Assalamualaikum..
mungkin sedikit luahan hati di sini yang ditujukan khas buat kaum adam di luar sana yang bukan mahram kami.
Tolong, tolong dan tolong!!
Tolong sangat-sangat jangan mengambil kesempatan di atas kelembutan kami kaum hawa
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda
Tolong jangan cuba menguji kami
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "buat apa tu??"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya: "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah.."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya
Kerana kami juga insan yang sangat lemah
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai adam.. kerana itu fitrah.
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian
Kerana kami dah cuba sedaya upaya untuk menahan pandangan (mungkin tak semua)
Kerana kami juga kadang-kadang lalai
Sebaliknya,
Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut??
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insyaAllah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau mungkin nak diluahkan kepada manusia juga?? mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda?? atau nak lagi best?? luahkan kepada isteri anda kelak. itu yang terbaik.
Bantulah kami..kami takut akan azab-Nya
Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu
Tapi, berusahalah!!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melawannya
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu..
Maka, mengertilah kami.. (insyaAllah)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya
Tegaskanlah suaramu!
InsyaAllah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara.
LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!!
**tolong jangan disalahgunakan kemudahan untuk mendapatkan nombor telefon yang saya kira sangat senang untuk diperolehi di IPT sekarang ini.