assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Thursday, January 10, 2013

bukan senang jadi seorang Najihah.

Bismillah..

Serius aku cakap, bukan senang jadi seorang Najihah. Najihah tu sape? Aku la.. aiyyaaa.... Aku bukanlah nak mengeluh ke apa.. (tapi, macam mengeluh je kan?) tapi, serius aku cakap (kan dah ulang lagi sekali), bukan senang untuk jadi seorang Najihah. Banyak dugaan yang dia hadapi. Banyak benda yang dia nak kena tempuhi. Dugaan hati datang silih berganti. Baru satu nak menjauh, satu malah lebih daripada satu lagi yang datang mengambil alih tempat (orang lain lagi banyak yang susah Najihah.. =.= ).

Namun, walau beribu dugaan yang datang.. berbekalkan Allah di sisi, aku yakin dan aku akan cuba yang terbaik. Pernah ada sahabat yang tanya aku, katanya : "Jiha ni takde perasaan pape ke kat kaum adam? macamane la Jiha dapat kawal hati dan perasaan Jiha dengan baik tanpa rasa nak mencuba sesuatu yang bertentangan dengan hidup Jiha?" 

Macam tu la lebih kurang ayatnya.. Aku pun tak ingat sangat skemanya, tapi isinya yang tu la.. Allah.. Aku baca je ayat tu.. terus aku rasa macam... Allah! Sape la aku untuk dapat persepsi yang sebegitu? Rasa macam langit dengan bumi pun ada jaraknya. huhu.. Sesungguhnya, hanya Allah (dan mungkin beberapa orang insan.. tu pun tak semua) yang tahu betapa banyaknya dugaan hati yang aku hadapi saban waktu. Hanya Allah yang tahu betapa aku berperang dengan perasaan sendiri untuk elakkan diri daripada buat sesuatu yang nafsu kata best.

Aku bukanlah malaikat sampai takde perasaan dan takde masalah hati. Iman aku pun ada naik dan turunnya. Contoh paling senang: ada masa aku rasa tak susah pun untuk tak layan mesej daripada kaum adam ni.. tapi, ada masa aku rasa serba salah kalau tak balas, sebab depa bagi mesej, contoh macam nak ucap selamat berjaya ke untuk peperiksaan (tak ke macam kurang adab sket kalau tak berterima kasih orang buat baik macam tu?), yang tanya pasal pelajaran ke, yang tanya pasal program di sekeliling aku.. (kalau yang ni dua perkara, aku consider sket la nak jawab, sebab penting dan macam perlu jawab, kalau tak jawab macam menyusahkan orang lain dan diri sendiri di kemudian hari).

Tapi, kalau yang ajak sembang tu.. sedaya upaya mungkin aku cuba elakkan la walaupun kadangkala terbabas jugak.. huhu.. in sya Allah.. aku tengah cuba nak upgrade diri ke arah yang lebih baik. in sya Allah.. doakan aku untuk kuat dan terus istiqomah.

Aku ingat lagi satu hari tu. Sem lepas kot tak silap.. kalau tak pun, sem satu. Antara dua tu la. Ada sorang daripada kaum adam ni, dia telefon aku banyak kali. Aku dah la jenis yang tak suka angkat call kalau lelaki yang call, walaupun daripada mereka yang orang panggil ustaz (yang ni macam bertambah segan je aku nak angkat). Jadi, memang aku tak angkat la kan.. haha.. I'm sorry.. Hati aku memang berat sket nak angkat kalau budak laki yang call. Aku pun tak tau kenapa. Akhirnya, dia hantar mesej.. katanya: "Kalau orang telefon tu angkat la.. mana tau ada benda penting yang nak diberitahu." haha.. Serius, aku nak tergelak masa baca mesej tu. Maaf sekali lagi. hehe..

Lepas tu, dia call lagi sekali. Dengan jangkaan yang memang ada benda betul-betul penting dan dalam keadaan terpaksa, aku pun angkat. huhu.. Tapi! Aku tak rasa pun perkara yang dia cakapkan tu penting! haihh... Memang membuatkan aku makin malas nak angkat telefon daripada lelaki lepas tu. Sabo je la..

Lagi satu, aku jugak memang jenis yang tak terkeluar nak sebut perkataan 'abang' tu bagi mana-mana lelaki kecuali mereka yang terkecuali yang dah aku nyatakan di laman muka buku aku serta di blog ni jugak dalam entri ni --> aasif! ana tak biasa! Jadi, bila nak berkomunikasi dengan mana-mana lelaki yang mana aku yang terpaksa memulakan perbualan tu terlebih dahulu. Aku akan ambil inisiatif untuk panggil dia dengan gelaran ustaz ataupun cikgu. Tak kisahla dia tu ustaz betul ataupun tak, masalahnya itu je yang terkeluar daripada mulut ni haa.. 

Dah berape orang dah, bila aku panggil je dia dengan gelaran ustaz.. Dibalasnya balik, katanya dia bukan ustaz. Adoii.. masalahnya, mulut ni tak terkeluar la nak panggil dengan nama lain kalau dengan mereka yang lebih tua daripada aku. Nak panggil nama kang, macam kurang ajaq pulak. Nak panggil 'abang' tak keluar pulak. Lagipun, biarlah panggilan tu eksklusif untuk yang halal je nanti. eh? haha..

Pernah sekali aritu, bila aku panggil nama je sorang senior ni depan kawan-kawan perempuan aku, aku ditegur. Perbualan seperti di bawah: (haha.. macam skema je ayat ni) 

--------------------------

Kawan : Kau panggil dia nama je?
Aku : Yela, kenapa? 
Kawan : Aku report kat abang bla.. bla.. bla..
Aku : Report la.. (sambil buat muka tak bersalah)

--------------------------

Haha.. Adoiii... Masalah betul bila bercakap dengan orang yang tak rasa macam apa yang aku rasa ni. =.=

Satu perkara yang aku tak boleh lupa lagi sem ni, bila ada sorang muslimin ni dia cakap ngan aku.. tapi, dia tak mengadap aku (benda ni biasa je sebenarnya kalau kat KISAS dulu). Kebetulan masa tu aku siap solat awal, jadi aku pun sambung la keje potong-memotong bawang yang terhenti sebab nak solat kejap tadi. Kebetulan jugak aku tengah dok buat keje sorang-sorang masa tu. Yang lain tengah kemas telekung.

Tiba-tiba dia tanya soalan apa ntah yang berkaitan dengan program hari tu. Aku pun kompius nak jawab sebab aku tertanya-tanya, "dia ni cakap dengan aku ke sape?" sebab, aku tengok depan dia takde orang pun. Aku je yang terdekat kat situ. Dia cakap pun takdelah guna suara tinggi. Biasa-biasa je. Jadi, macam tak logik la kalau dia cakap dengan orang lain. Maka, aku pun balaslah apa yang dia tanya tu, dan dia balas balik. Dalam hati aku, "nasib baik betul.. ingatkan aku yang perasan tadi." haha.

Aku bukan apa, sebelum tu aku nampak dia ok je cakap depan-depan dengan muslimat lain. Takde pun nak kena mengadap tempat lain. (masa tu jugak la terlintas skrip cerita yang aku baca selama ni, "buruk sangat ke muka aku ni sampai tak sanggup nak pandang? haha) Tapi, gurauan je tu semua. Hakikatnya, aku rasa bersyukur sangat sebab dia faham aku pun tak selesa nak pandang. hoho. dan secara automatiknya aku teringat adegan di KISAS. haha. Dan di sini aku isytiharkan bahawa aku takkan kecik hati atau amek hati pun lepas ni kalau sape-sape nak buat macam tu lagi kat aku (cakap tak tengok muka). Malah, sangat dialu-alukan. =)

Mungkin ada yang berpandangan, "Alaa.. tak payah la nak syadid sangat. Buat macam biasa je.. Orang lain panggil abang pun bukannya ada perasaan pape. Orang lain pun mesej jugak dengan lelaki, cakap depan-depan, makan duk meja skali. Berbalas-balas senyum. Ok je.. boleh je kawal." Ya, saya memang respek dengan awak sebab iman awak kuat. Awak boleh lawan semua dugaan hati tu. Masalahnya, iman saya ni tak sekuat awak faham tak? Jadi, biarlah saya amek jalan ni, dan yang penting hati saya tenang dengan jalan ni.

Konklusinya, aku tak rasa dan memang pun jadi seorang Najihah tu bukan senang (aku rasa, orang lain pun rasa bukan senang jadi diri depa Najihah. heh). Aku harap aku akan berjaya hadapi semua ni sebagaimana maksud nama aku, Cahaya yang Berjaya.

bukanlah sesenang tekan butang je..

*tadi baru je lepas 5 kertas untuk peperiksaan akhir sem 3 ni, tinggal lagi satu (English Language 3) pada 12 Jan ni. Harapnya segala yang aku luahkan atas kertas jawapan tu beroleh hasil yang setimpal la (tapi, kalau dah usaha tu sikit Najihah?) Doakan juga segala yang aku rancang hujung minggu ni sama dengan perancangan DIA.. ^_^