kami' (erkk..) di alam sana dan juga buat semua orang di sekelilingmu kelak.
kalau yang lelaki pulak, aku lebih suka permulaannya dengan nama 'Muhammad' (mesti eja macam ni tau, bukan Mohd, Mohammad dll) sebabnya itu nama nabi kesayangan kita. nama kekasih kita. semoga dengan berkat nama yang sama dengan Baginda tersebut, kalian beroleh syafaatnya kelak.
-----------------------------
1) Nurul Zinnirah
2) Nurul Iman (aku paling suka nama ni.. ^_^)
3) Nurul Islam
4) Nurul Qani'ah Widad
4) Nurul Qani'ah Widad
5) Muhammad Iqbal (tak tahu la kenapa aku suka sangat nama ni.. ;p)
6) Muhammad Naseh Ulwan
7) Muhammad Uwais al-Qarni
8) Muhammad Hilal Ashraf
Subscribe to:
Posts (Atom)