assalamualaikum

sodiqi usrati...=)

Thursday, November 13, 2014

Kenapa Aku Nak Kawen?

Bismillah.. lama bebeno rasanya tak update blog ni. berkurun dah.. so sori bagi yang menunggu.. (koya.. haha)

Baiklah, tak nak melalut panjang-panjang. Terus kepada point yang sebenar. Ekceli nak kongsi pasal hubungan antara dua insan yang berlainan jantina hari ni. Yang ada niat nak ke 'step' yang seterusnya, iaitu Baitul Muslim, in sya Allah.. Pendek katanya, yang dalam proses pertunangan la. Orait? Baik.

Sebaik sahaja kita dah mengambil keputusan untuk menerima dan bersetuju untuk hidup sampai ke syurga dengan dia (in sya Allah), ada satu perkara yang sangat penting yang perlu kita fikir dan ambil berat sebenarnya yang selain daripada ekonomi dan segala macam yang lain la. Jadi, apa bendanya kalau bukan semua tu?

Itulah dia N.I.A.T. Tau kan niat tu apa? Niat ni ialah lintasan hati. Macam kita nak niat solat tu. Bukan apa yang dituturkan, sebaliknya apa yang terlintas di hati. Boleh faham kan? Alah, hampa semua dah faham pun pasai tu kan? Benda 'basic' kot. Baik, 'settle' pasai maksud.

Aku sebenarnya dah banyak kali dah dengar pasal ni, terutamanya bila bercakap dengan orang yang kita boleh respek dia lebih dalam ilmu agama ni. Perkara pertama yang akan depa tanya bila cakap pasal ni adalah, "Kenapa nak kawen?" Baik, kalau hampa, hampa jawab apa?

Sejujurnya, masa mula-mula ditanya oleh mereka yang aku hormati itu, aku sebenarnya tak tahu nak jawab apa. hoho.. Sadis kan? Padahal, kalau tengok soalan tu.. Macam tak berapa susah jawapan dia. Tapi, bila kena batang hidung sendiri.. Mak aihh.. bukan senang baq angg nak jawab..

Jadi, aku buat apa? Aku senyap je la sudahnya.. Tapi, dalam hati sebenarnya dah ada jawapan, cuma tak terkeluar. Sebab rasa macam tak real je, rasa macam.. ye ke sebab tu aku nak kawen? hrmm... Tu yang jawapan tu tersekat kat kerongkong je. huhu.. Apa jawapan aku? Biarlah rahsia. (bajet retis.. haha)

Sampailah aku pergi ke beberapa program yang berkaitan Baitul Muslim ni di samping menghadam beberapa bacaan yang berkaitan, aku in sya Allah yakin dengan jawapan aku. Tapi, sebelum aku yakin dengan satu jawapan aku sekarang, banyak sebenarnya jawapan yang tersenarai dalam otak aku ni. Antaranya:

$ Untuk dapat lebih banyak pahala, sebab seorang isteri ni (apatah lagi seorang ibu) darjatnya lebih tinggi daripada wanita yang belum berkahwin. Lagi satu, setiap apa yang kita buat bersama suami akan ada ganjarannya, hatta sekecil-kecil perkara seperti pandangan kasih sayang antara sepasang suami isteri dan lain-lain (selagi tidak bertentangan dengan syariat la).

$ Untuk menjaga diri daripada terbuat maksiat. Maksiat ni banyak bentuknya, maksiat tangan, mata mahupun hati. Maklumlah, ceq ni pun manusia biasa. Bukannya maksum daripada dosa.

$ Untuk menyempurnakan separuh daripada imanku.

Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang lainnya."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib.

Jadi, sape yang tak nak kan? Hrmm..

Tu je la yang boleh aku senaraikan setakat ni. Yang lain tu, biaq pi la.. (dah lupa sebenaqnya.. hehe..) Dan sebenarnya, entri ni terhasil pun sebenarnya apabila aku baru nak mula baca buku Ustaz Hasrizal yang bertajuk "Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu" tu. Berikut kata-kata yang membuatkan aku lagi sekali terfikir:



"...semata-mata atas cinta fillah yang menyatukan kami."

Itu ungkapan yang membuatkan aku terhenti daripada membelek halaman yang seterusnya, lantas mencapai komputer riba dan membuka blog yang sekian lama tidak terusik ini dan terus meng'klik' 'create new post'. 

Entah kenapa, bila tengok ayat tu.. Hati tiba-tiba terdetik kembali, "kenapa aku nak kawen?" Bukan nak patah balik, tapi andaikata niat di hati ni tak berape nak betoi bab ni.. amek la balik peluang kesedaran ni untuk baiki balik mana yang kurang. Itulah pasai dok terpikiaq balik ni. Bukan sebab nak undur balik.. dak aihh.. =)

Makanya, entri ini bertujuan untuk mengajak sahabat-sahabat yang in sya Allah rasanya semuanya ada keinginan untuk kawen. Kan? Kalau tak.. yang tu kena cek balik. Something wrong tu. =) Yang dah kawen pun, kalau-kalau rasa niat tu tak kena waktu kawen dulu ataupun sekarang ni ke.. in sya Allah, kita sama-sama perbetulkan balik niat tu.. Niatkan hanya kerana Allah.

Jadi, bila mana niat tu dah kerana Allah.. Maka, segala kerja buat kita, lintasan hati kita, fikiran kita mestilah mengarah kepada suruhan Allah, bukannya larangan Allah. Tapi, macamana nak tahu yang niat kita ni betul?

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu." (Hadis Hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).

Sesungguhnya, hati kita ini fitrahnya suci. Maka, seteruk manapun seseorang itu, hatinya sebenarnya mengarah kebaikan. Jujur pada diri. Duduk dengan tenang, setenang-tenangnya. Tanya pada hati. Mintalah fatwa pada hatimu. In sya Allah, engkau akan temui jawapannya. In sya Allah.. =)