assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI AYOH!!! ^_^

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

bismillahirrohmaanirrohim..

:: 190611 ::

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nafas sehingga ke detik ini. terima kasih ya ALLAH..

Okey, let's look at the date above. Agaknya apa yang menarik sangat dengan tarikh tu ye?? 

ok, aku terus terang je la..sebenarnya, tu la tarikh bagi rakyat Malaysia dan beberapa lagi negara lain yang secara rasminya menyambut Hari Bapa hari ini. 



Antara negara yang bertuah sambut Hari Bapa dengan Malaysia ni ialah:

 Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

(sumber : tarikh Hari Bapa )

Baiklah, untuk hari yang spesial ni (tiap2 hari Hari Bapa sebenarnya), aku nak tujukan ucapan yang teristimewa buat ayahandaku yang terchenta, 

RAMLI BIN TAIB

Selamat Hari Ayoh!!! (I call my dad ayoh ok! =)

Terima kasih untuk segala2nya yang telah engkau berikan buat kami adik-beradik.. 

Terima kasih untuk setiap curahan kasih sayangmu..

Terima kasih untuk setiap titipan kata2 semangatmu..

Terima kasih untuk setiap teguran dan didikanmu..

Terima kasih untuk setiap penat lelah dan titik peluhmu dalam perjalanan mencari rezeki buat kita sekeluarga..

Terima kasih untuk rumah yang alhamdulillah selesa ini..

Terima kasih untuk setiap makan pakai kami..

Terima kasih sebab telah memberikan kami adik-beradik pendidikan dunia dan akhirat..insyaALLAH..

Terima kasih untuk segala2nya..!!

Hanya ALLAH yang mampu membalas jasamu wahai ayoh.. (juga mok, Saripah binti Harun =)

Engkaulah ayoh terbaik buat kami adik-beradik. Terima kasih ya ALLAH sebab telah mengurniakan kami bapa yang baik dan terima kasih juga kerana Engkau telah memberikan aku peluang untuk hidup dalam keluarga ini..^_^

Teringat akan satu maksud hadis ni:

“Dan seorang lelaki yang mana hatinya terpaut dengan masjid.”
( H.R. Bukhari )

Hadis tersebut mengenai janji ALLAH untuk orang2 yang hatinya terpaut dan terikat dengan masjid, bahawa di akhirat kelak mereka akan mendapat naungan daripada ALLAH SWT, terutamanya lelaki. Berbanding wanita yang lebih afdhal solat di rumah, namun begitu bukan bermakna ini boleh menjadi sebab dan alasan untuk seseorang wanita itu langsung tidak menjejakkan kaki di masjid2 atau surau2. (faham2 sendiri laa..kalau nak diterangkan bab ni, kena buat entry lain la..;p )

OK, apa kaitan dengan tajuk entry ni?? hehe.. 

Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ayah yang insyaALLAH ada ciri2 tu.. Mak aku pernah cerita yang sebelum parents aku ni kawen (zaman remaja la), ayah aku ni suka tidur dan tinggal di surau yang berdekatan dengan rumahnya waktu 2. Maksudnya, kehidupannya banyak berkisar di surau 2 je la.. 

Alhamdulillah, ciri2 tu masih lagi utuh sampai sekarang ni.. Even dah berumahtangga, solat 5 waktunya akan dicuba sedaya upayanya didirikan di masjid @ surau yang berdekatan dengan rumah kami. Nak kata xde langsung solat dekat rumah, tipu la 2 kan?? =) cuma, kalau beliau solat kat rumah 2, ada la something yang menyekatnya macam sakit ke, or something yang x boleh nak dielakkan.

Dan aku sangat2 percaya dan yakin, bila seseorang lelaki 2, hatinya terikat dengan masjid2 @ surau, insyaALLAH lelaki tu ialah lelaki yang baik untuk dijadikan suami..=) tahniah buat ibuku yang insyaALLAH telah memperolehinya.. (hope to be like u mom! --> sekadar selingan..haha!) 

hrmm...xdela nak kata ayahku perfect ke apa..sebab nobody is perfect, am i right??

Ayah aku ni pun, ada jugak time barannya..cuma kena pada tempatnya la kan? hehe.. dah klo buat salah, ada la "bonus'nya kan?? ;p

Tapi, walau macamane skalipun, 

you are the best AYOH!!! ^_^

I always love u and I will always love u!!! 

p/s: nak cakap depan2 malu..hehe.. (trok btol la hg ni Najihah..huhu)

Lastly, I dedicate to U this song dad! just 4 u..



Friday, June 10, 2011

juz wanna share it!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh...

Apa khabar semua?? semoga sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya..=) begitu juga dengan iman kita bersama, semoga sentiasa terjaga dan bertambah dari semasa ke semasa. Aminnnn....

Sebelum den start citer lebih lanjut untuk entry kali ni, jom kita cuci mata dulu...=)


tengok apa tu dik??

amboiiii...sukenya diee....

nyenyak btol die..

da mcm patung daa...


comel2 kan adk2 tu?? hehe
sebenarnye, entry kali ni xde kaitan pun dengan gambar2 tu..hehe..juz nak share je...saje...sebab, adk2 tu comel sangat! ;p

lagipun, dah lame blog ni menyepi.. kan?? sori2.. ada kekangan skit la untuk post entry..bukan xde benda nak di'share'kan bersama2 sahabat sekalian..(bajet femes jee..) haha..


ok, actually...den nak share lagu yang biasa den dengar jee...hehe...bukanlah nak promote @ nk bgtau lagu feveret k ap...juz nak kongsi...sharing is caring right?? =)




aku suka dengar lagu ni sebab liriknya boleh buat aku muhasabah balik diri yang penuh dengan dosa ni..tengah2 duk lalai 2 (nobody is perfect), pasang lagu ni...boleh buat aku terfikir balik...credit 2 Izatil Huda Abd Razak sebab telah menjdi asbab aku untuk mendengar lagu ni..;p




lagu ni pun lebih kurang a.k.a 2x5 je la dengan lagu yang dekat atas 2... bila aku dengar lagu ni, macam terkena dekat batang hidung sendiri je...huhu...credit to tok aba a.k.a Munzir (x ingat nama penuh laa...hehe...sori2) yang telah memperkenalkan lagu ni dengan cara meletakkan lagu ni di blog beliau..



lagu ni pulak, aku baru je 'jatuh cinta' beberapa jam yang lalu..;p first time dengar, terus tangkap leleh..hehe..rasa sayu je dengar...dengan suara adik 2 yang kiut miut...ish, really2 make me feel, dengar skali..nak lagi! hehe... credit 2 Abdul Rahman Mahadi coz memperkenalkan lagu ni dekat group MPPU tu..




lagu ni plak, kisah sepasang suami isteri.. lagu yang ditujukan khas buat seorang isteri daripada seorang suami. ok, yang ni aku juz suka dengar je...xde kaitan dengan apa-apa pun. cuma kagum dengan kesetiaan suaminya..mula2 dengar dulu..macam biasa2 je, tapi bila dengar banyak2 kali...alamak, best la pulak!! =)




yang ni pasal junjungan besar Nabi SAW kita..rasanya, semua tahu kot lagu ni... dan insyaALLAH, jika dihayati dan diamati betol2 liriknya, boleh mengalir air mata...



yang ni pulak pasal seorang adik dengan abangnya..kira macam sessi luahan perasaan la..hehe..first dengar dulu pun macam besa je....tp, bile banyak2 kali...macam biasalah...penyakit fanatik 2 datang balik..haha




lagu ni pulak, kalau dengar...insyaALLAH boleh membangkitkan kembali semangat yang pudar..lebih2 lagi kalau dengar kat tepi pantai bersama deruan ombak n angin yang sepoi2 bahasa 2...seriouslly, memang mantop!!! cubalah! rasa macam nak nyanyi skali n jerit kuat2 je...=) release tension~~


ok, cukuplah dulu untuk kali ni...kalau nak di'list'kan semua...mahunya berjela entry aku nih..hehe..sebab, kalau ikotkan, semua lagu nasyid aku suka dengar..haha...ada satu dua je yang x...boleh dikira dengan jari la pendek kate...ni belom masuk maher zain lagi...ish, maunye x tido aku macam ni..hehe..


ok2, actually...for me...dengan mendengar lagu2 nasyid ni, insyaALLAH boleh membantu spirit kita untuk bertambah baik...secara x langsung jugak, boleh dapat tazkirah free.. =) 


bukanlah aku nak cakap lagu aliran lain x elok ke apa...ada je yang ok...cuma, kategori nasyid ni je yang kena dengan selera den..huhu..lain orang, lainlah caranya kan?? =)


sekian.


p/s: sebenarnya bukan ni yang aku nak 'share'kan..tp, xpelah...lain kali je la aku buat entry 2..hehe